Showing posts with label baby boy. Show all posts

NUH KE HUD?

NUH KE HUD? Apadia pulak ni.. Nuh ke hud? Mesti ada yang terpinga pinga baca tajuk entri. Yang kita tau Nuh & hud tu nama nabi kan.. Yer.. Tapi kisahnya bukan nak share kisah kisah nabi. Kalau ada yang terbaca entri sebelum ni saya ada share tentang kelahiran anak kedua saya. Masa tu belum ada nama la.. Just share kisah kelahiran baby boy saya yang saya panggil hero masa tu.

Alhamdulillah lepas sebulan akhirnya secara rasmi si hero dah di daftarkan namanya. Dah ada surat beranak & my kid. Tu dia.. lama kan baru register nama anak. Tak kena denda ke? ni pun antara soalan yang saya dapat juga.. lebih 14 hari katanya lewat daftar anak. Takpa la alang alang dah tulis.. meh nak habaq pi kat hangpa na.. Sekarang ni tempoh untuk daftar kelahiran @ nama anak di JPN adalah dalam masa 60 hari. Lebih kurang 2 bulan. Lebih dari 60 hari akan kena denda RM10 sebab lewat mendaftar. Selebihnya hangpa boleh check kat portal rasam JPN la. Google la.. tu pun malas.


Mula mula... saya namakan hero saya ni sebagai Nuh.. Ni kisah sebelum nama di daftarkan la. So, ada antara kengkawan social media memang dah panggil Nuh.. tetiba tukar hud pulak. Yang mana satu sebenarnya nama budak hero ni.

Hero di daftarkan dengan nama Hud.. Hud apa? takkan hud je? Yer hud saja nama dia. Hanya 3 huruf H.U.D. tak ada Muhammad ke atau sambung nama lain di belakang. HUD BIN *** Kena bagitau sebab benda ni ramai yang tanya. Masa balik kampung beraya haritu pun antara soalan popular yang di tanya. Depa macam tak percaya pulak nama Hud.. HUD je dah tak ada nama lain. Kalau letak panjang panjang pun nama.. Yang panggil nanti pendek jugak. So letak pendek senang panggil nama penuh. ye dak??

Kenapa Hud sedangkan mula mula nak namakan NUH. Setelah survey ramai pulak guna nama NUH tapi jarang jarang dengar yang namakan Hud. Di tambah pulak budak shahila (kakak kepada hud) memang dah panggil hud. Tapi shahila panggil Hud brown. Memang banyak jugak nama panggilan hud.. Mak sedara dia (makngah) panggil brother'hud'. Si tok (nenek) panggil black hud. Lepas ni tak tau apa lagi depa nak tambah pada nama Hud ni. Mentang mentang la nama dia pendek kan?

So nama Hud di pilih sebab selain nama tu sedap di panggil oleh mak & kakak dia.. Nama tu jarang jarang ada orang guna. Tak nak la nama sepesen jer nanti kan? Esok esok dah masuk sekolah.. nama sama pulak dengan kawan lain. Contoh nama trending dalam tahun 2010/2011 damia, rania, dania bla.. bla.. nia bagai. Ramai namakan anak yang ada nia kat belakang. Macam tak best je kan...

So dengan ini saya memperkenalkan.. anak lelaki saya yang bernama Hud. Nak panggil Nuh pun takde masalah. Dua dua nama yang baik.. nama Nabi kan? Hud di lahirkan pramatang (35 minggu @ 8 bulan) dengan berat 2.09kg. Tapi hud sihat jer... Takde kena ward ke apa. Just lepas lahir masuk NICU 6 jam untuk pemantauan sebab lahir premature kan? Sampai saat entri ni di tulis hud sihat sihat saja selepas 31 hari prolonged jaundice (kuning). Sekarang hud dah sebulan lebih.. Semoga Hud membesar dengan sihat & menjadi anak yang baik (Aminn).


Jadi yang dok confuse Nuh ke Hud.. moga dah jelas yer.

Apapun entri ni di tulis sebagai memori di masa akan datang. Kalau blog ni masih wujud sehingga anak anak membesar.. At least ada juga kisah kisah depa dalam ni.

GAMBAR ANAK SARAH RAISUDDIN & SHUIB SEPAH

Teruja pulak sekarang ni kalau dengar orang dapat baby. Sejak naik pangkat mummy ni menjadi2 pulak sifat keibuan ni, kan??

Terpandang kat status FB abang aidif alfian (komposer) yang mungkin dia copy paste status dari FB sarah or shuib kot announce tentang kelahiran bayi sulung mereka. Tahniah la sarah & shuib. Akhirnya berjaya merangkul anugerah sebagai mummy & daddy. Kejayaan ni kejayaan paling besar buat sesiapa saja yang bergelar ibu & ayah, kan??



Agaknya macam mana rupa baby boy sarah & shuib tu yer?? Tengok ler kat bawah ni

 Comel baby boy dorang kan?? Sumber : Media Online


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com