Showing posts with label Ustaz Mohd Kazim elias. Show all posts

PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU

PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU.  Memang banyak sekarang page page kat facebook guna nama Ustaz Kazim Elias. Biasa la bila dah popular nama depa mesti ada ada value. Kita kita yang maybe sebenarnya tak tahu pun tu fake page bukan di kendalikan oleh pemilik nama tersebut kadang2 ter follow atau ter like untuk mengikuti aktiviti mereka di media sosial atau membaca nasihat atau dakwah yang di sampaikan. Aku pun pernah ter follow jugak fake account yang guna nama Ustaz kazim ni..


Sebab mereka menggunakan nama beliau.. Ustaz Kazim atau account rasminya Dato Ustaz Mohd Kazim Elias.. Mengeluarkan satu status meminta admin page facebook berhenti meraih rating & populariti menggunakan nama beliau. Korang jangan nak kecam pulak ustaz kazim buat macam tu.. Bahaya orang buat account guna nama kita.. Buatnya dia post benda2 tak betul, fitnah atau hadis2 palsu ke hapa.. Yang terpalit taik tu si pemilik nama tu. Nak2 lagi orang terkenal macam ustaz Kazim elias ni. Dia penceramah & pendakwa yang dah tahap selebriti sekarang so salah satu cara dia nak jaga reputasi & keselamatan diri dia jugak.

Page Nasihat Ustaz Kazim adalah bukan di kendalikan oleh ustaz kazim

Pada admin page facebook tu berhenti la meraih hasil dari fake account macam tu. Tak malu & tak rasa bersalah ke buat macam tu. Lepas tu hasil dia bagi anak bini & family makan. Jadi darah daging.. Kau takde nama sendiri ke nak guna? Kalau rasa nama kau tak se gah orang lain.. Berusaha la naik cara sendiri bukan asyik nak menumpang nama orang meraih hasil je. Malu la sikit.

Pada semua nitezen kita pun main peranan jugak untuk membenteras fake account yang semakin banyak kat media sosial ni. Kalau kita tahu itu fake account berhenti 'ikut' page tersebut. Kalau boleh boikot.. Nak2 lagi yang guna nama artis, selebriti atau pendakwah terkenal. Orang2 macam ni sebenarnya bahaya.. Depa boleh buat account atas nama sesiapa pun depa rasa nak buat termasuk la nama kita kalau depa ada niat tak baik. Jadi.. Jangan ingat kita tak berisiko ok walau kita bukan orang yang di kenali. Tak guna nama mungkin gambar kita boleh jadi mangsa. Ramai dah kot yang kena macam tu.. Padahal depa bukan retis pun..

Jadi yang mana ter follow atau like Page dengan nama Nasihat Ustaz Kazim berhenti mengikuti page tersebut kalau boleh sila report beramai ramai bagi membenteras aktiviti fake account macam ni.

ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA

ABANG USTAZ KAZIM ELIAS BONGKAR RAHSIA TENTANG ADIKNYA. Aku tak tahu yang selama ni Abang ustaz kazim elias jugak seorang penceramah & pendakwah. Katanya dia berceramah lebih awal sebelum ustaz kazim cuma ustaz kazim lebih di kenali & menyerlah dalam dakwahnya. Bagi yang tak kenal Ustaz Kazim Elias beliau sebelum menjadi pendakwah selebriti keluar tv bagai. Dulu ceramah2 beliau sangat popular kat youtube. Sebab cara dia berceramah memang santai, kelakar & terkenal dengan suka menyanyi lagu2 Allahyarham P.Ramlee & lagu2 hindustan dalam ceramah beliau.

Ni la rupa abang kepada Ustaz kazim Elias

Tadi tertengok Rancangan kat TV AlHijrah yang jemput abang kepada Ustaz Kazim Elias iatu Ustaz Dato' Kapten (B) Ustaz Najmuddin Elias. Muka, suara memang ada persamaan dengan adik beliau Ustaz Kazim elias cuma style berceramah tu je lain sikit tapi macam sama jugak. Pandai berlawak & suka menyanyi jugak. Dia ada cerita satu rahsia kepada penonton kenapa adik beliau Ustaz Kazim Elias pandai nyanyi lagu hindustan.

Ustaz Kazim Elias

Katanya dulu masa dia umur 8 tahun, Ustaz Kazim masa tu baru 8 bulan dah kematian ayah. Mak depa pulak time tu muda lagi maka kahwin la lain. Dapat bapak tiri yang minat lagu hindustan. Hari2 sebelum tidur dia pasang lagu hindustand & mungkin sebab tu kot Ustaz Kazim pandai nyanyi lagu hindustan. yelah kan.. kalau dah hari2 dengar memang boleh hafal. Dulu arwah ayah aku suka dengar lagu jefri din, aku pun jadi terminat dengan lagu2 jefri din. hahahaha.

Jadi kesimpulannya kalau kita nak expert dalam sesuatu perkara tu kita kena selalu dengar atau buat.. contoh macam kalau kita nak jadi magician kita kena selalu tengok magic show (Contoh Cara Buat Magic paling Simple & Senang Kat sini >> Juara Silap Mata Bagi Tutorial Paling mudah & senang buat Magic ) selain kita kena belajar buat magic. Setakat tengok tapi tak belajar pun tak boleh jadi expert atau setakat belajar tapi tak melihat orang yang lebih berpengalaman beraksi pun tak boleh jugak sebab nanti kita terlepas perkembangan & trend terkini.

Moral of the story.. Apa yang kita dengar, kita baca & kita lihat setiap hari juga menjadi didikan pada diri kita. Kalau yang baik kita dengar, tengok & lihat, Insya Allah kita akan terdidik dengan perkara perkara baik. Tapi kalau dok baca gosip kat beautifulnara jer memang la jadi kaki gosip jugak. Hahahaha. Ok aku mengata diri sendiri.

LAIN SANGAT USTAZ KAZIM ELIAS 25 TAHUN LALU

Inilah ustaz kazim elias pada 25 tahun dulu.. Masa ni maybe ramai yang tak bayangkan beliau akan berada di tempat di mana beliau berada sekarang. Sekarang dah jadi pendakwah selebriti dah.. Kalau tengok gaya masa ni kita tak nampak langsung bayangan yang beliau bakal jadi orang terkenal kan?


Itulah.. kalau orang nampak masa depan gamaknya siti nurhaliza dulu awal2 orang booking buat menantu. hehehe.. Tapi tu la.. rezeki & tuah orang tak sama kan? Hari ni nampak dia berada di puncak tak mustahil satu hari dia jatuh menjunam sama paras dengan tanah di pijak. Begitu jugak dengan orang yang kita nampak takde apa2 @ keistimewaan hari ni, tak mustahil satu hari dia menjadi orang hebat.

Sebab tu pentingnya kita sentiasa melayan orang tanpa ada kasta kasta. Kita tak tahu siapa dia di masa depan.. Mungkin orang yang kita sangat perlukan atau mungkin orang yang kita boleh tumpang rasa bangga. Ye dak...

erkkk... macam termelalut pulak aku cerita padahal aku nak share gambar ustaz kazim elias pada tahun 1990. Slim bagai slim river gitu... kekekeke



GAMBAR USTAZ KAZIM MASA TINGKATAN 4 BERPAKAIAN SEKOLAH

Aku memang stalker tegar ustaz kazim elias nampaknya. Sebab ustaz kazim suka sangat throwback gambar2 lama dia.. macam best pulak tengok. Jarang nak jumpa ustaz yang suka ber throwback macam ni kan??


Mesti semua nak tengok kan macam mana rupa Ustaz Kazim masa zaman sekolah dengan berbaju sekolah. Segak ke tidak? Ensem ke tidak? skema ke tidak? Yelah.. ustaz popular la katakan...  Ok ok.. tanpa membebel banyak patah perkataan meh la aku tunjuk kat hangpa semua.. Ni la Ustaz kazim masa di sekolah dengan pakaian seragam sekolah. Siap bertali leher lagi tu.. confirm la budak baik kat sekolah. kekekekeke



Bagi yang terlepas gambar gambar throwback ustaz kazim dari bayi, kanak kanak & remaja meh tengok kat sini
Ustaz Kazim Masa bayi
Ustaz Kazim Masa kanak kanak
Ustaz Kazim Masa remaja


GAMBAR USTAZ KAZIM ELIAS MASA BAYI

Aku tak habis habis dok skodeng gambar2 ustaz kazim elias. Tak tau la syok pulak dengan ustaz sorang ni yang aktif ber update kat Fanpage dia.. Bukan semua ustaz sporting cenggini kan? Dari gambar remaja.. membawa ke zaman kanak kanak.. Kali ni sempena hari ulangtahun kelahiran beliau.. dia berkongsi gambar dia masa baby pulak.


Baby mana ada tak cute.. even air liur meleleh pun nampak cute. Tu la keistimewaan ahli syurga.. yelah, baby memang ahli syurga lagi sebab takde dosa, suci murni gitu. Kita dulu2 pun even comot tetap nampak comel ye dak?? hahahahaha...

Apapun selamat hari ulangtahun kelahiran untuk Ustaz Kazim Elias.. semoga hidup di limpahi kasih sayang & rezeki yang melimpah ruah. Moga Allah permudahkan segala urusan dakwah beliau & di jauhi dari sebarang khianat dengki manusia jin & syaitan. Dan moga Ustaz Kazim elias tak terhumban dalam dunia politik sehingga aktiviti dakwah jadi tak berapa dakwah. kekekekeke

Op's lupa pulak nak share gambar cute ustaz kazim masa baby... Meh kita cubit sorang sikit gambar ni. kekekekeke

Sumber Fanpage Ustaz Kazim Elias

Nak tengok gambar ustaz kazim masa kanak kanak clik sini >> Gambar Ustaz kazim 32 tahun lalu >>
Ni pulak gambar Ustaz Kazim masa remaja >> Gambar ustaz Kazim 22 tahun lalu <<


USTAZ KAZIM ELIAS BAKAL BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER LAVENDER MUMMY

Aku ingat dah lenyap dari dunia maya ni.. rupanya ada lagi si ketot yang licik ni. Tadi terbaca kat page Ustaz Kazim Elias katanya bakal buat laporan polis terhadap blogger Lavender Mummy yang cuba melakukan satu penipuan menggunakan nama beliau untuk satu program. Gamaknya duit belanja hasil menipu sebelum ni dah abis dah kot so kena cari income haram yang baru lah.

Ni la rupa blogger Lavender mummy tu

Kenapalah kau begitu licik wahai Lavender mummy. Sampai sekarang kau masih lepas bebas melakukan penipuan demi penipuan. Ilmu alam apa la si kecik ni guna gamaknya. Kali ni melibatkan orang terkenal hope tak terlepas & dapat balasan setimpalnya. Biar kali ni dia dapat hidayah.

Sumber FB page Ustaz Kazim Elias

Apa rasanya dok makan duit haram hasil menipu orang sana sini? Bukan la nak hina.. dah la fizikal tu kekurangan, perangai pulak memang totally cacat akhlak tang mana la orang nak simpati dengan kau. Jahat Na'uzibillah... Tak padan dengan tinggi dia punya akal penipu tu. Panjang mengalahkan jambatan kedua pulau pinang.

Jadi korang semua berhati hati la berurusan secara online takut terkena dengan lavender mummy ni tak guna sesen. Dia jelmaan pelbagai watak.. kadang2 jadi model, jadi kakitangan kerajaan & macam2 jadian la dia boleh jadi. Dah macam sesumpah pulak aku rasa minah ni.

Moga kau insaf la wahai lavender mummy @ Nur zusilawati,OKU kerdil yang panjang akal menipunya.

 Kecik bukan sebarang kecik.. kecik yang otaknya licik

Patut la entri pasal minah ni tetiba dapat views banyak tadi. Nak baca boleh baca kat sini >> Awas Anda Mungkin Jadi Mangsa Penipuan Blogger Ni <<

Banyak gila jenayah dia buat secara online ni kalau korang google dengan keywords Nurzusilawati Nadzri


USTAZ KAZIM ELIAS NAMPAK ORANG MENYIHIRNYA DALAM MIMPI

Entri lepas cerita pasal pengalaman Ustaz Kazim Elias yang di santau kan. Boleh rujuk entri tu kat sini USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU. Ini entri kesinambungan entri tu la..

Kuasa Allah tak siapa boleh menafikan. Semua berlaku dengan keizinan Allah jugak. Dengan kuasa Allah.. Allah memperlihatkan orang - orang yang menghantar sihir santau pada Ustaz Kazim Elias ni dalam mimpi dia.  Jom kita baca kesinambungan kisah Ustaz kazim kena santau ni..


Mujur la yang menghantar santau kat ustaz kazim tu sempat insaf & sempat mohon maaf kat Ustaz Kazim kan?? Kalau macam cerita 6 Jahanam tu.. mati sia2 jer tak sempat taubat. Nasib 6 orang ini sedar sebelum terlambat.

Moral Of The Story... Jangan menganiaya orang. Balasan Allah kadang2 tak tunggu masuk kubur dulu. Ikut nasib la.. Kalau Allah nak balas kat dunia ni, sapa boleh kata 'TAK BOLEH'. Yang suka main bomoh, suka mengamalkan amalan khurafat & syirik ni, bawak2 la mengucap dua kalimah syahadah. Taubat sebelum terlambat. Tak di nafikan orang yang solat 5 waktu terjaga pun.. masih ada yang percaya dengan bomoh ni.

  

USTAZ KAZIM ELIAS DI SANTAU

Bab santau menyantau ni memang kadang ngeri sikit. Kita sedia maklum santau ni paling popular kat negeri perak.. tapi ada daerah2 yang memang popular dengan santau. Santau yang sang lekit tahu ada 2 jenis.. santau tuju tuju & santau angin. Santau tuju tuju tu orang kata.. santau tu memang di hantar seseorang untuk seseorang dengan tujuan tertentu.. santau angin pula dari cerita orang tua2 kat kampung den.. katanya santau tu di lepaskan tanpa arah tujuan. Benda ni katanya di buat oleh bomoh santau, kononnya ada tempoh tertentu dorang kena buang santau kalau tak santau tu makan diri. Tak tau la sejauh mana betul ke tidak..

Jangan kata kita yang tahap yang tak layak bergelar setaz/setazah ni je boleh jadi mangsa sihir.. Golongan Ustaz/Ustazah pun tak terkecuali. Semuanya berlaku dengan Izin Allah. Bila baca pengalaman penceramah & pendakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena santau.. Ngeri jugak la kan?? Sampai muntah darah bagai.. Jadi kalau korang nak tau macam mana keadaan dia masa tu, jom kita baca...


Sapalah punya kerja kan?? Orang2 macam ni dah confirm hitam segala sudut dalam hati dia. Kita yang jahil2 ni pun tak tergamak nak buat orang sampai mensyirikkan Allah.. Tak mustahil manusia jenis ni sanggup buat lebih dari itu untuk memuaskan hati sendiri.




KISAH SEDIH SELUAR DALAM PERTAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Dua tiga entri ni asyik share pasal kisah sedih ustaz kazim elias je kan?? Nak buat macam mana hati tersentuh membaca kisah pendek kat status post di Fanpage Ustaz Kazim Elias memang memang rajin update dengan macam - macam cerita tak kira cerita sedih, cerita kelakar juga perkongsian ilmu, nasihat juga teguran.

Kisah kali ni yang buat daku tacing.. kisah pasal seluar dalam pertama Ustaz Kazim Elias. Bukan cerita lawak.. bukan cerita lucah tapi cerita yang bagi sang lekit menyentuh hati jugak la. Jom la baca cerita sedih dari ustaz kazim ni..


Kadang2 - kadang kita rasa susah.. Tapi setiap kesusahan tu ada level. Kadang2 susah kita cuma tak mampu nak pakai gadget mahal2.. Tengok orang pakai iPhone 5 bagai kita cuma pakai android yang mini2 jer. Kita rasa kita susah dari bab tu.. Tapi walau kita susah tak mampu pakai note mahal2 kita kena bersyukur kita mampu lagi beli susu anak.. beli pampers anak tanpa perlu meminta simpati & ehsan orang lain. Ada orang yang tahap kesusahan dia sampai tak mampu beli susu anak.. mustahil dia mampu pakai gadget2 mahal kan?? Kalau susu anak tak mampu beli tapi update status FB guna note nak meraih simpati.. tu den tak dapat nak teka la level kesusahan yang macam mana. kalau den lagi sanggup tak de enpon dari anak tak minum susu kot..

Moral of the story.. apa je kita miliki sekarang ni kita patut syukur sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada orang lain lebih susah.. even nak dapat seluar dalam sepasang pun susah apatah lagi nak pakai bra yang rega rm500 sepasang. Jadi sentisa ingat, kalau kita rasa susah tak mampu miliki sesuatu kehendak tu.. ada orang lagi susah sebab keperluan hidup pun tak cukup apatah lagi nak dapat yang kehendak. Dengan cara tu kita akan rasa kita lebih bertuah dari mereka & patut kita rasa syukur & tidak merungut.

Deme tak mampu nak pakai bra rega RM500 cikgu. Deme kagum dengan cikgu. kekeke



** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


PENGALAMAN USTAZ KAZIM ELIAS JUMPA LEMBAGA PUTIH

Sapa kata ustaz tak kena sakat dengan hantu?? kena jugak.. Jin & syaitan ni dia tak kira siapa nak duga keimanan orang. Cuma beza orang yang di sakat tu samada dia takut hantu atau hantu yang bakal takut kat dia nanti. Jom kita baca pengalaman Penceramah & pedakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias terserempak dengan lembaga putih


Tak tau la kategori cerita Ustaz Kazim ni kelakar ke seram. Tapi moral of the story, kadang2 mesej yang disampaikan dalam filem seram ni pun berguna jugak bila kita berdepan dengan situasi seram kan?? Apapun kewujudan jin, syaitan & iblis ni memang tak boleh kita nafikan. Kita wajib mempercayainya tapi janganlah terlebih taksub takut pada makhluk ghaib sampai kita mensyirikan Allah dengan amalan khurafat pulak yer.

Jadi.. semasa memandu tengah malam sorang diri di atas jalan raya yang tak banyak kenderaan ikutlah nasihat David Teoh.. "JANGAN PANDANG BELAKANG'. kekekeke



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com