PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU
Sebab mereka menggunakan nama beliau.. Ustaz Kazim atau account rasminya Dato Ustaz Mohd Kazim Elias.. Mengeluarkan satu status meminta admin page facebook berhenti meraih rating & populariti menggunakan nama beliau. Korang jangan nak kecam pulak ustaz kazim buat macam tu.. Bahaya orang buat account guna nama kita.. Buatnya dia post benda2 tak betul, fitnah atau hadis2 palsu ke hapa.. Yang terpalit taik tu si pemilik nama tu. Nak2 lagi orang terkenal macam ustaz Kazim elias ni. Dia penceramah & pendakwa yang dah tahap selebriti sekarang so salah satu cara dia nak jaga reputasi & keselamatan diri dia jugak.
Page Nasihat Ustaz Kazim adalah bukan di kendalikan oleh ustaz kazim |
Pada admin page facebook tu berhenti la meraih hasil dari fake account macam tu. Tak malu & tak rasa bersalah ke buat macam tu. Lepas tu hasil dia bagi anak bini & family makan. Jadi darah daging.. Kau takde nama sendiri ke nak guna? Kalau rasa nama kau tak se gah orang lain.. Berusaha la naik cara sendiri bukan asyik nak menumpang nama orang meraih hasil je. Malu la sikit.
Pada semua nitezen kita pun main peranan jugak untuk membenteras fake account yang semakin banyak kat media sosial ni. Kalau kita tahu itu fake account berhenti 'ikut' page tersebut. Kalau boleh boikot.. Nak2 lagi yang guna nama artis, selebriti atau pendakwah terkenal. Orang2 macam ni sebenarnya bahaya.. Depa boleh buat account atas nama sesiapa pun depa rasa nak buat termasuk la nama kita kalau depa ada niat tak baik. Jadi.. Jangan ingat kita tak berisiko ok walau kita bukan orang yang di kenali. Tak guna nama mungkin gambar kita boleh jadi mangsa. Ramai dah kot yang kena macam tu.. Padahal depa bukan retis pun..
Jadi yang mana ter follow atau like Page dengan nama Nasihat Ustaz Kazim berhenti mengikuti page tersebut kalau boleh sila report beramai ramai bagi membenteras aktiviti fake account macam ni.
Itulah kita yang nak follow ni pun kena siasat dulu akaun tu fake ke betul. Kalau FB tu nak unfollow susah sikit tak macam blog dan insta tekan aje button unfollow
ReplyDeletekalau fake account tu tulis baik baik takpe jugak kan. takut benda tak sahih dia update.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan