INFLUENCER DAN BAD MARKETING
INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?
Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni.
Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.
Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.
Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.
Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.
RAMAI BUAT PERKARA NI BILA INSTAGRAM, FACEBOOK & WHATSAPP 'DOWN'
RAMAI BUAT PERKARA NI BILA INSTAGRAM, FACEBOOK & WHATSAPP 'DOWN'. Semalam berlaku sesuatu yang mencemaskan warga media sosial katanya. tetiba Instagram, facebook & whatsapp down sekejab. Down bukan la sampai tak boleh access menatang tu cuma tak boleh loading gambar jer. So semua posting bergambar yang nampak cuma ciricle dok load gambar je.. Gambarnya tak nampak.Kebetulan semalam ada juga posting bergambar dari IG link ke FB. Tapi di Instagram tu boleh nampak gambar bagi pihak pemilik account tapi followers tak nampak gambar yang kita upload. Dekat Facebook memang tak nampak apa apa gambar la tak kita pemilik account atau followers/friends. Mula mula ingat line sreamyx yang problem kan. Yelah.. streamyx la katakan.. Kalau datang mood menyiput babi dia memang la nak loading apapun tak lepas.
Lepas dok scroll FB baca dari update orang lain rupanya bukan masalah streamyx kat rumah den.. memang masalah tu datang dari Instagram, facebook & whatsapp. Punya la kecoh netizen sebab benda ni.. Tu dia wei macam dunia nak kiamat pulak bila Instagram, facebook & Whatsapp down sekejab. Lebih lebih lagi mereka mereka yang menggunakan platform tersebut bagi tujuan 'cari makan'. Cuak la wei periuk nasi tu.. Tak jadi nasi kalau takde periuk wei!! hahahaha.. tapi boleh juga kan masak nasi dalam buluh. sedap pun sedap hahahaha.
Yang best juga ramai dok main teka teki.. Gambar apa yang depa upload. Yelah.. boleh upload tapi tak boleh nampak gambar di upload tu. Tak kurang yang mana profile tak guna gambar sebenar dok mengacah orang konon depa upload gambar sebenar. Hari ni dah ok.. semua gambar yang dok menganjing semalam dah boleh papar.. Nampak la memacam gambar tak semenggah di upload.Mujur tak ada yang up gambar bogel ke hapa..Ingat yang padam tu sementara. Yang kelihatan tu kekal ok. hahahaha
Kalau den jadi mark jubek (Mark Zuckeberg ) seronok juga sesekali downkan facebook menyakat pengguna. Boleh nampak macam macam ragam mengelabah depa. Confirm ramai yang buat benda ni kan bila Facebook, Instagram & whatsapp down seketika
1. refresh
Yang ni den pun ada buat juga. Kadang kadang lepas refresh ok tapi semalam sebab down memang refresh sampai sudah dok lagu tu je
2. On OFF handphone
Yang ni pun confirm ramai buat. Konon dengan restart balik maybe ok
3. On OFF modem
yang ni pun walau jarang di sebut bagi yang guna streamyx @ UNIFI selalu buat juga nak pastikan bukan line yang problem hahaha
4. Reinstall applikasi social media (FB/IG/Whatsapp)
Yang ni pun confirm yang mengelabah bewak akan buat. Alah baik ngaku je sapa yang buat tu hahaha
Sapa ada buat semalam baik mengaku. hahahaha... den mengaku den refresh jer takde la sampai on off hp atau reinstall fb, IG bagai.
Itulah ragam manusia zaman social media ni. Takde social media atau social media yang di gunakan down memang bagaikan satu malapetaka besar. Sebab zaman sekarang orang bersosial, bekerja & berhubungan lebih banyak di social media dari alam realiti. Tu hakikatnya..
BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI
BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI. Jarang sangat nak tulis entri entri santai sesekali layan boleh la kan.. Almaklum la kita kan pengamal social media yang tegar. Bermakna memang hari hari scroll news feed FB, IG.. twitter je sekali sekala. So apa apa isu yang tengah trending atau viral.. of course la tahu. Tak payah nak stalk stalk bagai.. benda dah terhidang depan mata. Kadang kadang tak ada niat pun nak ambil tahu tapi dah sehari sampai beratus kali lalu depan mata.. Mesti terbaca juga kan isunya.Tapi minggu ni skuad bawang nampaknya kena overtime kot.. banyak betul isu 'membawang'.. dari isu persembahan abang pian kat AJL, Isu ex abang pian buat ucapan dari mekah, isu timah buka tudung.. Semalam terbaca isu instafamous di kecam tayang harga beg branded belas ribu di IG. Ni pun rasa ada lagi isu isu yang terlepas pandang.. selain isu pasal abang Mie dengan fakta songsang.. anti tu anti ni masih hangat di perkatakan.
Jadi tak pelik la banyak syarikat majalah hiburan & rancangan gosip hiburan makin kurang rating. Sekarang ni nak dapat gosip, kontroversi, isu isu hangat fresh from oven tak payah nak tunggu melodi, Mbuzz, nak baca mangga, URTV bagai dah.. Buka Pesbuk ja.. tu dia.. semua ada.
Ada isu saya cuma baca & just kunci jari.. Ada isu saya komen juga sepatah dua kan. Bergantung pada isu juga. Apa ingat den ni asal jumpa port nak membawang jer semua isu den membawang ke? Tak juga.. Macam buruk sangat kan lekatlekit ni pada pandangan mata hangpa..
Bukan isu isu gosip golongan popular tak kira artis atau media sosial public figure.. Isu isu semasa lain pun den suka baca juga termasuk politik. Baca jer.. tak semestinya kita taksub. Satgi ada kata.. dari baca benda benda tu semua lagi bagus baca Al Quran. Tu ibadah den. Antara saya dengan Tuhan. Takkan la saya nak update tiap kali saya buat. Apa yang tak perlu kita cerita.. kita simpan untuk kita kita saja. Ibadah ni.. kalau terlalu di tunjuk satgi tanpa sedar macam riak pulak. Rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Takut sia sia je.. Tak dapat ganjaran apa apa bila dah berhijrah ke alam barzakh kan.
Bila dok baca isu isu tengah viral kadang kadang.. Bukan nak salahkan pihak yang kena viral tapi semua berpunca dari mereka sendiri terutama orang orang yang di kenali la. Sesuatu takkan berlaku kalau kita sendiri tak expose benda tu. Yer.. kadang kadang niat kita tak seperti apa yang orang faham.. Niat kita berkongsi tapi apa yang orang nampak sebaliknya. Jadi kena bersedia la dengan penerimaan positif & negatif dari netizen ni. Kejayaan & kegemilangan yang anda raih selama ni juga datang dari mereka mereka juga. So setiap apa yang berlaku tu ada baik & buruknya.
Inilah kehidupan.. Tak kira di media sosial atau realiti yang kita hadap. Apapun kita buat boleh jadi isu even kadang kadang tak buat apa apa pun boleh jadi isu. Orang yang di kenali dah sememangnya cerita mereka di buru.. Tapi kita yang biasa biasa ni pun tak mustahil boleh jadi viral bila bila masa saja. So, tiada siapa tiada risiko di viralkan.. di kecam atau di angkat sebagai seseorang yang hebat dengan kuasa Viral sekarang. Apapun tindakkan kita.. Just kena fikir banyak kali nak buat. Kalau tak sengaja terbuat juga.. Anggap je ujian Allah yang mungkin nak tegur kita yang lalai atau cara Allah nak hadirkan nikmat yang lebih besar selepas musibah.
Moral of the story.. Kadang kadang kita adalah punca orang lain berkata kata.
INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN
INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN. Di era media sosial ni.. Rasanya kita lebih bertuah berbanding mereka yang di era sebelum media sosial. Sebab kalau sebelum era media sosial ni kita cuma dapat info melalui siaran tv, radio & surat khabar jer. Apa depa laporkan itulah yang kita tahu. Tapi di sebabkan teknologi berkembang maju.. Orang dah tak berapa layan info2 dari radio, tv & surat khabar yang banyak tidak telus. Lebih berkonsepkan kau bayar aku siar. Atau bahasa media sosial sekarang membongak je kerjanya.Sebab tu muncul ramai aktivis di kalangan mereka yang profesional untuk membantu orang awam supaya mendapat info yang tepat. Takde la sepanjang hidup terus kena klepet je kan.. Satgi ada yang tak tau pulak klepet tu menatang apa. Klepet tu kena tipu la.
Lambakkan produk supplement, ubat tradisional, produk kecantikkan, kosmetik, skincare bagai kadang kadang kita yang kurang pandai ni tak tau yang mana selamat & yang mana tidak. Kita cuma berpandukan info yang di beri pengeluar & pengedar produk je. Kau rasa depa nak bagi tau ke kalau produk depa mengandungi bahan terlarang yang boleh merisikokan kesihatan orang lain? Mereput la tunggu depa ni nak jujur. Kalau depa tergamak jual tanpa rasa bersalah & tanpa rasa berdosa pada Tuhan.. Apatah lagi dengan hangpa depa nak rasa bersalah. Melingkup la hangpa kat situ.. Janji depa masyuk boleh kaya raya.
Sekarang ni menjadi trend OEM produk.. ada OEM produk yang ok, selamat & ada RND. bermakna melalui proses ujikaji keselamatannya sebelum di pasarkan tapi jangan tak tau bersepah produk dari kilang OEM yang tidak melalui proses RND & di pasarkan secara berleluasa. Bukan susah nak jadi pengasas produk sekarang ni.. Kau ada duit pergi je beli produk dari kilang OEM.. letak jenama sendiri. settle.
Esok esok bila kantoi dengan KKM.. bagi je alasan fake produk bagai padahal semua tu auta tak nak mengaku kesalahan sendiri.
Sebab tu hangpa kena follow aktivis yang menentang penipuan sains perubatan & produk merbahaya ni kat facebook. Banyak info kesihatan & produk2 yang bahaya mereka akan share. Jangan risau mereka di kalangan golongan profesional dalam bidang masing masing. Kebanyakkan doktor & staff pharmacist KKM. Antara Page & Individu yang ada boleh follow adalah..
Tu antara aktivis di kalangan pakar perubatan yang selalu berkongsi info kesihatan & selalu memberi pendedahan tentang produk2 yang bahaya di media sosial. Kalau rasa nak jadi pengguna bijak.. Follow la. Kalau rasa tak penting.. Ignore je tak ada sapa nak paksa. Den sekadar menyampaikan info jer..
CARA NAK BLOCK KEMBALI ORANG YANG DAH BLOCKED ANDA DI FACEBOOK
CARA NAK BLOCK KEMBALI ORANG YANG DAH BLOCKED ANDA DI FACEBOOK. Konon dah bertahun kau ada account facebook tapi sebenarnya kau masih banyak tak tau tentang fungsi yang ada kat facebook ni. Masih banyak yang perlu kau explore.. Aku cakap pasal diri aku jer. Entah kenapa hari ni tetiba nak terjah kat bahagian setting facebook.Aku ni bukan la jenis rajin sangat nak block orang.. Unfriend pun kadang2 bukan sebab aku benci sangat pun. Maybe aku rasa untuk kekalkan hubungan baik tu better la keep in touch kat social media yang lain bukan kat facebook. Facebook ni sedia maklum la tempat masing2 meluahkan perasaan tak kira perasaan suka, duka, tak puas hati, gembira bagai. Mungkin di sebabkan tu kadang2 kita berkawan kat IG & blog tu lebih baik dari facebook. hahahahha
Aku ada la jugak beberapa nama yang dalam blocked list aku tapi takde la panjang sangat. Orang yang bagi aku memang aku tak suka sangat je aku block ni. Nak2 jenis pretend macam baik, macam teraniaya sangat dengan aku padahal.. lagi syaiton nirrojim tu. Aku memang terang2 nampak dah kat mana buruk & kat mana baik. Yang jenis sesumpah ni.. aku je tau. Tak kisah la benda tu aku tahu dari orang lain yang menjadi informer.. Tapi yang pasti aku anggap tu cara Allah nak bagitahu aku dengan siapa kau patut berkawan & dengan sapa kau patut jauhi. Talam dua muka ni bahaya.. depan kita idola belakang lain pulak ceritanya. Kitalah sejahat jahat manusia.. kaki fitnah bagai. Jadi orang2 camtu duduk la kau dalam blocked list even aku tahu blocked someone tu belum tentu boleh buat orang tu tak stalk kita. Nak buat fake account bukan susah.. nak2 lagi aku jenis public je post aku. Semua orang boleh baca & komen tak kira yang ada dalam friendlist atau tak.. Takpe sekurang kurangnya banyak sikit dia kena buat kerja kalau nak stalk kan? hahahaha
cuma tutorial ni sekadar info je.. Sebenarnya aku pun baru tahu yang kita masih boleh block user facebook yang terdahulu blocked kita. Orang yang acah acah macam haters sangat kadang2 dia block sekejab jer lepas tu dia nak stalk kita dia unblocked balik. Lepas habis stalk dia blocked. Sebab dia banyak masa terluang la katakan.. Takde kerja bermanafaat yang lebih menguntungkan dia nak buat la.. Jadi untuk mengelakkan orang yang kita tahu memang dah blocked kita dari awal, unblocked sebab nak stalk kita.. maka kita block dia balik. Caranya mudah jer.. Kat bawah ni ada tutorial bergambar
![]() |
clik setting kat icon macam bentuk segitiga tu. Ni website views yer |
clik blocking yang kat menu sebelah kanan tu. Kemudian dia akan keluar paparan macam nombor 2 & nombor 3. Taip ke nama user facebook yang anda nak block clik button block (no 3). |
Dia akan keluar senarai nama user macam ni so pilih jer siapa yang anda nak block even orang tu dah terlebih dahulu blocked anda pun still akan keluar nama dia. |
![]() |
Clik/touch kat icon yang ada 3 line tu untuk bukan setting. Clik/touch menu setting |
![]() |
clik/touch pada account setting |
![]() |
clik/touch pada blocking |
![]() |
Akan keluar paparan macam ni cuma taip nama profile facebook insan bertuah yang bakal kena block tu |
![]() |
Dia akan keluar senarai macam ni. Nama jemah tu sebagai contoh je ok |
Senang kan? siap bagi tutorial bergambar pun takkan tak reti lagi kot. Belajar la explore jangan tunggu orang suap sampai ke otak. Asyik kena suap je lama2 otak boleh tepu jugak ok. Tu yang asyik takde idea & suka ciplak idea orang. Sebab malas guna otak untuk fikir. So, sila rajin berfikir & rajin belajar yer.
Semoga perkongsian ni membantu anda yang memerlukan. Lepas ni tak payah susah2 dah.. kalau ada orang blocked hangpa.. hangpa pun boleh block dia balik. Block la sampai mereput.. hahahaha
BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA INSTAGRAM
BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA INSTAGRAM. Instagram.. zaman sekarang kalau orang yang ada account media sosial ni mesti ada instagram. Instagram ni umpama macam album gambar la.. Kalau account Instagram aku ni memang gambar je la. Memang berbeza dengan facebook aktiviti aku kat Instagram. Kalau hangpa nak tengok apa yang aku selalu share kat Instagram boleh la follow @lalalekatlekit. Jangan meleleh air liur pulak tengok gambar2 yang cheq upload kat Instagram tu yer heheheheInstagram ni bagus jugak ok.. At least orang tak boleh pertikai hangpa asyik dok upload gambar je sebab memang Instagram tempat berkongsi gambar. Tapi jangan la dok share gambar2 yang boleh mengaibkan pulak. esok dah dapat hidayah jenuh nak delete satu persatu nak2 lagi hangpa jenis 1 hari 24 keping gambar hangpa upload. selalu je dengar orang merungut letih nak delete gambar2 yang depa rasa tak sesuai dah untuk tontonan umum. Sampai habis kuota internet sebab nak delete gambar je. Dulu masa jahiliah mungkin la depa tak rasa macam tu.. Bila berhijrah kearah yang lebih baik, time tu la rasa macam banyak benda nak buat. Nak delete account Instagram sayang katanya.. follower dah juta2. Di tambah banyak dok dapat paid review, mustahil la depa sanggup delete account tu.
Sebab tu la.. kalau ada account media sosial macam instagram tapi tak ada benda ni >> Siapa Yang Rajin Guna Instagram Setiap Hari Confirm Akan Happy Tahu Pasal Data Plan Ni << pun macam tak berapa effective la account media sosial hangpa tu. Sebab ia umpama nyawa bagi setiap aktiviti di media sosial ok! Jadi bila ada offer macam ni.. antara berita baik jugak la buat semua pengamal media sosial terutama yang aktif di instagram. Instagram sekarang bukan je boleh upload gambar tapi video so perlukan kuota internet yang banyak jugak ok! So, ni kira salah satu berita baik untuk pengamal media sosial jugak la.
Apapun.. media sosial ni boleh jadi aktiviti yang best bila kita bosan bosan tapi boleh jadi jugak sesuatu yang memudaratkan kalau kita gunakan cara yang tak betul atau keterlaluan. Jadi moral of the story.. Jangan bazirkan kuota internet anda kepada perkara tak berfaedah ok. Manafaatkan kepada perkara yang lebih menguntungkan & memberi pulangan.
SCROLL NEWS FEED FACEBOOK SALAH SATU RAHSIA CEMERLANG DALAM PELAJARAN
SCROLL NEWS FEED FACEBOOK SALAH SATU RAHSIA CEMERLANG DALAM PELAJARAN. Zaman dah berubah maka tip & petua juga turut mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Sebab tu banyak perkara kita dah tak boleh guna pakai dalam mendidik anak anak zaman sekarang. Zaman dah berubah jadi cara didikkan pun kena upgrade juga supaya anak anak kita tak ketinggalan dengan teknologi yang berkembang pesat atau tertekan sebab terkongkong dengan cara didikkan yang tidak seiring dengan zaman dia. Tu dia.. tetiba lekatlekit jadi pakar motivasi pulak kan.. heheheheFacebook adalah salah satu trend zaman sekarang. Sekarang ni mak bapak lahir je anak terus buka account IG la.. Fb la kan.. berbanding dulu paling2 bukan account bank je untuk anak anak. Katanya nak simpan moment2 penting dalam proses membesar seorang anak tu. Almaklum la zaman sekarang orang banyak simpan gambar dalam Album kat media sosial dari Album gambar sebab tu Album gambar pun tak berapa laku dah.. Kedai gambar la ni pun paling2 orang masuk nak ambil gambar pasport ja katanya kan. hehehehe
Facebook ni macam dok kata la kan.. Ada baik & ada buruk dia jugak. Tapi apapun perkara kalau di lakukan secara berlebihan yang asalnya baik pun boleh membawa keburukan & kemudaratan jugak. Tapi tak mustahil Facebook ni salah satu aktiviti yang mungkin menjadi penyumbang kepada pelajar - pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran. Sebab antara 5 Rahsia Pelajar cemerlang dapat A adalah dengan scroll news feed FB jugak. Nak tau macam mana benda tu boleh menjadi penyumbang kepada kecermerlangan seorang pelajar sila baca kat sini >> TIPS: 5 Perkara Simple Yang Boleh Meningkatkan Prestasi Korang Di Sekolah << Kalau baca pun malas, tak guna jugak kan. Jadi kalau nak jadi cemerlang sila clik & baca. Jangan tunggu orang suap sampai dalam otak ok! hehehehe
Sebab tu orang kata kalau teknologi tu di gunakan cara yang betul, Insya Allah banyak kebaikkan yang kita boleh dapat. Tapi kalau di gunakan untuk perkara sebaliknya.. maka sebaliknya la yang akan berlaku.
Moral of the story.. Teknologi tidak merosakkan manusia tapi manusia itu yang selalu merosakkan diri sendiri kerana berlebihan dalam menggunakan kemudahan teknologi yang ada.
INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG
INILAH KEHIDUPAN PENYANYI LANN A TO Z SEKARANG. Kumpulan A to Z kalau budak - budak tahun 90an memang kenal. Antara kumpulan yang memang terkenal waktu tu. Antara lagu popular kumpulan A to Z ni adalah lagu Itik Gembo Gembo. Lagu tu memang catchy sangat.. Lagu dalam loghat negeri kelantan. Kumpulan A To Z antara kumpulan yang terkenal dengan lagu loghat negeri2 kat Malaysia ni. Kalau kenal kumpulan A To Z mesti kenal dengan penyanyi utama dia Lan.. Pernah membintangi Filem Gemerlapan & pegang watak hero lagi tu. Tapi masa tu nampak dia macam agak kaku berlakon. Macam malu - malu gitu.. Rasanya memang orangnya secara peribadi agak pemalu kot hehehee...![]() |
Jeff, Chap & Lann A To Z |
Sedikit sejarah tentang kumpulan A to Z ni.. Kumpulan A To Z ni popular sekitar tahun 1995 - 2000. Meraka bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd. Di anggota 3 orang anak muda, Lan, Fendi & Jeff.. Selepas Fendi menarik diri dari kumpulan tersebut di gantikan dengan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Tamby. Salah seorang bekas Ahli kumpulan A To Z, Allahyarham Fendi ni telah pun meninggal dunia pada 23 April 2008. Antara Album pernah di hasilkan kumpulan A to Z adalah
1. Comel (1995)
2. Iyo ko (1996)
3. A to Z 3 (1998)
4. Eklusif 98 (1998)
5. Bang Bang Boom (2000)
![]() |
Allahyarham Fendi (tengah) semasa bersama A To Z |
Aku antara peminat kumpulan A to Z ni dulu.. Almaklum la zaman rap tengah In Trend Masa tu.. Pakai baju besar, seluar besar yang boleh muat 2 - 3 orang. Zaman tu zaman oversize.. zaman sekarang zaman skinny katanya. Walaupun A To Z dah semakin hilang di persada seni hiburan Malaysia.. Sebab masing2 pun dah ada haluan berbeza. Ada keluarga & komitmen.. Biasa la. Dunia Artis memang ada pasang surut. Sampai masa.. Akan hilang populariti tu. Tapi sebab minat aku ada jugak ikut perkembangan Penyanyi Utama Lan A To Z ni. Nak tulis entri pasal dia pun aku siap minta izin dulu.. Dia kata tulis la. Takde apa pun kontroversi pasal dia.. Sekadar nak tulis tentang kehidupan dia sekarang jer.
Abang Lan kita ni sekarang tinggal kat kampung dia di rawang.. Bahagia bersama isteri & anak anak hasil perkahwinan kedua dia. Yang pertama tu jodoh tak panjang katanya. Selalu dia kongsi gambar2 dia buat aktiviti kat kampung.. berkebun, memancing ikan, bertukang bagai. Banyak la kerja2 kampung dia buat sekarang. Katanya lama dah dok hidup cara orang bandar.. so nak asah balik skill buat kerja - kerja kampung ni
Ada hasilkan Album solo.. Kalau peminat suara Lan A to Z ni boleh dapatkan Album tersebut dengan direct terus di Facebook beliau : Norazlan Abdul Aziz
Selain tu beliau pun ada buat perniagaan secara online & menjadi duta produk. Walaupun tak aktif di screen tapi masih aktif di belakang tabir & masih menyanyi lagi ok! Yang rindu dengan suara Lan A To Z tu boleh la dapatkan Album beliau yer.. Kata minat kan? heheheheh
Isteri & anak anak abang Lan kita ni pun comel2 belaka.. Yang ni mesti ramai nak tengok kan? Meh la tunjuk sikit Isteri & anak anak Lan A To Z..
Macam tu kehidupan Penyanyi utama kumpulan A To Z, Lann.. Dia baik & bahagia jer. Bila gamaknya A To Z nak buat reunion konsert kan? Teringat zaman2 kegemilangan depa dulu.. Budak2 sekarang mungkin ada yang tak kenal kumpulan A To Z. Nak2 yang lahir tahun 2000an ni kan. Yang membesar tahun 90an kalau tak kenal dengan kumpulan A to Z ni memang jenis yang tak minat hiburan la kot... kekekeke
PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU
PANAS! USTAZ KAZIM ELIAS MINTA ADMIN FACEBOOK BERHENTI GUNA NAMA BELIAU. Memang banyak sekarang page page kat facebook guna nama Ustaz Kazim Elias. Biasa la bila dah popular nama depa mesti ada ada value. Kita kita yang maybe sebenarnya tak tahu pun tu fake page bukan di kendalikan oleh pemilik nama tersebut kadang2 ter follow atau ter like untuk mengikuti aktiviti mereka di media sosial atau membaca nasihat atau dakwah yang di sampaikan. Aku pun pernah ter follow jugak fake account yang guna nama Ustaz kazim ni..Sebab mereka menggunakan nama beliau.. Ustaz Kazim atau account rasminya Dato Ustaz Mohd Kazim Elias.. Mengeluarkan satu status meminta admin page facebook berhenti meraih rating & populariti menggunakan nama beliau. Korang jangan nak kecam pulak ustaz kazim buat macam tu.. Bahaya orang buat account guna nama kita.. Buatnya dia post benda2 tak betul, fitnah atau hadis2 palsu ke hapa.. Yang terpalit taik tu si pemilik nama tu. Nak2 lagi orang terkenal macam ustaz Kazim elias ni. Dia penceramah & pendakwa yang dah tahap selebriti sekarang so salah satu cara dia nak jaga reputasi & keselamatan diri dia jugak.
![]() |
Page Nasihat Ustaz Kazim adalah bukan di kendalikan oleh ustaz kazim |
Pada admin page facebook tu berhenti la meraih hasil dari fake account macam tu. Tak malu & tak rasa bersalah ke buat macam tu. Lepas tu hasil dia bagi anak bini & family makan. Jadi darah daging.. Kau takde nama sendiri ke nak guna? Kalau rasa nama kau tak se gah orang lain.. Berusaha la naik cara sendiri bukan asyik nak menumpang nama orang meraih hasil je. Malu la sikit.
Pada semua nitezen kita pun main peranan jugak untuk membenteras fake account yang semakin banyak kat media sosial ni. Kalau kita tahu itu fake account berhenti 'ikut' page tersebut. Kalau boleh boikot.. Nak2 lagi yang guna nama artis, selebriti atau pendakwah terkenal. Orang2 macam ni sebenarnya bahaya.. Depa boleh buat account atas nama sesiapa pun depa rasa nak buat termasuk la nama kita kalau depa ada niat tak baik. Jadi.. Jangan ingat kita tak berisiko ok walau kita bukan orang yang di kenali. Tak guna nama mungkin gambar kita boleh jadi mangsa. Ramai dah kot yang kena macam tu.. Padahal depa bukan retis pun..
Jadi yang mana ter follow atau like Page dengan nama Nasihat Ustaz Kazim berhenti mengikuti page tersebut kalau boleh sila report beramai ramai bagi membenteras aktiviti fake account macam ni.
DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA
DI SEBALIK PANTUN NEELOFA.. ADA SESUATU YANG BUAT PEMINAT HISTERIA. Tu dia.. petang2 minggu dah up cpasal histeria pulak. Dah tu ada kaitan pulak dengan pelakon & pengacara cantik lagi kaya raya Neelofa pulak. Aiyo.. panas ni. Bukan kipas level 5 sambil baca entri ni katanya... heheheheAlah.. nak hangat hangatkan suasana petang minggu yang mengantuk ni saja la up cerita cerita sensasi & panas sikit. Biar keluar peluh katanya membaca setiap bait bait ayat dalam entri ni. Hangpa kan suka yang suspend.. Kan blog lekatlekit.com ni suka tulis berkonsepkan buat suspend je katanya..
Saja la nak share sejak dua menjak ni katanya Neelofa suka berpantun kat Live Video facebook. Bukan sehari dua.. sampai 4 hari dia dok berpantun kat facebook live video tu. Menurut sumber yang aku baca... katanya pantun yang Neelofa baca tu bukan sebarang pantun ok! Pantun tu boleh menyebabkan peminat dia jadi histeria. Jangan kata peminat yang tak minat pun maybe boleh histeria jugak.
Apa yang di seru atau di sebut dalam pantun neelofa tu gamaknya sampai buat peminat dia histeria.. Ada bait bait menyeru jin ke? Atau sesuatu yang lebih dahsyat dari tu.. Kalau korang nak tahu pantun Neelofa tu ada apa sampai menyebabkan peminat dia histeria korang baca sendiri kat sini >> Ha? Neelofa Buat Ramai Peminat Histeria! Katanya Ada Kaitan Dengan Si _ _ T A _ ? << Memang suspend kan.. Menunggu saat saat tu.. Berdegup jantung ku katanya. hehehhee
Aku tengok pun rasa macam nak histeria jugak ni... Memang kalau dapat boleh buat saka ni. Menangis ok aku tengok. Patut la berpantun sakan neelofa Hahahahaha.
PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS
PEJUANG SEJATI PAPAN KUNCI.. DI AMBANG MAUT PUN MASIH MAMPU UPDATE STATUS. Media sosial ni tak semuanya bawa keburukkan.. Banyak juga kebaikkannya. Salah satu satu medium menyampaikan informasi paling pantas. Berita terkini TV3 pun tak boleh lawan kepantasan media sosial dalam menyebarkan berita & cerita cuma tu la.. keburukkan dia banyak sangat berita tak sahih, cerita dogeng, cerita dari mulut ke mulut yang tak tau hujung pangkal di share seolah - olah yang dok pakat share tu nampak perkara atau kejadian tu berlaku depan mata depa.. Tapi tu la.. Tetap ada kebaikkan & kepentingan juga media sosial ni.Bukan sahaja menjadi medium penyebar maklumat paling pantas malah Media sosial ni menjadikan manusia semakin kuat, tabah, bermotivasi, berinspirasi, penuh cita cita & sentiasa ada niat untuk berubah kearah lebih baik katanya. Tak caya kau tengok la kengkawan kau kat media sosial.. Kata2 motivasi penuh semangat.. Hari2 share resepi dari group masak masak, hari2 share cerita orang berjaya.. hari2 share petikan ayat2 al Quran & terjemahan untuk di jadikan panduan. Dari situ boleh nampak betapa positifnya mereka.. Kita pun membayangkan betapa berwawasannya hidup mereka & betapa terdidiknya mereka dengan Al Quran & Hadis di media sosial. Sebab orang kita ni memang rajin share.. hahahaha. Mempratikkan belum tentu. Tak payah ambil benda2 berat la.. Contoh share resepi, dapur dia belum tentu berasap katanya. hahahahaha. Jangan marah gurau je ok! Tak salah share benda baik.. ye dak! maybe kita tukang share je tapi orang lain yang baca mengambil sebagai satu ilmu yang baik untuk di amalkan. hehehehe
Tapi yang tu semua tak boleh lawan golongan yang satu ni. Golongan yang satu ni bagi aku patut kita kagumi. Sebab depa lebih tabah, kuat & seorang pejuang sejati.. Leftenan Adnan pun tak boleh lawan jiwa perwira dalam diri depa ni.. Gila kau! Depa ni golongan yang boleh di kira golongan berjuang hingga ke sedutan udara yang terakhir... Nak tau golongan apa?.. Baca caption kat bawah ni....
Jadi siapa kata pejuang papan kunci adalah mereka2 yang outspoken di media sosial. Yang outspoken ni tak berapa kuat,tabah & pejuang sangat berbanding golongan yang dari ceritanya macam dah di ambang maut tapi masih mampu update status kat media sosial. hehehehe
Macam macam kita boleh tengok & baca kat media sosial.. Ada yang buat kita marah, ada yang buat kita sedih, ada yang buat kita meluat, ada yang buat kita tergelak. memang dunia maya betul2 memberi warna juga dalam kehidupan kita. hehehehe
Moral of the story.. Bagus bagi mereka yang kuat macam ni walau di uji dengan kesakitan. Terus berjuang selagi mampu cuma tu la perjuangan yang sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri bukan atas papan kunci. Adakah dalam diri kita kuat? Tepuk dada tanya selera. Peace Yo!
3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK
3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK. Untuk menjadi seseorang yang bermotivasi kepada orang lain kita tak perlu nak cari publisiti untuk dapatkan populariti. Orang yang popular sekarang ni kadang2 nothing pun.. Kadang2 dia popular sebab kebodohan dia sendiri atau bijak mengambil kesempatan & peluang padahal apa yang ada dalam diri dia tu biasa - biasa jer kan.. Yang betul2 patut di angkat menjadi bermotivasi tu kadang2 tenggelam sebab mereka sangat low profile & terus positif menjalani hidup.Dayang Deno
Nor Atikah Norbaki
Kalau korang nak berkenalan dengan mereka boleh la terus ke FB mereka. Insya Allah mereka antara kawan2 yang post2 mereka jarang nak buat orang lain sakit hati. Hahahaha...
Selalu aku dok baca caption pengamal media sosial yang acah2 positif.. konon nak jadi seorang yang positif kena berkawan & bergaul dengan orang2 positif. Tapi bagi aku yang sama banyak positif & negatif ni, mustahil la kita mampu jadi sentiasa positif setiap masa. Kadang2 kita akan jadi negatif pada sesuatu perkara atau seseorang yang kita tidak suka. Orang yang kita nampak sentiasa positif tu pun ada hari dia negatif jugak...
Tapi kebanyakkan aku dok nampak orang yang konon tak suka di kelilingi orang2 yang beraura negatif katanya.. dia sendiri pun penuh aura negatif. Contoh dia konon tak suka orang yang suka menyindir so dia keluarkan status menyindir golongan tersebut.. Tanpa sedar dia sendiri buat perkara yang konon dia anggap negafif & dia tak suka. Jadi kesimpulannya.. Perbuatan dia tu negatif ke positif? Jawab sendiri lah yer... hahahahaha. Kalau dalam diri sendiri pun asyik pandang negatif kat orang lain tak payah salahkan orang2 sekeliling kau sangat la kan yang menyebabkan kau jadi tak berapa positif.. hahahaha
Moral of the story.. Manusia normal la ada positif & negatif. Selagi kita ada hati & hati kita masih mampu merasa selagi tu kita ada emosi yang up & down. Tapi ada cara kita nak ubah emosi yang sendu. Apapun cara kita ekpresi & kawal emosi tu membezakan kita dengan orang lain.Ada orang jenis apa dia rasa semua dia nak orang tahu kat media sosial.. Tu ada yang marah kat laki, marah kat anak, marah kat mak bapak semua dia tulis... So belajar mengawal apa yang kita nak tulis terutama ketika dalam keadaan beremosi.
CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK
CARA MUDAH UNTUK TAHU SIAPA UNFRIEND & BLOCK ANDA DI FACEBOOK. Salam pagi ahad.. Weekend pun gigih tau cheq update blog nak cover balik 2 hari cuti tu hahaha... Misi tahun ni nak tulis 2K entri katanya.. entah tercapai entah tidak tu tak penting yang penting ada target. Bila ada target ni jadi rajin sikit nak kejar target tu kan..Ok hari ni cheq nak share macam mana korang nak detect orang yang unfriend, block, unblock & close account kat facebook. Sebenarnya tak jadi satu kepentingan pun korang tahu semua tu.. Cuma bagi yang rasa perlu & penting perkara tu dalam hidup mereka boleh la Install satu aplikasi kat play store ni..
Aplikasi tersebut di namakan 'Who Unfriended Me?'. Benda ni secara kebetulan je aku jumpa kat playstore beberapa minggu yang lepas. Nak cari aplikasi lain tapi ternampak aplikasi ni sesaja try install & nak tengok macam mana dia berfungsi. Bukan aku kesah sangat pun sapa nak unfriend, block bagai.. Asalkan benda tu tak jejaskan traffic blog.. Not Big Deal bak kata omputih. Kalau orang melayu cakap.. Ada ku kesah! Lagipun account Facebook aku memang setting public.. friend ke tak friend semua boleh baca, like,share & komen kat post aku. Aku mengamalkan konsep.. 'Stalker U're Welcome' katanya. hahahahaha...
Kalau korang nak sentiasa ada notification sapa yang friend, unfriend,block,unblock & close account kat facebook.. Korang boleh ke playstore & search kat playstore 'Who Unfriended Me?' Lepas tu Install jer..
Tiap kali kalau ada orang yang baru friend, unfriend, block atau unblock dia akan bagitau melalui aplikasi tu. Kalau kawan2 korang close atau delete account pun dia akan mention jugak. So takde la korang touching kan.. konon tetiba kawan sendiri delete korang dari friendlist padahal orang dah close account hehehe
So lepas ni kalau tetiba friendlist korang yang beribu lemon tu tak payah tertanya tanya lagi sapa yang unfriend & block bagai.. Semua akan di bongkarkan melalui applikasi ni ok!
Apapun kalau nak bahagia tak payah kisah sapa nak unfriend & block kat FB.. Fokus untuk berjaya sudah.. Bukan je korang boleh hidup bahagia malah boleh berjaya dengan gilang gemilang & terbilang. hehehehe
INI YANG BERLAKU BILA ANDA TAIP 'SELAMAT TAHUN BARU' DI FACEBOOK
INI YANG BERLAKU BILA ANDA TAIP 'SELAMAT TAHUN BARU' DI FACEBOOK. Masing2 kecoh pasal ni kat facebook. Bagi yang tak berapa facebook mania tu mungkin terlepas tahu fenomena yang sedang berlaku hari ni. Jadi sebagai blogger yang prihatin katanya.. Nak2 lagi aku malam tahun baru melepek je kat rumah. Tak kuasa dah nak berebut dengan ramai orang semata mata nak tengok bunga api katanya.. Maka sambut new year kat rumah je la. Lagipun tak ada beza pun.. Esok tetap la 1 Januari 2017 kalau kau keluar atau tak tengok bunga api malam ni.Berbalik pada fenomena yang tengah viral sejak siang tadi.. Mesti ramai mula test taip 'Selamat Tahun Baru' kat facebook masing - masing kan? Termasuk la aku.. Nak tau juga apa yang best sangat bila taip "Selamat Tahun Baru' atau 'Happy New Year' kat facebook. Rupanya ni yang berlaku...
Lepas anda taip 'Selamat Tahun Baru' atau Happy New Year' & clik post akan keluar la letupan bunga api.. Katanya siap sound effect tapi apsal aku tak dengar apa2 bunyi pun. Letupan bunga api tu keluar la macam gambar kat bawah ni..
Macam macam la si mark ni nak mengembirakan pengguna facebook kan? Yelah.. bagi yang tak berkesempatan nak tengok bunga api kat luar boleh la tengok bunga api kat facebook jer.. Ok la tu dari tak nampak bunga api langsung kan...
Apapun di kesempatan ni aku nak ucap selamat tahun baru buat semua pengunjung & pembaca setia blog lekatlekit.com. Moga tahun depan bertambah pembaca blog lekatlekit ni yer.. Marilah kita Aminkan bersama sama. hehehehe
CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN
CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN. Mak bapak di luar sana... mesti mengucap dua kalimah syahadah nak2 lagi yang ada anak dara sedang meningkat remaja ni. Tak bagi bersosial memberontak.. Dah bagi sedikit kebebasan mereka berkawan.. Mula la bukan bukan di buatnya. Yelah.. kita pun biasa muda remaja.. biasa nakal.. Faham sangat la dalam umur macam tu memang fasa fasa nak kebebasan yang tanpa batasan. Kalau di sekat mula la rasa macam di kongkong.. Mak bapak tak memahami bagai. Hehehehe...Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Bagi hakak la kan.. Dik kalau makwe korang test korang macam tu baik kau tinggalkan je dia. Nampak sangat la dia kurang 'kemaluan'. Tengah dok cinta monyet lagi ni dah buat perangai pegang2 kemaluan orang.. Tapi kalau hangpa pun jenis layan confirm la hangpa tak lepaskan peluang keemasan kan?
Kadang2 tengok adik2 yang dok kena troll atau viral dengan page KHK tu semua bertudung litup bagai.. Nak salahkan KHK pun tak boleh sapa suruh hangpa tak reti malu dok up status bukan bukan. Ada bagusnya KHK dok troll atau Viral kan.. At Least jadi pengajaran pada orang lain jugak. Jangan nak tulis benda2 tak senonoh kat media sosial ni walaupun sekadar bergurau. Betul la bukan semua yang dok tulis benda tak senonoh tu buat perkara tersebut tapi apa yang di tulis tu memang nampak macam awak awak tu perempuan cheap sangat. Kalau tak ada yang buat macam tu mungkin semakin bersepah budak2 dok buat status merapu yang memalukan diri sendiri & keluarga.
Pada adik adik yang rasa bosan sangat cuti sekolah dari dok mengadap FB & muat turun status bukan bukan tu ada lagi bagus korang berhibur dengan benda2 macam ni >> Hiburan Untuk Sepanjang Cuti Sekolah Yang Korang Boleh Dapat Hanya Dirumah Melalui Astro << At Least takde la adegan nak test iman pakwe pegang kemaluan bagai.
Moral of the story.. bersyukur la kita dari zaman remaja yang bebas dari media sosial tapi tu la mencabar jugak nak membesarkan & mendidik anak di zaman media sosial ni kan? Kecik2 senang nak control..Bila mula pandai buat hal sendiri ni yang agak susah.
TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL
TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.
Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.
Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.
Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.
Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com