Showing posts with label tak puas hati. Show all posts

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR. Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya...


Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bayar postage. Kalau kat lazada beg tu lebih murah cuma design dia tak secantik zalora & free postage. Kira jimat banyak la kalau kat lazada tapi sebab untuk kepuasan nafsu serakah ni, tetap beg kat zalora tu jugak jadilah pilihan nafsu katanya.

Kalau lepas buat bayaran tu.. Punya menghitung hari la beg sampai. Order dah petang hari isnin mungkin dalam selasa tu baru proses untuk hantar. Rabu dah cuti nuzul al Quran maka khamis (hari ni) la sampai. Service penghantaran zalora memang cepat tapi sayangnya bila berlaku item yang di order tak sama bila kita dapat.. kau tahu macam kena cincang lumat perasaan aku ni. Rasa nak pergi buka puasa lepas tu carut berkajang kajang. Tapi sebab akal masih berfungsi dengan baik maka aku call zalora tanya macam mana nak buat item yang di pesan tak sama bila aku dapat.

Kalau hangpa kat tempat cheq apa perasaan hangpa? Menangis bawah bantal Uolls.. Bear tu acik tak minat nak.. acik nak beg jer. hahaha

Macam biasa step pertama email gambar beg tu kat zalora.. lepas tu tunggu la depa respond. Tempoh dia katanya 3 - 4 hari bekerja. Sebab beg tu bukan barang dari zalora.. supplier lain punya maka depa terpaksa komplen benda ni dengan supplier tu. Lepas tu kena return balik barang & tunggu dorang deliver balik barang yang sepatutnya. Kesimpulannya kat sini, mungkin lepas raya la kot aku dapat beg yang aku nak tu. Tapi lepas Zalora bagi penjelasan ni maka hampa la harapan aku nak pakai beg comel tu... Sat na.. nak pi nangis belakang pintu.


Mungkin kesilapan ni bukan dari pihak zalora.. Zalora ni macam orang tengah tolong pasarkan saja tapi tetap la jugak frust dengan zalora. Satu nama besar dalam bidang perniagaan online. So nama Zalora akan terpalit jugak. Tapi lepas perbincangan dengan pihak seller beg ni, katanya beg yang dalam gambar kat website Zalora tu memang tak ada, berkemungkinan gambar lama yang tak update so dia cakap dia cuma boleh refund & say sorry je la. Nak push pun beg tu memang dah tak wujud jadi apalah pilihan yang ada. So untuk memudahkan dua2 belah pihak aku terima je la beg tu. Sebab 1 tali dia ada fungsi boleh sandang & boleh galas macam bagpack. Antara ciri2 beg yang aku suka tu ada selain partition dia pun banyak. Takpe la.. mungkin kesilapan yang tak di sengajakan. Tapi pada seller lain jadikan pengajaran ok! Jangan guna gambar barang yang memang dah tak wujud. Benda tu boleh mengelirukan pembeli. Zalora pun sentiasa la remind seller supaya tak berlaku benda macam ni lagi. Bila berlaku of course customer rasa tertipu. Sapa yang dapat nama.. Zalora jugak.

Takde la buruk sangat, kan?

Bukan semua orang bab membeli ni lebih kurang, Kalau orang yang jenis lebih kurang tu mungkin dia malas nak bising2 bila berlaku perkara macam ni tapi aku rasa sebab lain sangat barang tu memang tak puas hati la. Kita tengok & beli yang kita nampak cantik tapi yang kita dapat macam taik.. Sapa tak angin, ye dak. Jangan ingat orang suka bershopping ni hanya tengok & beli ok.. tapi mereka memang ada kaitan dengan 11 perkara ni >> 11 Tanda Seseorang Itu Sangat Serius Dalam bershopping << Baru la di katakan pem'shopping' tegar. hahaha

Moral of the story.. sebab tu la membeli cash & carry ni lebih baik dari shopping online tapi tu la dekat2 musim perayaan ni pepaham je la. Bergesel bontot la nak pilih barang. Pilihan taknak bontot leper di hari raya.. maka membeli secara online cuma risikonya macam yang aku kena la. Ikut nasib je.. Kalau nasib baik dapat macam dalam gambar, kalau nasib tak baik dapat macam minta penampar.

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO. Aku tak tengok pun majlis anugerah tu. Tak tau pulak tayang kat TV mana. Kalau siaran TV berbayar kalau nak tengok pun memang tak mampu la sebab aku tak langgan siaran TV berbayar. Lagipun semalam seharian dari pagi sampai pukul 11 malam baru sampai rumah. Almaklum la cuti. Hari ni pun tak mustahil kejab lagi berlepas la kami anak beranak kemana mana menghabiskan hari cuti katanya.


Semalam dok lalu jugak kat news feed FB aku ada insan2 yang tak puas hati dengan kemenangan Blog Siakap Keli. Katanya blog takde kualiti, blog gosip murah bla... bla.. dot com dot my. Pendek kata nak cakap tak layak menang la kot. Tapi majoriti yang tak puas hati tu dari geng blogger cik abang tu la. Alah.. cik abang mana tak payah sebut kang kena ugut saman lagi aku katanya. Almaklum la dia ada lawyer tajaan aku ni sapa nak taja kan.

Kiranya kalau orang lain menang tak layak lah yer.. Kena ketua darjah depa menang jugak kot baru menepati ciri2 pemenang sebenar. Hello.. Kemenangan tu atas dasar Vote. Bila berdasarkan undian ni bermakna sapa undi banyak dia la menang. Kau berkualiti ke, gosip murahan ke kalau itu yang orang vote kau nak cakap apa. Tak kira la dia upah orang vote ke, dia vote sendiri ke atau apa2.. Nak menang usaha la cari vote. Jangan dok confident konon popular sangat tak perlu nak raih undi pun boleh menang.

Kemenangan bukan di nilai dari kreativiti atau kualiti tapi atas dasar pilihan orang ramai. Kau nak cakap apa kalau dah orang suka blog cenggitu. Kau fikir semua orang suka ke baca kisah rumahtangga anak bini orang lain? Kau fikir semua orang suka ke kisah bini kau tak period bagai? Ada orang suka & ada orang tak suka. Tu normal la. Ingat semua yang dok cerita pasal rumahtangga anak bini laki atuk nenek moyang bagai tu tulis entri berilmiah & berkualiti sangat ke? Bergantung mesej yang di sampaikan. Tak semua yang tulis isu semasa, hiburan tanah air bagai tu semua blog murahan.

Tahniah siakap keli

Satu lagi kontroversi takkan menaikkan seseorang. Kenapa idola korang orang tak vote untuk menang? Tu kena tengok sendiri kat mana kekurangan & kelemahan dia orang taknak vote. Aku tak boleh judge la aku tak kenal dia katanya. Kang ada yang berkempen boikot aku pulak untuk sekian kali. Tapi kempen boikot aku pun tak mampu jatuhkan blog aku, tak pelik sangat la kenapa idola korang tak menang anugerah APO. Pengaruh tak kuat even di kalangan penyokong dia sendiri. Inikan nak mempengaruhi orang lain.

Semua tu bergantung pada rezeki la. Tak menang tak semestinya tak hebat. Contoh blog aku jangankan menang tercalon pun tak malah tak layak pun duduk sebaris dengan top 5 Blog pilihan Online tu tapi aku tak rasa pun blog siakap keli tu hebat sangat. Cuma dia ramai follower kat media sosial je so rezeki dia la boleh menang kalau di nilai dari segi populariti. Blog aku tetap hebat di hati aku walaupun tak mampu nak duduk sebaris dengan top 5 tu. hahahaha

Kita berbaik sangka la terhadap mereka yang tak menang. Mungkin sebab penyokong dorang tak cukup kuota Internet nak vote. Jadi kalau korang yang sentiasa tak cukup kuota Internet tu meh la rebut peluang dapat free Internet setiap bulan seumur hidup kat sini >> Tak perlu curi wifi Jiran atau Lepak Mekdi Nak guna wifi percuma kini anda mampu milik free wifi setiap bulan seumur hidup. Nak tahu macam mana nak dapat tengok kat sini << Jadi senang la untuk next time nak vote idola korang.

Apapun pada penyokong abang kacak terpacak yang popular dengan jemur kain tu tak payah tacing sangat la. Anugerah ni bergantung pada populariti bukan kualiti tapi kuantiti.Berusaha je la ramaikan penyokong & pengaruh. Maybe next time ada lagi anugerah macam ni kalau dia berani bertanding lagi.. mana tau menang. Dah tercalon dalam top 5 tu kira hebat la. Beautifulnara pun kalah korang tau sebab tak nampak pun tercalon. Dah tak payah sesedih ambil sorang 50sen pergi beli ais krim malaysia.hehehe

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI. Hari ni asyik topik pasal lelaki je kan?? Ada pulak yang tanya.. ada masalah rumahtangga ke asyik dok menghentam lelaki je hari ni.. Insya Allah takde apa masalah yang besar menggugat keharmonian & kegilaan rumahtangga aku ni. Baru tadi goreng bihun & makan sama2 penuh nikmat katanya. Sempat lagi kena kutuk sebab baju lama yang dah aku buat kain buruk sebab tak muat nak sarung kat badan. Kalau boleh bergurau senda tu.. Kira bahagia lagi la. Mana ada orang tengah gaduh nak gurau2 ye dak...


Nak buat macam mana sumber ilham hari ni menjurus pada topik untuk lelaki je. Lagipun entri ni berbentuk informasi yang mungkin berguna kepada lelaki. Lelaki ni almaklum la hidup depa ni semua nak simple.. Nak cepat.. nak mudah.. Benda tu kadang2 mengundang perasaan yang kurang senang oleh pasangan mereka. Tak mustahil benda tu boleh jadi penyebab hubungan boleh terputus.. Yang dah kahwin boleh bercerai. Asalnya sebab suami/pasangan pandang remeh perkara yang bagi pandangan mata seorang perempuan adalah perkara besar.

Tengahari tadi tengok wanita Hari ini topik pasal bercerai dengan alasan remeh.. Kita sendiri pun takkan sangka sebab2 macam basuh kain malam2 boleh jadi punca penceraian. Hidup berpasangan ni apa yang dulu kita buat masa zaman bujang tak semua kita masih boleh terus buat bila berumahtangga. Perkara kecil bagi kita tak semestinya kecil jugak untuk pasangan kita. Contoh 11 perkara ni yang memang lelaki suka sangat buat tanpa sedar buat perempuan memendam perasaan tak puas hati >> 11 Perkara Ni Lelaki Perlu Berhenti Lakukan. Ia Nampak Simpe Tapi Anda Mungkin Akan Kehilangan Orang Tersayang Kalau Terus Melakukannya << Mungkin bagi lelaki cuma perkara kecil yang mustahil boleh menjejaskan hubungan mereka tapi tidak bagi perempuan.

Moral of the story yang lelaki kena selalu ingat.. Perempuan memang complicated. Mood depa boleh jadi macam taufan sekelip mata hanya kerana korang terlupa something yang dia pesan je. Tapi bukan semua & aku maybe terkecuali dari perempuan yang perangai macam tu hahahaha. Perempuan memang di cipta untuk di belai sebab tu Allah ciptakan naluri & hati mereka jadi selembut kapas. hehehe

FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS

FIZO OMAR MARAH ORANG SEBUT RETIS BUKAN ARTIS. Macam nak gelak bila perkataan 'retis' di gunakan untuk panggil seorang artis tu jadi isu pada seorang retis.. erkk.. artis bernama Fizo Omar. katanya dia tak suka orang sebut retis.. Rasa macam menyindir. Menyindir ke? Menyindir atau tak bergantung pada ayat & isu la kan.. Tak boleh nak judge bila orang gunakan perkataan retis tu semua nak menganjing golongan artis je.


Tapi rasanya isu ni sangat la remeh untuk kau up kat rancangan hot tv tu. Rancangan yang bersiaran di TV9 semalam. Aku rasa macam kalau dah tahap sentap macam tu baik ko pencen je jadi retis.. ops artis fokus je jual burger dengan jual tudung bini kau tu. Nak jadi retis... ops maafkan saya. Nak jadi artis tak boleh benda2 kecik pun nak sentap encik fizo omar Ooi..

Perkataan 'Retis' yang di gunakan yang aku paham mulanya hanya dengat orang tua2 suka sebut. almaklum la bila dah semakin tua orang kata jadi semakin budak. Macam budak2 baru belajar cakap.. Dia ada pelat sikit. Tapi sebab perkataan tu nampak macam catchy jer so di gunakan oleh rakyat alam maya tidak bermaksud untuk menganjing golongan retis. Bergantung pada isu la.. Kalau isu macam ni memang kategori 'menghentam' jadi penggunaan perkataan mungkin nak menganjing sedikit la. Sapa suruh kau buat isu benda yang orang rasa tak patut jadi isu.

Dulu aku pernah tengok rancangan muzik muzik tak silap tahun lepas kot. Masa faizal hotfm mengacara.. Ada sorang penyanyi hiphop ni tak puas hati jugak bila sebut hiphop jer mesti sebut Ya aauw..  tu. Dia rasa macam penghinaan. Padahal dia patut bangga lagu dia tu jadi simbol hiphop kat Malaysia ni. Bila sebut hiphop auto orang nyanyi lagu dia.. Ya Aaauw tu. Tapi dia pulak rasa tak puas hati. Sampai terdiam pengacara masa tu macam rasa bersalah sebab waktu nak jemput dia tu pengacara tu pun buat benda yang sama.

Alahai.. Pelik sungguh aku dengan orang yang nak touching benda2 remeh macam ni. Hidup depa tak ada masalah lagi besar ke? Tapi yelah.. hati manusia tak sama. Mungkin benda macam ni menggangu emosi depa, apa yang kita boleh buat jangan buat je kat depan depa2 yang rasa perkara tu mampu menaikkan kemarahan. Orang2 sensitif macam kena tatang bagai minyak yang penuh. hehehehe

Orang2 cepat tersentuh ni jiwa dia penuh romantis. Nak yang sweet2 je sepanjang masa. Memang rasa di belai belai selalu. Tapi tu la kalau terlampau sensitif memang susah la nak hadapi hidup yang serba ganas & mencabar ni. Sebab hidup kita takkan dapat lari dari hadap sesuatu yang menyakitkan hati cuma kita boleh ignore atau hadapi dengan berani.

Moral of the story.. Kalau 2 isu ni yang pernah artis rasa sentap memang bagi aku isu remeh yang tak patut depa nak tacing. Rilex la bro!

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU. Semalam terbaca luahan hati pelakon Lana Nordin yang katanya kecik hati tengok Ayda Jebat pakai baju pengantin dia dalam satu iklan. Katanya baju tu dulu di sponsor lepas pakai kena bagi balik la kat pereka dia. Aku pun pening jugak kalau sponsor takkan ambil balik baju tu.. Tapi tak tau la kan. Sebab dulu Memey Suhaiza di sponsor Raflesia barangan kemas juta ringgit pun.. bagi pakai je. Habis majlis dia kutip licin barang dia. Gila kau nak bagi kat retis barang juta2 macam tu. Mungkin istilah sponsor dalam industri hiburan ni macam pinjam la kot. Kalau kita orang biasa ni sponsor bermakna tolong biaya kos tu. Bermakna benda yang di sponsor tu jadi hak milik kita. Tapi dalam kes lana nordin dengan designer baju tu tak tau la salah faham ke hapa. Kalau sponsor baju jer takkan ambil balik.Maybe cuma suruh peragakan je kot.


Bila dah sorang keluarkan statement tak puas hati.. maka bermulalah kontroversi. Jawapan balas Ayda Jebat katanya designer tu yang izinkan dia pakai. Yelah.. dah baju dia. Suka hati la dia nak bagi siapapun pakai. Si Lana ni cuma tak puas hati sebab baju tu baju pengantin yang ada high value bagi dia. yelah.. hari kawen dia la katakan. So, semua perkara yang berlaku termasuk baju yang di pakai memang menjadi sentimental value. Dia kata tak kisah sangat kalau ada artis lain pakai untuk kawen atau majlis2 yang eklusif & berprestij tapi dia tak puas hati sebab Ayda Jebat pakai untuk iklan tv je.

Puas hati ke tidak.. Dah tuan punya baju dah bagi keizinan so tak boleh nak buat apa. Walaupun baju tu pernah dia pakai untuk majlis bersejarah dalam hidup dia tetap la dia cuma tumpang pakai je. Bukan hak milik dia so dia tak boleh nak kenakan syarat siapa boleh pakai, untuk apa di pakai. Kalau nak eklusif keluar budget sendiri.. buat baju sendiri. Lepas pakai boleh simpan buat kenang kenangan macam aku ni. Takde sapa boleh pakai baju kawen aku tak kira untuk annual dinner company atau berlakon iklan sekalipun. Aku sendiri pun dah tak boleh pakai lagi baju tu. Hahahaha... macam eklusif sangat baju kawen aku kan. Sila malu pada diri sendiri yer lekatlekit. Budget macam kau pulak retis.

Dah la lana.. Tak payah nak sedih sangat la pasal baju tu. Sebab baju tu cantik la ada orang berminat nak pakai. yang penting dia pakai pun selepas hang pakai.. dia cuma recycle jer. Bawa2 bertenang. Tak elok ibu mengandung stress2. Gamak rasa nak pakai baju cecantik pi je shopping kat zalora.

Moral of the story.. sayang macam mana pun kita kalau benda tu hak orang kita cuma boleh tumpang sayang tak boleh tumpang miliki. Terima je la hakikat

BILA BLOGGER DI PERGUNAKAN OLEH BLOGGER..

BILA BLOGGER DI PERGUNAKAN OLEH BLOGGER.. Jadi blogger ni memang adakala kita di pergunakan. Tapi ada dua konsep mempergunakan blogger... ada untuk keuntungan kedua dua belah pihak & ada untuk kepentingan sebelah pihak jer. Sejak berkecimpung dalam dunia blog secara serius dah macam benda aku tengok & ada yang berlaku sendiri kat diri aku.


Blogger mempergunakan blogger lain.. bukan perkara pelik sangat kot cuma bukan semua blogger jenis mempergunakan blogger lain. Yang jadi kes mempergunakan blogger ni bila dia dah popular sikit, nama dia dah jadi satu jenama di kenali sikit mula la dia rasa kepala dia lagi besar dari perut. jadi nak seimbangkan supaya perut dia sama2 membesar dengan kepala dia terpaksa la cari makan lebih. Time tu la berlakunya kes mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.

Sebab spesis macam ni dia bukan bodoh sangat nak memperguna orang macam tu jer.. dia umpan la sikit dengan upah yang tak setimpal kemudian dia kerah la orang jaja nama dia seantero alam maya bagi mengkukuhkan kedudukkan & populariti dia. Yang anak2 itik tokwi kat bawah ni bila dah terjebak & rasa macam teraniaya takut pulak nak bersuara. Terpaksa pendam & cari solution untuk keluar dengan cara selamat agar tak menyakiti hati mana2 pihak. Tak macam aku ni suka luah sampai habis. Senang orang tahu apa terbuku dihati katanya. Orang pun meluat. hahaha

Politik kotor bukan hanya wujud dalam dunia politik tapi wujud di mana2 saja termasuk dunia blog. Yang ada kuasa gunakan kuasa untuk terus berkuasa. Mungkin dia lupa kuasa yang lebih besar ada sedang memerhati. Dia terus bertahan bukan kerana dia hebat tapi Yang Maha Kuasa sedang memberi dia peluang demi peluang untuk membetulkan kesilapan.

Apapun entri ni tak merujuk atau menyebut mana2 pihak. Sekadar sebuah cerita cereka tentang dunia blog katanya hahahaha. Tapi sapa makan cili dia rasa pedasnya. Cuma bagi yang ghairah nak tumpang populariti orang agar tempias popular terkena jugak kat depa nasihat aku tak payah la nak kejar populariti sangat. Belajar usaha sendiri macam mana nak jadikan blog sumber pendapatan sampingan dari dok harap kena jilat tapak kaki orang semata mata nak dapat job.Kalau rasa tulis blog tak mampu jadi sumber pendapatan jadikan blog sebagai perniagaan pulak.

Moral of the story.. Dalam hidup kita penting untuk kita pandai membela diri. Jangan harap orang lain untuk backup kita setiap masa. Jangan tadah je kepala untuk di pijak kadang2 kita perlu bangkit berjuang untuk diri sendiri. Jangan biar sampai diri di pergunakan macam orang bodoh. Sesia mak bapak bagi didikkan & hantar ke sekolah.

KES DERA ANAK DI SWEDEN,KENYATAAN ANAK LELAKI CAKAP DI PERLAKUKAN MACAM HAMBA

Semakin aku ikuti kes ni semakin aku rasa maybe ada jugak kesalahan yang mak bapak budak2 ni buat. Kalau tak masakan adik beradik ni masing2 macam rasa tak puas hati dengan mak bapak dorang. Mungkin bagi kita yang membesar dalam zaman dimana perkara biasa di pukul & dirotan mak bapak rasa perkara biasa rotan dalam mendidik anak tapi bagi anak zaman sekarang ni.. yang terlalu banyak akta yang membela mereka & terlalu banyak pengaruh luar membuatkan mereka merasa mereka tidak berhak di sakiti walau untuk tujuan mendidik sekalipun.


Hari ni aku terbaca artikel yang bertarik 28 februari (semalam) tentang statement anak lelaki pasangan yang di tahan di sweden atas tuduhan mendera anak yang  rasa mak bapak depa ni buat depa macam hamba & mak ayah depa tu macam tuan. Kononnya mereka seolah olah di kawal dengan rotan, kalau depa tak mau kena rotan jangan buat silap. Dia kata dia tak rela di rotan. Dik.. akak dulu pun mana ada rela kena rotan dengan mak. Takde sapa2 rela kena rotan tapi tak semua orang simpan dendam dengan mak bapak sendiri hanya sebab kena rotan yang kesan birat dua tiga hari hilang tu.


Tak tau apa yang berlaku dalam rumah mereka sehingga anak2 ini seolah2 menyimpan perasaan tak puas hati dengan mak bapak mereka sendiri. Walaupun apa alasan.. Mak bapak korang merotan tak sampai menyebabkan kecederaan serius atau kecacatan kekal apatah lagi ada yang mati kena rotan tu membawa maksud.. rotan tu hanya tahap untuk mendidik & mendisiplin kan korang je kot. Mungkin sebab depa ni membesar di perantauan bila kena marah atau kena rotan takde sedara mara yang dekat dorang nak tumpang meluahkan perasaan sebab tu la kot benda ni jadi isu serius & memberi kesan emosi pada mereka. mungkin la kot.. tu cuma andaian aku je.

Apapu dik.. kalau ada sedara mara korang yang terbaca blog ni atau korang sendiri terbaca, satu je akak nak pesan. Hari ni mungkin kamu rasa puas hati dapat melepaskan perasaan marah kamu pada mak ayah, kamu membuka segala aib mereka & memperlihatkan pada dunia seolah2 mereka ibu ayah yang sangat kejam.. percayalah satu hari nanti waktu kamu dah dewasa perkara ni akan menjadi kesalan yang paling kamu tak dapat maafkan diri kamu sendiri. Akak pun melalui usia macam kamu jugak dulu.. akak pun remaja memberontak jugak.. akak pun membesar dengan cubit tampar & rotan mak jugak.. akak pun merasa pedih setiap kali di libas rotan ke kulit.. akak pun pernah rasa tak puas hati bila mak rotan.. semua akak pernah rasa macam apa yang korang rasa cuma yang tak sama akak tak simpan dendam pada mak bapak sendiri. Biar berbirat satu badan.. setiap hari akak tetap perlukan mak sebab mak adalah kekuatan pada setiap anak biarpun akak pun di manja oleh makcik macam korang rasa sekarang. Makcik lebih baik dari mak sendiri.. akak pun pernah lalui situasi tu tapi tetap akak rasa akak masih perlukan seorang mak sampai bila2.

Mungkin mak bapak korang juga bersalah.. tapi apalah sangat salah seorang ibu ayah pada seorang anak jika di bandingkan dengan pengorbanan mereka untuk melahirkan & membesarkan kamu sehingga mampu meluahkan kata tak puas hati pada mereka. Jika bukan dari didikkan mereka kamu jugak tak mampu untuk berkata2 pedih pada mereka hari ni. Dari kasih sayang la.. kamu membesar &petah berkata2. Jika kamu membesar dari kebencian mereka.. mustahil kamu secomel & sebersih & sesempurna sekarang.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com