LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU
Bila dah sorang keluarkan statement tak puas hati.. maka bermulalah kontroversi. Jawapan balas Ayda Jebat katanya designer tu yang izinkan dia pakai. Yelah.. dah baju dia. Suka hati la dia nak bagi siapapun pakai. Si Lana ni cuma tak puas hati sebab baju tu baju pengantin yang ada high value bagi dia. yelah.. hari kawen dia la katakan. So, semua perkara yang berlaku termasuk baju yang di pakai memang menjadi sentimental value. Dia kata tak kisah sangat kalau ada artis lain pakai untuk kawen atau majlis2 yang eklusif & berprestij tapi dia tak puas hati sebab Ayda Jebat pakai untuk iklan tv je.
Puas hati ke tidak.. Dah tuan punya baju dah bagi keizinan so tak boleh nak buat apa. Walaupun baju tu pernah dia pakai untuk majlis bersejarah dalam hidup dia tetap la dia cuma tumpang pakai je. Bukan hak milik dia so dia tak boleh nak kenakan syarat siapa boleh pakai, untuk apa di pakai. Kalau nak eklusif keluar budget sendiri.. buat baju sendiri. Lepas pakai boleh simpan buat kenang kenangan macam aku ni. Takde sapa boleh pakai baju kawen aku tak kira untuk annual dinner company atau berlakon iklan sekalipun. Aku sendiri pun dah tak boleh pakai lagi baju tu. Hahahaha... macam eklusif sangat baju kawen aku kan. Sila malu pada diri sendiri yer lekatlekit. Budget macam kau pulak retis.
Dah la lana.. Tak payah nak sedih sangat la pasal baju tu. Sebab baju tu cantik la ada orang berminat nak pakai. yang penting dia pakai pun selepas hang pakai.. dia cuma recycle jer. Bawa2 bertenang. Tak elok ibu mengandung stress2. Gamak rasa nak pakai baju cecantik pi je shopping kat zalora.
Moral of the story.. sayang macam mana pun kita kalau benda tu hak orang kita cuma boleh tumpang sayang tak boleh tumpang miliki. Terima je la hakikat
macam-macam kes depa ni... hehe
ReplyDeleteNape masa tu tak beli terus je.. takdelah isu macam tu timbul.. tu baru betul eksklusif.. ;)
ReplyDeletebetul tu aiza.Biasanya kita boleh order khas untuk majlis kita kalau nak abadikan sebagai kenangan peribadi.Adatlah kalau sewa.kenalah share.
ReplyDeleteLerr..mmg la sponsor amik balik....alangkan sewa pun ambik balik...ni pulak sponsor....
ReplyDelete