Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts
08 February 2022 0 Komen Melekat

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU

JEMPUT BACA PADA YANG SUKA BUAT MARKETING MENGELIRUKAN & MENIPU. Perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru malah menjadi satu trend di zaman sekarang. Berniaga secara online menjadi pilihan masakini kerana lebih mudah. Tidak perlu menyewa tapak atau premis perniagaan. Produk boleh di pasarkan secara terus kepada pengguna melalui atas talian. Boleh di lakukan di mana mana sahaja. Hanya di perlukan cuma peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop dan talian internet. 

Melakukan perniagaan atas talian ni marketing atau teknik pemasaran melalui copywritting sangat penting. Copywritting main peranan besar untuk menarik pembeli. Jadi berbagai teknik marketing di gunakan bagi tujuan menarik pelanggan membeli barangan mereka.

copywritting adalah teknik cerita yang di gunakan untuk tujuan pemasaran melalui penulisan. Jadi tak terlepas dari berlakunya penipuan. Ada yang tergamak menggunakan taktik marketing yang mengelirukan dan juga menipu demi menarik pembeli untuk membeli jualan mereka. Antaranya memberi testimoni palsu, mereka reka cerita sedih yang mungkin tidak lagi berlaku dalam hidup mereka atau menggunakan teknik misleading marketing @ iklan/pemasaran yang mengelirukan. 

Dari segi moral pun ia memang tidak baik. Tiada pembeli suka di tipu. Apatah lagi jika bercakap dari sudut agama. Tiada agama dalam dunia ini menyokong perbuatan menipu. 

Dalam Islam juga menegah perbuatan marketing yang berunsur penipuan ni.

Tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.

Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.

Hukum Marketing (Secara Umum)

Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba

(Surah al-Baqarah: 275)

Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:

الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد

Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)

Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam

Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.

Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ 

Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”

Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:

  • Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
  • Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
  • Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Sumber : Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Zaman sekarang ada dua golongan perniaga online yang suka menipu. Satu suka menipu yang mengambarkan dia kaya dengan hasil perniagaan online dia dan satu golongan lagi menggunakan taktik yang mengambarkan hidup dia daif, susah, miskin, sakit,cacat untuk meraih simpati dan melariskan jualan dan pada yang sama mendapat sedekah dari individu individu yang terpedaya dengan ceritanya

Moral of the story.. Yakin dengan usaha, InsyaAllah, ada rezeki dari Allah. Tak perlu menggunakan marketing menipu & misleading (mengelirukan). Rezeki Allah ada di mana mana. Orang jujur Insya Allah murah & berganda rezekinya. Walau sedikit andai ada keberkataan Insya Allah itulah sebaik baik rezeki yang kita dapat.


24 September 2019 3 Komen Melekat

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK

INSTAGRAM BLOCKED IKLAN PRODUK KURUS & PEMBEDAHAN KOSMETIK. Tu dia maybe para founder, seller, agent, dropship & Instafamous sikit gelebah bewak dengan berita ni kan? Mana tidaknya bagi yang terlibat menjual atau mempromosikan produk produk macam ni pasti benda ni akan menjejaskan sedikit la kuantiti rice dalam cooker depa. Nak nak benda benda ni memang mendapat permintaan tinggi. Almaklum la semua orang obses nak cantik.. nak langsing.. bagai kan? Sapa la nak nampak buruk ye dak.


Disebabkan iklan iklan atau promosi benda benda tu memberi pengaruh & mungkin banyak yang merisikokan pengguna terutama mereka yang bawah umur ni, Minggu lepas katanya Instagram mengubah polisi& menghalang (Blocked) iklan yang berunsur produk kuruskan badan & Pembedahan kosmetik untuk pengguna berusia bawah 18 tahun dari di paparkan di platform media sosial tersebut. Benda ni katanya selepas di desak oleh persatuan pengguna (Bukan PPIM ok! PPIM maybe tak berminat nak membenteras benda benda macam ni kot. Jarang nampak PPIM involve untuk isu isu produk supplement pelangsingan & kosmetik ni). yang berpendapat iklan iklan sebegitu tak sepatutnya di lihat oleh mereka yang bawah umur.

Memang bagus sangat Instagram buat macam tu.. even masih ada Facebook & twitter yang tak kurang hebat juga menjadi tapak mengiklan & menjual produk produk macam ni at least bila Instagram remove & blocked iklan iklan macam ni effect juga la kepada facebook. Kebanyakan link ke facebook kan account instagram. Nak nak lagi sekarang trend bayar Instafamous untuk review/promosi produk produk macam ni so lepas ni dah tak boleh la hangpa nak dapat income dari produk produk macam ni.. ngeh ngeh ngeh..

Bukan apa.. Produk kurus ni sangat bahaya ok! Pakar pun tak suggest ambil sebarang produk kalau nak kurangkan berat badan. Cara paling selamat adalah mengamalkan pemakan yang seimbang & sihat, bersenam. Tak ada jalan pintas nak kurus ok! Kalau ambil produk tanpa bersenam & diet seimbang boleh kurus.. Hangpa patut rasa curiga dengan kandungan bahan yang di gunakan dalam produk tu ok! Banyak dah yang KKM kesan mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan & organ dalaman seperti buah pinggang. Jangan nak kurus tetiba tinggal tulang menanti Izrail datang memanggil je.

Hope Plaform media sosial lain juga turut mengambil peranan untuk menghalang promosi promosi produk produk macam ni di social media untuk membantu orang awam dari consume perkara yang memudaratkan. Even Instagram cuma blocked paparan untuk pengguna 18 tahun kebawah je.. At least ada juga usaha untuk menyekat benda ni dari mempengaruhi golongan bawah umur. Walaupun kita sedia maklum yang dah bangka pun ramai yang bangang dok percaya produk produk macam tu kan..

Moral of the story.. Kalau nak kurus & nak cantik tapi malas terima je la diri seadanya dari kau buang duit tapi akhirnya dapat sakit lagi la tak berguna. kekekekeke


Sumber : https://www.buzzfeednews.com/article/ryanhatesthis/cosmetic-survery-weight-loss-18-plus-instagram?fbclid=IwAR2nIjZvWItHjZ8WMNUyZKqHVBgET61eC9GyZirsCBblNJzQnDgFXb4DURg
01 May 2018 2 Komen Melekat

KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU

KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU. Zaman jamu macam kembali menguasi pasaran sekarang cuma beza jamu dulu memang majoriti homemade guna barang dapur bak kata orang. Buat & makan sendiri.. Tapi Jamu zaman sekarang lain sikit. Ada di buat di kilang & ada juga di buat di rumah tapi di campur dengan bahan bahan tak sepatutnya untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Bukan kata tak boleh langsung nak amalkan jamu tapi zaman dah berubah.. Ada benda yang kalau dulu jadi baik di amalkan tapi zaman sekarang maybe jadi memudaratkan. Sebab tu la nak ambil apa2 produk berbentuk supplement atau ubat ni kena merujuk kepada mereka yang pakar.. Kena buat check up dulu bagi memastikan apa yang badan kita perlu & tidak perlu atau tidak boleh terima. Pengedar & penjual produk ni kebanyakkan tak ada qualified dalam bidang medical.. Banyak mereka suggest ikut pandangan peribadi & logik akal je. Korang cerita apa masalah dorang pun main suggest je itu ini.. Padahal dalam badan korang dorang sendiri pun tak tahu apa masalah yang ada. Tu yang bila ambil produk yang maybe tidak sesuai, tindakbalas dia jadi bukan bukan.

Sebab tu KKM dah buat guidlines untuk pasarkan sesuatu produk apa yang boleh & tidak di iklankan. Sebab tu kena berdaftar dengan KKM sebab sekiranya berlaku kemudaratan kepada pengguna senang untuk pihak KKM mengambil tindakkan menghalang penjualan & pemasarannya.

Produk Jamu ni di bawah kategori produk Tradisional. cara pengambilan dia kebanyakkan perlu di masukkan ke dalam badan tak kira cara telan atau masukkan ke sudut2 tertentu di dalam tubuh kita. So Produk JAMU yang nak di pasarkan wajib berdaftar dengan NPRA (KKM) sebagai MAL. Sebab dia produk dalam kategori ubat jugak yer.

Antara perkara yang tak boleh di jadikan iklan dalam produk jamu adalah..

Ketat kan faraj (Yang ni memang sangat popular di iklankan)
membesarkan/menegangkan/memontokkan payudara
melancarkan haid
merancang kehamilan/menyuburkan
merawat kemandulan


Rujukan : FB Dr Rusyaine Ramli

Saya faham ramai agent2 & seller produk jamu tak tahu perkara ni. kebanyakkan copywritting di sediakan pihak HQ untuk mereka mengiklan produk tu. Saya dulu pun tak tahu.. Banyak juga review produk jamu saya terlepas tuntutan iklan macam tu sebab kejahilan saya sendiri. Jadi.. Bila dah tahu kita betulkan & sebarkan untuk orang lain sama sama membetulkan kesilapan tu.

Moral of the story.. Moga info sedikit ni memberi manafaat yang besar kepada semua pengguna & pengedar. Dah tahu tu jangan pulak buat buat tak faham pulak yer.. terus mengiklankan produk jamu hangpa dengan tuntutan yang menjadi kesalahan demi rice cooker masing masing. Percaya.. rezeki tu semua dari Allah.. Insya Allah tak iklan secara extreme nak2 lagi berkaitan aktiviti sek$ tu pun Allah akan bagi juga rezeki untuk kita. Tak payah la sampai hilang kemaluan semata mata nak menyerlahkan produk hangpa sampai beromen dengan pasangan pun kau boleh cerita detail semua.
08 November 2017 1 Komen Melekat

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK. Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan..


So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan pada pengguna yang dia pikiaq (fikir) Masyuk.. Banyak Masyuk.. banyak untung. Neraka? Lambat lagi nak mati.. Dah kaya raya sampai tak tau nak buat apa dengan harta yang ada esok, taubat la. Macam confirm nyawa dia panjang kan?

Benda ni bukan je salah dari segi undang2 malah salah dari segi agama juga tapi sapa yang kesah kan? Jadi kita sebagai pengguna la kena belajar & bijak. Jangan sampai di pijak pijak oleh pengeluar & pengedar produk yang misi depa memang nak kejar syurga dunia. Macam dok kata tadi.. Nak fikir syurga neraka katanya mati lambat lagi. Sempat nak taubat..

Antara penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan adalah..

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat Yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata

Yang paling banyak produk suka claim adalah boleh sembuh kanser, darah tinggi, kencing manis, Asma/lelah & yang claim paling popular dari produk ubat/supplement tradisional macam jamu adalah memulihkan masalah lemah seksual bagai. Kat situ dah terang terang satu kesalahan depa buat cuma kita ja sebagai pengguna atau seller bawahan ni mungkin tak tahu benda tu jadi satu kesalahan undang undang.


Paling penting yang kita kena makesure kalau produk yang bernotifikasi (ada nombor NOT KKM) itu hanya untuk produk kosmetik. So dia tak boleh sama sekali claim produk dia boleh merawat sebarang penyakit. Contoh ada skincare yang berasaskan krim hormon ni. Kalau cuma ber NOT KKM dia claim boleh rawat masalah dalaman bagai tu memang dah overclaim.

Untuk produk ubat macam jamu bagai tu.. Mesti ada no MAL KKM. Tapi tetap tak boleh claim boleh rawat & sembuhkan 20 penyakit kat atas tu yer. Memang boleh jumpa bersepah pengedar produk iklankan produk depa boleh merawat penyakit bagai.. Depa nak overclaim tu depa punya pasai. Kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya. Kalau rasa melampau sangat sila report kat sini http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jadi sama sama kita belajar. Saya pun sebelum serius banyak perkara yang tak tahu. Main review jer. Tapi bila berlaku musibah.. Secara tak sengaja saya banyak belajar tentang perkara ni. So apa saja info yang saya dapat dari mereka, Insya Allah saya akan kongsikan untuk kebaikkan bersama.

Moral of the story.. Syurga dunia memang untuk orang kaya. Ada orang sanggup merisikokan kesihatan orang lain untuk meraih kekayaan maka kita yang tak kaya yang obses nak cantik & sihat la kena lebih bijak. Ubah persepsi.. Miskin tak bererti boleh di buli & di perbodohkan.
12 August 2017 4 Komen Melekat

VIRAL! PEMBUNUH UPAHAN MELAYU IKLANKAN SERVISNYA TANPA RASA BERSALAH

VIRAL! PEMBUNUH UPAHAN MELAYU IKLANKAN SERVISNYA TANPA RASA BERSALAH. Tu dia.. Pembunuh upahan paling berani & kreatif di Malaysia katanya. Almaklum la zaman sekarang nak hidup kat bumi Malaysia ni memang kena struggle sikit mencari pendapatan. Bila kos semua dah naik.. Maka saingan pun banyak. Sebab masing masing berebut nak buat servis yang sama dalam satu masa.


Macam tu juga dengan seorang pembunuh upahan bernama Mat ni.. Nak tak nak dia terpaksa kreatif untuk iklankan perkhidmatan dia. Nak buat macam mana kan.. Kalau tak ada job tak ada la income. Nak tak nak kena juga iklan kat tak kira guna flyers.

Apapun memang salute la dengan Bro mat ni mengiklankan servis Pembunuh Upahan dia.. Memang kreatif sangat. Mungkin lepas ni ramai yang akan contact dia untuk minta dia tolong membunuh.. Kalau hangpa pun rasa malas nak membunuh.. Boleh contact Bro Mat. No tel semua ada kat dalam gambar tu..


Hehehehe... Cuak habis memasing kan? Ingat membunuh apa la.. Rupanya membunuh lalang lalang & semak samun jer. Kau memang kreatif la cik mat. Iklan kau memang mengundang viral seantero alam maya. Moga Cik Mat Pembunuh Upahan ni dapat la rezeki dari iklan yang dia buat.

IKLAN
BERHENTI BUAT JUALAN SECARA ONLINE SEKARANG...

kalau apa yang anda jual tak ada sapa nampak
post iklan yang anda buat tak ada sapa like, share & komen
Tak payah jadi peniaga online
Buat penat jer... Confirm tak masyukk punya

Tapi kalau nak juga jadi peniaga online
Hangpa kena berani keluar modal
Untuk promot produk atau jualan hangpa

Permulaan untuk promosikan jualan anda
Hangpa kena pastikan post iklan hangpa ramai yang nampak
Kena dapat banyak like, share & komen

Macam mana nak dapat semua tu dengan mudah untuk naikkan engagement supaya produk & jualan anda cepat tersebar

Viralkan je dengan servis dari crew Viral ni
Just bagi iklan produk korang kat depa
Tahu la depa nak buat apa
Tak payah susah2 sangat nak meraih like, share & komen
Dari kawan2 dalam friendlist hangpa yang tak supportive tu

Minat nak try servis viral ni
Whatsapp 0172429610
07 April 2017 0 Komen Melekat

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe
30 March 2017 0 Komen Melekat

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.
01 February 2017 5 Komen Melekat

DI KOCOK KOCOK DATO ALIFF SYUKRI & ISTERI MENGGELIKAN

DI KOCOK KOCOK DATO ALIFF SYUKRI & ISTERI MENGGELIKAN. Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal ni tapi entah kenapa asyik lupa jer... Dari awal episod drama bersiri adaptasi novel Biar aku jadi penunggu aku dah rasa annoying dengan benda ni.. Walau kita dah sedia maklum Aliff Syukri terlajak laris dengan publisiti murahan memang dah sinonim kan.. Even dah jutawan pun katanya depa still mengamalkan cara hidup sederhana walau tinggal di dalam banglo mewah berjuta juta harganya.


Cuma bab publisiti je dia agak berjimat... Still dia suka yang murah2 jugak sebab tu dia suka sesuatu yang boleh cetuskan kontroversi. Iklan2 produk dia dari dulu pun banyak yang di kecam.. tak tau la kenapa Dato Aliff ni suka buat iklan2 yang nampak low class Yer. Antara iklan produk dia yang pernah di kecam satu masa dulu adalah produk kosmetik yang menampilkan seorang perempuan konon berniqab. Bila di solek mata dia menyerlah & cantik sampai laki orang pun tergoda. Lepas buka niqab tu sampai heart attact laki yang tengok sebab gigi rongak & jonggang. Ramai yang tak puas hati sebab ramai beranggapan macam satu penghinaan bagi wanita bernijab.

Bila di kecam.. Yup secara tak langsung dia akan dapat promosi free dari pengkritik cuma cara tu serius sangat nampak macam tak ada harga diri. Kadang2 tak paham aku.. Orang yang sanggup di caci & di hina hanya kerana sebuah populariti untuk strategi marketing. Belajarlah jadi seperti Arwah Yasmin Ahmad.. Yang karya2 dia sentiasa menjadi perhatian walau dia tak guna cara low class macam Aliff Syukri ni. Tak kira Iklan Tv atau Filem.. Semuanya ada berkualiti, bemoral & bermesej.

Terbaru iklan produk dia.. di kocok2 apatah.. Sepanjang drama Biar aku jadi penunggu di tayangkan.. maka berkali kali la kena hadap iklan di kocok kocok tu. Dalam iklan tu dialog dia banyak guna ayat pickup line yang tengah trend sekarang. Yang tu ok la.. Tapi sampai part dia tergedik2 macam orang naik nafsu syahwat sambil dok sebut di kocok kocok dengan tarian goncang dada tu auto aku rasa morning sickness di senja hari. Hahaha.. Tapi sebab aku selalu tengok sampai 7.30 jer.. so selalunya rasa mual & nak muntah tertengok iklan tu akan berakhir juga la selepas 7.30. hehehehe. Sekarang pun dah lama aku tak layan drama pukul 7. hahahaha

Aku tahu seorang Aliff Syukri memang akan terus buat iklan2 yang macam tu walau 1 dunia mengkritik dia sekalipun. Sebab dia sendiri tahu.. Benda2 macam tu memang boleh jadi kontroversi... Kontroversi bagi dia adalah satu publisiti buat dia & produk dia. Macam baru2 ni dia di dakwa memfitnah seorang peniaga kopiah.. Bila jadi kontroversi simply je dia minta maaf. Sekaligus kontroversi tu maybe menaikkan rating rancangan dia tu.. So aliff syukri & publisiti murahan berpisah tiada. Nak kata kebetulan bukan perancangan pun rasanya selalu sangat dia ni jadi kontroversi sebab macam tu.. hehehehe

Bagi aku produk D'herbs tu local produk yang biasa biasa je cuma sebab pengasas dia yang berpewatakkan macam cacing kerawit.. terlentok liuk.. terkiat kiat.. tergedik gedik macam tu.. Produk secara tak langsung semakin di kenali sebab perwatakkan pengasas dia yang macam tu. Orang pelik memang akan senang di kenali & di ingati katanya hahahaha.

Pun macam tu.. Dalam bisnes aku rasa dia antara yang terbaik. Walaupun seorang disleksia tapi dia membuktikan benda tu bukan penghalang untuk dia menjadi seorang yang berjaya memiliki empayar sendiri bukan saja di dalam negara malah di luar negara. Tak kisah la orang nak mencebik.. Alah baru masuk pasaran Thailand je pun. Thailand pun kau mampu ke? Yang tu aku memang kagum dengan usaha gigih dia. Cuma please la jangan terlampau cari publisiti murahan tak sesuai dengan gaya hidup seorang jutawan macam tu. hehehehe

Moral of the story... kalau tak pernah tengok iklan di kocok2 tu sila la melangut depan TV pukul 7 malam kat tv3. Selagi tak habis episod drama biar aku jadi penunggu tu selagi tu iklan tu ada.. Kalau pukul 7 tu bukan masa menonton korang patut ada benda ni supaya boleh tengok balik rancangan tv yang korang terlepas >> Dengan Ada Benda Ni anda takkan terlepas lagi rancangan TV atau drama kegemaran anda <<
24 January 2017 2 Komen Melekat

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007. Masih ingat lagi tak kisah cinta dua orang budak sekolah rendah yang di rakamkan video mereka di interview kemudian di jadikan iklan sempena hari kemerdekaan pada tahun 2007?Alah iklan yang memaparkan budak lelaki cina & budak perempuan melayu. Yang masih2 suka sama suka tapi tak pernah meluahkan perasaan. Takpe kalau dah lupa nanti boleh tengok kat video di bawah ni..


Dah ingat kan... Tan hong Min & Umi Qazrina. Tu video masa kecik. Yang terkini gambar mereka memang perubahan besar nampak pada Umi Qazrina la.. berbanding Tan Hong Ming yang nampak still skema.. Almaklum la budak baik kan. Nak cari calon suami yang baik ciri2 macam Tan Hong Ming tu hehehehe...

Amboi dia punya caption.. suruh budak2 90an mereput.. Gamaknya yang 80an ni kena meng'hancur'kan diri la yer hahahaha

Masing2 dah remaja.. Dah banyak berubah dari segi rupa, bentuk badan, gaya semua. Tapi nampak Tan Hong Ming gigi dah cantik tersusun je berbanding masa dia budak2 dalam video iklan hari kemerdekaan tu kan.. Umi Qazrina pulak.. Biasa la remaja. Memang nampak stylo milo jugak la.

Umi Qazrina& Tan Hong Min Yang Terkini. 


Cute & sweet macam hello kitty kan mereka. Almaklum orang melayu ni memang suka sweet2 & cute2 jer.. Tengok gambar ni pun mungkin ada yang dah terbang ke awan biru. Kalau korang suka yang sweet & cute macam hello kitty ni peluang korang boleh dapat Hello Kitty Gold Bar kat sini >> Wow! Hello Kitty Gold Bar. Nak Tengok kat sini <<

Apapun Tan Hong Ming pun semakin hensem & Umi Qazrina pun cantik orangnya. Sapa tahu mungkin ada jodoh ke hapa antara mereka.. Masing2 pun sebenarnya dah lama tak jumpa. Rasanya depa satu sekolah masa sekolah rendah jer... Tapi di sebabkan antara mereka ada kenangan & kenangan tu pulak menjadi iklan komersial kat TV.. so cerita pasal depa tu tak mustahil akan di flasback kembali & cerita mereka masih di buru sebab cerita mereka ada value. Takde value sapa nak tulis ye dak... Nak nak lagi iklan tu antara iklan yang agak attractive so orang akan ingat sampai sekarang.

Mesti masing masing akan malu bila tengok balik iklan tu kan... hehehehe.
30 November 2016 2 Komen Melekat

YAHAIRA LEANNE, ANAK YUSRI KRU & LISA SURIHANI BERLAKON IKLAN

YAHAIRA LEANNE, ANAK YUSRI KRU & LISA SURIHANI BERLAKON IKLAN. Malam - malam sementara nak tidur apa lagi aktiviti kat rumah selain dok layan drama - drama melayu kat tv. Sekarang tengah di tayangkan drama Ainur Mardhiyah kat tv9. Tapi aku tak follow sangat & aku sendiri pun sebenarnya tak tau cerita tentang apa & pasal apa. Yang aku dok nampak pelakon dia Zahiril Adzim je. Selebihnya aku bukan TV & buat hal lain hahahaha.. Buka TV sekadar tak bagi sunyi sangat rumah katanya.


Tetiba tertengok slot iklan proton. Eh.. eh.. Yusri KRU, Lisa Surihani yang berlakon dalam iklan tu. Tapi depa dua laki bini tak heran sangat la kalau berlakon iklan sebab depa memang dah biasa keluar TV. Lebih2 lagi Lisa Surihani dari sekolah kot dia dah berlakon iklan TV. Yang surprise tu sebab anak depa, Yahaira Leanne pun berlakon sama dalam iklan tu. Wah lumayan gamaknya Proton bayar 1 family selebriti ni, kan.

Yang macam krik.. krik.. tu sebab anak depa berlakon iklan. Bukan apa dulu kan depa kata tak nak expose sangat anak depa kat public lebih2 lagi yang boleh buat orang tahu anak depa tu anak retis. Katanya nak besarkan anak depa macam budak2 lain. Macam depa kecik kecik dulu.. membesar tanpa perhatian yang luar biasa dari masyarakat. Macam anak anak kita ni la.. Takde orang teruja anak anak kita sebab kita bukan retis. Lebih kurang macam tu la kan...

Sedutan kenyataan yang pernah di keluarkan pihak Yusri

Tup tup.. berlakon iklan pulak. Dah kenapa anak pun dah jadi retis sekarang ni?? Salah memang la tak salah cuma tu la.. Mungkin prinsip depa dah berubah. Maybe tak tahan tengok anak che ta & awal Ashaari yang glemer mengalahkan retis sampai menang anugerah la anak awal & scha tu. Maybe permulaan kot depa nak cari populariti untuk Yahaira Leanne ni.. Mungkin depa dapat lihat darah seni tu dah menyerap dalam diri Yahaira Leanne so tak boleh nak elak dah.. heehehehe

Apapun aku bukan haters depa.. still minat lagi sebab aku suka pasangan suami isteri ni. Suka tengok mereka yang sweet & sederhana cuma tu la nak kritik kritik manja je. Almaklum la aku bukan jenis peminat yang taksub. Aku memang jenis telus dalam memberi pandangan atau kritikan. hehehehe

Apapun kita positif je la yer.. maybe depa bawa anak depa berlakon dalam iklan tu sekali sekadar tak nak bagi anak depa bosan dok kat rumah ketika depa keluar bekerja. Untung la kan anak retis.. bosan boleh berlakon iklan. Kita kalau bosan mampu buat benda ni jer >> Antara 10 Tips Paling Awesome Untuk Hilangkan Bosan Dekat Rumah Masa Tengah “Broke” & jimat nak2 lagi time poket tengah kering << Apapun good luck untuk Yahaira Leanne. Kalau jadi retis hope macam mak bapak dia yang sangat low profile & simple. I loike...
15 November 2016 1 Komen Melekat

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI. Baca kisah sekumpulan gadis yang mengikuti perkhemahan di anjurkan pihak sekolah teringat pulak aku masa sekolah rendah pernah jugak join perkhemahan pengakap kat sekolah. Tapi dalam hutan tak pernah la camping lagi. Tu pun masa tu rasa macam seram je memalam kena tidur dalam khemah walau dalam kawasan sekolah. Tapi alih2 semua kena lari menyelamatkan diri bila berlaku satu kejadian tak di ingini..


Pada malam tu selepas selesai aktiviti, memasing kena masuk khemah untuk tidur. Nama pun pengakap.. Mesti la kena survival. Nak dapat keris gangsa so kena la tidur dalam khemah. Tapi berlaku satu kejadian yang di luar jangkaan akhirnya semua di pindahkan ke dalam bilik darjah. Sebab keadaan tak mengizinkan untuk peserta perkhemahan tidur dalam khemah. Tapi bukan la sebab kejadian seram ke hapa.. Tapi hujan & sedikit banjir air masuk dalam khemah. So, tak berapa survivor sangat la kan.. Pengakap kena tidur dalam bilik darjah beralasankan tilam hahahaha

Tu secebis kenangan masa join aktiviti perkhemahan masa sekolah rendah dulu. Tapi bila baca kisah budak2 perempuan ni yang pergi berkhemah dalam hutan & berani buat benda2 macam ni kat tengah2 hutan di malam buta memang rasa.. Wah! Beraninya!! Jangan sampai masing2 tak jumpa jalan balik rumah sudah.. Kena ingat dalam hutan banyak makhluk yang kita tak nampak so berhenti jadi budak2 yang sentiasa nak berseronok tak kira tempat. Aku rasa agak berisiko buat benda2 macam ni dalam hutan.. Nak tahu apa yang budak2 perempuan ni buat boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni? << Ni kategori perangai tak senonoh jugak la sebab rasa tak kena tempat apa yang depa buat tu.

Masa buat memang la rasa best.. kalau kena betul - betul masa tu baru kau tahu hutan tu tebal ke nipis.. malam tu gelap ke cerah.. langit tu tinggi ke rendah. Dalam hutan dik.. Mulut pun orang suruh jaga inikan perangai. Tingkahlaku kita mungkin memberi kesan pada kita semasa berada dalam hutan. Jadi sila 'behave', ok!
10 September 2016 6 Komen Melekat

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
29 April 2016 2 Komen Melekat

YANG MENGIDAM NAK MAKAN KAT THE MANHATTAN FISH MARKET TU ELOK LA BACA

YANG MENGIDAM NAK MAKAN KAT THE MANHATTAN FISH MARKET TU ELOK LA BACA. Aku ni golongan kebanyakkan je tak mengidam katanya makan kat restoran Manhattan Fish market. Selalu dok pergi wangsa walk Mall tu hanya pandang dari luar je. Tengok harga menu2 dia kat situ boleh tahan jugak.. Macam sayang je nak bayar. Rasa nak makan seafood takpe boleh meluncur ke Jeram. Makan la sampai muntah air laut. Rasa sayang yeah jugak la nak makan kat Restoran Manhattan Fish Market ni. Tapi sebenarnya tekak tak pernah sampai seru pun nak mencuba makanan kat situ. Cuba seruan tekak ni memanggil manggil.. korek tabung pun sanggup. hahaha

Sumber Gambar Google

ramai yang sedia maklum menu2 di Manhattan Fish Market ni berasaskan makanan laut. Dia punya ketam, udang, kerang,sotong,kupang semua Giant size. Lebih besar dari mulut katanya. Memang mampu menggoda nafsu serakah penggemar makanan laut ni. Yang mana ada masalah alergik dengan makanan laut nangis tepi meja je la tengok. Nak makan juga stanby la ubat siap siap. Sekali kau dah melangkah masuk ke Manhattan Fish Market ni memang kau takkan berkata 'Pantang' pada seafood dah. Melainkan iman & takwa kau kuat katanya. hehehe

Antara menu lobster yang ada di Manhattan Fish Market. Sumber Gambar Google

Sebesar size haiwan haiwan laut dia macam tu jugak harga dia. Sebab tu ada orang nak makan kat situ ada yang Istikarah dulu. Istikarah tu macam melampau sangat tuduhannya. Paling2 pun mesti sebelum pergi dia buat calculation dulu. Tapi kalau korang teringin sangat tahap kalau tak dapat makan seafood kat Manhattan fish market ni rasa macam nak suruh batu belah batu bertangkup telan je.. inilah masa paling sesuai korang makan kat situ. Sekarang ada promosi jualan murah katanya. Memang korang takkan dapat harga macam ni setiap hari. Dia nak suruh orang makan puas puas sebelum puasa kot tu yang dia bagi harga murah melampau macam ni >> Promosi Istimewa di Manhattan Fish Market. Makan King Crab, Sotong, Kupang, Udang, Kerang Gergasi & banyak lagi makanan Laut dengan harga serendah ni je. Cepat tengok Promosi ni <<

Nak merasa king crab ni boleh la try kat Manhattan Fish Market sekarang

Yang mana mengidam sangat nak makan kat Manhattan Fish Market tu sedang elok la korang terjah sampai roboh kesitu sekarang. Ingat yang namanya promosi ada expired date so jangan berlenggah lagi. Aku?? Tengok la kalau aku nak memburu hantu kat wangsa walk mall kot2 tergoda boleh la. Tapi aku ni jarang bernafsu dengan seafood. Aku makan ikan je. Benda2 bercengkerang macam ketam bagai tu aku menyampah nak makan. Hahahaha.
23 February 2016 3 Komen Melekat

CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT

CHACHA MAEMBONG BERSARAPAN DENGAN PRODUK YANG DI BOIKOT. Bukan je chacha maembong yang masih beli produk ni malah ramai dulu yang konon boikot sekarang tidak lagi walaupun Musuh masih memerangi Islam tanpa noktah. Tapi Biasa la kita kan suka memboikot bermusim... Benda tu hak individu. Nak boikot memang di galakan, Kalau tak nak pun takpe tak jadi dosa.


Aku ada la certain benda yang masih boikot & ada produk2 yang macam tak jadi kontroversi sangat aku still guna. Konsep boikot bukan sampai menyusahkan diri tapi untuk menyusahkan pihak lawan. Jadi fahami konsep boikot sebelum nak cari gaduh dengan orang pasal isu boikot. Banyak produk Yahudi yang kita perlu guna untuk kepentingan dalam kehidupan kita seharian jadi benda tu kalau kita tak guna mungkin menyusahkan diri sendiri. Maka tak perlu nak boikot. Mana2 produk yang tak bagi kepentingan pada diri kita.. elok la boikot.

Tapi bila tengok retis mempromosikan sarapan pagi dari produk yang di boikot macam chacha maembong ni >> Ini Sarapan Pagi Pilihan Chacha Maembong Yang Mungkin Akan Di Kritik << Mungkin ada peminat akan bagi komen yang negatif sebab masih ramai yang memboikot produk ni. Tapi aku tengok memang produk ni gigih buat promosi untuk kembalikan kepercayaan pelanggan. Tu tanda boikot kita dulu memang memberi kesan pada mereka.

Apapun.. retis tu mungkin di bayar. Biasa la retis, asal bayar je boleh. Tapi bukan semua retis. Masih ada retis yang tak boleh di beli sebab mereka ada prinsip macam Afdlin Shauki, Heliza Helmi & ramai lagi.
26 December 2015 5 Komen Melekat

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR

BLOGGER POPULAR TAPI BLOG TAK POPULAR. Ada ke blogger lebih popular dari blog? Ada jer.. sapa cakap tak ada. Tapi ramai yang tak perasan wujudnya fenomena ni. Aku dulu pun mentaliti fikir.. sipolan tu agak di kenali kat media sosial, muka keluar majalah bagai.. Mesti blog dia traffic tinggi sampai ke langit ketujuh. Upload gambar pun beribu orang like.. Paling lekeh pun ratus jugak la like dia dapat. Kalau macam aku ni.. memang bukan saingan depa la.


Tapi kita boleh tahu sejauh mana blog tu popular ke tidak bila orang minta tolong aku untuk rekemen blogger untuk review. Sebab aku rajin jugak buat kerja2 macam ni walau aku buat takde komisyen cuma aku tolong rekemen blogger kalau ada mana2 client nak blogger untuk review. Saja buat kerja sukarela. Kadang2 orang offer aku review tapi aku akan tanya maybe dia perlukan blogger lain lagi untuk review aku boleh rekemen. Walaupun aku tak ambil apa2 upah rekemen blogger untuk depa aku percaya rezeki tu dari Allah.. Kita berkongsi rezeki dengan orang lain, Allah permudahkan urusan kita mencari rezeki. Aku anggap benda ni win win situation jer.

Bila kita buka offer untuk job review ramai la blogger akan try apply. Bila nak apply traffic blog memang perlu untuk menentukan samada layak atau tak dapat job review tu. Time tu kadang2 macam tak caya.. Rasa blogger tu macam antara mereka yang hotstuff jugak tapi traffic blog serius kadang2 ada yang pageviews tak sampai 1k per day, hokay! Tu yang ada muka keluar majalah bagai. Bukan merendahkan mereka ni cuma nak bagitau popular kat media sosial belum tentu blog dia pun popular. yang popular tuan punya blog jer.. Blog dia masih level2 biasa je la. Ada yang tengok je blogger biasa2 jer.. Traffic cecah ratus ribu. Macam tak caya.. sebab kalau dia post apa2 kat media sosial feedback dia takde la gempak sangat. Tapi bab blog memang dia power meraih traffic.

Kat situ aku belajar & tahu dalam berblog apa sebenarnya yang aku nak? Kalau setakat nak popular semua orang kenal muka kita.. keluar masuk majalah padahal blog orang malas nak clik sebab pengisian dia tak cukup menarik pun motif berblog tak sampai jugak. Kalau nak jadikan blog sumber pendapatan.. Blog harus menyerlah sebab orang nak bagi job pun bergantung pada populariti blog. Kalau blog kita takde orang clik, takde fungsi orang nak beriklan, kan?

Moral of the story.. Nak berjaya kadang2 tak perlu sangat populariti untuk diri sendiri cuma perlukan populariti apa yang kita buat & apa yang kita jual jer. Contoh macam wanita ni.. serius aku sendiri tak kenal dia tapi dia antara wanita yang berjaya dengan cara luar biasa >> Wanita Yang Sanggup Tinggalkan Kerjaya yang dah stabil Demi Nak buat semua ni <<

P/S : Aku tulis isu ni bukan bermakna aku cakap aku ni blogger tak popular tapi traffic blog meletop kebabom.. Aku pun kategori traffic blog biasa2 lagi.. tapi Alhamdulillah sejak blog mengalami transformasi ni traffic memang meningkat berganda ganda la dari sebelum di transformasikan. So,tak sia2 jugak pelaburan aku pada blog. Labur tak banyak mana.. tapi berbaloi.
07 December 2015 5 Komen Melekat

HANYA BLOGGER DALAM RUMAH..

HANYA BLOGGER DALAM RUMAH.. Siapa kat sini blogger dalam rumah? tak tahu siapa sebenarnya blogger dalam rumah? Alahai.. Baru nak buat survey dah kena explain ciri2 blogger dalam rumah ni. Contoh paling senang korang nak kenal blogger dalam rumah ni adalah aku. Sebab aku hanya berblog dari rumah.. Keluar rumah memang takde nametag atau pakai baju2 dengan tagline blogger bagai. Aku pun memang tak suka orang kenal aku sebagai blogger kat luar rumah. Buat masa ni la.. Aku selesa jadi blogger yang hanya orang kenal blog & penulisan aku bukan diri aku seadanya yang comot lagi menyeramkan ni. Hahaha


Blogger dalam rumah normally... dia buat kerja2 di blog hanya dari rumah. Memang takde nak join apa2 event luar melibatkan blogger atau ber aktiviti dengan group2 blogger di luar. Segala kerja yang melibatkan blog hanya berurusan secara online. tak kira la tulis review ke, tulis iklan ke hapa. Semua 100% online. Alhamdulillah.. Aku jugak bahagian rezeki untuk blogger dalam rumah macam den ni ha. Jangan risau.. Bak kata pepatah "ulat dalam batu pun ada rezeki dia, inikan kita dalam rumah." Atau pepatah arab ada kata Man Jadda Wajadda.. Siapa berusaha pasti berjaya contoh 7 orang malaysia yang tengah berebut rebut nak dapat RM250,000 ni. Kalau depa tak usaha mustahil la boleh sampai ke level ni. Nak tau siapa mereka boleh tengok kat sini >> 7 Individu Yang Sedang Berebut RM250,000 <<

Tapi kesian jugak la bila terbaca blogger yang pergi event2 luar ni.. Ada yang penat2 depa pi sana alih2 dapat voucher RM5. jangankan duit parking, duit minyak pun tak cover. Tu tak masuk duit elektrik, internet bagai nak tulis review. Alahai.. jahat sungguh penganjur macam tu mempergunakan Blogger. Tak baik tau.. kami blogger dalam Rumah pun tulis review tak ambil job2 RM5 ni. tak berbaloi. Mungkin pacak banner kotak kecik tu ada la yang sewakan RM5 sebulan tapi aku memang rasa tak sampai hati nak letak banner kecik2 macam tu. Aku sendiri tengok pun macam tak berapa nampak & menarik apatah lagi orang. Ambil job review ni.. Dah la kadang2 kena jadi tikus makmal cuba produk tu produk ni.. Lepas cuba dah nak kena menulis review. Menulis ok! Bukan bayar mahal2 copypaste je apa yang client bagi. Tidak.. Blogger picisan macam kami yang buat kerja untuk blog memang mengarang dengan sepenuh hati. Paling terbaik kami cuba buat untuk menjadikan entri review tu mendapat perhatian pembaca. Walaupun bayaran yang di kenakan celah gigi je client boleh bayar tapi cheq tak tulis entri semudah kunyah2 & ludah. Kadang2 bersimpul ikat tepi sel2 otak cheq ni punya cari idea nak tulis review yang menarik.

Bagi aku la.. Bila terima tugas untuk review itu adalah tanggungjawab. Aku tak kata review aku yang terbaik tapi memang apa yang aku buat paling baik yang aku termampu. Takde review nak tulis aku tulis la cerita2 yang boleh relate dengan iklan2. Tapi aku menulis dalam bentuk cerita, Hokay! Bukan menulis semata2 untuk orang clik iklan. Pendek kata apa yang aku tulis mesti jadi cerita panjang lebar. Dasar suka membesarkan tajuk kecik. hahahaha.

Sebab aku cuma blogger dalam rumah. Aktiviti blog aku cuma dari rumah jadi nak tak nak terpaksa improve dari segi menulis la nak naikan blog. Berbeza dengan blogger yang berpeluang dapat publisiti dari majalah, suratkhabar,keluar tv radio bagai. lepas keluar media cetak & media elektronik mungkin membantu dari segi memperkenalkan blog mereka. Tapi blogger dalam rumah macam cheq ni nak publisiti ke, traffic blog bagai.. semua kena usaha secara online menggunakan medium media sosial sahaja. Tu yang kena kerja kuat sikit. 1 hari 3 4 entri aku tulis. Orang tengok macam takde live padahal aku enjoy je dengan live aku.

Tak kisah la blogger dalam rumah ke, luar rumah ke,tepi rumah ke,belakang rumah ke atau tak berumah sekalipun.. asalkan kita enjoy dengan kerja & tugasan yang kita buat, Insya Allah apa yang kita buat takde la mengundang stress & tekanan melainkan bila anda menjadikan blog itu sebagai kerjaya & pendapatan utama. Bila dah jadi satu kerjaya ni.. pepaham la tanggungjawab dia lebih berat dari berat badan sendiri berbanding yang jadikan blog sumber pendapatan sampingan.

Moral of the story.. Nak berjaya dalam apa yang kita buat bukan mudah. Jadi nak jadi blogger yang berjaya tak kira blogger dalam rumah atau blogger luar rumah, boleh je. Takde kata yang rajin join event & aktiviti blogger tu je boleh jadi blogger berjaya. sesiapa sahaja boleh berjaya dalam blog dengan cara dia sendiri.. Yang penting usaha, doa & tawakal. Jangan cepat sentap & putus asa. Sebab berblog ni kalau jenis hati tisu basah sikit koyak memang susah sikit la nak bertahan.
02 December 2015 10 Komen Melekat

BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?

BOLEH PERCAYA KE CAKAP FAZURA PASAL PRODUK NUTOX NI?. Dulu aku pernah jugak try 1 set produk nutox. Masa tu tengah sale.. Aku beli kat guardian. 1 set dalam RM70 macam tu la. teruja la dengar brand Nutox ni. Dulu kan aku suka pakai produk skincare yang tempatan je. Natasya la.. Tia Ammelia.. bla.. bla.. bagai. Memang produk2 tu takde jual la kat guardian atau farmasi. Kena beli kat salon2 kecantikkan atau booth2 yang jual produk. Sebab malas nak pakai produk yang takde jual kat pasaraya atau farmasi ni.. Nak try la produk2 yang ada kat Guardian & watson. Maka terbeli la 1 set nutox ni.


Alih2 memang pakai sikit je rasa macam tak best & tak menepati keperluan kulit aku yang bermasalah masa tu. Kira tak best la sapu cream ke hapa jadah produk dia ni. Memang tak habis guna pun aku biarkan dia kesepian sehingga sampai saat di kebumikan dalam tong sampah. Sebab rasa dah lama sangat simpan.. Selepas tu memang walau best macam mana pun iklan produk ni.. hati ini telah tertutup buat produk nutox.

Tup tup hari ni ternampak lagi Pasal serum Nutox untuk yang katanya boleh kekal muda. Almaklum la dah masuk zon2 makcik ni kan.. Dia memang obses sikit la dengan produk2 untuk meremajakan kulit. Kekonon nak bila keluar je.. Orang dok sangka budak tingkatan 1. hahahaha.. Katanya pakai serum ni boleh nampak kesan dalam masa 2 minggu. Agak cepat jugak la tu.. Dua minggu dari makcik bertukar jadi adik adik katanya. Sampai pelakon & penyanyi fazura pun cakap macam tu. Dia kata kalau tak caya try guna dulu serum nutox tu. Erkk.. Bukan fitnah. Ni buktinya dia kata macam tu >> Fazura Suruh Cuba Serum Nutox Kalau tak Percaya <<

Apapun kita tak boleh judge betul ke bohong sebelum mencuba ye dak? Yelah.. yelah.. nanti aku try la usya serum ni kat guardian. Kalau dia berjaya membuat hatiku terpaut maka aku rembat la sebotol buat try test tengok katanya. Hahahaha...

Moral of the story.. Korang percaya ke cakap fazura? hahahaha...
21 November 2015 1 Komen Melekat

MUZIUM YASMIN AHMAD DI IPOH, PERAK

MUZIUM YASMIN AHMAD DI IPOH, PERAK. Ramai yang mengenali nama 'Yasmin Ahmad' tapi mungkin ada di antara kita yang hanya tahu karya beliau tapi tidak tahu siapa di sebalik karya karya hebat yang pernah kita lihat di iklan tv atau di panggung wayang. Masih ingat dengan iklan hari kemerdekaan Tajaan Petronas yang menampilkan 2 kanak kanak sekolah rendah yang berbeza bangsa saling berkawan baik.. Alahai.. skema pulak bahasa aku. Alah.. Budak yang nama Umi Qasrina & Tan Hong Ming tu? Jab nak tunjuk muka budak2 tu confirm la hangpa ingat kan?

Iklan Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 50, Umi Qasrina & Tan Min Hong

Salah satu karya hebat, kreatif,menarik & menghiburkan hasil seni & air tangan Arwah Yasmin Ahmad. Pernah tengok filem sepet? Pernah tonton filem pertama syafie naswip, Mukhsin? Di sebalik kejayaan syafie naswip adalah kerana Peluang & tunjuk ajar arwah Yasmin Ahmad. Diberi peluang pegang watak utama dalam filem Mukhsin & bermula dari situ bakatnya semakin menyerlah. Syafie Naswip bukan dari keluarga seni.. Malah dia bukan sesiapa. hanya anak kepada tukang kebun yang bertuah bertemu dengan Yasmin Ahmad dalam satu audition padahal dia temankan sepupu dia audition tapi di minta Yasmin Ahmad untuk cuba juga dalam ujibakat tersebut. Dah rezeki dia.. Walau tak sengaja ter uji bakat rupanya dia memang ada bakat terpendam. seterusnya menjadikan dia seorang pelakon yang hebat sekarang. Dia pernah rasa putus asa selepas kematian Yasmin Ahmad.


Dalam bidang seni.. Yasmin Ahmad bagi aku seorang yang hebat. Bukan level2 drama A.Aida la dia buat. Dia boleh mengilap seketul batu menjadi bintang macam Syafie Naswip. Dia tak perlu pelakon kontroversi atau cantik untuk menghasilkan karya yang terbaik macam david teoh. Dia bukan jenis konsep buat filem asal siap.. atau asal boleh keluar panggung. Dia bukan jenis buat filem tunjuk orang2 melayu berkinja dalam disko. Bakat baru yang di tampilkan mampu menyerlah dalam setiap naskah seninya yang banyak di adaptasi kisah dari realiti kehidupan sebenar.  walaupun aku suka tengok filem seram.. Tapi filem2 realiti cinta & kehidupan hasil karya Yasmin Ahmad ni antara yang paling aku suka. Filem Sepet pun tak boleh tengok berkali2 tanpa jemu.

Sepet Filem Yang menaikan nama Syarifah Amani Dalam Industri hiburan

Kini tiada lagi karya hebat dari pemilik nama Yasmin Ahmad ni. Namun legasinya di teruskan. Semangat cuba di serapkan pada pencinta seni. Semuanya akan di muzium kan di Kong Heng, Ipoh. Semua karya filem,fotography,iklan tv,media cetak,media elektronik akan di kongsikan di Newseum bagi memberi inspirasi kepada bakat bakat baru untuk berkarya. Untuk lebih info tentang Muzium Yasmin Ahmad korang boleh baca kat sini >> Muzium Yasmin Ahmad << Muzium ni akan menjadi salah satu destinasi pelancongan di negeri perak.


Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa beliau & di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Alfatihah... Yasmin Ahmad dalam memori.
10 November 2015 4 Komen Melekat

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU

LANA NORDIN TAK PUAS HATI DENGAN AYDA JEBAT SEBAB BAJU. Semalam terbaca luahan hati pelakon Lana Nordin yang katanya kecik hati tengok Ayda Jebat pakai baju pengantin dia dalam satu iklan. Katanya baju tu dulu di sponsor lepas pakai kena bagi balik la kat pereka dia. Aku pun pening jugak kalau sponsor takkan ambil balik baju tu.. Tapi tak tau la kan. Sebab dulu Memey Suhaiza di sponsor Raflesia barangan kemas juta ringgit pun.. bagi pakai je. Habis majlis dia kutip licin barang dia. Gila kau nak bagi kat retis barang juta2 macam tu. Mungkin istilah sponsor dalam industri hiburan ni macam pinjam la kot. Kalau kita orang biasa ni sponsor bermakna tolong biaya kos tu. Bermakna benda yang di sponsor tu jadi hak milik kita. Tapi dalam kes lana nordin dengan designer baju tu tak tau la salah faham ke hapa. Kalau sponsor baju jer takkan ambil balik.Maybe cuma suruh peragakan je kot.


Bila dah sorang keluarkan statement tak puas hati.. maka bermulalah kontroversi. Jawapan balas Ayda Jebat katanya designer tu yang izinkan dia pakai. Yelah.. dah baju dia. Suka hati la dia nak bagi siapapun pakai. Si Lana ni cuma tak puas hati sebab baju tu baju pengantin yang ada high value bagi dia. yelah.. hari kawen dia la katakan. So, semua perkara yang berlaku termasuk baju yang di pakai memang menjadi sentimental value. Dia kata tak kisah sangat kalau ada artis lain pakai untuk kawen atau majlis2 yang eklusif & berprestij tapi dia tak puas hati sebab Ayda Jebat pakai untuk iklan tv je.

Puas hati ke tidak.. Dah tuan punya baju dah bagi keizinan so tak boleh nak buat apa. Walaupun baju tu pernah dia pakai untuk majlis bersejarah dalam hidup dia tetap la dia cuma tumpang pakai je. Bukan hak milik dia so dia tak boleh nak kenakan syarat siapa boleh pakai, untuk apa di pakai. Kalau nak eklusif keluar budget sendiri.. buat baju sendiri. Lepas pakai boleh simpan buat kenang kenangan macam aku ni. Takde sapa boleh pakai baju kawen aku tak kira untuk annual dinner company atau berlakon iklan sekalipun. Aku sendiri pun dah tak boleh pakai lagi baju tu. Hahahaha... macam eklusif sangat baju kawen aku kan. Sila malu pada diri sendiri yer lekatlekit. Budget macam kau pulak retis.

Dah la lana.. Tak payah nak sedih sangat la pasal baju tu. Sebab baju tu cantik la ada orang berminat nak pakai. yang penting dia pakai pun selepas hang pakai.. dia cuma recycle jer. Bawa2 bertenang. Tak elok ibu mengandung stress2. Gamak rasa nak pakai baju cecantik pi je shopping kat zalora.

Moral of the story.. sayang macam mana pun kita kalau benda tu hak orang kita cuma boleh tumpang sayang tak boleh tumpang miliki. Terima je la hakikat
06 November 2015 4 Komen Melekat

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE. Orang kata zaman tak ada apa yang turun kecuali hujan yang lain 2 semua naik.. Maka kos hidup pun semakin tinggi. Zaman dah berubah kalau dulu sesuatu tu dalam kategori kehendak.. era sekarang dah jadi satu keperluan. Macam kereta. Kereta bukan lagi kehendak.. Nak2 lagi yang dah bekeluarga & ada anak. Jadi satu keperluan untuk bergerak. Bila dah ada kereta nak kena isi minyak.. Bukan isi minyak je.. setiap tahun nak fikir bayar roadtax bagai. Bukan Roadtax jer.. nak kena stanby jugak kalau2 kereta meragam. Mustahil la sepanjang hidup guna kereta tak pernah rosak kan. Jadi semua tu perlukan duit. Tu baru kereta.. tak masuk lagi keperluan lain. Jadi kadang2 kita perlu pendapatan tambahan. Kalau pun tak boleh cover nak bayar hutang kereta setiap bulan at least boleh tampung duit minyak kereta pun dah ok.


Zaman hujung jari ni.. Serius bagi aku orang malas je yang kata tak reti nak cari duit secara atas talian ni. Walhal banyak sangat peluang untuk kita cari pendapatan sampingan sambil2 online. Malas ni ada 2 kategori.. Malas belajar & malas usaha. Jadi kalau malas memang sesapa tak boleh tolong. Untuk yang rajin jer meh sini aku nak tunjuk cara paling mudah korang boleh dapat side income secara online. Tak payah nak study teruk2 sangat.. Step dia sangat simple. Kalau korang betul2 rasa minat nak tahu korang boleh tengok kat sini >> 7 cara Paling Mudah Untuk Dapat Pendapatan Tambahan Secara Online <<

Benda ni kita boleh buat sambil santai santai je. Kalau yang tahap profesional punya aku pun tak berani share sebab aku pun bukan antara salah seorang yang dapat income banyak secara online. Boleh la setakat nak menampung belanja shopping tu. Benda2 macam ni setakat nak cover duit makan sebulan atau duit transport sebulan tu lepas la. Tapi kalau di buat secara serius & consistent benda ni tak mustahil boleh dapat banyak.

Moral of the story.. Perumpamaan Ulat dalam batu pun dapat makan bukan nak gambarkan kita tak buat apa2 pun boleh hidup tapi sebenarnya nak gambarkan kat mana2 sahaja kita boleh usaha untuk dapat duit. Kata kunci dia tetap kau kena rajin & kreatif untuk hidup.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;