Showing posts with label makan perlu elak ketika demam campak. Show all posts

MITOS DEMAM CAMPAK TAK BOLEH MAKAN TELUR, AYAM & KICAP

MITOS DEMAM CAMPAK TAK BOLEH MAKAN TELUR, AYAM & KICAP. Sekarang musim demam campak @ chicken pox gamaknya. Ada juga dok baca kat news feed parents mengadu anak depa kena demam campak. Bukan demam sebab kena campak yer.. Demam campak ni sejenis penyakit cacar air. Satgi hangpa google sendiri untuk lebih info.\


Sebelum ni anak saya terkena demam campak.. Ok la kan kecik2 kena demam campak. Sebab selalunya demam campak ni sekali je kena seumur hidup. Kadang2 menyebabkan parut tapi akan hilang. Bila kena kecik kecik.. Sementara nak besa, parut tu memang sempat la hilang dari radar kan. Tapi yang tak bestnya lepas anak.. Bapak pulak sedang menderita demam campak sejak 2 hari lepas. Ni pun tengah bercuti cuti campak kat rumah. Sebab dia belum pernah di jangkiti demam campak sebelum ni. Dah tua2 baru nak merasa. Tengok macam derita sangat je sebab gatal kan.

Bila dah orang dalam rumah kena demam campak ni.. So saya google la juga info2 pasal demam campak. terbaca kat blog Dr Zubaidi.. Rupanya selama ni kita percaya bila kena demam campak tak boleh makan telur, ayam & kicap. Kicap tu katanya sebab takut berparut. Telur & Ayam tu takut jadi semakin gatal.. Tapi sebenarnya Telur, Ayam & kicap tak menganggu pun proses penyembuhan demam campak. Cuma mungkin kalau yang jenis alah dengan makanan tersebut je perlu di elakkan. Sebab takut gatal gatal lepas tu kita garu so benda tu yang akan mengganggu proses penyembuhan. Secara saintik.. memang tiada bukti mengatakan kalau demam campak auto tak boleh ambil makanan tersebut.

Di samping tu ada juga kami google petua nak merawat demam campak ni.. antaranya

1. Minum air kelapa muda untuk mengurangkan iritasi akibat demam campak.

2. Selepas bintik-bintik campak keluar, makan kuning telur yang direbus supaya penyakit demam campak tersebut tidak berulang dan supaya bisa campak akan surut..

3. Ambil air cucian beras yang pertama sebagai mandian, ini untuk mengeringkan dan menghilangkan kesan campak.

4. Mandi tanpa menggunakan sabun selama tiga hari.


cara pertama

i. Ambil beberapa helai daun gemilang.

ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.

iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.

iv. Minumlah jus tersebut.

v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 

vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.

Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan izin-Nya.

cara kedua

i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.

ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.

iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 

iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.

v. Ulangi langkah di atas setiap hari.

vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas.

Sumber: http://petuasejagat.blogspot.my/

Selain tu memang doktor akan nasihatkan yang terkena demam campak ni banyakkan minum air kosong selain menyapu calamine lotion tu. Boleh rujuk entri ni >> ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN <<

Jadi yang terkena demam campak tu boleh la cuba. Sebab kalau ikutkan demam campak ni bukan ada ubat.. dia akan sembuh dengan sistem imun kita jer. Tapi tak salah nak mengurangkan & mempercepatkan proses penyumbuhan dengan rawatan moden atau tradisional.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com