Showing posts with label kronologi. Show all posts

KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG

KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG. Selepas 46 hari misteri kehilangan 7 murid orang asli selepas lari dari asrama selepas mandi sungai, hari ni 2 daripada kanak2 tersebut selamat di temui dalam keadaan lemah & kurus. Satu mayat kanak kanak jugak di temui berhampiran mereka tapi belum di kenalpasti. Semalam 1 mayat reput di temui di sungai & telah di kenalpasti. Rangka rusuk kanak kanak jugak di temui dalam hutan tapi belum di kenalpasti. 4 lagi status kanak kanak tersebut masih hilang.

Pada 23 Ogos lalu mereka di laporkan hilang dari sekolah kebangsaan Pos Tohoi di percayai takut dikenakan hukuman selepas mandi sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Pada 25 Ogos selepas laporan polis di buat mengenai kehilangan 7 pelajar tersebut, gerakkan mencari mula di jalankan oleh penduduk kampung & jabatan hal ehwal orang asli.

29 Ogos operasi mencari di perluaskan & pihak polis percaya mereka tersesat dalam hutan

Pada 1 september sepasang stokin di temui & menjadi petunjuk kepada siasatan untuk kes misteri kehilangan 7 orang murid orang asli tu.

Pada 17 september kawasan pencarian di perluaskan & melibatkan bandar bandar kecil berhampiran Gua Musang

Pada 7 Oktober mayat seorang kanak kanak orang asli yang hilang di temui dalam keadan mereput oleh penduduk kampung di sungai perias. Mayat di bawa ke Hospital untuk bedah siasat.

8 oktober waris kepada 7 murid orang asli tu berkumpul di hospital Gua Musang untuk proses pengecaman mayat. Dalam hari yang sama polis menemui satu tengkorak & rangka kanak kanak pada pukul 3.50 petang. Identiti pemilik tengkorak tersebut masih belum di kenalpasti

Pada 9 oktober 2 dari 7 kanak kanak tersebut yang hilang sejak ogos lalu selamat di temui dalam keadaan kurus & lemah berhampiran Sungai perias. Turut di temui satu mayat yang belum di kenalpasti identitinya.


Sumber Astro Awani

hanya kesalahan kecil mandi sungai buat budak2 tu takut sampai melarikan diri dari asrama & sesat dalam hutan sampai lebih kurang 2 bulan. Gamaknya warden asrama garang sangat kot. Tapi tak tau la.. cuma budak2 tu je tau kenapa depa takut sangat. Kalau setakat kena marah mungkin tak sampai lari ke hutan. Mungkin pernah kena tindakkan tegas kot sebelum ni.

yang pelik kawasan depa di temui memang tak jauh sangat pun dari kawasan Pos Tohoi tu. Tapi boleh hilang sampai 47 hari. Yang ni betul2 mistik & misteri bagi aku. Sebab dalam hutan ni banyak makhluk yang nampak & tak nampak ada. Mungkin ada alasan lain macam mana mereka tak dapat di kesan walaupun depa lari tak jauh mana pun.

Apapun.. dalam kes ni nak salahkan mana2 pihak pun tak tahu. Tapi aku nak jugak tau kenapa budak2 tu ambil keputusan larikan diri. Alasan sebab takut kena marah sebab mandi sungai bagi aku tak berapa jelas & lengkap. hope siasatan dapat di jalankan lebih terperinci.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com