Showing posts with label bahana. Show all posts

BUKAN FAZURA SEORANG JE TAK FAHAM MAKSUD KIMK

BUKAN FAZURA SEORANG JE TAK FAHAM MAKSUD KIMK. Kesian retis bernama fazura di hentam sebab menghentam salah seorang peminat yang komen gambar dia dengan kengkawan dia kat IG. Sebenarnya benda ni salah faham jer.. Yang peminat maksudkan lain.. Yang fazura ni faham lain. Bila dia terlalu emosi, terus sound tak pandang kiri kanan dah. tak tanya dulu apa yang peminat tu maksudkan. Orang sekarang biasa la.. dia punya ejaan short form jangankan fazura kadang2 makcik2 macam aku ni pun tak faham jugak.

Sumber Google

Dalam isu Fazura & peminat dia.. Peminat tu mungkin tak jangka fazura tak faham short form tu. yang si fazura pun amboi garang sungguh. Bila dah tahu cuma salah faham.. Kan dah malu bila jadi viral. Tapi tak patut jugak 100% kesalahan tu letak atas fazura.. KimK memula aku pun tak tau pekebenda tapi aku tak terfikir pun macam fazura fikir. Apa nak malu mengaku aku memang tak tahu pun kimK tu apa kalau benda ni tak jadi viral. Jadi ketahuilah.. Walau short form tu kita rasa familiar dengan semua orang tak semestinya semua orang tahu apa yang kita maksudkan.

Masalah kita sebagai manusia ni selalu rasa.. Orang faham apa yang kita faham. Tu yang berlaku salah faham. Lagi satu terlampau banyak orang suka guna ejaan sms ni walhal zaman sekarang zaman media sosial, whatsapp bagai.. dah boleh taip panjang panjang. Caj tak di kira macam sms pun jadi tak perlu nak nak terlampau pendek sangat ejaan sampai orang lain jadi tak paham. Ye.. mungkin dalam 10.. 9 orang tahu apa tu KimK tapi kena ingat masih ada seorang yang tak faham macam aku ni.

Ada baca jugak fazura tak nak minta maaf kat peminat atas salah faham yang berlaku.. Peminat pun sebenarnya kena jugak minta maaf dengan fazura. Dua2 ada bahagian salah masing masing sebenarnya. Sorang salah eja.. sorang salah faham dan mencetuskan kontroversi yang agak hot & spicy yang menjejaskan imej si retis tu la. Yang retis pulak.. Sepatutnya minta penjelasan apa dia maksudkan dengan KimK tu sebelum menyembur. Biar kita nampak bodoh jangan kita berlagak pandai akhirnya kita sendiri yang memperbodohkan diri sendiri. Melainkan kita pandai coverline lepas buat benda yang memalukan diri sendiri 

Moral of the story.. Isu fazura & peminat jadi salah contoh betapa buruk kesan penggunan ejaan yang pendek ni. Kesilapan tu mungkin nampak kecik tapi kesannya sangat besar nak2 berlaku pada seorang selebriti yang cantik.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com