Showing posts with label kawasan. Show all posts

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA. Aku bila baca berita atau cerita2 macam ni memang terus berderau darah. Ya Allah kat malaysia ni memang betul betul tiada kawasan yang terjamin selamat dah. Kat mana2 saja orang jahat ada sampai kat tempat2 yang kita rasa selamat pun boleh jadi tak selamat. Kalaupun tempat tu secure di lengkapi dengan ciri2 keselamatan tapi belum tentu orang didalamnya itu selamat buat kita & anak anak kita.


Dua tiga hari ni Viral pasal pencabulan yang berlaku kat Sebuah Sekolah Tahfiz. Sebab masih dalam siasatan samada betul atau tak so.. Aku tak mau buat spekulasi apa - apa tapi bila pagi ni terbaca berita pasal budak darjah dua yang di cabul orang yang tak kenali yang masuk ke dalam kawasan sekolah..Hati seorang mak ni memang sangat sangat risau. Memang la anak aku masih kat tadika.. Tapi satu hari dia pun nak kena masuk sekolah rendah jugak. Bila berlaku benda - benda macam ni sedikit sebanyak buat aku rasa fobia & trauma.

Kejadian cabul tu katanya berlaku kat salah sebuah sekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun. Dari rakaman cctv seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an berlenggar kat dalam kawasan sekolah. Nampak mula2 di dok ikut budak perempuan tu.. kemudian nampak budak perempuan tu pulak ikut dia. Ending video tu nampak budak perempuan tu berlari.

Menurut berita yang aku baca dari laporan polis katanya dia mengumpan budak tu dengan cerita ada kawan dia terperangkap dalam stor tapi bila sampai depan pintu bilik stor budak tu tengok tak ada sesiapa. Lepas tu dia dukung budak tu masuk bilik stor tapi sebab budak tu menjerit dia panik so dia lepaskan budak tu & budak tu pun terus lari la. Lepas kejadian tu katanya budak tu tak lagi menghadiri kelas fardu ain, hanya datang untuk sekolah di sesi pagi sahaja.

Sekarang ni polis dah kenalpasti identiti lelaki tersebut & sedang giat memburu suspek. Katanya ada mak suspek datang jumpa dengan ibu kepada kanak kanak tersebut merayu menarik balik laporan polis tapi gila la mak budak tu nak tarik balik laporan polis bila berlaku benda macam tu kat anak dia. Ni soal keselamatan bukan sahaja budak yang jadi mangsa tu malah pada semua kanak kanak lain jugak kalau orang2 macam tu di lepas bebas tanpa apa2 tindakkan undang undang di kenakan.

Nasib baik la dia tak sempat apa2kan budak tu.. Dalam kawasan sekolah tu macam mana la dia boleh seludup masuk & berani cuba buat benda tak baik kepada murid sekolah tu. Ni la berlaku bila nafsu dah susah nak kawan. Banyak lagi porno ke hapa tak tau la.

Sebab tu la kadang2 yang ada anak ramai terutamanya malas nak bawa anak anak keluar. Sebab Faktor keselamatan jugak. Aku yang anak sorang ni pun kalau kat luar memang tak lepas anak. Nak kerdip mata pun kadang2 tak berani katanya takut terlalai seminit, seumur hidup menyesal. Kita boleh nampak sekarang tak ada tempat yang selamat walaupun kat sekolah yang dulunya kita rasa anak2 bebas dalam kawasan sekolah sekarang bila ada kes2 macam ni rasa di sekolah pun dah jadi tempat bahaya jugak

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN. Sebelum berhujah ala2 pendebat yang mempertahankan kejuaran setiap tahun aku nak ambil kesempatan dalam ruang yang sempit di blog lekatlekit.com ni mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pelawak terkenal Malaysia, Allahyarham Yus Jambu, Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Sesungguhnya semua yang hidup pastikan mati. Tiada yang akan kekal menongkat langit.. Bertabahlah pada mereka2 yang kehilangan orang tersayang. Berdoalah semoga di satukan kembali di alam abadi nanti.


Semalam semua di kejutkan dengan berita pemergian Arwah.. Dan berlaku perkara yang bagi aku sangat biadap bila ramai yang ambil gambar jenazah saat kafan di buka kan sebelum di kebumikan dalam liang lahat. Dah la ambil gambar lepas tu sebarkan pulak. Gamaknya dia pergi melawat jenazah semata mata nak dapat shoot yang menarik la kot. Teknologi semakin canggih tapi perangai manusia semakin jahil & tak bertamadun. Sampai tak tahu batas batas nak berseronok. Sampai tak ada rasa hormat kepada orang yang dah meninggal dunia. Yelah.. yang mati tu mati la katanya. Dia bukan nak rasa apa dah.. Tapi kau tak terfikir ke perasaan ahli keluarga dia.

Ini bukan kejadian pertama cuma mungkin berlaku kepada seseorang yang bergelar artis maka isu dia jadi besar. Yang tak di sebar pun mungkin banyak lagi yang buat. Semua ni sebab 'trend'. Trend nak meraih rating. Nak like, share yang banyak. Nanti jadi viral boleh popular cepat. Silap haribulan david teoh offer berlakon filem seram terbaru terbitan MiG.

Dah tiba masa.. Ada larangan membawa smartphone atau camera ke dalam kawasan perkuburan tanpa alasan yang di bolehkan. Sebab kalau di biarkan rasanya benda2 macam ni akan menjadi jadi. Orang dah meninggal tak harap publisiti.. Dia harap doa2 yang ikhlas dari orang2 yang mengaku sayang dengan dia. So, tak payah nak popularkan dia dah.

Tu baru pakai iPhone belum yang lain. tak tau la macam mana perangai gila nak snap pic orang mati dia macam mana. Silap2 dia buat live streaming lagi saat jenazah di kebumikan. yelah.. jenama smartphone tu katanya ada perjanjian kerjasama dengan youtube yang membolehkan pengguna dia buat live streaming.

Zaman media sosial.. ramai manusia jadi attention seeker. Dah tak kira benda tu baik ke buruk janji boleh tarik perhatian orang lain. Sudah sudah la.. Kalau hangpa tak harap jenazah hangpa jadi bahan share orang lain kat media sosial macam tu jugak dengan orang lain. Jangan sebab anda masih hidup, anda terlupa yang anda jugak akan mati di zaman media sosial. Jadi tak mustahil giliran jenazah anda pulak nanti jadi bahan orang lain meraih perhatian.

Moral of the story.. Jadilah manusia yang moden dengan akal yang bijak bukan manusia moden yang akal buat orang rasa nak pijak2. Peace Yo!

KAWASAN PERKUBURAN PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Biasa la kita dari kecik di momokkan kawasan kubur ni tempat menyeramkan & berhantu sampai masa kecik aku dulu kalau lalu kawasan kubur pun rasa seram tapi peliknya kalau melawat kubur nak2 hari raya takde pulak rasa seram ke hapa. Kalau hari biasa ni macam lain macam jer seram... Tu masa kecik. Sebab teringat kenangan takut kawasan kubur aku sesaja la cari cerita seram pasal kawasan perkuburan ni tetiba jumpa info ni..


Mengikut kajian geng paranormal seekers katanya ada beberapa kawasan perkuburan yang paling berhantu.. antaranya kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang. Tu kawasan perkuburan yang di katakan berhantu.

Selain tanah perkuburan ini adalah Tempat berhantu lain ni selain highland tower..
  1. Hospital Lady Templer
  2. Institut Victoria, Kuala Lumpur
  3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur
  4. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  5. Berhampiran Poliklinik Cheras
  6. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort
  7. Pejara Pudu, Kuala Lumpur
  8. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur
  9. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang
  10. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu,Selangor
  11. Kawasan Bukit Damansara, Selangor
  12. Kellies Castle, Perak
  13. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak
  14. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai Perak,Perak
  15. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  16. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang, 
  17. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah
  18. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah
  19. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah
  20. Kawasan Kubur Panjang, Pendang Tobiar, Pendang
  21. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang
  22. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang
  23. Kawasan Kota Lama, Melaka
  24. Villa Nabila Johor Bahru
Sumber : Cari

Tu dia banyak sungguh penempatan hantu kat Malaysia ni kan? tak tau penempatan haram ke sah.. Dan tak sure pulak hantu2 ni status warganegara ke, hantu asing ke atau hantu tanpa izin. Banyak sungguh penempatan manusia depa take over. Mentang2 la ghaib kan.. sesuka hati je nak berumahtangga kat memana pun. Best la kan jadi hantu tak payah bayar sewa rumah boleh je duduk kat memana.. hehehe.. Hantu2 jangan marah yer gurau je.

Moral of the story.. Jangan biarkan rumah anda di sita hantu2. Jadi amalkan apa perlu di amalkan jangan sampai amalan syirik & khurafat sudah. Selamat berhantu semua. Peace hantu!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com