Showing posts with label jelmaan. Show all posts

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR

KISAH SERAM & MISTERI BERLAKU DI KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR. Terpaksa mencuri masa untuk mengisi slot segmen seram serik lekatlekit ni. Maaf lah ye hantu hantu semua kami tak dan nak bagi publisiti kat hangpa sangat sekarang ni. Bersusun kerja kat blog menanti giliran untuk muncul dia di blog lekatlekit ni. Tapi di sebabkan kami tak mau buat peminat cerita seram blog lekatlekit hampa & kecewa maka kami cuba mencuri masa yang halal untuk hiburkan hangpa dengan cerita seram.


Kali ni jom kita berparanormal pulak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Tapi kali ni kami buat kompilasi cerita cerita seram pendek yang pernah berlaku kat situ la. Baru meriah sikit kan.. hehehehe

Di Ganggu  Jelmaan Wanita Berambut panjang Bersama budak kecil.

Dalam Komplek Mahkamah Kuala lumpur ni ada lokap polis dekat basement area belakang KMKL. Katanya yang selalu kena sakat ni para guard guard la. Time dia beroperasi kira kira dalam pukul 1 - 2 pagi. Biasa la time macam tu memang time dia (Makhluk halus) berjimba raya & berpesta muda mudi ye dak. Guard memang la kena berjaga. Dah nama pun jaga ye dak.. takkan nak tidur pulak kot. Katanya kerap depa terserempak dengan Jelmaan seorang perempuan berbaju hitam, berambut panjang bersama seorang budak kecil lingkungan umur 4 - 5 tahun. Dia akan datang ke kaunter guard & bertanya jalan balik atau jalan keluar dari mahkamah. Bila di datangi wanita misteri tu, orang yang di tegur akan bagai di pukai. Mereka akan jadi bangang sekejab hanya menunjuk arah tanpa mampu berkata apa aa sehingga lembaga berupa wanita tersebut hilang menembusi dinding mahkamah barulah depa akan sedar & terasa pelik juga takut. Lepas tu akan dengar suara mengilai tak hengat punya. Bayangkan hangpa dalam situasi tu. Rasanya hangpa nak cari jalan balik rumah sendiri pun dah tak jumpa kot hehehehe

Jelmaan Makhluk Berpakaian Putih & menjelma dalam rupa peguam di malam hari

Katanya berlaku di tingkat 4 aras kiri. Selalunya yang terkena staff yang balik lewat malam la. Ada yang di ganggu dengan satu makhluk berpakaian serba putih yang akan pandang mangsa dengan pandangan yang seram & tajam.. Selalunya dia akan duduk di hujung blok. Dia akan ikut mangsa sehingga masuk dalam lift & turun ke bawah. Katanya lagi laju hangpa berjalan.. semakin laju juga pergerakkan dia mengikut hangpa. Kadang2 dia menjelma menyerupai lawyer. Kalau ikut logik akal memalam mana la nak ada lawyer. Tak ada ke di bicarakan malam malam buta kat mahkamah. Apa yang pelik walau dia dalam rupa lawyer tapi bila semakin dekat, akan nampak keadaan lawyer cuma ada kepala sampai paras perut je.. Bawah pada tu memang tak nampak. Kira dia halimunan separuh badan la ni.

Jelmaan makhluk duduk di bangku bahagian dagang 7

Berlaku kat tingkat 4 tapi di aras kanan. Ada satu bangku yang berdekatan dengan bahagian dagang 7 katanya ramai orang akan terserempak & setiap kali di tegur.. Dia akan pandang lepas tu terbang & hilang. Normally orang yang kena sakat.. confirm lari turun ke bawah. Gila kau nak tunggu. Takkan nak duduk kat situ lagi tunggu dia datang. Memang tak la kan.

Jadi sapa yang bekerja di komplek mahkamah kuala lumpur tu.. Hati hati lah yer. Siang - siang hari ok la tapi yang kena stayback sampai lewat malam kalau terserempak dengan lawyer ke hapa jangan ramah mesra sangat. Manalah tau kan.. nasib baik tak berapa baik malam tu.

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM

MISTERI JELMAAN DUA GADIS INDIA TINGKAT BAWAH MID VALLEY DI TENGAH MALAM. Malam ni segmen seram serik lekatlekit kembali menghantui anda semua di blog lekatlekit.com.. Dok asyik cerita panas isu2 semasa, review produk je kan.. bosan jugak. Sesekali kena jugak share kisah2 seram, mistik & misteri ni. Baru la terbeliak sikit biji mata hangpa malam - malam ni kan? Bukan terbeliak pasai apa.. sebab takut nak tidur. Asyik terbayang bayang benda yang menakutkan. hahahaha


Bagi kaki kaki lepak Mid Valley yang suka layan midnite movie tu harus baca ok.. Mungkin cerita ni membuat anda mendapat hidayah & kembali kepanggal jalan. Serik untuk keluar sampai lewat malam lagi...

Alkisahnya.. di ceritakan oleh seorang hamba Allah (lelaki) kejadian seram yang berlaku pada diri dia di tahun 2013. Waktu katanya dia baru habis tengok midnite movie filem The conjuring. Sedangkan elok la tengok filem seram.. Belum habis feel seram tu dah di hadap dengan kejadian seram.

Masa tu katanya dah pukul 2.00am. Memang waktu2 puncak hantu2, jin & setan berkeliaran, berpesta muda mudi la.. Kawan2 dia lain semua dah berambussss.. ikut northwing dia jer bajet hero gigih turun guna escalator yang dah di tutup ikut laluan southwing. Bila sampai kat ground floor dia mula cuak.. Tengok semua pintu dah lock.. sapa sorang pun dah takde even pak guard pun dah tak tau mana melingkup time tu. Sunyi basi... Nasib baik la tetiba dia nampak 2 orang awek india kat kaunter pertanyaan... Maka dia pun pergi la hadap dua minah tu nak tanya kat mana pintu keluar. Tapi minah dua orang tu cuma gelakkan dia.. Sebab terdesak dia tanya lagi. Salah sorang dari awek india tu jawab.. bertahun depa duduk kat situ ni kali pertama orang tanya depa macam mana nak cari jalan keluar.

Si mamat ni mula pelik bila awek tu cakap dah bertahun depa duduk situ. Untuk kepastian dia tanya apa maksud bertahun duduk situ. Bermastautin dalam Mid Valley kan dua minachi ni? Tak ada rumah ke? Bergelandangan dalam Mid Valley ke? Tapi jawapan yang di terima buat semua usus mamat ni kecut.. Katanya depa duduk situ dari sejak sebelum Mid Valley wujud lagi. Dah la tengah malam.. Tak berapa lawak sangat la apa yang minachi tu cakap. Apa lagi berdesup perginya mamat tu. sedar sedar dia dah ada kat starbuck di luar Mid Valley.

Tengok kemain bersungguh dia lari Pak guard mymar tegur tanya kenapa dia lari macam lipas kudung. Dia pun cerita la kejadian yang berlaku kat dia.. Menurut cerita pak guard tu katanya sebelum ni pun ada orang lain pernah terserempak dengan dua awek india misteri tu tapi dia & geng2 guard yang lain tak pernah pulak terserempak. Maybe banyak sangat cerita pasal awek india misteri tu management arahan para guard untuk mengesan siapakah awek india tu tapi sampai sekarang depa tak pernah jumpa. Semakin yakin la mamat ni yang dia jumpa tu bukan manusia...

Moral of the story.. Nak tengok wayang tengok la siang siang yer. Memalam ni bukan je berisiko terserempak dengan makhluk2 seram malah manusia pun boleh jadi menyeramkan nak2 lagi kalau berada di tempat sunyi ni.

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah.


Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas perikemanusiaan dia pun berhenti la bertanya destinasi wanita tu. Wanita tu katanya nak ke perhentian bas Hospital Sultanah Aminah. Jadi di tumpangkanlah perempuan tu tanpa was was. Yelah.. perempuan kot. Dah tu jalan sorang2 maghrib2 macam tu. Bahaya jugak. Tapi perempuan tu pun tanpa was was juga berani menumpang kereta lelaki tak di kenali. Peringatan penting untuk Wanita2 di luar sana.. Jangan tiru aksi tu yer! Bahaya... Jangan jalan seorang diri di laluan yang sunyi & jangan tumpang kereta orang yang tak di kenali lebih2 lagi lelaki.

Masa perempuan tu naik kereta.. dia minta la Bro ni jangan on aircon, suruh buka tingkap. Bro ni pun ikut jer.. Lagipun permintaan dia bukan la susah sangat nak buat kan? Dah tu jimat tak payah aircon. Dalam perjalanan ke destinasi di tuju, perempuan tu cerita la sepatutnya boipren dia yang datang ambil tapi sebab ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan dia terpaksa jalan kaki ke sana. Perempuan tu pun bagitau dia dah bagitau pakwe dia ni jangan bawa motor sebab dia dah serik naik motor suruh bawa kereta.

Mungkin Bro ni rasa perempuan ni high demand kot.. dia pun pujuk la. Konon naik motor lebih romantik, jimat minyak & kalau jam boleh je menyelit celah2 kereta. Tapi perempuan tetap berkeras dah tak nak naik motor lagi selepas satu kejadian ni. menurut cerita dia.. Pernah satu hari dia membonceng motorsikal dengan pakwe dia. Nasib tak baik haritu ada kereta yang tengah racing menyondol belakang motorsikal yang mereka tunggang.

Dengar cerita perempuan tu, si bro ni pun saya excited nak tahu apa yang terjadi seterusnya. So dia pun tanya la. Sambung perempuan tu lagi sambil menunjuk satu divider pada bro ni & memberitahu kat situ la mereka tercampak & di seret 50 meter.. Dan.... Jeng jeng... jeng.. jeng...

Tahu tak apa berlaku seterusnya... Kata perempuan tu mereka bagaikan romeo & juliet mati bersama di tempat kejadian. Apa lagi si bro ni mula la mengaji kuat2 apa yang patut. Waktu tu tiada apa kedengaran selain hilai tawa yang menyeramkan seterusnya dia terbang keluar melalui tingkap kereta. Niat yang nak lepak2 dengan kawan kawan dia tadi.. terus terbantut & dia kembali ke pangkal jalan. Balik rumah la apa lagi. Bila dia cerita kat pakcik dia yang dah masuk zon warga emas.. pakcik dia cuma tersenyum & menurut pakcik Bro ni kat situ memang dah biasa pemandu2 kena sakat. So, bukan sesuatu yang pelik lagi kalau anak buah dia pun kena sakat jugak.

Moral of the story.. sebab tu orang2 tua suruh duduk kat rumah time maghrib.. Sebab time tu jin & syaitan berkeliaran. Bila kau pun nak keluar jugak time tu.. memang la dia ambil kesempatan tumpang kau. hehehehe. Tapi yang tumpang kereta Bro tu maghrib2 bukan la orang yang dah mati yer.. Tu semua jelmaan jin & syaitan je nak menyesatkan manusia.

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA

KISAH SERAM 5 SEKAWAN DI SAKAT PONTIANAK JIRAT CINA. Kalau dah nama kawasan perkuburan ni tak kira perkuburan apa bangsa & agama pun mesti terselit jugak kisah2 seram,misteri & mistik. Memang sinonim.. kubur je ada hantu. Bukan point kat satu bangsa jer... semua bangsa & warganegara ada kepercayaan macam tu. Sebab kalau dalam filem2 seram tempatan atau luar negara memang ada yang mengaitkan kawasan perkuburan dengan kejadian mistik yang melibatkan makhluk halus atau orang melayu gelar hantu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kadang2 terhibur jugak baca kisah2 seram yang berlaku kat kawasan tanah perkuburan ni. Bukan la kata baca tu sebab taksub sampai lebih takut pada jin & syaitan melebihi Allah.. Cuma aku memang suka baca & tonton cerita seram. Dah jadi satu hiburan bagi aku. Nak buat macam mana taste aku ter arah kepada perkara seram. Nasib baik dah kawen gamaknya kalau bujang ntah2 join team seekers ka hapa tak tau la... Amboi macam berani sangat kau lekatlekit. Setakat layan dvd filem seram je kau tu...

Terbaca kat satu forum ni bebudak kat situ dok share pengalaman seram depa kat jirat cina.. ada yang saja cari penyakit dok buat aktiviti paranormal ada yang tak sengaja terserempak dengan makhluk2 tu.. antara kisah yang di kongsi pelayar forum tu adalah...

Kisah pasal sekumpulan 5 budak lelaki yang terlebih berani katanya. Konon nak uji keberanian la. Pergi kat satu jirat cina yang terkenal dengan kisah2 orang di sakat makhluk halus kat situ. Nama je makhluk halus tapi yang menjelma tak halus sangat la.. Tak tau la kenapa orang panggil makhluk halus. nanti la aku kaji balik... ok ok.. berbalik kisah budak 5 orang tadi. Depa pergi dengan satu kereta. 4 dalam kereta sorang kena duduk dalam bonet. Yang duduk dalam bonet konon paling berani la jadi volunteer nak duduk dalam bonet. Dia tak tau azab bakal dia tanggung lagi. Maka bergerak la budak2 takde kerja berfaedah nak buat ke jirat cina tersebut. Sesampai di sana.. jam lebih kurang 1 pagi. Kalau pukul 1 tengahari pergi jirat cina berhantu macam tu tak mencabar la kan. Kereta di pandu perlahan lahan melalui kawasan jirat cina tu. Memang suasana agak seram sebab jalan kat situ gelap giler.. Kalau cerah benderang tak feel la seram. Bila sampai je kat tengah2 kawasan jirat cina tu, semua stanby. Pintu tingkap kunci rapat & enjin kereta di matikan. Maka depa lepak2 dalam kereta sambil buka cerita seram. Lebih kurang setengah jam macam tu dok borak.. Yang memandu tu reverse kereta lebih kurang 1 meter dari batu di jirat cina tersebut. Kemudian Dia buka bonet belakang. Salah seorang yang duduk dalam bonet tadi slow buka bonet tu.. Dia pun sebenarnya tak tahu pun dia kat mana. Lepas buka bonet tu tetiba dia jerit suruh kawan2 dia blah cepat. Katanya dah tak tahan. Tak tau la tak tahan nak berak ke nak kencing ke atau tak tahan tengok something yang menyeramkan. Yang dalam kereta mula cuak.. apa lagi kelam kabut la start kereta nak berambus dari situ. Tapi malangnya kereta pulak tak boleh gerak lepas start.Dah sudah.. Jin apa pulak yang landing atas kereta sampai tak boleh gerak katanya. Kalau setakat Jin Tan Manis.. rasanya hembus jer terbang la dia. Ni mungkin JinTabota ke hapa tak tau la.. Tapi pasal jin tu cuma spekulasi jer.. Yang drive tu suruh la kawan2 dia turun tengok apa yang buat kereta dorang tak boleh gerak. Kawan dia bagitau katanya tayar tenggelam dalam tanah. Dah tayar pulak tenggelam pulak.. dia suruh kawan2 dia keluar tolak kereta tapi sorang pun tak berani. Masa nak datang konon nak uji keberanian tapi belum keluar Jin mata toncet dah semua pancit dalam kereta sebab takut. hahahaha... Jadi solution yang ada semua keluar tolak kereta. Jenuh jugak nak menolak kereta macam tak logik je berat yang di tanggung tu. Tiba2 salah seorang tu rasa macam ada something tolak dia dari belakang bila dia toleh terus terpandang tokong cina dalam satu kedai yang seolah olah memandang tepat pada dia. Apa lagi berdesup dia masuk kereta.. Yang lain2 tengok dia masuk kereta, apa lagi mendesup jugak la masuk walau tak tahu apa apa. Lepas kereta yang boleh jalan mereka pun bergerak la meninggalkan jirat cina tersebut. Lepas dah jauh sikit dari jirat cina tu.. dari luar pagar yang drive tu tengok balik kat tempat tayar kereta depa tenggelam tadi. Akak ponti elok je lepak atas batu kat sini.. Patut la berat semacam rupanya ada makhluk halus yang tak berapa halus. Apa lagi..maka di pecut selaju mungkin agar segera sampai kerumah. Bila sampai je kat rumah dia pun tanya la kawan yang duduk dalam bonet tadi kenapa jerit suruh blah lepas buka bonet... menurut cerita penghuni bonet kereta tu dia nampak lutut pontinak berpakaian serba putih lepas dia buka bonet kereta. Tu baru nampak lutut kalau nampak dia senyum gamaknya koma dalam bonet kereta. hehehe

Begitulah kisah 5 budak nakal yang konon nak menguji keberanian akhirnya kecundang dengan akak pontianak. Baru akak ponti sakat2 manja belum akak ponti beramah mesra dah macam lipas kudung memasing.

Moral of the story kalau dia tak cari kita.. tak payah la acah acah berani cari dia. Biar dia dengan dunia dia kita dengan dunia kita.

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND

CERITA SERAM.. KAKAK RAMBUT PANJANG ATAS TV DALAM BILIK HOTEL DI CAMERON HIGHLAND. Sekejab ada sekejab tak ada segmen momokkan puaka di blog lekatlekit.com ni. Ikut mood pentulis cerita seram jugak. Kalau rasa tetiba bulu roma meremang tu tandanya mood seram dah datang kena tulis cepat2 sebelum bulu roma menguncup katanya. Sementara bulu roma berdiri macam dengar lagu negara ku marilah kita sama sama membaca sebuah kisah seram yang berlaku kepada sebuah keluarga ketika pergi bercuti di cameron highland.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya.. sekeluarga ni pergi bercuti di cameron highland. Family ni lengkap la.. Ada suami, isteri & anak. Di jadikan kisah seramnya pada satu malam yang sepi, sejuk & dingin.. Almaklum la cameron highland katanya. Boleh feeling macam bercuti kat negara eropah katanya. Sejuk. Nak2 lagi kisah ni berlaku pada tahun 2008. Time tu cameron highland masih sejuk jugak la berbanding sekarang. Bila dah sejuk tu dah nama laki bini mula la rasa nak manja manja tapi tu la anak dia dok cerah biji mata layan kartun kat TV lagi. Macam2 trick si Ayah ni buat nak suruh si Anak tidur pun tak berjaya tapi akhirnya si anak tewas jugak bila si Ayah cakap kena tidur esok nak pergi ladang teh jalan jalan. Tidur lewat kang bangun lewat & lewat la pergi jalan jalan. Barulah anak tu boleh berpisah dengan TV.

Apa lagi Si Ayah terus tutup tv. Tak sabar la tu.. Kesian tabah menanti anak tidur demi nak ber honeymoon katanya. hikhikhik (gelak nakal). Lepas tutup tv bagai.. tiba tiba anak dia palingkan muka kebawah sementara badan dia menggigil gigil. Cuak la si Ayah ni tengok keadaan anak macam tu. Tapi mula2 si ayah ni fikir anak dia merajuk sebab tutup TV. Si Ayah ni cuba angkat muka anak tapi sedaya upaya di keraskan supaya muka dia tidak berpaling kearah ayahnya. Maka si Ayah pun angkat anak dia letak atas riba sebab keadaan anak dia nampak merisaukan. Si ayah mula memujuk tanya samada anak nak tengok TV lagi ke tapi anak dia gelengkan kepala. Di suruh anak tengok muka dia tetap anak tak nak hadap muka bapak dia. Jadi si ayah ni makin pelik la dengan perangai anak yang tiba2 jadi macam tu. Kemudian budak tu cakap dia takut. Si ayah terpaksa peluk & tanya anak tu apa yang di takutkan sedangkan dia ada dengan anaknya.. Perlahan lahan budak tu bagitahu ada kakak rambut panjang atas tv sedang pandang dia.

Ha kau! tetengah malam yang gelap anak bagitau kakak rambut panjang bertenggek atas tv. Ni bukan takat bulu roma boleh meremang rambut pun boleh terpacak tanpa bellkerim katanya. Hahahaha... Bapak pun mula gugup dah time anak dia cakap ada kakak rambut panjang atas TV tapi di beranikan diri jugak la demi keselamatan anak bini dalam bilik tu. Antara berani & takut dia cuba memerhati kearah TV dalam gelap untuk memastikan apa yang anak dia nampak. Mula2 tengok katanya tak nampak apa2 sebab lupa pakai cermin mata. Lepas pasang cermin mata dia mula nampak apa yang anak dia nampak. Rupanya kalau rabun jangankan orang, hantu pun tak nampak yer kalau tak pakai spek. Baru aku tau.. Jadi orang rabun kalau takut nampak hantu sila jangan pakai spek yer. hahahaha

Sekali lagi dia minta anak dia tengok atas TV samada masih ada benda yang dia nampak. Hujung hujung mata anak tu cuba tengok & bagitau kakak rambut panjang senyum kat dia pulak. Dah senyum pulak kakak ni.. Aduhai! Spoil cik abang nak honeymoon katanya. hehehehe. Tengok bini dia dengan sorang lagi anak nyenyak tidur macam tak ada apa2 berlaku sebab penat sangat. Maka mulut dia pun mula terkumat kamit membaca surah2 yang patut bagi menghalau gangguan tersebut. Alhamdulillah setelah melafazkan ayat al quran anak dia dah tak menggigil. Selepas tu di letakkan anak dia ke bawah & dia berdiri sambil membaca ayat kursi di depan TV & lembaga yang tak kelihatan tu dengan nada sedikit kuat seterusnya menghembuskan kearahnya. Selepas ritual menghalau hantu tu di buat dengan menggunakan ayat2 suci Al Quran dia suruh anak dia tengok sama ada kakak rambut panjang masih ada atau tak. Lega bila anak dia bagitau kakak rambut panjang tu dah tak ada.

Walaupun kakak rambut panjang dah tak ada tetap di teruskan mengalunkan ayat2 suci al quran sebagai pendinding. Selepas wuduk dia duduk membaca yassin sambil meletakkan sebotol mineral water yang di buka penutupnya. Biasa la kalau nak buat air yassin kan.. memang gitu la kekdahnya. Tapi masa aku pergi Alhidayah aku pelik jugak sebab perawat kat situ buat air penawar tak buka penutup botol air. Terus baca macam tu jer.. Sebab normally kat mana2 pusat rawatan Islam aku pernah pergi cara nak buat air penawar menggunakan ayat2 suci Al Quran ni memang penutup air di buka dulu sebelum mengalunkan surah2 yang di baca. Entahlah.. aku sendiri tak arif tetang rawatan Islam ni.

Berbalik pada cerita tadi.. selepas siap membaca yassin di renjis air tersebut di setiap penjuru bilik kemudian di suruh anak dia minum sikit. Alhamdulillah lepas tu tiada gangguan lagi. Tapi lepas tu tak tau la jadi ke tak cik abang tu ber honeymoon. hahaha kesian sebab kakak rambut panjang terskip honeymoon malam tu.

Aku pun pernah mengalami pengalaman seram yang melibatkan anak aku kat Melaka dulu. tapi aku dah pernah tulis dulu takkan nak ulang cerita kot. Tapi kat cameron highland selama aku dok pergi belum pernah berlaku kejadian kejadian seram. erkk.. aku pergi cameron highland setakat ni belum pernah bermalam. Jadi tu antara punca belum pernah di momokkan dengan hantu cameron highland kot. Tapi kalau pergi bercuti taknak la hantu dok spoil percutian aku. Tiap kali nak holiday pun kami sedaya upaya make sure takde terbawa makhluk besar (manusia) yang berisiko buat percutian kami spoil macam ni >> Ini lebih bahaya di bawa pergi bercuti bersama berbanding hantu. Awas! ia mampu merosakkan seluruh percutian anda<< Inikan pula di spoil makhluk halus minta simpang la. Hantu2 ni tunggu free time kau nak menyakat yer..

Moral of the story.. Tak semestinya tempat berhantu je anda akan di ganggu makhluk halus (Jin) ni. Kadang2 tempat2 yang sebenarnya tak pernah ada sebarang gangguan mistik ni pun boleh berlaku kejadian mistik. Bila kita pergi bercuti ni merata tempat kita jelajah & kita tak tahu siapa ikut kita balik. Sebab peristiwa macam ni pernah berlaku pada anak aku dulu. Dari hutan dia ikut balik sampai rumah. Nasib baik gangguan ni berjaya di rawat melalui rawatan Islam. Jenis Jin tumpang tumpang ni memang macam tu perangai dia. Kita silap sikit je mula la dia cari sebab nak ikut kita balik. Jadi walau kat mana pun kita pergi beringat dalam dunia ni bukan kita je yang hidup tapi ada makhluk yang nampak & tak nampak menghuni bumi Tuhan.

Sumber cerita : Cerita Hantu dari Cameron Highland

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR. Segmen seram serik malam ni balik kedah sat noh.. selama ni merantau jauh sangat cari hantu. Hantu2 kat kedah dah kecik hati sebab jarang2 di beri publisti kat blog puaka lekatlekit ni. Satgi kata tak support hantu2 senegeri pulak kan. Ok ok.. walaupun hantu kita tetap makhluk sekedah katanya jadi marilah kita bagi publisiti sikit kat hantu2 kedah ni. Ni kejadian baru lagi berlaku. Kira bukan cerita cerita seram dalam arkib macam selalu aku dok up kat blog. Ni kira fresh from alam jin la.. hahahaha

Antara rumah idaman aku ni. Kalau balik kampung aku suka ikut jalan kampung kat bota, perak sebab banyak rumah2 tradisional yang cantik2 kat situ.

Alkisah pasal seorang lecturer sebuah kolej swasta snap gambar kat sebuah rumah warisan melayu yang di kenali sebagai Rumah Tok Su ni. Rumah tu sememang menjadi tempat tarikan pelancong. Masa ambil gambar tu dia tak perasan apa2 sangat la tapi bila balik rumah tengok balik gambar tu baru dia perasan tepi tingkap dalam rumah tu ada sesuatu serba putih yang seolah2 menyerupai pocong photobomb gambar dia. Terus kau tak boleh tidur. Takut le tu...


Sumber Harian Metro

Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer..  Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..

Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.

Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...

Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.

SERAM! MYVI LANGGAR JELMAAN NENEK TUA DI JALAN PUNCAK ALAM

Nak jugak tu tumpang glamer myvi katanya highlight kat tajuk entri. Abis kejadian ni berlaku pada seorang pemandu myvi kena la tulis. Semalam dah cerita pasal Iswara biru kan..  Tak adil pulak bila tiba giliran myvi tak highlight myvi. Hahahaha... Kereta tak penting.. yang penting siapakah nenek tua yang di langgar myvi tu? Nak tahu... Meh la baca

Sumber Google. Sekadar hiasan

Alkisahnya seorang mamat pemilik myvi putih tak sure la dia ada join club familia myvi club tapi kisah dia menambahkan lagi rencah seram di jalan puncak Alam. Jam waktu tu dah pukul 11.45 semasa dia melalui jalan puncak Alam tu. Time kereta pun tak banyak. Ada la sebiji dua katanya dari jalan bertentangan. Malam pun tak berapa bercahaya.. ada dua tiga ketul twinkle twinkle little star. Bukan kali pertama dia lalu jalan tu.. kiranya dia dah biasa cuma malam tu mungkin jadi malam horror bagi dia. Segalanya bermula bila tiba di satu selekoh...

Tiba tiba dia ternampak seakan sekujur tubur yang terbaring atas jalan. Susuk tubuh tu seakan bergolek sekejab kiri sekejab kanan seolah2 nak halang laluan dia. Mula la jantung mengepam laju.. Rasa macam belon terlebih udara menanti nak pecah je. Time tu mulut terkumat kamit membaca ayat2 Al Quran yang harap boleh menjadi senjata mengalahkan makhluk seram yang di lihat. Semakin hampir dengan sekujur tubuh tu semakin gigil dia rasa. Sebab takut sangat dia tekad nak langgar jer sekujur tubuh yang dok bergolek macam batu giling atas jalan tu. Tekan minyak kuat2.. akhirnya dia langgar jugak. Tiba2 terdengar bunyi macam kereta dia melanggar sesuatu buat dia cuak. Takkan langgar hantu ada sound effect macam langgar benda bernyawa lain. Arghh... sudah! dia mula rasa dia langgar orang bukan hantu.

Nak tak nak dia terpaksa juga berhenti kereta ni make sure apa yang dia langgar. Sepantas kilat dia keluar dari kereta & berlari kearah sekujur tubuh yang dia langgar. Tubuh yang di langgar kaku di atas jalan & darah mula memenuhi atas jalan. Bau hanyir pun mula menusuk ke hidung. Kelihatan seorang nenek tua berpakaian serba putih & sebahagian badan dia putus. Dalam gelabah dia cuba tarik perempuan tua tu ke tepi jalan.. Dalam dok kerah tenaga tarik perempuan tua tu tepi jalan tiba2 dia rasa tangan dia macam di cengkam kuat. Dia ingat hanya mainan perasaan rupanya2 betul. Dia cuba lepaskan diri dari di tarik perempuan tua tu tapi tiba2 perempuan tua tu memalingkan muka yang penuh darah & mata putih sambil berkata "nak..taknak tarik nenek lagi..tarik lah lagi..anak yang langgar nenek kan" kata2 itu disusuli dengan hilaian yang menyeramkan..

Sekuat hati dia cuba lepaskan diri kemudian sekuat hati juga dia cuba larikan diri dari lembaga nenek tua tu. Dia masuk kereta cuba hidupkan enjin tapi enjin kereta pulak tak nak hidup. Dari cermin belakang jelas nampak kelibat perempuan tua tu terjengkek jengkek datang kearah keretanya. Dia cuba baca ayat2 Al Quran tapi bila tengok perempuan tua tu ada betul2 sebelah cermin seat pemandu terus jadi kelu. Sebab muka perempuan tua tu ngeri sangat.. penuh darah, biji mata terjojol keluar mamat ni tak sanggup tengok lalu dia pejamkan mata. Lepas tu dia buka mata.. dah takde lagi lembaga nenek tua yang menakutkan. Apa lagi, try hidup enjin kereta dah hidup berdesup la dia pecut. Tak sampai berapa minit tiba2 dia dengar pulak orang menangis kat seat belakang. Dia cuba tengok melalui cermin memang ada perempuan tua tu mencangkuk kat seat belakang sambil menjelirkan lidah dia yang panjang. Tiba2 rasa nafas perempuan tua tu dekat je dengan telinga dia. Akibat tak dapat tahan rasa takut yang teramat dia berhentikan kereta kat semak & terus berlari keluar.

Mujur ada kereta peronda polis lalu masa tu. Bila tengok mamat ni menangis tak tentu pasal tepi jalan peronda polis tu pun berhenti tanya. Bila di tanya mamat ni dalam menangis ketakutan cerita ada hantu dalam kereta dia. Dia pun cerita la pasal kejadian dia langgar nenek tua & badan hampir putus. Lepas tu polis tu pun cerita.. sehari sebelum tu ada berlaku kemalangan maut kat situ.. seorang perempuan tua. kaki dia putus tapi kaki dia tak jumpa. Tiba2  sorang lagi polis yang periksa kereta mamat ni datang pada mereka ajak beredar sebab dia rasa tak sedap hati.

Sejak kejadian tu mamat myvi putih ni memang tak lalu lagi jalan tu. Sampai sekarang katanya lembaga nenek tua tu menghantui mimpi dia.

Moral of the story.. Kalau langgar hantu jangan berhenti. Langgar & lari. Kalau berhenti jugak jadilah seperti mamat myvi putih ni. Di hantui misteri nenek tua kaki putus sepanjang hidup. Tapi jangan pulak racing haram.. nanti jadi macam ahli group familia myviclub tu dihantui kecaman dari orang ramai.

Sumber : Pencari Entiti Crew

 

KEJADIAN SERAM DI UITM JENGKA PAHANG

Ni bukan review filem jengka yang ntah bila nak dapat dvd dia tu. Ni adalah kisah yang aku compile dalam satu entri tentang kejadian2 seram yang berlaku di UiTM jengka. Walau aku masih frust dengan 8Share yang bagi aku menganiaya aku tapi semangat berblog apatah lagi share kisah2 seram Insya Allah takkan pudar. So, petang kita bersiaran awal sikit segmen seram serik lekat lekit katanya. Hahahhahaha... siap dah ada nama segmen seram kat blog. Kau hado?


Banyak cerita seram yang aku baca pasal UiTM Jengka ni. Tak tau pusat pengumpulan hantu ke atau hantu pun menumpang belajar kat situ, aku sendiri tak sure. Dengan Bismilillah.. Meh kita mulakan segmen seram serik lekat lekit..

Alkisahnya yang pertama kisah jelmaan hantu senior mati lemas..
Pada satu hari seorang pelajar balik hostel. Tiba2 dia nampak seseorang yang macam senior dia yang lepas dalam keadaan basah lencun. Sebab dia dah jadi senior masa tu, maka dia sound la bekas senior dia yang masuk bilik dalam keadaan basah macam tu. Tapi mamat tu buat tak tau la jer.. melawan tidak, menjawab tidak. Lepas si senior tu dah keluar dia pun cerita dengan kawan2 sebilik dia yang lain. Kat situ terungai misteri bekas senior dia nampak dah meninggal dunia akibat lemas. Katanya ramai student kat situ selalu nampak kelibat dia dalam keadaan basah berjalan jalan dalam kawasan UiTM waktu maghrib.

Alkisah yang kedua, pontianak belakang block asrama ground floor
Kisah seorang student ni bergayut telefon dengan boipren dia belakang block bilik asrama dia. Asrama dia ground floor jadi belakang tu dorang buat ampaian. Borak punya borak sedar2 dah pukul 3 pagi kau dok berdating dalam telefon luar bilik. Tetiba boipren dia tanya, kenapa kawan dia dari tadi asyik gelak2 tak henti dari tadi. Dia jadi pelik sebab dia sorang2 jer kat situ. Si Boipren ni sungguh2 kata memang ada bunyi gelak jadi background depa bersembang. So dia minta diri off panggilan sekejab nak memastikan bunyi yang si boipren dia dengar. Memang ada bunyi orang gelak tapi dari jauh. Dia fikir maybe budak2 dari bilik tingkat atas. Asyik dok dengar bunyi gelak tu tetiba ada angin terjah ke muka dia. Habis kain2 kat ampaian beralun2 di tiup angin. Tapi angin tu datang sepintas lalu jer tak macam angin biasa. Tetiba.. terpacak depan dia, PONTIANAK katanya. Memang tak tunggu nak tanya nama ke hapa la.. berdesup dia lari sampai nak terjatuh

Cukup la dua kisah tu yang nampak jelmaan menakutkan. Yang lain2 kisah banyak rasa angin menampar muka, dengar bunyi bunyi seret kerusi meja tak berapa extreme sangat kisah. Bagi mereka yang masih belajar kat UiTM jengka jangan la takut sangat.. Insya Allah buat macam biasa hantu pun tak rasa dia luar biasa so dia takde la nak perform sangat depan korang. Jangan terlalu fikir takut hantu takde korang je yang menghantui diri sendiri.

Moral of the story.. Jin, Syaitan & Iblis ada je di mana mana. Kalau takut sangat maybe tak boleh hidup kat muka bumi ni.

Sumber cerita Google

KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH

Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh arwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku.

Sumber Google

Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik.

Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi. Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kemalangan & terkorban di tempat kejadian. Mula2 si Ayah marah jugak sebab dia beranggapan anak dia yang kata terkorban dalam kemalangan tu ada dalam bilik air tapi bagi memastikan kesahihan khabar yang di bawa si kawan kakak tu, mereka sekeluarga cuba sekali lagi mengetuk & panggil si kakak yang kononnya berada dalam bilik air tapi tetap tiada jawapan. Sebab pintu bilik air di kunci dari dalam terpaksa si Ayah memecahkan pintu supaya boleh melihat keadaan si kakak. Tapi bila pintu berjaya di buka, tiada sesiapa di dalam. Si ayah berkali kali bertanya pada si adik sampai terpaksa si adik bersumpah kakak dia ada balik & terus menguncikan diri dalam bilik air tadi. Kalau bukan si kakak yang masuk bilik air, masakan pintu bilik air terkunci dari dalam. Mak & Ayah  bingung.

Bila si kakak tiada dalam bilik air mereka sekeluarga bergegas ke tempat kemalangan memastikan kebenaran khabar yang di bawa kawan si kakak tadi. Ternyata sememangnya kakak terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia di tempat kejadian tapi semasa mereka sampai kakak telah pun di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

Akibat dari kejadian tu adiknya jadi trauma & bingung memikirkan siapa yang dia nampak dalam rupa kakak pulang kerumah malam tu. Setiap kali bunyi ketukkan pintu si adik sentiasa merasakan seperti kakaknya pulang. Dia terpaksa di bawa berubat untuk pulihkan  diri dari trauma. Sekarang ni tak tahu la samad si adik dah pulih atau belum. Namun si adik sempat berpesan untuk kita semua untuk sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah kakaknya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmi. Semoga Allah mengampuni dosa arwah & semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Kisah ni rasanya dah dekat  7 - 8 tahun dah kot berlaku.

Moral of the story.. Mungkin apa yang si adik nampak adalah jelmaan jin yang mungkin mahu menyesatkan manusia kerana manusia yang meninggal takkan mungkin kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan.

sumber : portal kisah best


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com