SERAM! MYVI LANGGAR JELMAAN NENEK TUA DI JALAN PUNCAK ALAM

6/07/2015 08:13:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Nak jugak tu tumpang glamer myvi katanya highlight kat tajuk entri. Abis kejadian ni berlaku pada seorang pemandu myvi kena la tulis. Semalam dah cerita pasal Iswara biru kan..  Tak adil pulak bila tiba giliran myvi tak highlight myvi. Hahahaha... Kereta tak penting.. yang penting siapakah nenek tua yang di langgar myvi tu? Nak tahu... Meh la baca

Sumber Google. Sekadar hiasan

Alkisahnya seorang mamat pemilik myvi putih tak sure la dia ada join club familia myvi club tapi kisah dia menambahkan lagi rencah seram di jalan puncak Alam. Jam waktu tu dah pukul 11.45 semasa dia melalui jalan puncak Alam tu. Time kereta pun tak banyak. Ada la sebiji dua katanya dari jalan bertentangan. Malam pun tak berapa bercahaya.. ada dua tiga ketul twinkle twinkle little star. Bukan kali pertama dia lalu jalan tu.. kiranya dia dah biasa cuma malam tu mungkin jadi malam horror bagi dia. Segalanya bermula bila tiba di satu selekoh...

Tiba tiba dia ternampak seakan sekujur tubur yang terbaring atas jalan. Susuk tubuh tu seakan bergolek sekejab kiri sekejab kanan seolah2 nak halang laluan dia. Mula la jantung mengepam laju.. Rasa macam belon terlebih udara menanti nak pecah je. Time tu mulut terkumat kamit membaca ayat2 Al Quran yang harap boleh menjadi senjata mengalahkan makhluk seram yang di lihat. Semakin hampir dengan sekujur tubuh tu semakin gigil dia rasa. Sebab takut sangat dia tekad nak langgar jer sekujur tubuh yang dok bergolek macam batu giling atas jalan tu. Tekan minyak kuat2.. akhirnya dia langgar jugak. Tiba2 terdengar bunyi macam kereta dia melanggar sesuatu buat dia cuak. Takkan langgar hantu ada sound effect macam langgar benda bernyawa lain. Arghh... sudah! dia mula rasa dia langgar orang bukan hantu.

Nak tak nak dia terpaksa juga berhenti kereta ni make sure apa yang dia langgar. Sepantas kilat dia keluar dari kereta & berlari kearah sekujur tubuh yang dia langgar. Tubuh yang di langgar kaku di atas jalan & darah mula memenuhi atas jalan. Bau hanyir pun mula menusuk ke hidung. Kelihatan seorang nenek tua berpakaian serba putih & sebahagian badan dia putus. Dalam gelabah dia cuba tarik perempuan tua tu ke tepi jalan.. Dalam dok kerah tenaga tarik perempuan tua tu tepi jalan tiba2 dia rasa tangan dia macam di cengkam kuat. Dia ingat hanya mainan perasaan rupanya2 betul. Dia cuba lepaskan diri dari di tarik perempuan tua tu tapi tiba2 perempuan tua tu memalingkan muka yang penuh darah & mata putih sambil berkata "nak..taknak tarik nenek lagi..tarik lah lagi..anak yang langgar nenek kan" kata2 itu disusuli dengan hilaian yang menyeramkan..

Sekuat hati dia cuba lepaskan diri kemudian sekuat hati juga dia cuba larikan diri dari lembaga nenek tua tu. Dia masuk kereta cuba hidupkan enjin tapi enjin kereta pulak tak nak hidup. Dari cermin belakang jelas nampak kelibat perempuan tua tu terjengkek jengkek datang kearah keretanya. Dia cuba baca ayat2 Al Quran tapi bila tengok perempuan tua tu ada betul2 sebelah cermin seat pemandu terus jadi kelu. Sebab muka perempuan tua tu ngeri sangat.. penuh darah, biji mata terjojol keluar mamat ni tak sanggup tengok lalu dia pejamkan mata. Lepas tu dia buka mata.. dah takde lagi lembaga nenek tua yang menakutkan. Apa lagi, try hidup enjin kereta dah hidup berdesup la dia pecut. Tak sampai berapa minit tiba2 dia dengar pulak orang menangis kat seat belakang. Dia cuba tengok melalui cermin memang ada perempuan tua tu mencangkuk kat seat belakang sambil menjelirkan lidah dia yang panjang. Tiba2 rasa nafas perempuan tua tu dekat je dengan telinga dia. Akibat tak dapat tahan rasa takut yang teramat dia berhentikan kereta kat semak & terus berlari keluar.

Mujur ada kereta peronda polis lalu masa tu. Bila tengok mamat ni menangis tak tentu pasal tepi jalan peronda polis tu pun berhenti tanya. Bila di tanya mamat ni dalam menangis ketakutan cerita ada hantu dalam kereta dia. Dia pun cerita la pasal kejadian dia langgar nenek tua & badan hampir putus. Lepas tu polis tu pun cerita.. sehari sebelum tu ada berlaku kemalangan maut kat situ.. seorang perempuan tua. kaki dia putus tapi kaki dia tak jumpa. Tiba2  sorang lagi polis yang periksa kereta mamat ni datang pada mereka ajak beredar sebab dia rasa tak sedap hati.

Sejak kejadian tu mamat myvi putih ni memang tak lalu lagi jalan tu. Sampai sekarang katanya lembaga nenek tua tu menghantui mimpi dia.

Moral of the story.. Kalau langgar hantu jangan berhenti. Langgar & lari. Kalau berhenti jugak jadilah seperti mamat myvi putih ni. Di hantui misteri nenek tua kaki putus sepanjang hidup. Tapi jangan pulak racing haram.. nanti jadi macam ahli group familia myviclub tu dihantui kecaman dari orang ramai.

Sumber : Pencari Entiti Crew

 

2 comments:

  1. Akak pon tak pasti nak seram atau nak gelak...lagi2 part yg 'kalau langgar hantu jgn berhenti...langgar dan lari' hahaha

    ReplyDelete
  2. Adudu... Ke mana kaki nenek tu hilang ye? Hancur kot?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com