GADIS NAFI KEJAR KEKASIH SEHINGGA LANGGAR LAMPU ISYARAT DAN MYVI. Semalam viral satu video yang di rakam menggunakan dashcam kereta seorang pilik myvi di mana seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang melanggar kereta myvi sehingga menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut terpelanting ke atas kereta yang di langgar.
Saya pun ada share video tu di facebook tapi menurut rakan facebook dan netizen mendakwa penunggang motorsikal yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama seorang pembonceng yang pada mulanya tak tahu siapa tapi dari apa yang saya baca ia merupakan ibu kepada remaja tersebut. Kata netizen dia ternampak kekasihnya di dalam kereta dan mengambil keputusan untuk mengejar sehingga melanggar lampu isyarat seterusnya berlaku kemalangan dengan sebuah kereta perodua Myvi yang dari arah bertentangan.
Hari ni remaja tersebut tampil memberi penjelasan pada media. Katanya dia tak kejar kekasih seperti yang di dakwa tetapi baru pulang membawa ibunya ke klinik kesihatan. Yang pasti tak tahu apa yang di kejar sampai langgar lampu isyarat sehingga berlakunya kemalangan. Memang menyirap juga kita tengok. Yelah.. tak sepatutnya dia langgar lampu merah. Bila berlaku kemalangan macam tu ia melibatkan dua pihak dan dah menyusahkan orang lain. Mujur tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Kalau berlaku dah tentu ia akan menjadi masalah besar dan rumit.
Katanya dia tak maafkan orang yang menuduh dia kejar kekasih tu. Habis tu apa yang kau kejar dik? Tak kisah la kau kejar apa atau siapa yang pasti kau dah buat banyak kesalahan kat situ.
Tengok kesan pelanggaran tu terusk juga. Mak dia sampai terpelanting naik atas myvi tu. Memang yang menonton rasa kering darah juga. Apatah lagi pemandu & penumpang dalam myvi tu. Sedikit sebanyak mesti ada rasa trauma dan fobia. Kalau aku memang trauma juga.
Begitulah bila kita di atas jalan raya. Walau kita dah sedaya upaya cuba patuhi undang undang jalan raya sekalipun jika orang lain cuai tak mustahil kita juga turut terlibat dalam perkara yang tak di ingini. Melibatkan keselamatan jalan raya ni perlu kerjasama dari semua pengguna jalan raya. Kalau sorang je ikut yang lagi sepulah semborono je.. pun tak mampu untuk kurangkan kadar kemalangan.
Apapun pada remaja tersebut semoga jadi pengajaran la. Dia kira bernasib baik tak berlaku kecederaan serius atau kematian. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, Berkali ku kata padamu, Kita singgah di dunia yang sementara, Penuh tipu daya.Yang kekal disana, Biarlah kita bersama, Usahlah hanyut, Terus terlena,Kerana dunia. Sorry ternyanyi lagu mawi pulak.
Nak jugak tu tumpang glamer myvi katanya highlight kat tajuk entri. Abis kejadian ni berlaku pada seorang pemandu myvi kena la tulis. Semalam dah cerita pasal Iswara biru kan.. Tak adil pulak bila tiba giliran myvi tak highlight myvi. Hahahaha... Kereta tak penting.. yang penting siapakah nenek tua yang di langgar myvi tu? Nak tahu... Meh la baca
Sumber Google. Sekadar hiasan
Alkisahnya seorang mamat pemilik myvi putih tak sure la dia ada join club familia myvi club tapi kisah dia menambahkan lagi rencah seram di jalan puncak Alam. Jam waktu tu dah pukul 11.45 semasa dia melalui jalan puncak Alam tu. Time kereta pun tak banyak. Ada la sebiji dua katanya dari jalan bertentangan. Malam pun tak berapa bercahaya.. ada dua tiga ketul twinkle twinkle little star. Bukan kali pertama dia lalu jalan tu.. kiranya dia dah biasa cuma malam tu mungkin jadi malam horror bagi dia. Segalanya bermula bila tiba di satu selekoh...
Tiba tiba dia ternampak seakan sekujur tubur yang terbaring atas jalan. Susuk tubuh tu seakan bergolek sekejab kiri sekejab kanan seolah2 nak halang laluan dia. Mula la jantung mengepam laju.. Rasa macam belon terlebih udara menanti nak pecah je. Time tu mulut terkumat kamit membaca ayat2 Al Quran yang harap boleh menjadi senjata mengalahkan makhluk seram yang di lihat. Semakin hampir dengan sekujur tubuh tu semakin gigil dia rasa. Sebab takut sangat dia tekad nak langgar jer sekujur tubuh yang dok bergolek macam batu giling atas jalan tu. Tekan minyak kuat2.. akhirnya dia langgar jugak. Tiba2 terdengar bunyi macam kereta dia melanggar sesuatu buat dia cuak. Takkan langgar hantu ada sound effect macam langgar benda bernyawa lain. Arghh... sudah! dia mula rasa dia langgar orang bukan hantu.
Nak tak nak dia terpaksa juga berhenti kereta ni make sure apa yang dia langgar. Sepantas kilat dia keluar dari kereta & berlari kearah sekujur tubuh yang dia langgar. Tubuh yang di langgar kaku di atas jalan & darah mula memenuhi atas jalan. Bau hanyir pun mula menusuk ke hidung. Kelihatan seorang nenek tua berpakaian serba putih & sebahagian badan dia putus. Dalam gelabah dia cuba tarik perempuan tua tu ke tepi jalan.. Dalam dok kerah tenaga tarik perempuan tua tu tepi jalan tiba2 dia rasa tangan dia macam di cengkam kuat. Dia ingat hanya mainan perasaan rupanya2 betul. Dia cuba lepaskan diri dari di tarik perempuan tua tu tapi tiba2 perempuan tua tu memalingkan muka yang penuh darah & mata putih sambil berkata "nak..taknak tarik nenek lagi..tarik lah lagi..anak yang langgar nenek kan" kata2 itu disusuli dengan hilaian yang menyeramkan..
Sekuat hati dia cuba lepaskan diri kemudian sekuat hati juga dia cuba larikan diri dari lembaga nenek tua tu. Dia masuk kereta cuba hidupkan enjin tapi enjin kereta pulak tak nak hidup. Dari cermin belakang jelas nampak kelibat perempuan tua tu terjengkek jengkek datang kearah keretanya. Dia cuba baca ayat2 Al Quran tapi bila tengok perempuan tua tu ada betul2 sebelah cermin seat pemandu terus jadi kelu. Sebab muka perempuan tua tu ngeri sangat.. penuh darah, biji mata terjojol keluar mamat ni tak sanggup tengok lalu dia pejamkan mata. Lepas tu dia buka mata.. dah takde lagi lembaga nenek tua yang menakutkan. Apa lagi, try hidup enjin kereta dah hidup berdesup la dia pecut. Tak sampai berapa minit tiba2 dia dengar pulak orang menangis kat seat belakang. Dia cuba tengok melalui cermin memang ada perempuan tua tu mencangkuk kat seat belakang sambil menjelirkan lidah dia yang panjang. Tiba2 rasa nafas perempuan tua tu dekat je dengan telinga dia. Akibat tak dapat tahan rasa takut yang teramat dia berhentikan kereta kat semak & terus berlari keluar.
Mujur ada kereta peronda polis lalu masa tu. Bila tengok mamat ni menangis tak tentu pasal tepi jalan peronda polis tu pun berhenti tanya. Bila di tanya mamat ni dalam menangis ketakutan cerita ada hantu dalam kereta dia. Dia pun cerita la pasal kejadian dia langgar nenek tua & badan hampir putus. Lepas tu polis tu pun cerita.. sehari sebelum tu ada berlaku kemalangan maut kat situ.. seorang perempuan tua. kaki dia putus tapi kaki dia tak jumpa. Tiba2 sorang lagi polis yang periksa kereta mamat ni datang pada mereka ajak beredar sebab dia rasa tak sedap hati.
Sejak kejadian tu mamat myvi putih ni memang tak lalu lagi jalan tu. Sampai sekarang katanya lembaga nenek tua tu menghantui mimpi dia.
Moral of the story.. Kalau langgar hantu jangan berhenti. Langgar & lari. Kalau berhenti jugak jadilah seperti mamat myvi putih ni. Di hantui misteri nenek tua kaki putus sepanjang hidup. Tapi jangan pulak racing haram.. nanti jadi macam ahli group familia myviclub tu dihantui kecaman dari orang ramai.
Sumber : Pencari Entiti Crew