Showing posts with label berus gigi. Show all posts

BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK

BERUS GIGI SYSTEMA PENYEBAB GUSI BENGKAK.  Tu dia ni satu lagi entri pendedahan berani mati kat blog lekatlekit.com katanya. Kau berani2 yer sebut jenama besar tu. Tak takut kena saman ke? Erkk.. perlu ke nak rasa takut? Kalau kita rasa kita tak salah tak perlu pun rasa takut. Kita cakap benda yang betul.. Jadi terpulang la pada mereka untuk ambil sebagai pengajaran atau nak ambil sebagai kritikan membunuh.

Berus gigi systema lion. Kole tu mahal ok! hahaha

Alkisah 2 minggu jugak aku derita gusi bengkak. Semuanya bermula bila aku tukar berus gigi dari Colgate Charcoal kepada berus gigi systema lion ni. Sebab aku dah mula rasa sakit gigi kat bahagian gigi geraham kanan yang aku dapat rasa dah mula goyang sikit. Berus gigi Colgate Charcoal ni berus dia halus & lembut. Aku rasa macam dia tak mencuci bersih celah2 gigi menyebabkan ada sisa makanan yang masih melekat. Jadi aku try la systema lion. Betul.. Systema lion ni dia mencuci bersih celah2 gigi sebab berus dia halus & agak keras jadi bila kita memberus tu dia memang betul2 sental. Sejak guna berus gigi systema lion ni memang aku tak pernah sakit gigi langsung.. even geraham sebelah kanan ni kalau dulu dah tak boleh mengunyah sebab asal kunyah guna geraham sebelah kanan je lepas tu mesti sakit bila ada sisa makanan melekat celah gigi tapi sejak guna systema lion ni memang tak pernah sakit gigi.

Cuma yang tak best sejak guna berus gigi systema ni.. datang pulak penyakit lain. Tak pernah2 jadi bengkak gusi.. Nah! Gedebuk dia bagi sebiji bengkak yang mula2 bahagian atas gigi geraham sebelah kiri. Seksa yarabbi bengkak gusi ni berbanding sakit gigi. Bila makan ubat bagai.. Dia sembuh la sekejab. Tapi aku ambil jugak paint killer kalau sakit sangat berdenyut. Makan ubat surut bengkak dia surut sekejab lepas tu dia bengkak lagi. Tak kat tempat yang sama dia bengkak yang gusi sebelah pulak. Dari bahagian atas sampai la bahagian bawah gigi geraham. Sampai dekat 2 minggu asyik on off je bengkak gusi aku ni.. Aku kembali la guna berus gigi colgate charcoal.. Alhamdulillah dah tak bengkak lagi gusi aku.

Berus gigi systema lion ni ni memang berus dia halus tapi agak keras. Maybe tu kot punca gusi tercedera ke hapa. Dia memang mampu membersih celah2 gigi cuma kalau gusi yang tak tahan boleh menyebabkan bengkak pulak. Dah jadi masalah. Mungkin masalah tu tak berlaku kat orang lain yang mungkin gusi dia agak sado berbanding gusi aku yang lemah lembut macam tuan dia jugak. Yang sangat soft & manja gitu.. ok ok.. sila muntah tepi skrin. hehehee...

Rasanya berus gigi systema memang tak sesuai untuk orang yang ada masalah gusi sensitif ni. Tapi kalau yang kerap sakit gigi memang elok guna berus gigi systema. Apapun ni cuma cerita dari pengalaman aku sendiri yang mungkin boleh jadi rujukan orang lain untuk memilih berus gigi yang sesuai. Ingat.. kesesuaian setiap berus gigi dengan setiap orang tak sama. Jadi mungkin berus gigi yang aku guna jugak tak sesuai untuk gigi & gusi korang.

Moral of the story.. Berus gigi juga main peranan besar tau untuk menjaga kebersihan & kesihatan dalam mulut kita termasuk gigi,gusi,lidah & sebagainya. Jadi penting untuk kita memilih berus gigi yang menetapi keperluan gigi & gusi kita.

AWAS! 10 BENDA TAMAT TEMPOH YANG KITA GUNA TANPA SEDAR

AWAS! 10 BENDA TAMAT TEMPOH YANG KITA GUNA TANPA SEDAR. sapa kat sini selalu suka beli stok telur banyak2. Paling sikit pun selalunya 1 papan kecik yang ada 10 biji tu buat stok dalam peti ais. Yang family besar mungkin lebih banyak. Yang jenis hantu raya stok telur tak risau sangat tak habis sebab memang favourite spesis hantu raya la telur2 ni kan tapi yang jenis sibuk manjang. Jangankan telur kadang2 gas pun setahun sekali baru tukar sebab tak habis habis.


Kita anggap telur yang tak di eram oleh ibu ayam ni dah takde istilah tembelang atau busuk la. Nak2 lagi di simpan dalam peti ais jangka hayat dia jadi lebih panjang. So, bila2 nak makan pun tak risau even telur tu dah 2 @ 3 bulan terperap dalam peti ais. Alah baru 3 bulan katanya.. bila pecah elok je sifat dia, takde hal la nak makan.

Ramai yang tak tahu tarikh luput telur tu berapa lama. ramai yang anggap selagi sifatnya tak berubah selagi tu dia masih elok dimakan. Macam tu jugak dengan barang2 kegunaan harian kita yang lain seperti berus gigi, span mandian, bantal, span cuci pinggan, pisau cukur tu kalau selagi tak tumpul selagi tu la dia guna termasuk alat solek. Benda tu kita guna selagi boleh sampai tak sedar sebenarnya dah melepasi tarikh luput walaupun nampak masih elok tapi sebenarnya sangat bahaya.

Kenapa setiap barang tu ada tarikh luput? Bukan sesaja nak suruh kita tukar untuk melariskan jualan mereka tapi sebab setiap benda tu walau baik untuk kesihatan tapi bila usianya dah terlalu lama ia boleh memudaratkan balik sebab tu setiap benda atau makanan tu ada tarikh luput untuk memastikan keselamatan pengguna.

Jadi penting sangat kita tahu jangka hayat setiap benda yang kita guna termasuk telur. Ramai yang salah anggap dengan tarikh luput telur ni sebab tu ada yang masih makan telur yang dah expired tanpa sedar. Jadi kalau korang nak tahu berapa lama telur boleh di simpan & jangka hayat barang2 keperluan harian yang selalu kita guna setiap hari meh baca kat sini >> Inilah 10 Benda Yang Kita Guna Tanpa Sedar Ia Sudah Melepasi Tarikh Luput <<

Sangat penting kita menukar setiap barang kegunaan harian kita bila sampai tempoh sebab semua barang2 tu melibatkan kesihatan kita. Kalau kita terus guna tanpa tukar tak mustahil kita boleh menyebabkan kita terkena jangkitan yang merbahaya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com