INILAH PUNCA KITA DI ADD MASUK KE FB GROUP TANPA RELA
Tak payah maki hamun berkajang.. aktiviti tak bermoral seperti meng add orang sesuka hati ke group di FB tetap takde penyudah. Ramai yang rasa benda ni menggangu aktiviti sosial depa di laman sosial tapi aku pun pelik spesis yang dok add orang tak tentu pasal ni tak pernah terbaca ke status maki, status warning status marah atau status berunsur rayuan supaya jangan add orang ke dalam apa2 group FB tanpa keizinan. Nak kata buta huruf pandai pulak buka account FB. Nak kata masalah kefahaman ke hapa tak tau la..
Sumber google
Ni salah satu group yang aku baru je leave sebab tetiba jer ada makhluk add masuk sebab nak beriklan. Ni la punca yang buat kita di add tanpa rela ke group iklan2 sampah masyarakat. Nasib kau la group kau jadi contoh dalam banyak2 group yang dok buat lagu ni.
Hope admin2 group yang ketagih sangat follower sila la meraih follower dengan cara berhemah bukan cara sampah macam ni. Follower yang korang paksa orang add tu bukan sebab depa suka sangat join group hangpa tapi kadang2 depa sendiri tak perasan pun depa dah di sedut masuk ke group sampah hangpa tu. Sila cari alternatif yang lebih mulia & berkualiti untuk menjemput orang duduk dalam group hangpa.