Showing posts with label kari. Show all posts

RESEPI KARI TELUR & KENTANG TANPA SANTAN

RESEPI KARI TELUR & KENTANG TANPA SANTAN. Semua dah pakat start enjin memulakan perjalanan ke destinasi percutian hari ni.. Den macam biasa masih mereput dalam rumah melakukan rutin harian macam biasa. Tak ada sebarang perancangan pun nak kemana mana cuti CNY tahun ni. Tak tau la kadang2 planning tu boleh jadi last minute. Tup tup pack baju & terus gerak je. Kalau ada rezeki la.. Takde kita enjoy je tengok TV kat rumah.. round round KL.

Memandang tak payah nak rushing kemana mana.. Apa lagi berasap la dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Yelah.. tak berasap perut lapar pulak kan? Jadi bila dah masak tu ada la resepi boleh share dengan hangpa semua. Manalah tau.. Yang nak try resepi lekatlekit ni..

Telur ni kan bahan kering yang kita boleh simpan sebagai lauk emergency. Tapi tak semestinya hanya boleh buat telur mata, telur dadar je ok! Boleh pelbagaikan menu telur ni menjadi menu yang berat & sedap. Jadi jom la kita terjah dapur sekangkang kera lekatlekit belajar masak Kari telur & kentang Tanpa Santan. Tu dia control kolestrol katanya...

Bahan bahan

1. telur Ayam
2. Rempah kari Ayam/Daging
3. Buah Kentang
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Halia
7. Daun kari
8. Buah pelaga
9. Bunga Lawang
10. Kulit kayu manis
11. Minyak Masak
12. Garam
13. Air
14. Kunyit Hidup (Tak wajib)

Cara Masak
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia & sedikit kunyit hidup (kunyit boleh skip kalau tak ada)

2. Bahan kisar tadi bancuhkan dengan rempah kari Ayam/Daging sehingga sebati (jadikan macam pes)

3. Potong sedikit bawang

4. Panaskan minyak tumis bawang, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis & daun kari sehingga naik bau

5. Masukkan pes rempah yang di bancuh dengan bahan kisar tadi masak sehingga pecah minyak

6. Masukkan kentang yang dah di kupas kulit & di potong & Masukkan telur yang dah siap di rebus

7. Tambah Air, masak sehingga kentang masak & Tambah garam secukup rasa. Dah masak tutup api

* Boleh Tambah cili merah yang di belah dua kalau nak.

Dah siap satu hidangan mengggunakan bahan yang kita boleh simpan lama di rumah. Kalau hangpa sejenis macam den pemalas nak pergi kedai.. Menu menu macam ni memang sesuai sangat. Den ni Almaklum la duduk rumah atas kayangan. Nak ke kedai kena turun naik tingkat 9. Even ada lift pun.. Tapi rasa macam jauh sangat je hahahaha. So bila datang hari malas tu.. Kutip je apa2 bahan yang ada stok kat rumah masak.

Kari telur & kentang

Jadi pada yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba resepi mudah Kari telur & kentang tanpa santan ni. Rasanya Insya Allah sedap. tak nak makan dengan nasi boleh makan dengan roti.

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest)

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest). Minggu ni minggu menghitung hari detik demi detik.. Masa ku nanti apa kan ada. Tu dia tetiba lagu kriss Modenas dah keluar hahahaha. Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al Mubarak katanya. Bulan penuh keberkatan & makanan jugak. Tapi harus di ingat dalam mencari keberkatan ramadhan ni jangan sampai kita melakukan pembaziran takut hilang keberkatan dosa pula kita dapat.


Memang la bulan puasa ni kita terpaksa menahan lapar & dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari so bila nampak makanan macam singa nampak kijang. Semua kita rasa nak makan & semua kita rasa boleh makan. Walhal kadang2 masa berbuka kita cuma minum air & makan sepinggan nasi berlauk je. Lepas tu kenyang, betul tak? Jadi untuk elakkan pembaziran kena juga mengelak mengunjungi bazar ramadhan. Yang lebih Afdal adalah memasak sendiri kat rumah. Bukan banyak pun nak makan. Tak sampai sekawah pun nak kena masak, ye dak.

Bulan puasa ni kita sedia maklum orang berpuasa kadang2 makanan yang di beli kat luar ni ada yang kurang rasa & ada terlebih pulak rasanya. Sebab tu kena masak sendiri kat rumah. Antara menu yang boleh masak adalah Kari Ikan Salmon. Yer.. Ikan salmon ni bukan ikan yang menjadi makanan rutin orang melayu kat Malaysia ni. Tapi tak salah sekali sekala kita masak menu special sikit guna ikan yang special macam salmon. Kari ikan ni antara lauk kegemaran saya juga yer tuan tuan & puan puan. Dapat semangkuk kari & sepinggan nasi panas panas.. Tambah kicap sikit, Memang nikmat dia 5 star ok! Cukup la hidangan kari ikan yang menjadi menu berbuka puasa. Tak payah lauk pauk lain lagi.

Susah ke nak masak kari ni? Sapa kata susah.. Tak susah pun. Macam masak kari ikan lain jugak. Ada banyak versi.. Versi baru belajar dengan versi expert. Tapi takpe la saya share resepi masak kari yang paling basic supaya yang baru belajar tu tak rasa stress sangat nak belajar masak ye dak. Maybe boleh jadi menu berbuka puasa hari pertama anda nanti.

Untuk resepi kari ikan salmon ni, bahan bahan yang di gunakan adalah..

1. Ikan salmon. Ambil la bahagian mana mana pun semua boleh di karikan
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Daun kari
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halba campur
7. Air asam jawa
8. Santan
9. Terung/Bendi/Tomato (Pilih la yang mana anda suka. Nak masuk ketiga tiga pun boleh)
10. Minyak masak
11. garam sebagai perasa

* Kalau tak ada masa nak beli serbuk perasa macam rempah kari semua anda boleh beli secara online jugak di lazada Ramadan Bazar

Cara untuk memasak

1. Bancuhkan rempah kari sehingga menjadi pes & letak di tepi
2. Cuci ikan, sayur sayuran (Terung/Bendi/Tomato) & letak tepi
3. Potong bawang merah & bawang putih
4. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, halba campur sehingga naik bau
5. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
6. Masukkan ikan salmon & biar masak sekejab
7. Masukkan Terung/Bendi
8. Masukkan santan & air asam jawa (Tambah air sekiranya pekat)
9. Biar masak sekejab & sekiranya ada tomato masukkan tomato.
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Jika semua bahan dah masak tutup api.

* Nak masak menu berkuah macam kari ikan ni elok gunakan periuk yang jenis dalam sikit macam Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid. Sebab senang bahan bahan macam ikan & sayuran dia nak terendam dalam kuah bagi memastikan rasa di serap dalam ikan/daging atau sayuran tersebut. Jangan guna kuali jenis leper tak sesuai ok untuk masak kari. Periuk Tefal ni kelebihan dia boleh memasak makanan tu dengan baik & tahan karat.


Ni kira cara memasak kari ikan paling basic la. Kalau versi expert sikit ada kelainan cara penyediaan bahan termasuk cara nak masak rempah kari tu. Tak susah kan? Anda boleh cuba memasak sendiri kari ikan salmon ni di rumah nanti. Jangan takut tak menjadi.. Kena cuba dulu baru boleh belajar, ok!

Kari Ikan Salmon

Alang alang dah cerita pasal masak memasak ni, saja la nak bagitau korang kalau korang nak membeli belah peralatan memasak macam kuali periuk atau apa saja korang boleh membeli sekarang di lazada malaysia sebab sekarang lazada tengah mengadakan Marhaban Ya Ramadhan & Riang Raya Sale. Diskaun sehingga 90% bermula 19 mei - 30 jun 2017. Sedang elok la bagi korang nak membeli peralatan dapur  Bagi memudahkan aktiviti memasak anda sepanjang ramadhan & hari raya nanti.

Apapun selamat mencuba resepi kari ikan salmon. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH. Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi.


Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. antaranya boleh juga di masak kari dengan ikan sardin tin ni.. Tak tau macam mana nak masak kari ikan sardin tin ni meh nak ajar...

Bahan bahan nak memasak kena tahu dulu.. Jadi semak je bahan yang di gunakan..

1. Ikan sardin tin (Tin besar ke kecik tu terpulang kepada jumlah orang nak makan)
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Bawang besar (boleh juga guna bawang merah)
4. Bawang putih
5. Halia
6. Daun kari
7. Jintan manis
8. Air asam jawa
9. Santan
10. Minyak masak
11. Garam

Cara memasak

1. Asingkan ikan sardin dari sos. Atau buang je kuah sos dia sebab memang tak di gunakan.
2. Bancuh rempah kari dengan air jadi macam pes
3. Potong bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia
4. Panaskan minyak masak
5. Tumiskan bawang besar @ bawang merah,bawang putih,halia, daun kari & jintan manis sehingga naik bau
6. Masukkan serbuk rempah kari yang dah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan santan
8. Masukkan air asam jawa
9. Masukkan ikan sardin & masak sekejab, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Dah siap menu istimewa yang mudah dengan menggunakan ikan sardin dalam tin. Sapa kata ikan sardin tin tak boleh buat menu2 sedap. Boleh je bergantung pada kreativiti sendiri la. Nak buat masak lemak pun boleh ok! Cuma ikan tu perlu masuk paling akhir sebab ikan sardin tin ni tak perlu & tak boleh masak lama2 nanti hancur berkecai sehancur hatimu di tinggalkan kekasih hati katanya. hahahaha...

Kari ikan sardin tin air tangan lekatlekit katanya

Menu ni pun sesuai untuk makhluk2 di rumah bujang. Almaklum la antara menu2 rumah bujang ni sardin tin & telur dadar kan. Jadi kalau jemu masak sardin dengan sos dia tu boleh try masak kari. Manatau time jamu kawan2 makan kari sardin tetiba jodoh sampai kerana kari sardin tu sapa tahu. hahahaha.. Apapun selamat mencuba

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA. Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya.

Megi kari 

Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..

Antara bahan nak masak megi kari ni..

Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *

Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.

Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh


Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)

1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...

Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng.

Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!

Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe

RESEPI IKAN GORENG KARI YANG PEKAT MELEKAT

RESEPI IKAN GORENG KARI YANG PEKAT MELEKAT. Tak lama lagi dah nak masuk ramadan. Bila dah masuk bulan ramadan maka wajib la kita berpuasa bagi yang berkemampuan. Yer yer.. yang ada saka gastrik tu tiba ramadan je saka gastrik dia tetiba akan menyerang jadi memang setiap tahun dia akan skip puasa. Bulan tak puasa takde pulak gastrik. Nak buat macam mana dia gastrik bila ramadan ni. Mungkin sakit keturunan kot. Kita berbaik sangka. hahahaha


Bulan ramadan ni bagi sesetengah orang bulan meriah dengan makanan tapi bagi aku takde lah macam tu. Makan still macam biasa cuma beza waktu makan jer. Jadi aku prefer masak kat rumah macam biasa jugak. Menu pun macam biasa je cuma sahur tu kalau boleh nak cari yang simple2 je la. Almaklum la makan awal pagi ni.. Walau simple nak kena menu yang membuka selera. Salah satu lauk yang boleh buka selera awal pagi masa sahur Ikan goreng kari. Tak pernah dengar menu ikan goreng kari? Takpe sekarang dah tahu kan.. Jadi meh aku bagitau cara2 nak memasak pulak..

Mula2 kena tahu bahan bahan dia dulu..

Ikan goreng. Suka hati nak nak guna ikan spesis apapun.Kalau ada ikan goreng lebih semalam lagi bagus. Senang kerja. Sebab aku pun guna ikan lebihan semalam jugak. Yelah nak makan ikan goreng semalam dah lemau mana sedap. So inilah masa melakukan transformasi menyedapkan kembali ikan tu.

bahan bahan nak buat kuah dia..

Serbuk kari
Serbuk cili
Daun kari
jintan manis
bawang merah
bawang putih
halia
asam jawa

Mula2 hiris bawang putih, bawang merah, halia. Bancuh serbuk kari & serbuk cili jadikan macam pes. perah air asam jawa.

Kemudian panaskan minyak tumiskan bahan hirisan tadi bersama daun kari & jintan manis sekali. Dah naik bau masukkan bancuhan rempah kari & serbuk cili. Masak sampai pecah minyak. Masukkan air asal jawa. Agak pekat kuah dia masukkan ikan goreng. Masak sekejab & tambah garam secukup rasa kemudian hidang je.

Inilah rupa menu ikan goreng kari secara jelas. So kalau korang nak masak boleh la agak macam mana nak masak sampai pekat. Memang pekat melekat ok kuah kari dia. hehehe

Ikan goreng kari ni memang kuah dia pekat ok. Tak macam masak kari biasa. Sebab guna ikan goreng tak sesuai nak masak kuah cair2 ni. Yang penting lebih mudah & cepat di masak.

Senang kan? Jadi boleh la korang yang jenis penggemar tegar kari tu mesti cuba resepi ni. Almaklum orang obses dengan kari ni ada ada tabiat luar biasa berkaitan dengan kari. Jadi dia kena makan kari jugak hari hari. Kalau tak makan maybe boleh jadi kemurungan. So, elok jugak di pelbagaikan menu berasaskan kari ni supaya anda tidak di label makan menu yang sama hari2. hehehehe.

Jadi jangan malas malas masuk dapur yer kalau teringin nak makan ikan goreng kari ni sebab kat luar susah nak dapat menu ni. Sebab menu ni kategori aku mereka cipta sendiri jer. Tak tau la sebelum ni dah ada orang buat, maybe kebetulan sama la kot. hahahaha

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI. Rakyat Malaysia antara penggemar kari kalau tak mustahil nasi kandar mamak menjadi pilihan ramai. Aku? Makan la jugak kari tapi tak sampai tahap ketagih la. Takde la asal makan mesti ada kari. Cuma bila cakap pasal kari teringat satu kisah pada zaman dahulu katanya..


Masa aku sekolah dulu, mak bapak aku memang kerja. Almaklum nak besarkan 6 adik beradik yang jarak tak jauh ni bukan senang. Terpaksa jugak mak aku kerja bagi membantu menampung perbelanjaan. Almaklum la kami bukan orang kaya level2 mak zeton. Kami cuma level mak sudin je yang mampu pakai cincin tembaga. Lain la mak zeton mampu pakai cincin berlian katanya. Tapi arwah Ayah aku memang akan balik tengahari & masak untuk kami adik beradik makan balik sekolah nanti. Tapi tu la.. lauk dia boleh kata hari2 kari ikan kembung. Memang la agak muak & hilang selera jugak tapi bila kenang balik.. Itulah pengorbanan arwah ayah. Balik masak & solat lepas tu pergi kerja balik. Kira lunch time dia habiskan dengan balik rumah & masak je la setiap hari kecuali cuti sekolah kakak sulung aku ambil alih. Tapi menu dia.. pagi makan megi, tengahari nasik, ikan goreng. Petang kang mak aku balik baru la sedap sikit makan.

Ayah aku salah seorang penggemar kari.. Mungkin sebab tu dia suka masak kari selain handal masak bihun sup utara. Tapi ayah aku memang pandai masak. Selalu involve dalam aktiviti memasak di rumah2 kenduri kat kampung aku dulu. Memang antara tukang masak yang di kenali jugak kat kampung. Yelah, kenduri kat kampung ni memang mesti ada kari jugak dalam menu dia. Kari daging paling popular kalau ada majlis kawen yang dibuat secara rewang @ gotong royong.

Orang melayu memang sinonim dah dengan kari cuma yang membezakan antara penggemar kari dengan penagih kari mungkin perkara ni je. Korang boleh baca kat sini >> 7 Tabiat luar biasa penagih kari << Kita yang sekadar suka makan kari je maybe akan rasa jemu kalau asyik menu kari je tapi bagi penangih kari, mungkin hari mereka jadi tak sempurna tanpa kari. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan kalau sehari tak makan kari katanya. Hahahaha

Bila cakap pasal kari.. Baru aku sedar rupanya kisah kari ni sangat memberi kesan dalam hidup aku terutama kisah pengorbanan arwah Ayah. Dengan karinya tu la.. buat kami tak lapar lepas balik sekolah setiap hari. Jemu tak jemu tetap hadap jugak. Walaupun malam ada makanan sedap2 sikit yang mak akan masak lepas balik kerja.

Itulah kisah di sebalik 'kari' yang rasanya aku tak pernah share dalam blog ni. Kari & Ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Semoga Arwah Ayah tenang di sana.. Al fatihah.

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS

RESEPI SPAGHETTI KARI YANG BUAT ORANG ITALI MENANGIS. Musim el nino ni serius boleh kurus aku. Sebabnya selera makan semakin drop.. tengok nasi pun tak ada nafsu. Asyik minum air je. Almaklum la panas.. Nak makan berat berat sangat tak berapa best. Aku lebih suka makan simple2. Bila dah semakin hilang selera terhadap nasi ni otak mula la ligat nak cari menu yang boleh menaikkan nafsu serakah.


Spaghetti kari ni pun terilham sebab tak tau nak makan apa. Mula2 nak masak megi kari je tapi tetiba mata terpandang pasta san rimo pulak. Sepintas lalu idea datang buat spaghetti kari. Check apa bahan mentah yang ada.. mulakan operasi dengan apa adanya kat dalam rumah je. Malas dah nak turun bawah pergi kedai.

Bahan - bahan yang mempunyai potensi untuk masak spaghetti kari aku adalah...

1.Spaghetti (aku guna jenama san rimo)
2. Rempah kari daging
3. Serbuk cili
4. bawang besar
5. bawang putih
6. halia
7. daun kari
8. bunga lawang
9. kulit kayu manis
10. buah pelaga
11. kobis
12. sosej
13. ayam
14. Minyak masak untuk menumis
15. kuib pati ayam (ni tak wajib)

Untuk hiasan : Daun bawang & telur rebus

Cara aku buat spaghetti kari ni memang simple sangat. Budak darjah 6 pun boleh masak..

1. Mula2 bancuh serbuk rempah kari & serbuk cili buat macam pes tu.

2. potong bawang besar, bawang putih & halia.

3. potong la ayam, sosej & sayur kobis lepas tu cuci.

4. panaskan minyak masak.. tumis bawang besar, bawang putih,halia,bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga & daun kari sampai naik bau.

5. Lepas dah naik bau sampai naik muak korang bau.. masukkan rempah kari & serbuk cili yang korang buat pes tadi. Masukkan sekali kiub pati ayam.

6. masak sehingga pecah minyak.. untuk pastikan nanti tak ada rasa rempah kari tak masak.
dah pecah minyak rempah korang.. masukkan ayam. kalau rempah tu kering sangat tambah air sikit. Biar masak sekejab

7. Agak2 ayam dah masak masuk la sosej & sayur kobis. Kalau pekat sangat tambah sikit air tapi jangan sampai cair sangat. Sebab nak kena pastikan kuah tu sedang2 je. Tak cair atau pekat sangat. Sebab konsep nak makan spaghetti ni kuah dia memang tak macam makan mee kari. Agak2 rasa kuah dia boleh sebati dengan spaghetti macam kita makan spaghetti bolognese tu..

8. Masak sekejab sampai korang rasa semua bahan dalam tu dah masak dengan sempurna. tutup la api. jangan bazir gas, ok!

9. Jangan lupa rebus spaghetti sampai lembut. Dah siap semua boleh tuangkan kuah kari kat atas spaghetti. Hiaskan dengan hirisan daun bawang & telur rebus.

Ni hasil dari kemerapuan aku di dapur takhkala lapar. Rasa bagi aku menepati piawaian tekak aku.

Aku memang tak guna santan sebab aku tak suka sangat rasa lemak santan tu. Actually aku bukan peminat mee kari sebab rasa berlemak sangat. Sebab tu resepi spaghetti kari aku tak guna santan. Kalau korang nak masukkan santan pun boleh. Suka hati la tekak memasing. Bahan2 lain tu kalau nak tambah pun boleh. Nak masuk daging ke, udang ke hapa korang punya pasal la. Kalau rasa selera korang tahap pelahap semua benda nak makan.. campak je. hahahaha

Harap orang itali tak menangis la dengan makanan dorang aku dah karikan macam ni. Almaklum la selera aku ni mix katanya. itali+melayu. Bertabahlah aku akan mencipta berbagai lagi resepi dengan spaghetti lepas ni sebagai penganti mee kuning. hahahaha. Tapi apa lah sangat spaghetti kari..

Moral of the story.. Kalau nak hantaran RM15K sila belajar masak dari sekarang. Almaklum la.. calon2 menantu pilihan selalu ada dalam list mesti pandai masak katanya. Tak kira la lelaki ke perempuan. Jangan nanti ada kena tumbuk sebab tak pandai masak. Ok gua chow dulu beb sebelum kena belasah... hahahhaa

RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA

RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA. Tajuk memang melampau tau! Paling senang dalam dunia tu. yelah.. bagi aku memang senang sangat. Rasanya sambil update status kat FB pun boleh masak.. Tapi aku jarang pulak buat perangai masak sambil dok ber FB bagai. Aku kalau masak memang fokus kat dapur enpon ke tab jauh sekali pc aku nak angkut pergi dapur even dapur aku ni sekangkang kera je dengan ruang tamu. Almaklum duduk rumah merpati ni paham2 je la. Space dia bukan macam banglo, ye dak.

Resepi ni aku terserempak kat blog mana ntah aku lupa nak bookmark. Sebab takde idea nak masak apa. Bahan2 kat rumah ni pun rasa tak meriah karipapusing sangat. Nak masak apa boleh masak je dengan bahan bahan yang ada. Kebetulan ada lebih ayam mentah yang asben beli untuk masak bak ku teh tu. Laki aku tetiba nak makan bak ku teh tapi bak ku teh halal la masak sendiri kat rumah. Bak ku teh ayam. Bak ku teh ni nama menu yang tak semestinya kena guna daging babi ok. Ramai yang salah faham. Aku tengok lebih kurang macam sup herba je. Bau herba kuat aku pulak yang rasa tak berapa selera nak makan.

Alamak.. nak cerita pasal lain tercerita pasal lain pulak. Berbalik pada cerita nasi ayam tadi. Bahan nak masak nasi ni memang ringkas & cara nak masak memang senang.

bahan bahannya adalah
Beras
Bawang putih
Halia
mentega
Daun pandan

Cara - caranya..
Bawang putih, halia ditumbuk lumat. Panaskan mentega.. masukkan halia & bawang putih tumbuk tadi bersama daun pandan. Dah naik bau.. masukkan dalam beras yang dah siap di basuh & di toskan. Kemudian tambah air & garam secukup rasa. Kemudian masak je dalam rice cooker.

Senang tak?? Lauk ayam pulak.. aku buat kari ayam. Yelah. haritu makan kat The chicken Rice Shop Nasi Ayam Hainan Chicken Curry macam best pulak. Maka aku buat la Malay curry tanpa santan untuk di makan dengan nasi ayam super duber senang nak masak ni. Kenapa tanpa santan.. Nasi tu dah bermentega bagai. Banyak pulak krimer kang jadi muak pulak. Resepi kari tanpa santan aku pun simple.

Bahan - bahan yang aku guna
Ayam
daun kari
Rempah kari (aku campur kari ikan & kari daging)
Bawang besar
bawang putih
Halia
Bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
Ubi kentang

Macam biasa. Bancuh serbuk kari dulu dengan air. Kupas ubi kentang & potong ikut suka kau la nak bentuk macam mana. Tumbuk (blend pun boleh saja aku malas nak basuh blender lepas tu sebab tu alang2 lesung batu yang dah aku guna tumbuk halia dengan bawang putih untuk nasi ayam tadi, sekali kan la) bawang besar,bawang putih,halia (kalau ada lengkuas & kunyit hidup pun boleh je masukkan tapi aku malas jadi aku skip walau bahan ada dalam peti sejuk). Dah hancur berkecai bahan tumbuk tu kena belasah.. panaskan minyak & tumis bahan tumbuk tadi bersama daun kari,bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga. Tumis sampai naik bau ke langit (melampau kan?hahaha)  baru masuk rempah kari. Masak Sampai rempah tu pecah minyak baru masuk ayam & ubi kentang. Sebatikan dalam rempah tu sekejab baru tambah air kalau pekat sangat. Masukkan garam sesuka hati. Tunggu sampai masak. Siap

tapi aku buat jugak ayam goreng bermadu.. Ayam je bermadu ok bukan aku. Hahahaha... alah simple je perap ayam dengan kunyit,garam & madu sekejab kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Settle.

Maka terhasilah resepi nasi ayam paling senang di cakerawala ni. Pun aku rasa dah sedap kat tekak aku. Kira ok la tu.. Kita masak untuk rasa sedap tekak sendiri kan jadi peduli hapa aku kalau orang lain kata tak sedap janji laki aku makan sehingga menjilat kuku.

Kombinasi nasi ayam & kari yang mungkin korang belum pernah cuba sebelum ni. Yelah normally nasi ayam kita makan dengan ayam perap di goreng, sup,sambal cili & kicap jer kan. Yang ni nasi ayam bersama kari. Lagipun ni je bahan yang ada maka ni je la hasilnya.

Moral of the story.. Masak ni tak semestinya kita kena ikut sebiji sebiji resepi asal. Pandai2 la kita ikut kreativiti sendiri mengikut citarasa & bahan yang ada dalam rumah. kan? Lagipun menu makanan ni kita boleh kombinasikan dengan apa je yang mungkin kita tak pernah cuba sebelum ni. Macam nasi ayam & kari ni.. Satu kombinasi yang jarang2 kita nampak. Tu salah satu contoh la.. Sebenarnya banyak makanan lain yang biasa kita makan boleh di kombinasi dengan makanan yang kita tak pernah terfikir rasanya boleh matching sebelum ni macam makanan2 ni. Tentu korang belum pernah cuba makan strawberi dengan ikan masin kan? Meh tengok macam mana orang makan strawberi dengan ikan masin kat sini >> 10 Kombinasi Makanan & minuman Yang Mungkin Anda Belum Pernah Cuba << So, boleh cuba lepas ni kan?? tak mustahil makanan biasa boleh jadi sesuatu yang luar biasa sedap bila kita bereksperimen dengan kombinasi baru.

RESEPI MASAKAN UNTUK PELAJAR IPT SEMPENA GST

Sebab ada menteri yang cadangkan Pelajar IPT masak untuk berjimat di zaman GST ni even memula cakap GST tak membebankan & tak menyebabkan harga barang naik.. Tup2 kena berjimat pulak kan? Susah jugak nak hadam statement2 bapak2 menteri Malaysia ni.. Almaklum la hanya golongan menteri2 je paham. Golongan rakyat macam aku susah nak faham sebab bahasa depa terlampau tinggi katanya. hahahaha

Masak hek kau!

Sebab kesian kat student IPT yang di suruh masak sendiri untuk berjimat sedangkan aku yang surirumah pun kos masak aku rasa tinggi jugak. Tak tau la nak masak apa paling  jimat maka aku jumpa satu formula masakan jimat untuk student IPT. Bahan2 dia boleh di simpan tanpa perlu ada peti ais kat asrama atau rumah sewa. Bahan2 nya mee segera kering tanpa sebarang perisa, serbuk kari, pes tomyam, garam, serbuk lada, bawang,telur,kicap & minyak masak. Dah cukup. Boleh jugak guna bihun. Step dia sama jer. cuma tukar megi ke bihun je.

Biarpun mee segera bukan makanan sihat tapi itu je makanan murah & mudah. Dari kena gastrik makan je la katanya

Bila nak makan jer.. korang goreng la megi goreng gst resepi lekatlekit ni. Cara2 lembutkan megi kering dalam air panas, potong bawang, panaskan minyak tumis bawang, masukkan megi,kicap, perasa ikut suka nak kari masuk serbuk kari, nak tomyam masuk pes tomyam atau perisa lain korang rasa nak makan. Lepas tu masuk telur goreng sampai sebati dah siap.

Siap megi goreng GST perisa kari

Nak buat macam mana.. Solution pak menteri cuma suruh jimat. Apa pilihan kita ada kan? Asal barang naik harga, Statement pak menteri JIMAT. Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia katanya.. sedia menurut perintah.

Moral of the story.. Jangan sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dengan sejarah Menteri Malaysia Mangkat Di julang pulak. Semakin hari semakin rasa di kejami pemerintah pun ada dah ni. Kasihani la kami Rakyat mu..Kami tak minta Jet peribadi sorang sebiji hanya jangan di bebankan dengan cukai2 mengarut tak masuk akal macam ni.


KURMARI TELUR RESEPI YANG TAK ADA KAT BLOG MAT GEBU

Hahahahaha.. Kau! Ni nak lawan blog Dapur tanpa sempadan ke hapa?? Kalau la boleh berlawan traffic dengan blog Dapur tanpa sempadan cik mat gebu tu.. Dah tentu la blog melekit ni tak melekit lagi. Traffic laju macam MRT. Tapi siapalah blog melekat lekit ni kan...

Cerita pasal resepi yang takde kat blog cik mat gebu tu.. Alkisahnya memang takde la resepi kat memana blog even blog mat gebu pun sebab resepi tu resepi emergency den. Gigih ni nak buat masak kurma pengantin katanya.. Sebab ternampak kat Blog Dapur Tanpa sempadan. Tapi alahai.. bahan2 tak cukup pulak kat rumah ni. Takpelah.. Buat masak kurma pengantin lama sudah la kan. Campak apa yang ada. Alih2.. serbuk kurma pulak seciput jer tinggal. Dah siap bahan lain.. Kena juga buat masak kurma.

Tu yang terjadi Kurmari telur sebab aku campur dengan serbuk kari ikan sikit. Lepas tu masak je macam masak kurma cedok sikit resepi Cik Mat Gebu kan tapi takde la semua bahan yang cik mat guna. Cuma aku ceduk bahan kisar jer sebab sebelum ni masak kurma memang aku tak guna apa2 bahas kisar. Main tumis & rebus jer. aku biasa hujung minggu sesi habiskan barang2 dalam peti ais. Sebab ada sayur dengan telur boleh la masak. Maka terhasilah Kurmari Telur Lekat Lekit. Rasa dia dua alam sikit.. kurma ada.. kari ada. Ikut tekak aku boleh je makan & of course aku rasa sedap je... hahahahaha


Jadi surirumah ni even yang anggap macam orang bodoh tak tau apa2 perkembangan, asyik bercomot jer tapi surirumah la paling kreatif. Kalau rumah cantik siapa yang hias? Kalau masakan sedap siapa yang masak? Kalau anak yang baik siapa yang didik? so jangan pandang rendah pada golongan surirumah.. Apapun selamat berhujung minggu Uolls

P/S : aku memang susah nak share hari2 apa aku makan atau masak kecuali yang special case camni. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com