KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI
Ayah aku salah seorang penggemar kari.. Mungkin sebab tu dia suka masak kari selain handal masak bihun sup utara. Tapi ayah aku memang pandai masak. Selalu involve dalam aktiviti memasak di rumah2 kenduri kat kampung aku dulu. Memang antara tukang masak yang di kenali jugak kat kampung. Yelah, kenduri kat kampung ni memang mesti ada kari jugak dalam menu dia. Kari daging paling popular kalau ada majlis kawen yang dibuat secara rewang @ gotong royong.
Orang melayu memang sinonim dah dengan kari cuma yang membezakan antara penggemar kari dengan penagih kari mungkin perkara ni je. Korang boleh baca kat sini >> 7 Tabiat luar biasa penagih kari << Kita yang sekadar suka makan kari je maybe akan rasa jemu kalau asyik menu kari je tapi bagi penangih kari, mungkin hari mereka jadi tak sempurna tanpa kari. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan kalau sehari tak makan kari katanya. Hahahaha
Bila cakap pasal kari.. Baru aku sedar rupanya kisah kari ni sangat memberi kesan dalam hidup aku terutama kisah pengorbanan arwah Ayah. Dengan karinya tu la.. buat kami tak lapar lepas balik sekolah setiap hari. Jemu tak jemu tetap hadap jugak. Walaupun malam ada makanan sedap2 sikit yang mak akan masak lepas balik kerja.
Itulah kisah di sebalik 'kari' yang rasanya aku tak pernah share dalam blog ni. Kari & Ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Semoga Arwah Ayah tenang di sana.. Al fatihah.
Alfatihah buat arwah ayah Suria.
ReplyDeleteKiranya masa tu memang dah tahulah lauk apa untuk makan tengahari. Dah hari-hari pun sama ya. Tapi bila dikenang kembali, indahnya kenangan masakan ayah tukan, Suria.
Akak pun penggemar kari tapi takdalah sampai ketagihan. Takdalah kalau sehari tak jumpa kari, boleh dilanda kemurungan yang serius!