Showing posts with label ikan kembung. Show all posts

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT. Tu dia berasap dah dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Bila tetiba laki kau balik bawa barang2 basah suruh masak gulai tempoyak ikan kembung. Satu tipuware tempoyak dia bawa balik.. Den syak mak mertua den bagi. Maybe ada sedara mara dia dari kampung Gajah sana hantar kot.. Al maklum la mentua den ni laki bini berasal dari perak.. Cuma anak2 depa je yang nan dua ketoi tu anak KL. In law den pun dah bermastautin kat key ell dah lama... MIL tu sejak dari umur 13 tahun.. cuma FIL tu tak tau sejak bila hahahahaha..

Walaupun masing2 dah bermastautin di kl ni.. Tapi selera perak depa tu still tak hilang. Selama kahwin 8 tahun memang suami tak pernah minta saya masak gulai tempoyak.. dia pun jarang saya nampak makan gulai tempoyak ni. Selalu dia tapau tempoyak ikan patin kat den jer.. dia tak makan pun. Tetiba semalam.. Minta maskan. Allahu.. terhegeh hegeh daku google. Mudah je nak masak cuma sukatan bahan bahan terutama tempoyak tu agak menyeramkan. Kang terlebih tempoyak ke macam mana gamaknya rasa. tapi dah mention awal2 kalau tak berapa sedap tu.. Halalkan je la yer. First time ni nak masak gulai tempoyak.. Den kan orang kedah kami makan asam pedas atau orang selatan cakap asam pedas kami sebagai asam rebus. Sebab cair tak pekat macam asam pedas melaka.

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak Gulai tempoyak ikan kembung ni adalah.

1. Ikan kembung
2. Bawang besar
3. Cili merah
4. Daun kesom
5. Serai
6. Asam keping
7. Kunyit hidup
8. air
9. garam
10. tempoyak
11. Timun

Bahan kisar/Tumbuk

1. Bawang besar
2. Cili Merah
3. Kunyit hidup

Kisar jangan halus yer. Atau senang tumbuk je kasar kasar tu. Ada orang tumbuk sekali dengan tempoyak tu. Katanya lebih sedap gaul sebati macam tu. Try la buat kalau hangpa nak buat ehehehe

Cara masak

1. bahan kisar/tumbuk tadi masukkan dalam periuk/kuali tambah air

2. Masukkan tempoyak, serai yang dah di ketuk, daun kesom & asam keping

3. Rebus sampai mendidih. Lama sikit rebus pun takde masalah.

4. Sementara tunggu bahan2 tu merebus.. cuci & potong la timun tu. Ikan pun jangan lupa siang & cuci yer

5. Agak bahan2 yang di rebus tadi nampak sebati sehati sejiwa dah dalam kuali tu campak la timun & ikan.

6. tambah garam secukup rasa bukan sampai high blood yer.

7. Agak ikan dah masak tutup api & hidangkan

❝ Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Kisar atau tumbuk bersama bahan kisar/tumbuk yang lain.❞

Dah siap anak anak Ooi.. Gulai tempoyak acik yang tak berapa original perak atau pahang. Ni gulai tempoyak versi orang kedah katanya hahahahaha. Tengok suami makan ok jer.. licin kuah di hirupnya sedap la kot di tekak dia kan. Masak pun atas permintaan suami.. Apa lagi nak demand kalau dah sampai licin kuah di hirupnya. kekekeke

Gulai Tempoyak ikan kembung

Hangpa yang nak kawen tu.. Ni salah satu persediaan hangpa kena buat. Tetiba laki minta masakkan benda yang seumur hidup hangpa tak pernah buat. Jangan sia sia kan kuota internet sila google sepantas kilat. Terima kasih blog2 yang den copek resepi tu.. Lupa nak save link kalau tidak boleh la bagi credit sikit. Halalkan yer resepinya hehehehe

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK  LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI. Lama kan aku tak bertukar jadi cik minah gebu dapur sekangkang kera ni kan.. Bukan tak memasak kadang2 mood malas nak ambil gambar masakan.. Kadang2 masakan yang dah ada aku share resepi kat blog takkan nak tulis 2 kali resepi yang sama kan.. Nak2 lagi sekarang sibuk dengan In Law sakit bagai.. Cuma minggu ni rehat sekejab dua tiga hari dari berulang alik ke hospital cuma kirim makan kat suami je hantar kat Mak mertua.


Hari ni sebab nampak ada santan & serai dalam peti ais.. Ada ikan kembong. Kalau tak masak ikan & santan tu rosak kan.. Nak masak kari macam tekak tak rasa nak makan jer.. Jadi marilah kita melemak cili apikan dia.. Sebab malas nak kekedai.. so bahan bahan yang aku guna apa yang ada dalam rumah jer.. Antara bahan bahannya adalah..

Ikan Kembong
Santan
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam keping
Cili Padi
Kunyit hidup (kalau tak ada guna kunyit serbuk)

Cara nak memasak dia jangan terkejut ok.. Ni kategori kau campak2 jadi je. Memang senang sangat.

Mula2 blend/kisar Bawang Besar, Bawang Putih.Halia,Cili Padi,kunyit hidup & serai. Serai tu ada orang suka ketuk2 jer.. Tapi aku suka blend halus nanti kuah dia lebih pekat & sedap.. Yang tu terpulang pada pilihan masing2.

Lepas dah blender halus semua bahan.. Letak kuali masukkan bahan blend/kisar tadi bersama asam keping. Kalau ada daun kunyit boleh simpul campak jer dalam kuali tapi sebab aku tak ada stok jadi aku tak masukkan. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan. Biar dia masak sekejab masukkan ikan. Masak sampai ikan masak tutup api. Dah siap..

Masak lemak cili api ikan kembong

Walaupun simple percayalah sedap ok! Yang suka makan pedas boleh lebihkan cili api. Memang berasap telinga masa makan. hehehehe...

Jadi pada yang baru belajar masak atau penghuni rumah bujang nak jimat kos boleh la mencuba masak lemak cili api ikan kembong ni.

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI. Rakyat Malaysia antara penggemar kari kalau tak mustahil nasi kandar mamak menjadi pilihan ramai. Aku? Makan la jugak kari tapi tak sampai tahap ketagih la. Takde la asal makan mesti ada kari. Cuma bila cakap pasal kari teringat satu kisah pada zaman dahulu katanya..


Masa aku sekolah dulu, mak bapak aku memang kerja. Almaklum nak besarkan 6 adik beradik yang jarak tak jauh ni bukan senang. Terpaksa jugak mak aku kerja bagi membantu menampung perbelanjaan. Almaklum la kami bukan orang kaya level2 mak zeton. Kami cuma level mak sudin je yang mampu pakai cincin tembaga. Lain la mak zeton mampu pakai cincin berlian katanya. Tapi arwah Ayah aku memang akan balik tengahari & masak untuk kami adik beradik makan balik sekolah nanti. Tapi tu la.. lauk dia boleh kata hari2 kari ikan kembung. Memang la agak muak & hilang selera jugak tapi bila kenang balik.. Itulah pengorbanan arwah ayah. Balik masak & solat lepas tu pergi kerja balik. Kira lunch time dia habiskan dengan balik rumah & masak je la setiap hari kecuali cuti sekolah kakak sulung aku ambil alih. Tapi menu dia.. pagi makan megi, tengahari nasik, ikan goreng. Petang kang mak aku balik baru la sedap sikit makan.

Ayah aku salah seorang penggemar kari.. Mungkin sebab tu dia suka masak kari selain handal masak bihun sup utara. Tapi ayah aku memang pandai masak. Selalu involve dalam aktiviti memasak di rumah2 kenduri kat kampung aku dulu. Memang antara tukang masak yang di kenali jugak kat kampung. Yelah, kenduri kat kampung ni memang mesti ada kari jugak dalam menu dia. Kari daging paling popular kalau ada majlis kawen yang dibuat secara rewang @ gotong royong.

Orang melayu memang sinonim dah dengan kari cuma yang membezakan antara penggemar kari dengan penagih kari mungkin perkara ni je. Korang boleh baca kat sini >> 7 Tabiat luar biasa penagih kari << Kita yang sekadar suka makan kari je maybe akan rasa jemu kalau asyik menu kari je tapi bagi penangih kari, mungkin hari mereka jadi tak sempurna tanpa kari. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan kalau sehari tak makan kari katanya. Hahahaha

Bila cakap pasal kari.. Baru aku sedar rupanya kisah kari ni sangat memberi kesan dalam hidup aku terutama kisah pengorbanan arwah Ayah. Dengan karinya tu la.. buat kami tak lapar lepas balik sekolah setiap hari. Jemu tak jemu tetap hadap jugak. Walaupun malam ada makanan sedap2 sikit yang mak akan masak lepas balik kerja.

Itulah kisah di sebalik 'kari' yang rasanya aku tak pernah share dalam blog ni. Kari & Ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Semoga Arwah Ayah tenang di sana.. Al fatihah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com