Showing posts with label sihir. Show all posts

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen.

Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value.

Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu.

Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia.

Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyentuh atau mengutip syiling tersebut risau jika salah satu cara orang menghantar sihir. Ada yang berkongsi pengalaman mendapat gangguan sebab mengutip syiling yang di jumpai.

Bagi saya.. sihir & gangguan jin dan syaitan memang wujud sampai sekarang. Tak mustahil benda tu boleh berlaku. Tapi tak semua situasi syiling tu mungkin berhantu atau menjadi perantaraan sihir. Selalunya kalau ada unsur sihir ni keadaan dia akan jadi pelik. Contoh syiling tu macam di tabur setempat yang mungkin jadi tak masuk akal untuk berada disitu dalam keadaan macam tu.

So kalau hangpa rasa jumpa syiling dalam keadaan meragukan tak payah la kutip. Kadang kadang naluri kita ni boleh rasa juga kalau ada sesuatu yang tak baik. Kalau rasa macam tak sedap hati.. cuba buang di tempat lain atau biar je kat situ.

Ada juga yang sindir..kalau jumpa not kertas dalam nilai yang besar mesti tak takut nak kutip. Terpulang la pada individu. Tapi ada komen kongsi pengalaman kawan dia di santau guna duit kertas. Bagi saya apapun barang di gunakan kalau dah di jampi serapah, puja jin & syaitan & guna khidmat khadam (jin) semua pun boleh guna sebagai perantaraan sihir.

Moral of the story.. nak percaya atau tak itu terpulang pada individu tapi jangan sampai terpesong akidah & mensyirikan Allah.

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS. Masa kecil kecil dulu ada juga dengar cerita pasal pelaris guna seluar dalam ni. Tapi sebelum tu biarlah eden terangkan dulu apa itu pelaris. Mungkin ada yang tak faham, terpinga.. tertanya.. di dalam dilema pulak kan.

Pelaris tu adalah satu perbuatan sihir yang di gunakan untuk melariskan perniagaan. Of course la syirik & khurafat. Benda benda sihir ni memang akan guna bantuan jin. Tak ada istilah magic tanpa unsur khurafat kat situ.

Berbalik pada cerita pelaris guna seluar dalam ni.. kebanyakan orang berniaga makanan la. Dulu pernah dengar ada orang jual laksa dia balut penutup buyung dengan seluar dalam untuk jadikan pelaris. Memang laris la jualan dia tu. 

Ni tertengok kat tiktok satu video perempuan jual bakso guna pelaris seluar dalam. Dia lagi win.. dia rendam seluar dalam dia dalam periuk kuah bakso tu. Kau bayangkan laki yang record tu tahu selepas dia dah kenyang makan bakso?? Hangpa bayangkan la.. kalau tak sabar mau mandi jugak perempuan tu dengan kuah bakso. Boleh tonton di video kat bawah


Kita bila letak pergantungan dengan jin & syaitan macam tu la. Sedangkan yang memberi rezeki tu Allah. Apapun agama semua ajar benda yang sama kot. Dok buat perkara syirik & khurafat kalau menjadi pun tetap dengan izin Allah.. Sama juga kau berdoa kalau Allah kata tu rezeki kau tetap la rezeki kau.

Walaupun dah nak habis tahun 2020 tapi benda benda macam ni tak pernah habis. Masih ada yang mengamalkan di era moden. Semua dengan satu sebab.. untuk nikmati hidup senang dengan cara pantas.

Moga kita terhindar dari terpedaya dengan hasutan iblis yang ingin menyesatkan manusia. 

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL. Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan.


Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke

Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin dekat dengan kita.. Pengasas dia tetap mempertahankan produk dia dengan alasan dia sendiri la. Tapi komen dari Mufti Negeri Sembilan.. Mempercayai atau memakai jubah yang claim sebagai kalis sihir ni hukumnya sama seperti memakai tangkal yang ada unsur syirik & khurafat. Sebab kita dah meletakkan pergantungan & perlindungan kepada jubah tu. Kita percaya Jubah tu ada kuasa yang boleh menghalang gangguan jin & makhluk halus ni.

Jubah tu pun harga not bad.. katanya di jahit dengan kaedah falaq. Tak tau la sambil jahit sambil dia baca surah Al Falaq ke macam mana.. Atau benang dia guna di rendam air yang di bacakan surah Al Falaq.. tak sure la maksud dia kaedah falaq tu macam mana. Maybe ada penjelasan dari pengeluar jubah ni nanti. Sejauh mana keberkesanannya.. Saya tak tahu & saya tak pernah cuba. So jangan la tanya saya. kekekeke

Apapun kita semua di beri akal fikiran yang waras.. Pilihan di tangan masing masing. Kita sedia maklum.. Jin & syaitan ni pun makhluk Allah juga jadi depa memang tak ada apa2 kuasa. Kita semua di ajar sejak kecil Ayat ayat Al Quran kalau di amalkan boleh menjadi pendinding kita dari sebarang gangguan jin & makhluk halus ni. Al Quran ni perkara yang perlu di amalkan.. Bukan untuk di jual dalam bentuk air ke, baju ke... Walaupun memang ada dalam rawatan Islam menggunakan air sebagai kaedah rawatan. Air tu di bacakan ayat2 Al Quran.. Tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi la dalam rawatan Islam jual jubah untuk halang dari gangguan jin & sihir.

Moral of the story.. Akhir zaman memang akan muncul perkara perkara yang bagi kita di luar logik akal.. Jadi sedarlah tanda tanda kiamat dah mula banyak. Pi la bentang sejadah cepat. Tolong tok siak.. dapat juga pahala bentang sejadah tu. kekekekeke Peace Yo!

VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR

VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR. Jadi trending semalam sup bunjut. Tak pepasal sup bunjut popular sampai pagi ni gara gara babak dalam drama Nur. Bagi yang follow drama Nur macam den ni confirm tengok babak si ecah (Aisyah) lakonan Nur Khiriah dalam drama Nur di mana sebab terlalu membenci adik Ipar dia Nur sampai percaya Nur dah sihir ahli keluarga dia.


Nak jadikan cerita si Mirul adik bongsu dia salah sangka sekaligus buat dia percaya spekulasi kakak dia Ecah, bahawa kakak Ipar dia Nur dah sihir keluarga dia nampak ada sup bunjut dalam sup yang Nur masak. Apa lagi terus tu report kakak dia.. Apa lagi ecah memang tak tunggu la. Konon time ni la dia nak membongkar kejahatan Nur.. Pi terjah rumah family dia masa dorang tengah makan. Depan semua orang dengan confident tahap tujuh petala langit.. dia menggagau dalam sup & keluarkan bunjut tunjuk kat semua orang bukti Nur dah sihirkan mereka. Apa lagi kena gelak je la..

Video Babak dalam Drama Nur yang menjadi Trending semalam

Alahai ecah tudung je sampai ke pusat, tapi malas masuk dapur. Perempuan ni even orang menyediakan makanan bukan tanggungjawab hakiki kita tapi tahu tak air tangan seorang wanita & isteri tu ada magic yang boleh mengeratkan hubungan. Sebab tu kita selalu sangat dengar orang cakap rindu masakan mak dia bila berjauhan.. Sebab mak dia bila dia masak bersamanya ada kasih sayang. Nak semua yang makan apa dia masak kenyang, sedap & happy. Satgi ayah ayah touching pulak.. awat kalau laki masak tak ada kasih sayang ka? Dak Aiih.. bukan lagu tu.. Tapi kita cakap pasal kebiasan yang dah menjadi adat dalam kehidupan seharian kita.

Bukan tak ada spesis macam Ecah & mirul ni.. Realiti kehidupan kita memang ada yang tak tau tentang kewujudan sup bunjut. Mungkin buat dia terkejut & anggap bungkusan sihir kalau nampak sup bunjut dalam masakan.

Takpa.. takpa.. kakak lekatlekit boleh tunjukkan yang mana satu sup bunjut & yang mana satu bunjut yang biasa di gunakan untuk menyihir..

Kalau macam ni (rujuk gambar) ni namanya sup bunjut. Normally memang guna kain putih sebab nak pastikan kain yang bungkus bunjut tu bersih. Yelah kau nak campak dalam masakan kau.. guna kain warna lain kang tak perasan pulak kalau ada kotor ke apa. So, memang kat mana2 pun sup bunjut di bungkus dengan kain putih. Tak bermakna kain tu kain kafan ok! Kain bunjut ni dia jarang sikit kita boleh nampak rempah ratus yang di campur dalam tu.


Tapi kalau bunjut yang orang buat untuk sihir.. Kebiasaanya kain dia warna kuning. Warna kuning ni ia berkaitan dengan orang yang ada berdampingan dengan jin la. Tak tau la kenapa jin suka warna kuning. Kebanyakkan yang belajar ilmu bomoh siam akan guna kuning dalam ritual mereka. Bunjut dia lebih kurang macam gambar di bawah la.


Jadi pada adik adik.. kakak kakak.. makcik makcik.. abang abang.. pakcik pakcik.. dah tau kan beza antara sup bunjut dengan bunjut sihir. Harap takde sapa lagi jadi macam ecah.. dah la malas masuk dapur lepas tu over confident pulak menuduh orang. Kan dah kena gelak... kekekekeke

Moral of the story.. Bak kata Ayah Adam, Mirul & Ecah, bila hati dah mula hitam semua dia jadi prasangka buruk. Apa yang orang buat semua dia syak tak baik. Muhasabah diri.. Bukan ingatkan hangpa ja.. tapi ingatkan diri saya jugak. Kita manusia kan.. Tak lari dari bersangka buruk dengan orang lain.

LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL

LELAKI MELAYU INI DEDAH BAGAIMANA TUNANGNYA DI BUNUH SECARA HALUS MELALUI GAMBAR YANG DI UPLOAD DI MEDIA SOSIAL. Zaman socmed (social Media) ni apapun tidak mustahil boleh berlaku. Apa ingat orang nak membunuh orang zaman sekarang perlu pergi cari & bunuh secara depan depan je ke.. Secara on air & online pun boleh membunuh. Tanpa menyentuh hujung jari pun pada tubuh badan kita.


Malas la nak ngomel panjang panjang sebab cerita mamat ni dah cukup panjang & dramatik untuk hangpa baca jab lagi. Kalau di tambah dengan drama lekatlekit.. Takut jadi novel seram pulak. Tak pepasal ada yang bukukan entri ni pulak. hehehehe...

Tapi secara ringkasnya nak bagitau la mamat ni cerita bagaimana tunang dia mati hanya kerana gambar yang di upload kat social media.. Jom kita baca kisah penuh trajidis & menyayat hati ni..























Dulu den pun suko upload gambar kat social media ni.. Dari pagi membawa ke malam. Dia punya upload gambar kat Myspace sampai ada kawan tegur. Tu salah satu habit pengamal media social yang kuat pakai data Internet. Nak tau korang ada habit yang kuat guna data internet meh tengok kat sini hangpa ada tak karektor tu >> 4 Karakter Korang Yang Mungkin Menjadi Punca Data Selalu Habis. #3 Paling Takleh Blah! <<

Tapi sejak kawen & ada anak memang saya kurangkan upload gambar muka sendiri sampai ada yang rasa misteri sangat blogger lekatlekit ni.. Sekarang gambar anak pun dah nak private kan dari masa ke semasa.. Biarlah yang ada cuma penulisan lekatlekit jer hehehehe

Perkara macam ni memang dah banyak berlaku cuma kita je kadang2 rasa macam masih secure.. Sebab belum kena pada diri sendiri. Even kita rasa kita tak ada musuh sekalipun.. Ingatlah orang nak memusuhi kita tak semestinya bila kita menyakitkan hati mereka secara terus.. Macam kes mamat ni ada lelaki lain suka pada tunang dia.. Sebab perempuan bertunang dengan lelaki lain dia tak puas hati & dia gunakan cara syirik & khurafat untuk balas dendam..

Moral of the story... Yer kita semua cantik tapi adakalaya yang cantik itu lebih cantik andai terlindung & terselindung. Peace Yo!

KISAH HOUSE OF CAT SEKSYEN 7 SHAH ALAM TERPAKSA DI TUTUP KERANA GANGGUAN MENYERAMKAN AKIBAT SIHIR

KISAH HOUSE OF CAT SEKSYEN 7 SHAH ALAM TERPAKSA DI TUTUP KERANA GANGGUAN MENYERAMKAN AKIBAT SIHIR. Malam ni hangpa buat apa? Layan mega movie tv3 ka? Kalau tak dak buat apa mai sini baca kisah mistik yang penuh pengajaran. Bukan apa tadi kami terbaca satu perkongsian di page House Of Cat yang katanya bakal menamatkan operasinya tak lama lagi. Bukan saja saja dia nak tutup.. Tak gila orang nak tutup perniagaan mereka tanpa sebab kan?


Apa yang aku baca akibat dengki & khianat, House of cat telah di sihir & menerima banyak gangguan mistik yang menyeramkan selain jumlah pengunjung kat tempat tu semakin merosot. Bukan sahaja premis mereka di sihir malah pemiliknya juga terkena sihir tersebut. Kalau dah nama sihir ni mustahil la guna kaedah islam kan? Kaedah Islam tak dak dok buat tak ketahuan hala kat orang. Of course la Ilmu hitam yang di amalkan oleh manusia yang mensyirikkan Allah.

Secara ringkasnya House OF Cat di tubuhkan pada 2013 atas dasar minat yang sangat mendalam terhadap kucing. Bukan takat minat malah mereka mungkin antara pencinta kucing sebab semua kucing2 di jaga dengan baik & penuh kasih sayang. Sebab makin banyak kucing yang ada dari pelbagai jenis, tercetus la idea nak buka house of cat ni katanya. Maka di bukalah semua rumah bagi peminat kucing dia luar sana untuk datang bermain main & bermanja dengan kucing2 kat situ dengan bayaran masuk serendah RM5 sahaja. House of cat ni pernah mendapat liputan dari akhbar & majalah tempatan juga pernah di temuramah beberapa rancangan bual bicara televisyen malaysia. So, makin di kenalilah tempat tu membuat semakin ramai pengunjung datang. Biasa la dah keluar tv suratkhabar bagai.. maka berpusu pusu la manusia nak merasai pengalaman kat situ kan.

Tapi sejak awal oktober tahun lepas (2016) pelanggan katanya semakin berkurang. Dari 250 orang sehari & sekarang mendadak turun sehingga 3 orang jer satu hari. Ada hari tak ada langsung pengunjung. Memang agak pelik kat situ.. Jumlah pengunjung turun mendadak.. Tapi depa ni tetap fikir positif mungkin sebab persaingan so pengunjung banyak pilihan untuk pergi kemana. So depa pun atur strategi baru, perbaiki pemasaran & layanan termasuk menawarkan kad keahlian. Ada yang pelanggan tetap yang kerap datang.. seminggu sampai 3 - 4 kali datang so hubungan antara mereka pun jadi semakin akrab la.

Bermulanya kejadian aneh.. Tak lama selepas tu mereka mula menerima gangguan yang berunsur mistik. Mula2 depa nampak beberapa kelibat aneh muncul & melintas dalam premis bila menjelang tengah malam. Gangguan macam tu berterusan tapi depa anggap maybe ganggian biasa sebab sebagai umat Islam mereka pun percaya akan kewujudan makhluk ghai ni. Mereka anggap mungkin satu teguran dari Allah kepada mereka yang lalai maka mereka memperbanyakkan ibadat & membuat bacaan yassin dan solat hajat di premis setiap minggu.

Tapi semakin hari perniagaan mereka semakin merosot pun macam depa tetap tak putus asa. Bagus depa kan? Semangat juang yang patut di contohi. So depa duduk bermesyuarat untuk bincangkan apa yang perlu di perbaiki. Depa sediakan borang maklum balas untuk pelanggan tapi feedback yang di terima semua berpuasa hati & enjoy berkunjung kesitu. Kat situ mula timbul tanda tanya? Kenapa pengunjung masih merosot kalau semuanya dah pl. Sehinggalah pada suatu hari... Masa depa tengah sibuk kemas kedai. Memang rutin biasa la kan benda tu.. kemas, bersih bagai. Tetiba ada guli yang bergolek sendiri kemudian berhenti. Bila di perhatikan lama.. Guli tu bergerak lagi sendiri tapi tak di endahkan kejadian tu.

Makin lama makin banyak kejadian pelik berlaku macam barang beralih tempat dengan sendiri. Muncul bau bau busuk macam bangkai yang tak tau dari mana. Dengar bunyi2 aneh. Benda tu berlaku hampir setiap hari. Pernah berlaku tiba2 lampu kedai terpadam satu premis gelap gelita. Time tu pulak ada pelanggan memang spoil la kan.

Dari situ la bermulanya ikhtiar nak cari penyelesaian pada masalah gangguan mistik yang depa alami. dari situlah depa tahu semua tu dari perbuatan sihir. Time tu jugak semakin menjadi jadi.. staff kena rasuk hampir setiap minggu, depa pun menderita sakit. Kencing & berak berdarah. Muntah benda2 pelik macam rambut,,darah,kaca. Paling extreme malam tidur atas katil bangun tetiba depan pintu. Tu dia macam mana dia angkat tak tau la kan..Ada juga depa pi buat rawatan, perawat berjaya keluarkan paku reput berkarat. Kalau ikutkan simtom2 yang di ceritakan macam kena santau je kan.. Di samping berusaha dengan rawatan Alternatif depa tetap terus melakukan solay & berdoa semoag Allah membantu

Dalam semasa rawatan tu macam macam barang sihir di temi.. puluha jarum,kain kapan,syiling lama,kain kuning. Sepanjang rawatan banyak kali jugak depa terpaksa cari bantuan baru. Ada yang datang sekali, esok tu dah tak dapat tolong lagi suruh cari orang lain. Ada yang tak putus asa nak tolong tapi akhirnya terpaksa mengalah. Ada yang nampak kesan tapi sekejab jer.. tahan la sehari dua. Selepas 3 hari katanya, gangguan tu akan semakin menjadi jadi & lebih teruk. Pernah berlaku.. rak buku yang selama ni kukuh penuh dengan buku2 agama termasuk yassin secara tiba2 tumbang dengan sendirinya.

Yang lebih memburukkan keadaan pelanggan mengadu & marah sebab nampak kedai asyik tutup sedangkan mereka membuat pernigaan seperti biasa. Ada juga pelanggan yang dah beli tiket & Masuk tapi keluar balik & minta balik duit tiket. Bukan sekali tapi banyak kali berlaku perkata yang sama. Di samping tu penyakit yang mereka terkena juga teruk. Rawatan Islam pun depa cuba. Semua pusat rawatan Islam yang depa tau, depa try minta bantuan. Macam2 keadaan depa lalui semasa di bacakan Ruqyah.. meraung, melalak, mengelupur. tetap depa tak putus asa berikhtiar. Pengsan dengan tiba2 tu macam dah jadi perkara biasa. Duit tak payah nak tanya la.. mana ada benda free zaman sekarang beb! Beribu tu wajib habis tapi tetap depa tak kisah & tidak putus asa sebab sayang dengan perniagaan & kucing2 depa tu

Dekat 7 bulan benda tu berlaku, depa hanya mampu berserah kepada Allah. Sihir yang di buat kat premis nampak semaki baik & sihir yang di kenakan kat mereka pun nampak ada perubahan positif cuma pelanggan masih kurang. Orang kata kesan sihir ni memang boleh jadi pemusnah.. sebab sihir depa hilang kawan & keluarga pun tak sempat nak jenguk

Akhirnya Mei 2017.. bulan ni la kan selepas berbincang & tanya pendapat beberapa orang, so depa decide nak hentikan operasi. Sayang tu katanya memang sayang tapi nak buat macam mana maybe tu yang terbaik. Berhenti bukan mengalah tapi depa kata nak berehat.. kucing2 tu katanya depa akan jaga selagi mampu

Mei 2017, setelah berbincang dan tanya pandangan beberapa mereka yang dalam kelompok ahlinya. Kami berniat untuk berhenti beroperasi. Ya, memang kami sayang House Of Cat. Kami tutup bukanlah sebab kami putus asa dan mengalah. Tetapi sebenarnya kami mahu berehat. Kami sayang kucing kucing. Kami akan jaga semampu yang boleh.


Post asal boleh baca kat sini

tak payah kita pertikai atau membuat spekulasi apa2 atas apa yang berlaku.. Sihir ni memang wujud selagi manusia masih ada sifat dengki & menggunakan cara syirik & khurafat untuk menjatuhkan orang lain. So, tak payah rasa urban cakap tak percaya dengan sihir sihir ni. Yang tak percaya wujudnya sihir tu la paling tak ada knowledge hehehehe

Moral of the story.. Moga kisah ni kita jadikan pengajaran. Memang semua berlaku dengan izin Allah & kepada Allah juga kita perlu mohon perlindungan & pertolongan.

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN. Pagi pagi lagi dah warm up dengan cerita seram apa kes lekatlekit Ooi.. Alah.. takde kes apa - apa cuma rasa macam best je nak tulis cerita ni dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la selaku blogger puaka mesti la apa yang ada kaitan dengan dunia mistik & misteri kena abadikan dalam blog agar blog lekatlekit.com terus di hantui cerita cerita seram katanya..


Rasanya ramai kot dah tahu sebab benda ni dah jadi viral.. Alah kes petugas pos laju yang terkejut bila buka satu bungkusan kiriman barang ada seekor jenglot. Gila kau.. sekarang ni nak beli jenglot boleh hantar pakai pos laju jer. Sapa gamakynya seller & sapa gamaknya buyer tu kan? Bila kes ni jadi viral mesti depa tahu siapa depa kan?

Alkisahnya.. satu bungkusan ni masa scan di kesan macam ada sesuatu bergerak gerak di dalamnya maka petugas pos Malaysia tu rasa tak sedap hati la. Risau ada benda bernyawa dalam tu.. Maka dia pun buka la. Bukan dia pecah amanah ke apa.. Sebab benda tu mencurigakan. Mungkin juga niat dia untuk menyelamatkan satu nyawa yang mungkin akan mati kelemasan dalam bungkusan tu kalau tak di buka. Tapi sebaik je dia buka.. Terus berdegup jantung ku.. mendengar kan namamu ah.. ah... Sorry ternyanyi pulak.. Sekali Jenglot kau! Matilamak nak Oooi.. Sapa punya kerja la hantar Jenglot guna pos laju ni wei. Mau satu department buat bacaan yassin gamaknya lepas buka parcel berisi jenglot untuk mohon perlindungan dari Allah.

Sekali buka Tu dia.. terbujur Jenglot. Kalau hangpa gamaknya pengsan ke koma terus hahahaha
Ada yang tak tau Jenglot tu apa.. Dia macam sejenis makhluk halus jugak la. Di gunakan untuk tujuan tertentu yang pasti tujuan yang tak baik la. Memang benda ni ada berkaitan dengan amalan syirik & khurafat sebab perlu melakukan ritual pemujaan dulu baru dia berfungsi. Takde kau letak bateri AA terus dia hidup boleh bekerja untuk kau ok! Jangan tanya aku lebih2 la.. aku bukan pengamal benda2 macam ni. Apa yang aku tau kebanyakkan melalui pembacaan aku je.

Ada yang dok pertikai kakitangan pos laju suka hati je dok buka parcel orang. Tapi memang depa ada kebenaran untuk membuka sebarang bungkusan sekiranya mencurigakan atau barang di dalamnya melanggar terma & syarat pos malaysia. Dalam kes ni.. kalau dah macam tu aku rasa memang patut depa buka pun. Kau tak suspect apa2 ke kalau dah sampai bergerak gerak.


Zaman sekarang kan.. perkhidmatan jenis spiritual & berkaitan dengan alam mistik pun banyak orang boleh buat secara online. Benda - benda macam tu upgrade bersama teknologi sebab tu tak pelik kalau sihir pun boleh di hantar melalui atas talian. Kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi sedang berkembang ni.. Bukan je kena berhati hati dengan bahaya yang nampak dengan mata kasar.. Malah bahaya yang menggunakan makhluk2 halus ni pun kita kena ada protection jugak. Tapi jangan la hangpa satgi pi dok minta tangkal la.. Azimat la hapa... Nak buat pendinding diri ni guna ayat2 Al Quran pun ada... Nanti hangpa rujuk entri ni >> PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN <<



Moral of the story.. Amalan syirik, khurafat & kepercayaan kepada benda2 mistik bukan hanya ada pada zaman dulu - dulu. Zaman di mana manusia masih jahil.. Tapi zaman sekarang ni pun semakin menjadi jadi. Malah di mudahkan lagi benda benda macam tu melalui teknologi. Jadi siapa yang lebih kuno? hehehehe

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN. Tetiba hari ni rasa nak buka TV pagi pagi hari.. selalunya aku jarang sangat nak buka tv. Sebab ter buka tv maka tertengok jugak la rancangan Malaysia hari Ini MHI. Topik hari ni pasal pendinding. Ada seorang ustaz yang menjadi panel jemputan untuk membincangkan isu tu.. Aku tak ingat pulak nama ustaz tu.. Tapi rasanya nama ustaz tu tak berapa penting sangat kan.. Yang penting apa yang di sampaikan.


Zaman sekarang ni memang ramai ustaz 2 pelesu (palsu) & claim mengamalkan rawatan Islam padahal rawatan yang depa guna bercanggah dengan ajaran Islam. Yang lagi bahaya ada yang mencampur adukkan ayat ayat Al Quran dengan amalan2 khurafat bagi mengaburi orang yang datang mendapatkan rawatan dengan mereka.. Salah satu yang banyak orang suka cari ada pendinding.. Pendinding ni tak kira la untuk diri sendiri, rumah atau premis perniagaan. Sebab tu kita kena tahu yang pendinding macam mana di bolehkan dalam islam dengan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku ni bukan la pandai sangat.. Cuma aku share dari apa yang aku tengok & dengar tadi kat MHI. Menurut ustaz yang di jemput tadi.. Dalam kaedah Islam.. pendinding memang tak ada dalam bentuk objek macam tangkal atau azimat.. contoh pakai benang hitam kat pinggan ke.. kertas yang di lipat2 di dalamnya tertulis apa2 ayat kemudian di bawa kemana mana... Dalam Islam pendinding menggunakan ayat2 Al Quran adalah dengan cara mengamalkan bacaannya. Kalau ada ustaz setaz yang bagi pendinding macam tangkal ke hapa.. Hati hati la. Even ada yang buat pendinding dengan menulis ayat2 Al Quran atas kertas atau apa2 kemudian suruh bawa kemana2 konon sebagai pendinding pun kena hati hati.. Takut orang salah faham & bergantung pada sekeping kertas tu sebagai pendinding sebab sebagai umat Islam kita kena mohon perlindungan dari Allah.. Bukan percaya sekeping kertas yang tertulis ayat2 Al Quran tu yang melindungi kita tanpa kita mengamalkan dengan cara membaca.

Ustaz tu juga berkongsi cara mudah untuk melindungi diri dari sihir atau apa2 gangguan jin & syaitan.. iatu dengan mengamalkan 3 Qul.. 2 kali sehari iatu sebelum tidur & selepas solat subuh. Caranya.. bacakan 3 Qul tersebut sambil menadah tangan macam berdoa.. Selesai membaca hembus sehingga habis nafas ke atas tapak tangan kemudian usap keseluruh tubuh yang kita boleh sentuh. Insya Allah.. dengan izin Allah ia dapat melindungi kita dari kejahatan manusia, jin & syaitan.

Perkongsian ni bukan nak tunjuk aku ni pandai.. sebenarnya aku sendiri masih jahil dari segala sudut cuma apa yang aku rasa baik aku kongsikan la. Aku sendiri pun masih banyak yang perlu belajar.. Moga yang baik itu memberi manafaat kepada semua orang.

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK

BAGI SUAMI MAKAN DARAH HAID & AIR MANI, ISTERI DI AZAB KEMALUAN BERNANAH & BUSUK. Sampai tahun 2017 sihir masih di amalkan.. Rasanya sampai kiamat pun benda2 syirik & khurafat ni tetap ada yang akan buat. Golongan yang percaya dengan benda2 macam ni kadang2 bukan dari golongan orang tak berpelajaran malah yang educated pun ramai. Contoh macam cerita yang aku share semalam.. Pasal sipolan yang terlampau taksub dengan bomoh sanggup derhaka pada mak sendiri. Tu pun salah satu contoh orang yang aku kenal yang berpelajaran tinggi tapi bab2 bomoh dia jadi kuno tahap zaman jahiliah. Nak kata jahil agama pun tak juga tapi tak tau la kenapa dia tak yakin dengan rawatan Islam yang guna ayat2 Al Quran. Dia lebih yakin dengan bomoh jampi serapah tu..


Terbaca satu kisah yang aku rasa patut kita jadikan pengajaran.. Nak2 lagi kita2 yang dah jadi bini orang ni. Biasa la perempuan kan dia paling takut laki dia ada perempuan lain. Aku pun sama jugak.. Tapi apa yang di luar kemampuan kita tu kita serah kepada Allah jer. Macam aku kadang2 setan dok hasut rasa curiga kat laki sendiri.. Apa aku buat Isytifar & aku fikir apa yang di luar mata aku untuk melihat, Biar Allah je tolong jaga & lihat sebab Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Sampai nak bomohkan atau sihirkan laki aku.. Bagi makan benda2 kotor tak terlintas langsung. Tak berani aku nak buat benda2 macam tu hanya sebab nak control laki sendiri. Benda2 macam tu bersifat sementara jer.. Akhir nanti akan makan diri kita balik

Macam kisah seorang perempuan ni.. Dia sanggup bagi laki dia makan benda yang di campur darah haid & air mani semata mata tak nak bagi laki dia cari perempuan lain & ikut je cakap dia. Akhir sekali sebelum mati dalam usia yang masih muda.. Dalam 30an macam tu dia di azab agak teruk. Dia di jangkiti penyakit misteri yang doktor pun tak dapat merawat. Berhabis duit laki dia cuba merawat penyakit misteri dia.. segala perubatan moden.. alternatif.. bomoh semua tak berjaya. Penyakit dia mula2 badan dia jadi melepuh.. Lepas melepuh naik bintik2 macam katak puru. Kemaluan dia keluar lendir & nanah yang busuk. Sampai la satu hari.. Lepas suami dia meminta bantuan dari seorang ustaz..Dia mula mengaku apa yang dia buat pada laki dia selama ni. Dia sihirkan suami dia.. kemudian curang dengan lelaki lain sampai tahap berzina. Selepas suami dia ampunkan dia barulah dia boleh pergi dengan tenang. Tu baru kat dunia kena azab kat sana tak tau la macam mana... Na'uzubillah..

Tapi ada juga kisah di kalangan orang aku kenal.. Buat lebih kurang macam tu kat laki dia. Bagi makan benda2 kotor dengan niat nak tundukkan suami dia. Tapi nampak macam tak ada pun kesan.. Kena juga azab dari dok sihat tetiba jatuh & terus jadi lumpuh separuh badan. Nak di jadikan kisah masa dia sakit still dok nak menipu tu ni.. Anak dia sendiri bongkarkan segala apa dia pernah buat dulu sebab terlampau marah dengan sikap mak dia yang tak berubah ubah. Anak membesar dengan melihat perbuatan mak dia macam tu bagi kesan trauma.. Bila anak dia dah besar & kahwin benda tu bagi kesan juga sebab dia rasa tak percaya takut apa yang mak dia buat pada ayah dia.. Bini dia buat benda yang sama. Benda jahat ni memang bukan orang yang kita jahati je terkesan.. Malah boleh memberi kesan tekanan & trauma kepada orang2 sekeliling jugak. Kita ada Allah.. Mohon kepada Allah bukan tunduk pada jin & syaitan semata mata nak puas kan hati sendiri.

Nikmat dunia ni sesungguhnya terlalu sementara. Azab yang kita bakal terima kadang2 tak sempat tunggu mati kat dunia lagi Allah dah bagi rasa. Moga kisah2 macam ni kita jadikan pengajaran selama kita hidup.. Suami pun salah satu bentuk pinjaman tak perlu kita nak buat hak sampai macam tu sekali. Banyak doa2 kita boleh amalkan untuk lembutkan hati suami.. tak perlu nak guna sihir & bagi makan benda2 kotor. Kita bukan nak tongkat langit selamanya.. Sampai masa kita.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun jugak..

Moral of the story.. Tak ada seorang perempuan sanggup berkongsi suami tanpa sebab musabab tapi bukan bermakna kita boleh buat apa sahaja sehingga mensyirikkan Allah semata mata nak ikat suami supaya setia dengan kita.  Ingat Azab Allah tu kita akan terima juga.. samada lambat atau cepat je.

TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR

TANDA TANDA STROKE AKIBAT SIHIR. Walau ada yang masih tidak percaya pada perbuatan sihir tapi kita sedia maklum benda ni memang wujud & masih di amalkan oleh mereka mereka yang masih tidak bertamadun dari sudut mentaliti. Walaupun sihir di kategori amalan kuno orang2 yang jahil.. Tapi di zaman moden ni nampaknya 'Sihir' semakin menjadi jadi. Macam2 sebab la orang yang melakukan perbuatan sihir ni.. Tapi paling banyak sebab dengki. Kadang2 kita tengok orang tu baik tak kacau orang pun boleh kena sihir.. Sebabnya ada orang dengki sebab ramai orang suka kat dia. Kita baik ke kita jahat ke.. Kita memang takkan mampu buat semua orang suka dengan kita.


Seperti semua sedia maklum.. Mak mertua den sekarang tengah uzur akibat serangan stroke & tekanan darah terlalu tinggi. Masih admit ward.. Masih tidak stabil. Semalam tak sempat pergi melawat sebab husband kerja luar kawasan.. lewat petang suami habis kerja dia just balik ambil makanan yang aku dah masak untuk mak mertua & terus pergi hospital sorang - sorang. Lagipun kalau aku hari2 ikut pergi hospital nak angkut budak shahila sekali.. sampai malam baru balik. Esok awal pagi budak shahila nak kena bangun pergi sekolah. Memang kesian dia nampak letih sebab kurang rehat. Kena jugak selang - selang pergi lawat mertua kat hospital. Takpe la suami boleh pergi jenguk. At least aku boleh masak kalau mak mertua nak makan apa - apa. Cuma tu la semalam suami cakap tekanan darah mak mertua naik balik sampai 190++

Jadi di sebabkan mertua kena stroke aku memang kerap google pasal stroke.. So terjumpa satu info pasal sihir stroke ni. Bukan satu perkara baru yang berlaku sihir stroke ni cuma nak tahu samada stroke tu akibat di sihir atau stroke (lumpuh) biasa ada caranya..

Kadang2 stroke secara semulajadi & stroke akibat sihir ni nampak macam sama jer simtom dia. Tak ada beza tapi nak tahu samada stroke tu akibat sihir boleh di bacakan ayat - ayat ruqyah pada pesakit stroke tu. Kalau semasa di bacakan ayat ayat ruqyah tu pesakit jadi resah, pening, menggigil atau ada tanda pelik di sebabkan sihir.. Berkemungkinan ia sudah terkena sihir. Kalau tak ada tanda tanda tersebut bermakna ia stroke biasa.

Apabila seseorang terkena penyakit kerana di sihir, maka jin akan menumpukan kegiatannya pada anggota badan atau pusat saraf tertentu mengikut apa yang di perintahkan tukang sihir. Kadangkala ia memusatkan diri pada pusat pendengaran, penglihatan, deria, tangan atau kaki. Pada situasi seperti ini, keadaan anggota tubuh berada dalam tiga kemungkinan:

؛ Jin akan menghalang saraf pada anggota badan secara keseluruhan, sehingga anggota tubuh itu tidak dapat berfungsi, maka orang yang kena sihir boleh menjadi buta, bisu, tuli, atau lumpuh salah satu anggota tubuhnya.
؛ Jin menghalang sarat terhadap pada anggota badan pada waktu tertentu dan membiarkannya pada waktu tertentu. dalam situasi ini, fungsi anggota badan pesakit akan terhalang secara tidak terus-menerus.
؛ Jin menjadikan pusat saraf tidak berfungsi dengan betul secara cepat dan berturut-turut tanpa ada sebab tertentu, maka anggota badan akan kaku dan tidak dapat bergerak, jika tidak lumpuh. '

Dalam sebuah proses sihir, perlu kita ingat bahawa Allah SWT telah berfirman maksudnya:
"Sedangkan mereka ahli sihir itu tidak akan mempu memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah (QS. Al-Baqar

Jadi semoga perkongsian ni dapat membantu mereka - mereka yang ada ahli keluarga yang terkena stroke. Penting juga kita tahu punca stroke tu supaya kita boleh tahu apa kaedah rawatan yang sesuai. Kalau akibat sihir.. Of course la kena guna kaedah rawatan alternatif.. Kalau orang Islam kita kena guna kaedah rawatan Islam la.. Bukan kaedah rawatan guna bomoh syirik & khurafat tau!! Kalau lumpuh biasa bukan di sebabkan sihir.. Still boleh guna rawatan Islam & tetap juga kena merawat secara moden macam fisioterapi bagai. Apapun Usaha, Ikhtiar, Doa & tawakal. Sesungguhnya yang menyembuhkan segala penyakit adalah Allah SWT Dan kena sentiasa yakin tiada penyakit yang tiada ubat selain mati.

CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN

CIRI CIRI BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN KHADAM DALAM RAWATAN. Disebabkan zaman sekarang manusia kembali ke zaman jahiliah di mana kembali mempercayai bomoh2 khurafat yang kadang2 menggunakan nama rawatan Islam walau cara dia merawat tu bercampuk aduk. Dia campur mentera dengan ayat2 Al Quran.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Jadi penting untuk kita tahu ciri - ciri bomoh yang menggunakan khadam @ Jin supaya anda tidak menggunakan khidmat bomoh2 macam ni. Kadang2 bomoh2 macam ni berani guna title ustaz yang kononnya memberi rawatan alternatif berkonsepkan islamik ni. Jangan ingat tak ada.. Banyak tau.

Antara ciri ciri bomoh yang menggunakan khidmat Jin @ Khadam dalam rawatan dia adalah..

1. Tengok cara dia berpakaian masa menjalankan sesi rawatan. Biasanya bomoh2 yang guna jin sebagai perantaraan ni ada pakaian khas dia pakai contoh macam pakai baju berwarna hitam & melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok berwarna hitam & sebagainya. Cuba bandingkan dengan perawat2 di pusat rawatan islam yang terkenal macam Darussyifa.. Ada ke perawat2 kat situ pakai benda2 macam tu. Biasanya perawat2 kat pusat rawatan islam ni berpakaian sopan & menutup aurat je. Takde uniform khas macam pahlawan zaman dulu kala bagai.
Ada jugak yang berjubah putih atau kuning. Kebiasaanya kuning la. Konon dari keturunan raja. Ada jugak pakai jubah hijau yang kononnya bersahabat dengan jin Islam.
Tapi jangan tak tahu ada jugak berpakaian baju melayu,kain pelikat & bersongkok @ berketayap. Yang ni kadang2 kita tak perasaan sebab pakaian biasa bagi orang melayu Islam.
Ada yang rambut panjang kononnya berketurunan dari jawa sumatera. Yang ni memang boleh nampak mencurigakan sikit.

2. Cara dia merawat atau mengubat pesakit. Kena tengok jugak. Kalau jenis yang menurun sampai lupa diri tu memang nampak lain macam la. Biasanya sebelum menurun ni bomoh ni akan membaca jampi serapah atau mentera2 yang pelik & kadang2 ada jugak yang membaca ayat2 suci Al Quran. Ada jugak yang menggunakan keris atau mengasapkan kemeyan. Lepas tu Jin akan mula merasuk dalam tubuh si Bomoh. Time tu macam2 aksi boleh nampak. Ada yang mengeletar, ada yang berguling guling & macam macam la ketika jin khadam mula masuk ke dalam badan mereka.
Time jin khadam masuk kadang2 suara & raut wajah bomoh akan bertukar. Ada yang nampak tua & berkedut & suara jadi terketar ketar & perlahan bila bercakap sampai kadang2 susah untuk di fahami. Maybe Jin khadam bomoh tu dah tua. Biasanya dia akan pejam mata & tunduk ke bawah. Slang & bahasa pun mengikut dari mana jin tu berasal. Kalau dari indonesia maka slang dia macam indonesia la. Jangan terpedaya sebab biasanya dia akan mula berinteraksi dengan memberi salam & bertanya hajat kita datang mencari dia.

3. Ada jugak yang tak menurun.. Tapi tetap ada Jin khadam. Cuma cara dia lain sikit. Antara cara2 Bomoh yang tak menurun ni guna untuk minta bantuan jin depa semasa rawatan adalah..
- Meletakkan air,limau,sintuk atau barang2 lain yang di rasakan perlu ada di hadapannya.
- Ada jugak yang menilik dulu dengan menggunakan limau & menggolek atau membelah kemudian di masukkan ke dalam air & melihat reaksi limau tu samada terbalik atau tertiarap. Ada jugak guna air yang di letakkan dalam mangkuk putih untuk menilik. Ada juga yang guna jarum yang di letakkan di atas air. Jadi kalau korang jumpa perawat rawatan alternatif yang guna cara2 macam ni make sure becareful.

4. Bomoh yang menggunakan kaedah pembedahan batin. Macam mana pembedahan batin ni.. Dia merawat tanpa menggunakan peralatan pembedahan macam pisau, gunting sebagainya. Tapi ada jugak guna pisau cuma tak ada kesan luka yang dapat di lihat oleh pesakit. Tapi pesakit boleh rasa seolah olah sedang di bedah, rasa macam ada kesan darah mengalir tapi tak nampak perkara tu berlaku. Biasanya selepas selesai melakukan pembedahan batin ni, bomoh tu akan menggunakan daun sireh & limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan batin @ ghaib ni.

Tu antara ciri ciri yang anda perlu tahu samada bomoh @ perawat untuk rawatan alternatif tu menggunakan jin khadam atau tidak. Jangan tertipu bila orang tu guna title ustaz bagai.. Bomoh sekarang banyak bomoh cari makan. Yang ada khadam ni kadang2 kita yang tak ada sakit berkaitan sihir atau terkena gangguan makhluk ghaib pun dia boleh adakan untuk buat kita follow up dengan dia. Kat situ la dia boleh menjana pendapatan.

Paling senang nak detect tengok peralatan yang di gunakan oleh perawat tu la.. Selalunya yang guna khadam ni suka guna barang2 lama.. Tak semestinya keris jer. Sebab tu la barang2 lama ni kadang2 ada jin menumpang. Sebab tu jangan suka2 hati terima barang2 yang nampak rare dari orang yang kita tak tahu background dia. Takut dia bagi sekali dengan jin jenuh nak berubat pulak.

Moral of the story.. Memang wujud penyakit yang di sebabkan jin, syaitan & sihir ni. Perubatan moden memang tak mampu merawat penyakit penyakit macam ni cuma cari perawatan yang betul2 menggunakan rawatan Islam & ayat2 suci Al Quran. 

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA. Orang Malaysia ni memang terkenal dengan cerita2 mistik. Kalau dulu kita dengar cerita2 ni cuma dari mulut ke mulut.. Paling tidak pun baca kat majalah mastika. Sekarang sapa nak layan sangat baca mastika. Surat khabar pun orang malas nak baca.. Semua baca kat skrin jer. Dah ada kemudahan.. Tak perlu nak keluar budget beli majalah bagai kan. Cuma zaman sekarang dari cerita mulut menjadi cerita di skrin. Nak2 lagi zaman sekarang camera semua atas tapak tangan.. Bukan sekadar cerita siap ada bukti bergambar walaupun ada di antaranya kesahihan & kebenarannya di ragui. Almaklum la zaman sekarang banyak pakar IT yang tak perlu pergi universiti pun pandai buat editing gambar sampai nampak real.


Blog aku ni salah satu penyumbang kisah2 seram & mistik walaupun kebanyakkan cerita seram dari hasil pembacaan aku kat forum2 online atau blog2. Aku karangkan balik je dengan gaya bahasa aku sendiri. Ada jugak dari pengalaman sendiri.. Tapi aku bukan la setiap minggu hadapi pengalaman seram. Aku pun tak ada masa sangat la nak pi join geng paranormal cari hantu semata mata nak penuhkan slot cerita seram kat blog aku ni. Dah beranak pinak ni.. Nak buat kerja kerja macam tu dah tak berapa sesuai sangat.

Sekarang ni nak ikuti kisah2 seram atau baca pengalaman orang yang pernah berdepan dengan perkara pelik, mistik atau berkaitan alam ghaib ni memang senang. Kalau yang rare sikit confirm la jadi viral.. Bila jadi viral penuh la kat news feed FB atau blog2 up story tu. Cepat tersebar & cepat la kita tahu.  Salah satunya  kisah anak patung berpakaian sutera & berenda dalam keadaan comot & mata di tutup di tinggalkan di tepi jalan bawah sepohon pokok tu je aku rasa macam aku terlepas pandang cerita tu. Katanya ada unsur2 mistik pada anak patung tu mungkin dah di serap sihir menggunakan anak patung tu. Nampak agak menyeramkan.. Kalau aku jumpa pun aku tak sentuh atau ambil. Kita tak tahu bersama anak patung macam tu ada apa. Untuk 7 lagi perkara & kisah seram & pelik pernah berlaku kat malaysia korang baca sendiri kat sini  >> 8 Perkara Menyeramkan & Pelik Pernah Berlaku Di Malaysia & menjadi Viral Di Media Sosial <<

Seseorang sedang melakukan ritual mungkin untuk mematikan sihir yang ada pada anak patung tersebut

Moral of the story.. walaupun ada antara 8 kisah ni kita tak tahu sejauh mana kebenarannya.. Tapi sekadar nak baca suka2 tak salah. Cuma jangan taksub jer tu yang tak berapa betul. Jangan sampai mempengaruhi kehidupan seharian sudah.

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL. Teknologi semakin canggih maka sihir pun ikut peredaran zaman jugak. Kalau dulu nak sihirkan orang.. depa guna pakaian, rambut,kukur atau apa2 berkaitan dengan orang yang nak di sihir termasuk gambar sekarang ni dah makin senang sebab mudah je nak dapat gambar sesapa sahaja yang nak di sihir melalui media sosial. Terutama perempuan la makhluk paling ghairah berkongsi gambar kat media sosial katanya. Asal dia nampak cantik, muda, jelita, remaja bagai gambar dia.. Tak sabar nak share nak dapat like & pujian bertalu talu walau caption dia 'aku hanya wanita biasa' padahal dia harap pujian luar biasa tu. hehehehe


Hak masing masing la kan.. Zaman media sosial ni bukan boleh tegur lebih2 satgi keluar statement 'dengki' & tak boleh tengok orang bahagia katanya. Jadi masing2 mula ambil sikap lantak kau la.. Yang terdedah dengan bahaya kau, bukan aku. Yang nak hadap sengsara kalau jadi apa2 pun kau. Berani buat, pandai pandai tanggung la yer...

Tapi aku just nak share satu kisah yang aku baca ni... Katanya seorang isteri tetiba buat perangai lari ikut jantan lain walaupun masa tu rumahtangga dia tak ada apa2 masalah malah masih mesra. Semua tu akibat perbuatan sihir dari kawan di Facebook. Yelah.. nak dapat gambar orang sekarang bukan susah pun,semudah kau clik pada gambar kemudian save lepas tu pergi print dah dapat.


Ada orang ambil gambar selfie muka sendiri salah satu cara dia nak tunjuk bakat dia dalam seni photography katanya.. Jadi dia rasa tak salah la nak tunjuk hasil selfie dia pada orang lain. Konon dia berjiwa seni la padahal orang yang betul2 berjiwa seni adalah orang yang macam ni >> Jika Anda Ada 14 Perkara ni Confirm 100% anda berjiwa seni << Bukan hanya rajin selfie & upload gambar kat media sosial je dah membuktikan jiwa seni anda, ok!

Jadikan peringatan buat mereka2 yang rasa nak ambil perkara tu sebagai langkah keselamatan awal. Bagi yang rasa mungkin mereka kebal dari segala sihir takpe teruskan la apa yang korang rasa bahagia & selesa. Yelah.. bukan semua orang pasti kena sihir kan.. Aku dulu pun selalu upload gambar kat media sosial tapi tak pernah kenal sihir pun. Yelah.. yelah.. cuma tu la mencegah itu lebih baik dari merawati. Takde la sampai penuh darussyifa orang menunggu nanti.. hehehehhe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com