NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN
Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang.Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau.
Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam - macam jenis nama. Ada awang katu, mat jepun, tom bade, Mat dayak,.. aduhai banyak sampai tak terhafal. Tu antara nama - nama gelaran yang biasa dengar kat kampung Sang Lekit. Pada mulanya gelaran itu di cipta mungkin dari ejekkan berdasarkan sifat & sikap seseorang tapi bila dah melekat sampai kemati pula orang hanya lebih kenal nama gelaran dari nama sebenar beliau.
Apa yang menjadi aibnya bila nama gelaran tu di jadikan bahan ejekkan pada kaum keluarganya yang lain. Macam kalau bapak dia nama mat dayak.. bila orang jumpa si anak & nak menyakat di gunakan nama gelaran si bapak bagi mengusik si anak. Mengusik kadang - kadang pun menyakitkan hati apatah lagi memang tujuan seseorang memang nak sakitkan hati. Bila di luar kampung bertembung pun masih di ejek macam tu.. Pasti mendatangkan malu. Bila dah malu.. Jadi la aib. Sebab kadang - kadang kaum keluarganya bila tahu si bapak or ibu or sesiapa sahaja dari golongan ahli keluarganya yang mempunyai nama gelaran yang pelik, aneh & memalukan.. pasti taknak orang lain tahu. Tapi bayangkan kalau kita tengah lepak dengan kawan - kawan kat luar.. terserempak pula dengan orang kampung tiba - tiba datang tegur & bertanya.. "Ni anak Mat Dayak ker??" Tak banyak sikit pun mesti la tebal muka, kan? Lain la nama gelaran bapak dia Pak engku walhal takde salasilah keturunan di raja pun, mesti rasa ok jer kalau orang nak sebut nama gelaran si bapak tu kat mana2 or dengan siapapun, kan??
Salah satu perangai/sikap/sifat orang kampung yang Sang Lekit tak berapa nak berkenan itulah dia. Suka sangat memberi orang gelaran - gelaran yang memalukan. Mungkin di bandar/pekan/kota pun ada yang mengamalkan cara yang sama tapi rasanya ia bermula dari kampung juga.
Apapun berpada - pada la dalam menggelarkan orang. Jangan sampai memalukan & mengaibkan. Sebab nama gelaran ni bila kita sentiasa biasakan menyebut akan melekat lekit sampai ke mati. Walau dah mati pun nama itu tetap hidup tau.
Ini cuma pandangan peribadi sang lekit sahaja tidak merujuk mana - mana pihak, individu mahupun blog atau blogger. Terpulang pada anda untuk mengkategorikan entri ni sebagai pandangan, mengumpat atau menjatuhkan orang lain. Tu hak anda.. namun dengan akal yang ada harap di gunakan untuk membuat penilaian.