NAMA NAMA GELARAN JIN DALAM ISTILAH MELAYU
NAMA NAMA GELARAN JIN DALAM ISTILAH MELAYU. Orang melayu ni antara bangsa yang pakar bagi gelaran atau nama timangan tak kira la pada sesama manusia mahupun golongan jin. Kalau kat kampung tu tak payah nak terkejut sangat la kalau hampir setiap penduduk kampung tu ada nama gelaran dia tersendiri. Kadang2 depa lebih kenal seseorang tu dengan nama gelaran sebab tu kalau orang luar masuk kampung cari orang kadang2 susah nak jumpa kalau hanya berbekalkan nama sebenar ni.Gambar sekadar hiasan |
Tu contoh kampung aku la. Kampung orang lain tak tau la kan.. Mungkin kampung korang jenis penduduknya memang guna nama penuh siap bin & bintik tak tau la kan.. Hehehehehe.. Tapi kebanyakkan orang melayu ni memang suka guna nama gelaran. Tapi bukan aku nak cerita nama gelaran orang2 kampung aku kat sini. Malas la nak buka pekung di kampung katanya. Tapi sebagai blogger yang bertemakan cerita seram,mistik & misteri ni malam ni mari kita berkenalan jin dalam istilah orang Melayu.
Jin ni tak jauh beza sangat macam manusia. Depa pun ada nama, ada keturunan & spesis berpuak puak jugak. Jadi manusia yang suka berpuak puak tu tak ada beza la dengan jin. Jadi kalau perangai tak berapa manusia tu tak payah terkejut la mungkin dia ada bau bau bacang dengan jin. Jin jugak ada berbagai bagai loghat & bahasa. Maybe sebab tu kalau orang di rasuk jin tetiba boleh cakap bahasa asing. Ada ulama membahagikan jin kepada beberapa kumpulan.. Antaranya adalah...
Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasik, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
Macam manusia jin pun ada pemimpin & kerajaannya sendiri. Tapi tak tau la jin ada parti politik & piliharaya ke tidak. Antaranya kerajaan Jin adalah..
1. Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
2. Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
3. Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
4. Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.
Tapi dalam istilah orang melayu mereka menggelarkan jenis jenis jin ni mengikut macam mana rupa jin tu menjelma. Macam biasa orang melayu akan menggelarkan jin sebagai hantu. Kira sir name semua jin jin yang ada ni dorang namakan sebagai hantu. Antara gelaran jin yang popular dalam istilah orang melayu adalah..
1.Hantu Raya
2.Hantu Toyol
3. Hantu Pelesit
4.Hantu Kubur
5.Hantu Jerangkung
6.Hantu Galah
7.Hantu bungkus
8.Hantu Bidai
9.Harimau Jadian
10.Hantu Pontianak
11.Hantu Langsuir
12.Hantu Air
13.Hantu Pari
14.Hantu Laut
15.Jin Tanah
16.Hantu Pochong
17.Hantu Pari-Pari
18.Jembalang Tanah
19.Hantu Polong
20.Harimau Penanggal
21.Hantu Bukit
22.Hantu Punjut
23.Hantu Bawah Tangga
24.Hantu Kum-Kum
25.Hantu Mati Dibunuh
26.Hantu Kopek ( Tetek )
27.Hantu Tengelong
Jadi yang mana tak pernah berkenalan dengan jenis jenis jin dalam gelaran orang melayu tu selamat berkenalan la. Orang melayu ni memang pakar memberi gelaran jadi tak pelik la jin pun depa bagi nama gelaran. Bukan je jin malah haiwan pun ada nama gelaran mereka yang tertentu.
Moral of the story.. apapun gelaran depa tetap jin. So tak payah la nak buat spekulasi hantu ni dari benda tu benda ni bagai..
Sumber : Ruqyah Rawatan Islam Alternatif