Showing posts with label pengkid. Show all posts

SUAMI MENGANDUNG SEBAB BERPERWATAKKAN SONGSANG

Orang baca tajuk entri pun pening nak paham. Aku nak buat tajuk entri tu pening jugak. Hahahahaha.. Yelah, apa ke maksud suami mengandung sebab berperwatakan songsang ni?? Takpe.. takpe.. jangan panik bagai dunia nak kiamat even tu salah satu tanda kiamat, kejab lagi aku jelaskan kat korang yer...

Sumber google

tengah malam semalam terbaca post dari page Harian Metro pasal 1 pasangan konon pelik tapi sebenarnya aku tak rasa pelik pun. Tak rasa unik atau Wow pun dengan kejadian tu. Rasa geli tu maybe ada jugak. hahahaha.. Sepasang suami isteri.. yang si suami mengandung anak hasil hubungan mereka. Suami mengandung?? Sebab caption dia Bapa tu yang buat orang pelik. Bapa adalah gelaran pada lelaki yang bakal atau dah ada anak.. Lelaki mana boleh mengandung. Dia takde fungsi @ organ yang membolehkan dia mengandung even dia tukar jantina sekalipun.

Sumber Harian Metro

Apa yang berlaku pada pasangan ni hanya kerana mereka berpewatakan songsang bukan mereka melakukan hubungan songsang yer... Bagi aku hubungan dorang tak songsang.. sebab lelaki berkahwin dengan perempuan. Cuma perwatakkan mereka jer yang songsang. Yang patut jadi bini berpewatakkan suami, yang patut jadi suami berpewatakkan isteri tu yang nampak macam songsang. Bila yang berlagak macam lelaki kemudian mengandung.. semua orang nampak pelik la macam si suami yang mengandung padahal yang mengandung tu sebenarnya perempuan tapi berpewatakkan lelaki jer.

Itu apa yang aku agak dalam kisah dorang ni sebab harian metro blur artikel tu. Biasa la.. taknak artikel dorang di plagiat sebelum surat khabar di jual. Tapi dari tajuk berita tu rasanya 90% kisahnya camtu la. Mustahil la kalau di lahirkan dengan organ2 lelaki boleh mengandung. lelaki mana ada rahim.. ye dak?? Kalau lelaki bernama Rahim ada la, kan??

Moral Of The Story.. jadilah seperti apa yang Allah jadikan jangan nak mengubah ciptaan Allah sehingga merosakkan sesuatu yang dah cukup sempurna.


MAK NYAH & PENGKID BAKAL DI PENJARAKAN??

Tu dia... Tindakkan tegas bakal di usulkan pada golongan berpenampilan & berpewatakkan songsang sampai nak kena penjara. Bunyi macam kejam tapi entahlah.. kalau takde tindakkan tegas masalah ni akan jadi semakin serius.. kalau sampai nak kena sumbat golongan macam ni dalam penjara rasa dorang tak buat kesalahan yang melanggar undang2 negara tapi kalau melanggar hukum agama memang ye la..


Den nak cakap lebih pun den ni bukan ahli pakar hukum hakam.. Tapi dari hati seorang manusia rasanya memenjara golongan songsang macam ni bukan satu tindakkan yang terbaik sedangkan golongan macam ni apa yang lebih penting adalah pemulihan. Macam orang menangih dadah.. tempat depa kat pusat pemulihan dadah. Kalau golongan songsang camni elok la letakkan mereka di tempat pemulihan akhlak.


 Sumber HarianMetro

Tak perlu letakkan mereka dalam penjara & bila keluar dapat title banduan. Cuma perlu kita beri didikkan & sokongan untuk memulihkan golongan macam ni. Sebenarnya baca tajuk berita je sebab cerita dia metro kedekut nak share. Takut blogger plagiat la tu.. tapi apa yang den tulis kat atas tu sekadar pandangan peribadi den jer merujuk kepada tajuk akhbar bukan dari cerita di sebalik tajuk tu. Cerita dia tak tau lagu mana... tapi kalau betul nak kuatkuasa mak nyah & pengkid di penjarakan.. elok la di fikirkan semula kesannya. Kalau ada salah tang mana2 pandangan den ni.. tegur la secara berhemah.

P/s : kang ada pulak tuduh den penyokong LGBT. Bukan den sokong golongan depa ni tau.. tapi PENJARA tu bagi den bukan hukuman yang terbaik sedangkan golongan macam ni kategori rosak akhlak & ada krisis identiti jer. Jalan yang terbaik adalah pemulihan..

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com