Showing posts with label youtube. Show all posts

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN..

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN.. Kecoh pasal seorang youtuber yang berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan untuk filem pertama dia. Actually saya tak tengok filem tu sebab saya tak melanggan astro. Kalau saya langgan astro pun saya tak pasti saya akan beli filem tu untuk menonton. Kat youtube pun saya tak follow drama drama spontan dari video yang di hasilkan bersama 2 pelakon dari golongan istimewa. Tak juga saya memandang rendah pada kemampuan golongan istimewa berlakon sedangkan saya pun ada anak istimewa juga.

Dulu saya banyak buat review filem filem seram yang saya beli sendiri DVD (original) & Tonton. Kalau yang selalu baca review filem di blog saya mesti perasan saya banyak kritik filem metrowealth. Totally memang jenis filem asal siap. Pelaris dia biasa la pelakon cantik & hensem even macam tiang letrik baca dialog pun tak apa. Sebab David Teo ni orang bisnes. So apa di hasilkan semua mesti untuk keuntungan. Berbeza dengan orang seni. Depa hasilkan seni. Contoh macam Arwah Yasmin Ahmad. Kualiti filem dia tak kira la filem pendek sekalipun memang tak pernah mengecewakan. Seni dia cukup halus mampu menusuk ke kalbu ok.

Bagi saya filem adalah filem di mana perlu ada nilai seni nya. Orang menonton bukan sebab support golongan tertentu untuk kelangsungan hidup atau apa.. Nak buat filem siapapun boleh buat kalau ada duit tapi nak menghasilkan satu karya seni tu bukan semua orang ada bakat & kepakaran. Sebab tu ada orang sanggup menghabiskan masa & wang untuk mendalami ilmu seni ni sebab mereka nak hasilkan karya yang mahal. Mahal bukan kata jumlah kutipan hasil tayangan tu banyak.. Tapi sarat dengan nilai seni yang bila mana orang tonton akan terasa bagai ada dalam setiap watak tu. Dan orang boleh menonton lebih dari sekali. Setiap kali tengok orang boleh lagi menjiwai.. Tu baru di namakan filem berkualiti.

Antara filem yang saya rasa mempunyai nilai seni yang tinggi selain filem karya arwah Yasmin Ahmad.. Filem Layar lara, Spinning Gasing, Puteri Impian I & II, Sayangku salmah. Tu antara filem yang saya ingat.. Ada lagi la beberapa filem melayu yang saya rasa berkualiti & layak di panggil Filem. Selebihnya saya suka tengok filem seram je. Filem seram pun saya ada expectation saya sendiri juga. Takat filem seram dari metrowealth memang tak banyak la yang menepati expectation saya. Kebanyakan kalau campak kelaut pun ikan mati meroyan tengok filem tu. kekekekekeke

Pasal Filem youtuber tu macam saya kata saya tak tengok tapi baca review. Ramai kata standard macam video dia buat kat youtube je. Video dia kat youtube pun saya tak follow. Pengarah & penerbit filem tu pun kata sasaran cuma untuk orang orang atau peminat dia yang memang dah dok follow video video pendek dia kat youtube. So hangpa kalau rasa hangpa punya citarasa tinggi tu tak payah la tengok satgi hangpa meroyan pulak. Yang biasa tengok video video dia kat youtube & terhibur mungkin bagi mereka filem tu memang di tunggu tunggu.. So tonton lah.

Cuma tu la bila buat filem asal siap.. buat filem cuma mempertaruhkan populariti dari pelakon.. Atau memang dah ada publisiti kat social media semata mata untuk meraihkan keuntungan ia membunuh industri juga la. Tengok la Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia tapi karya karya Malaysia takat mana je boleh jual. Indonesia pun tak lepas sangat. Setakat box office dalam Malaysia je la tapi di luar tak sapapun kenal. Nak kembalikan kegemilangan filem filem melayu macam zaman Allahyarham P.Ramlee tu nampak masih jauh. 

Bagi saya.. tetap dengan citarasa saya. Nak tengok filem yang betul betul filem.. Filem dokumentari pun saya tak berapa minat. Saya memang suka tengok filem cereka tapi bukan filem yang maybe macam filem youtuber tu buat la. Setakat layan santai santai kat youtube tu boleh la.. kalau video macam kat youtube di angkat menjadi sebuah filem & konsep pun sama.. Setakat ni bukan citarasa. Tapi tak salah dia nak mencuba.. baca pun kutipan meletap letop bermakan ramai yang tonton la tu. Setakat sorang dua orang macam saya ni tak la menjatuhkan sangat filem tu kan... kekekeke

Apapun ni pendapat peribadi saya sahaja tidak di wakili mana mana pihak. Tak salah kan nak bagi pendapat. Kalau salah juga, saya mohon maaf kerana citarasa saya tak mampu memuaskan hati anda. Peace Yo!


INILAH 4 ARTIS YOUTUBE MALAYSIA PALING POPULAR

INILAH 4 ARTIS YOUTUBE MALAYSIA PALING POPULAR. Sekarang ni nak jadi retis..op's artis. Sebut retis nanti Fizo omar marah dia kata macam menganjing kalau sebut retis.. Sambung balik cerita artis youtube. Nak jadi artis sekarang tak perlu keluar TV, pawagam bagai.. Anda boleh jadi selebriti hanya dengan mempopularkan diri dia youtube. Kadang2 populariti artis youtube ni lebih dari artis yang muka dok keluar tv tu. Kalau depa buat video yang ada unsur lakonan untuk menyampaikan mesej.. Lebih talent dari heroin drama Cinta Si wedding Planner tu.

Sumber Google

Sebab bakat depa bukan ada sapa yang cungkil tapi depa ketengahkan sendiri di alam maya. Alam maya ni kalau apa yang kau persembahkan tu best memang la jadi viral. Tak perlu publisiti dari media cetak atau elektronik. Tu baru kategori bakat semulajadi bukan macam pelakon2 baru yang bersepah dalam drama melayu sekarang ni.. Bakat semulajadi tak ada yang ada bakat tak berapa menjadi jer.

Tapi antara 4 artis youtube Malaysia paling popular ni.. Kagum aku jugak dengan minah slamber seorang ni sebab dia satu satunya artis youtube wanita yang tersenarai. Dia selalu buat video2 dengan menggunakan loghat Utara. Dia memang slamber boleh berlakon komedi selain orangnya pun comel. Dia pun ada keinginan nak terlibat dalam bidang perfileman. Nak tahu siapakah dia meh tengok kat sini >> Pernah tak tengok video dari mana-mana YouTuber hebat ni? Awesome gile! <<

Nak jadi macam mereka? Cuba buat sesuatu yang menarik,kreatif & bermesej.. Insya Allah mungkin satu hari nanti hangpa pun boleh popular macam depa.

MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA

MACAM NI LAH RUPA BILA ARTIS CINA NYANYI LAGU SALOMA. Sesekali artis berbangsa cina nyanyi lagu raya Saloma ni macam best pulak kan.. Almaklum la lagu ni kategori lagu evergreen. Melodi & Irama dia sangat nostalgia. Bukan semua orang boleh bawa lagu lagu lama dengan baik walau orang melayu sekalipun apatah lagi yang bukan berbangsa melayu & cakap melayu pun masih ada slang2 cina gitu.


Aku pun reti jugak nyanyi lagu cina.. Kang Kuo Lai.. tapi tang kang Kuo Lai je la. Tapi ada satu lagu dari band lama 80an dari hongkong aku suka even aku tak reti nyanyi pun.. dari kumpulan beyond. Dulu siti nurhaliza pernah berduet satu lagu yang campur bahasa melayu & cina dengan seorang penyanyi cina.. Time tu pakat habis orang melayu reti nyanyi lagu cina. Yelah.. semua peminat siti nurhaliza pakat dok menghafal lagu tu. Aku tak ingat la tajuk lagu tu tapi popular era 90an kalau tak silap. Zaman Siti Nurhaliza tengah naik la time tu.

Tapi Kalau korang nak dengar macam mana bunyi bila artis cina & beberapa individu lain lagi nyanyi lagu saloma meh dengar kat sini. Jangan terkejut di hujung video ni korang akan dengar lain sikit hehehe >> Artis cina & beberapa Individu lain nyanyi lagu Saloma <<

Kesimpulannya.. kadang kita boleh nyanyi lagu dari bahasa lain walau kita tak tahu maksudnya pun sebab kita selalu terhafal bila melodi lagu tu sedap di dengar tapi bahaya jugak takut maksud tu sesuatu yang bercanggah dari ajaran Islam. So, nak sebut apa2 perkataan dalam bahasa yang kita tak faham selidik dulu apa makna perkataan yang kita sebut.

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT

JANGAN TENGOK TRAILER GOODNIGHT MOMMY KALAU PENAKUT. Ni yang buat jiwa puaka aku memberontak ni. Dah la tak habis sesi pemburuan.. Dah datang hantu hantu baru. Tak tercapai tangan & poket nanti. Kiranya trend seram belum lagi habis.. Tak kira di Malaysia mahupun luar negara masing2 berlumba nak buat filem seram. Yang sakit jiwa orang2 macam aku la.. Nak tengok wayang tak boleh.. Dok kuatkan iman je tunggu sampai dvd keluar. Kalau Ah Lang Nun memang cepat tapi tu la.. 2 dvd filem omputih aku beli baru2 ni dua2 ada suara misteri yang tak ada kena mengena dengan filem tu. Nampak sangat kualiti rakam sambil menonton dalam pawagam.


Terbaca pulak kat Astroawani satu filem baru Australia, Goodnight Mommy yang katanya Trailer pun dah seram sangat. Ramai yang tak sabar tunggu filem tu keluar panggung. Aku je tak sabar filem tu keluar dalam bentuk dvd. Yelah.. Nak tengok wayang tak sesuai la nak berangkut anak aku. Malas dah nak explain sebenarnya tapi tu la bosan pulak orang asyik suggest bagi orang tu ni jaga kejab.. Kami laki bini memang takkan tinggalkan anak kami untuk orang lain jaga semata mata nak pergi berseronok.

Sumber Astroawani

Konar balik cerita pasal trailer filem Goodnight Mommy ni.. Dah kata seram sangat aku pun nak tengok jugak la kot2 trailer ni mampu buat aku tutup muka dengan bantal. Ok la not bad suspend jugak la even belum tahap mampu buat tutup muka dengan bantal. Kiranya trailer tu pun berjaya jugak menghasut aku untuk tengok filem tu nanti. Korang nak tengok jugak ke? Meh la tengok kat bawah



Moral of the story... Pada penggemar filem seram macam aku, sapa tengok dulu sila share seram ke tidak. Tapi rilex belum keluar panggung ok apatah lagi astro first.


MASIH INGAT VIDEO KISAH CINTA BUDAK TAN HONG MING & UMI QAZRINA

Dah masuk bulan Ogos ni kita sedia maklum bulan apa kan? Ye betul jugak bulan kelahiran aku tapi bukan hari ni tau... Yang aku nak cerita ni bukan pasal date of birth aku. Aku nak cerita pasal lain. Bulan Ogos ni semua rakyat Malaysia sedia maklum bulan kemerdekaan.. Apa kena mengena dengan bulan kemerdekaan dengan kisah cinta kanak2 yang bernama Tan Hong Ming & Umi Qazrina ni??

Mesti ada yang dah lupa tapi ramai yang masih ingat satu video iklan petronas sempenda kemerdekaan yang ke berapa aku tak berapa ingat yang di hasilkan hasil wawancara seorang kanak kanak sekolah rendah tak sure pulak aku depa umur berapa. Bermula dengan interview Tan Hong Ming & tanya pasal budak perempuan yang dia suka. Tapi dia ingat budak perempuan tu tak suka dia.. Tapi bila interview Umi Qazrina baru dia tahu Umi Qazrina ni anggap dia boyfriend. Sweet sangat cinta monyet dua budak ni... lebih senang korang tengok video kat bawah ni lah... refresh balik.



Tu wajah masa budak.. tapi sekarang dah pakat2 jadi anak teruna & anak dara dah. Masing2 ensem & lawa budaknya tapi tak tau la cinta monyet depa ni masih wujud lagi ke tak? kekekekekee

Sumber FB

Apapun video iklan ni antara karya terbaik arwah Yasmin Ahmad. Aku antara pengemar kebanyakkan karya karya arwah ni. Jarang mengecewakan iklan atau filem hasil air tangan Yasmin Ahmad. Sarat dengan mesej & jalan cerita yang sangat menarik. Apapun moga roh beliau tenang & aman di sana. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah...


INILAH DUA SAUDARA KEMBAR SULTAN MELAKA

Mesti ramai yang terkejut kan? Tak sangka Seorang Insan yang tiba2 popular mengaku dirinya Sultan Melaka dimana negeri melaka dah lama tak bersultan ada kembar seiras. Bukan sorang tapi dua orang sedara kembar dia. Kembar tiga Uolls...

Sumber google

 Mesti yang nak tengok siapa kembar2 Sultan Melaka ni kan?? Jeng jeng jeng....
 


Abang Ensem : Seorang blogger & pakar bidang hartanah.. & popular jugak orangnya
Abang Senyum : Dulu popular dengan video senyuman menggoda dia
Sultan Melaka : Semua pun tahu siapa dia kan?

Mereka kembar lain mak bapak. Hahahaha... dua dari Malaysia & lagi sorang dari Philiphina kalau tak salah info. Mungkin ni la yang orang cakap kita ada 7 orang dalam dunia ni yang muka nak sama.. Sultan Melaka, Abang Ensem & Abang Senyum dah jumpa dua.. kena cari lagi 5 lah. kekekekeke

Hahahaha.. Jangan marah Uolls.. Hari Rabu kena buat entri santai santai even tak berapa wordless sangat. Blog melekit tak boleh nak wordless sangat nanti tuan punya blog rasa macam cacat. Paling tak dia kena jugak membebel sepatah dua kata...

P/S : Muka depa memang ada iras2 jugak kan selain style misai tu. Hahahahaha. Jangan marah yer semua. sekadar mengusik manja


VIDEO BLOGGER LUCAH NAK BUNUH DIRI

Alvin & vivian.. sapa tak kenal dalam dunia blog memang dorang jenis setahun sekali je kot bukan blog. Blogger yang menjadikan kisah sex dorang sebagai bahan cerita dalam blog.. mencetus kontroversi yang hangat. Pernah di tangkap sebab di tuduh menghina umat Islam dengan muat turun ucapan berbuka puasa dengan daging babi. Semua orang tahu kan kes hot & spicy dorang.

Terbaru.. dorang muat turun video bertajuk regret.

 Sumber Sinar harian

R.I.P la kalau betul nak bunuh diri. Apa lagi ucapan yang paling manis kan boleh bagi. Sendiri yang cari pasal.. sendiri tanggung la. Tu la terlampau open minded sangat sampai yang tak sepatutnya open untuk tontonan umum pun nak open. Tak kira la kau bangsa apa.. agama apa.. tapi semua bangsa & agama pun ada nilai2 murni yang harus di pratikkan dalam kehidupan seharian. Takde bangsa & agama yang pandang perbuatan ko tu tidak memalukan & bermoral. Jadi kau tak boleh rasakan apa yang korang buat tu tak salah sedangkan ramai yang menganggap ia salah. Kalau korang nak tengok video nye.. kat bawah ni



Kalau umur panjang hope dua insan bercinta ni berubah la kearah yang lebih baik. Hidup la seperti manusia normal. Tak perlu jadi luarbiasa sangat sebab kita semua manusia biasa jer.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


SYURGA BUKAN UNTUK ORANG TUA

Orang muda je ke masuk syurga?? Orang tua2 yang baik2.. beriman.. bertakwa.. ikut suruhan Allah, tinggal segala laranganNya.. Mati dalam keadaan beriman semua pergi mana lepas mati kalau syurga hanya untuk orang2 muda jer??

Jangan panik yer semua makcik2 & pakcik2 warga emas atau yang rasa mereka2 bakal menjadi atuk2 & nenek dalam usia emas. Kita baca dulu sampai ke titik noktah akhir..

Alkisah semalam sambil baring2 sementara tunggu mata nak pejam.. sambil2 tu en asben kita dok dengar ceramah ustaz azhar idrus kat youtube. Dia memang rajin dengar ceramah kat youtube. Kadang2 ceramah ustaz kazim elias.. kadang2 ustaz azhar idrus.. gitu la rutin sebelum tido kalau dia tak layan game atau tengok video pelik gambar mayat kena postmortem ke hapa ke.. Dia buka kita tumpang dengar je.. Terdengar pasal Ustaz Idrus cakap.. Syurga bukan untuk orang tua sebab ada link dengan satu pertanyaan dari sorang hamba Allah yang anak dia suruh tanya kucing dia mati masuk syurga ke tak. Bab kucing tu.. korang nak tau jugak ke. Takde haiwan yang masuk syurga tapi ada haiwan dalam syurga. Haiwan tak masuk syurga atau neraka. Nak lebih info korang google yer..

Carian Google
Kembali ke topik asal.. kenapa takde orang tua masuk syurga?? Wah.. ini tidak adil.. tidak adil.. (nyanyi dalam version lagu yuna yer untuk dapat effect lebih dramatik.. kekekeke). Apa yang Allah jadikan & putuskan adalah seadil adilnya.. Tiada syurga bagi orang tua adalah kerana semua manusia yang layak masuk syurga bila berada di dalam syurga semuanya akan jadi muda2 belaka.. Menurut apa yang sang lekit dengar dari ceramah ustaz azhar idru,  yang lelaki bila berada dalam syurga umur mereka lingkungan 30an.. Biasa la lelaki 30 tahun la paling laku & Perempuan pula lingkungan 17 tahun. Sebab apa dalam syurga perempuan semua berumur 17 tahun.. Menurut apa yang sang lekit dengar semalam.. Perempuan dalam umur 17 tahun itulah sedang berkembang aset tubuhnya dengan cantik termasuk rupa. Jadi wanita2 dalam syurga semua akan jadi cantik & muda & lelaki juga hensem bergaya gitu.

Jadi yang dah melangkah usia emas.. yang dok meniti ke usia emas atau yang rasa dia mungkin akan hidup sehingga usia emas jangan sesedih lagi tau. Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk hari ni. Semoga memberi manafaat kepada kita semua.


BOBO PEWARIS CIKGU SHIDA

Cikgu shida dah ada pewaris?? Bila cikgu shida kawen? Bila ngandung? Bila bersalin?? Semua mesti terkejut kan?? Bagi yang dah lupa cikgu shida siapa mesti tertanya tanya jugak kan??

Cikgu shida pernah mencetuskan fenomena dengan video miming dia kat youtube dulu ingat tak?? Pernah keluar tv radio majalah suratkhabar. pernah popular jugak kat blog melekit satu ketika dulu dengan macam2 kontroversi dengan status2 panas dia?? ingat tak?? tak ingat jugak.. korang google je cikgu shida nanti korang kenal la dia.

Berbalik cerita pewaris cikgu shida.. siapakah dia?? Cikgu shida masih kekal dengan status single & anak dara mustahil dia ada anak kan.. Jadi siapakah pewaris cikgu shida ni?? Hahahahaha.. jeng jeng jeng.. BOBO.

Kenal bobo?? budak laki yang mencetuskan fenomena dengan video parody lagu sayang nyanyian penyanyi seberang shae tu la. Alah.. yang suka buat video menari sambil duduk tu. Ada satu video miming dia lagu dangdut yang gelek sambil duduk tu paling sang lekit rasa.. aduhai la budak. kenapa la dengan kau ni?? hahahahaha

Hari kat sinar harian ada cerita pasal budak bobo ni..

Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.(untuk artikel penuh sila clik  Sinar Harian )


Bukan la dengki dengan Bobo mahupun cikgu shida atas tahap ketidakmaluan mereka tampil berani dengan video2 miming macam tu.. tapi kan, orang yang waras & berfikiran matang ni memang takkan buat benda2 yang memperbodohkan diri semata mata nak dapat perhatian ramai. Bukanlah nak kata depa ni tak malu.. tapi orang yang malu takkan buat apa yang depa tu buat, kan??

 Cikgu Shida VS Bobo agaknya sapa yang akan lebih berjaya selepas mencetuskan fenomena dengan video parody/miming di youtube. Fenomena cikgu shida dah semakin berakhir.. Bobo tak tau takat mana boleh pergi.

Kalau media dok highlight benda2 tak hairan la lepas ni akan muncul lagi banyak makhluk yang akan merakam video yang memperbodohkan diri sendiri. Tak di nafikan aku pun tergelak jugak bila first time tengok video sayang dari bobo ni.. tapi bila makin banyak dia buat video gedik macam tu rasa macam budak ni memang suka menampakkan diri dia macam tak normal semata mata nak popular.

Moral of the story.. Berfikiran terbuka tak semestinya sampai hilang kemaluan diri. Sekian makaseh!


** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com