SYURGA BUKAN UNTUK ORANG TUA

7/17/2013 03:58:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Orang muda je ke masuk syurga?? Orang tua2 yang baik2.. beriman.. bertakwa.. ikut suruhan Allah, tinggal segala laranganNya.. Mati dalam keadaan beriman semua pergi mana lepas mati kalau syurga hanya untuk orang2 muda jer??

Jangan panik yer semua makcik2 & pakcik2 warga emas atau yang rasa mereka2 bakal menjadi atuk2 & nenek dalam usia emas. Kita baca dulu sampai ke titik noktah akhir..

Alkisah semalam sambil baring2 sementara tunggu mata nak pejam.. sambil2 tu en asben kita dok dengar ceramah ustaz azhar idrus kat youtube. Dia memang rajin dengar ceramah kat youtube. Kadang2 ceramah ustaz kazim elias.. kadang2 ustaz azhar idrus.. gitu la rutin sebelum tido kalau dia tak layan game atau tengok video pelik gambar mayat kena postmortem ke hapa ke.. Dia buka kita tumpang dengar je.. Terdengar pasal Ustaz Idrus cakap.. Syurga bukan untuk orang tua sebab ada link dengan satu pertanyaan dari sorang hamba Allah yang anak dia suruh tanya kucing dia mati masuk syurga ke tak. Bab kucing tu.. korang nak tau jugak ke. Takde haiwan yang masuk syurga tapi ada haiwan dalam syurga. Haiwan tak masuk syurga atau neraka. Nak lebih info korang google yer..

Carian Google
Kembali ke topik asal.. kenapa takde orang tua masuk syurga?? Wah.. ini tidak adil.. tidak adil.. (nyanyi dalam version lagu yuna yer untuk dapat effect lebih dramatik.. kekekeke). Apa yang Allah jadikan & putuskan adalah seadil adilnya.. Tiada syurga bagi orang tua adalah kerana semua manusia yang layak masuk syurga bila berada di dalam syurga semuanya akan jadi muda2 belaka.. Menurut apa yang sang lekit dengar dari ceramah ustaz azhar idru,  yang lelaki bila berada dalam syurga umur mereka lingkungan 30an.. Biasa la lelaki 30 tahun la paling laku & Perempuan pula lingkungan 17 tahun. Sebab apa dalam syurga perempuan semua berumur 17 tahun.. Menurut apa yang sang lekit dengar semalam.. Perempuan dalam umur 17 tahun itulah sedang berkembang aset tubuhnya dengan cantik termasuk rupa. Jadi wanita2 dalam syurga semua akan jadi cantik & muda & lelaki juga hensem bergaya gitu.

Jadi yang dah melangkah usia emas.. yang dok meniti ke usia emas atau yang rasa dia mungkin akan hidup sehingga usia emas jangan sesedih lagi tau. Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk hari ni. Semoga memberi manafaat kepada kita semua.

3 comments:

  1. teringat kisah seorang tua berjumpa rasulullah saw... diringkaskan cerita, org tua tersebut bertanya kepada rasulullah, "bagaimanakah rupanya penghuni-penghuni syurga kelak.." rasulullah menjawab "di dalamnya semua muda-muda belaka"... maka hampalah org tua itu... rasa sia-sia ibadahnya... lantas rasulullah menyambung... "di dalam syurga kelak, semua penghuninya dibangkitkan dalam usia yang muda belia, tidak kira ketika wafat usia mereka tua atau muda..."

    mcm tu la lebih kurang ceritanya..

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy lala..

    alhamdulillah..tenkiu utk perkongsian ni..

    tertarik dgn komen brader sam tu :)

    ReplyDelete
  3. nanti dlm syurga semua jadi muda belia, harap2 dapat la, ngeri bila pikirkan azab neraka

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com