Showing posts with label masak lemak. Show all posts

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN BERSAMA NENAS. Masuk tahun 2020 blog lekatlekit jadi blog resepi je di awal tahun ni. Sementara nak warm up balik semangat berblog mengupas pelbagai isu semasa & isu isu sekeliling termasuk isu isu produk terutama kosmetik la. Yelah.. dah lama blog ni terumbang ambing bagaikan ombak di lautan sepi. Ada update tapi semakin jarang kan? So untuk tahun 2020 ni memang azam nak aktifkan balik blog lekatlekit macam tu.


Jadi sebagai merealisasi azam tahun 2020 ni meh la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit untuk belajar memasak masak lemak ikan masin bersama nenas. Actually den pun baru first time masak menu ni sebab den bukan pemakan buah nenas tak kira mentah ataupun dalam masakan. Tapi husband dia makan nenas.. dia makan kot bila di masak lemakan nenas tu. Yelah.. even kita tak makan sesuatu tu tak salah kita belajar cara memasaknya kan? Mana tau satu hari berguna..

Jadi kita terus la semak apa bahan bahan di gunakan

Buah nenas (saya guna 1/8 biji nenas sebab tak masak banyak)

Ikan kurau masin (2 pack yang RM3 tu. Rendam sekejab sebelum masak)

1 kotak kecik santan

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 Batang serai

1/2 keping asam keping

1 inci kunyit hidup (tak ada hidup kunyit serbuk pun boleh)

2 Biji cili kering (rendam dalam air panas atau rebus dulu)

Cara memasak

1. Blend/kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering, kunyit hidup & sebatang serai

2. Masukan bahan blend/kisar, asam keping & sebatang lagi serai yang di ketuk dalam dalam kuali masak biar sedikit pekat

3. Masukan ikan masin & nenas.

4. Masukan sedikit santan (jangan masuk semua 1 kotak) biar sampai mendidih

5. tambah baki santan yang ada & biar masak sekejab.

6. Rasa dulu kalau tak cukup masin baru tambah garam. Kalau terlalu pekat boleh tambah air. Kepekatan mengikut selera masing masing.

7. Kalau semua dah cukup masak & rasa tutup api & hidangkan.


tak la susah mana nak masak masak lemak ikan masin bersama nenas yang susah nak kupas kulit nenas tu bagi yang tak expert macam den ni. Ni pun baru pertama kali kupas kulit nenas sendiri. Boleh la tahan menyampah jugak la hahahaha. Tapi tak apa kita belajar dari pengalaman kan?

Apapun selamat mencuba resepi mudah sedap hingga menjilat pipi ni di rumah masing masing yer.

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI

RESEPI IKAN KEMBONG MASAK  LEMAK CILI API YANG ANDA TAK SANGKA SEMUDAH NI. Lama kan aku tak bertukar jadi cik minah gebu dapur sekangkang kera ni kan.. Bukan tak memasak kadang2 mood malas nak ambil gambar masakan.. Kadang2 masakan yang dah ada aku share resepi kat blog takkan nak tulis 2 kali resepi yang sama kan.. Nak2 lagi sekarang sibuk dengan In Law sakit bagai.. Cuma minggu ni rehat sekejab dua tiga hari dari berulang alik ke hospital cuma kirim makan kat suami je hantar kat Mak mertua.


Hari ni sebab nampak ada santan & serai dalam peti ais.. Ada ikan kembong. Kalau tak masak ikan & santan tu rosak kan.. Nak masak kari macam tekak tak rasa nak makan jer.. Jadi marilah kita melemak cili apikan dia.. Sebab malas nak kekedai.. so bahan bahan yang aku guna apa yang ada dalam rumah jer.. Antara bahan bahannya adalah..

Ikan Kembong
Santan
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Asam keping
Cili Padi
Kunyit hidup (kalau tak ada guna kunyit serbuk)

Cara nak memasak dia jangan terkejut ok.. Ni kategori kau campak2 jadi je. Memang senang sangat.

Mula2 blend/kisar Bawang Besar, Bawang Putih.Halia,Cili Padi,kunyit hidup & serai. Serai tu ada orang suka ketuk2 jer.. Tapi aku suka blend halus nanti kuah dia lebih pekat & sedap.. Yang tu terpulang pada pilihan masing2.

Lepas dah blender halus semua bahan.. Letak kuali masukkan bahan blend/kisar tadi bersama asam keping. Kalau ada daun kunyit boleh simpul campak jer dalam kuali tapi sebab aku tak ada stok jadi aku tak masukkan. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan. Biar dia masak sekejab masukkan ikan. Masak sampai ikan masak tutup api. Dah siap..

Masak lemak cili api ikan kembong

Walaupun simple percayalah sedap ok! Yang suka makan pedas boleh lebihkan cili api. Memang berasap telinga masa makan. hehehehe...

Jadi pada yang baru belajar masak atau penghuni rumah bujang nak jimat kos boleh la mencuba masak lemak cili api ikan kembong ni.

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com