BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA
BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA. Blogger sekarang memang dah ada kasta. Ada blogger kasta tinggi.. blogger tahap retis. Popular. Muka terpampang dalam majalah,akhbar,tv. Media sosial tak payah cakap la. Ada blogger tetap ada adalam arena blog tapi ada yang hanya menyerlah dalam dunia maya. Ada yang tak menyerlah cuma di kenali di kalangan blogger sahaja. Aku? Aku kategori blogger paling di benci la kot. hahahaha..Aku sebab kategori biasa je maka di sekeliling aku blogger yang macam aku jugak la. Seronok berkawan dengan mereka. Sebabnya kita tahu kita takde nama besar dalam blog jadi orang berkawan dengan kita bukan untuk kepentingan apa2. Cuma menyokong sesama sendiri tanpa ada niat tersembunyi. Berkawan dengan blogger biasa ni buat aku rasa sebenarnya mereka sangat luar biasa. Pengalaman bergaul dengan blogger biasa & dengan blogger terkenal serius blogger biasa lebih luar biasa semangat setiakawannya.
Bila di hentam kiri kanan.. mereka ada tetap bagi sokongan. Sokongan mereka hanya aku yang tahu. Orang lain tak nampak. Orang nampak semua orang macam tak menyokong aku padahal ramai je kawan2 blogger yang masih bersama aku. Terima buruk & baiknya aku. Aku selesa berkawan dengan blogger2 biasa. Bukan untuk nampak hebat di kalangan mereka tapi sememangnya bila bersama orang2 yang sama level dengan kita, lebih banyak keikhlasan dari kepalsuan. Secara logiknya kalau depa harap sesuatu dari menyokong aku.. aku bukan ada apa2 kepentingan pun. Nak bagi job.. aku sendiri pun bukan selalu dapat job. Rezeki dari blog banyak dari iklan2 nuffnang, chrup2, 8share, ads jer.. Bukan aku banyak dapat job yang boleh di kongsikan dengan orang lain pun. Popular.. lagi la takde. Pernah nampak blogger lekatlekit keluar tv? Majalah? suratkhabar bagai?
Terima kasih kawan2 blogger alam maya yang sentiasa menyokong jatuh & bangunnya saya yang tiada apa2 mampu menyumbang untuk anda. Walau kita tidak pernah berniat untuk memanjangkan hubungan ni sehingga di luar alam maya tapi kita tetap kawan. Tetap ada ikatan silaturrahim antara kita walau hanya dalam alam maya. Berbanggalah kita hanya blogger biasa sebab kerana kita blogger biasalah kita keikhlasan kita berkawan itu sangat luar biasa. Sama sama kita menaikkan sesama sendiri dalam dunia blog ni. Biarlah kita berada di level biasa asalkan kita sentiasa ada walau tak menyerlah jauh dari yang biasa. Kita masing2 ada komitmen lebih penting dari blog.. Jadi utamakan apa yang perlu di utamakan. Takpelah orang tak kenal muka kita at least blog kita masih ada dalam google search. hehehe