Showing posts with label kesihatan. Show all posts

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER

BEZA ANTARA BB CREAM, CC CREAM, DD CREAM & TINTED MOISTURIZER. Kalau tengok dari testur & warna bagi saya semua nampak sama jer macam foundation katanya. Saya pakai pun saya anggap fungsi semua tu sama jer sebab apa? sebab kurang knowledge la. Almaklum saya bukan expect untuk produk produk makeup cuma suka makeup tapi bukan pandai makeup. Main hentam tenyeh je kadang kadang tu.


Saya rasa ramai pun macam saya.. Jadi tak salah pun kita belajar basic basic berkaitan makeup yang maybe selalu kita guna atau selalu kita nampak di jual. Supaya kita lebih memahami fungsi setiap item atau produk tu.

Sebenarnya BB cream, cc cream, dd cream @ cushion & tinted moisturize ni semua ada base kepada makeup. Tanpa benda ni mungkin makeup kita macam tak sempurna juga la. Fungsi dia lebih kurang macam foundation jugak la kan cuma foundation ni banyak level coverage dia yang kita boleh pilih. Macam kalau muka kau tak banyak masalah atau cela.. boleh guna yang low coverage, atau muka korang maybe sikit2 je masalah guna yang medium coverage atau muka yang subur bagai di baja penuh parut jerawat ke hapa.. guna yang high coverage. Walaupun semua lebih kurang sama tapi fungsi tetap ada sedikit perbezaan.

BB CREAM
BB cream ni dia memang jenis low coverage. Lebih cair. Memang testur dia bukan Matte. Memang tak berapa berkemampuan nak tutup cela cela kat muka hangpa tu. bagi yang jenis suka makeup yang nampak natural & lite lite macam orang korea yang suka nampak natural je muka depa memang sesuai guna BB cream ni. Sebab ia lebih banyak kandungan skincare macam pelembab (moisturizer) & khasiat khasiat lain dalam penjagaan& rawatan kulit ni.

Keistimewaan dia.. Memang dia takkan kontra sangat dengan warna kulit korang. Sebab dia sejenis yang kita apply dia takkan mengubah warna kulit tapi kena pilih code warna yang padan dengan warna kulit. Normally dia di datangkan dalam 3 code warna. So untuk coverage BB cream bukan sejenis makeup yang mampu bagi coverage yang baik ia cuma sesuai bagi mereka yang suka makeup jenis nipis & tak heavy sangat.

CC CREAM
Dia macam BB cream cuma dia ada color corrector di mana berfungsi untuk menutup warna kulit kusam. Senang faham membetulkan warna kulit anda yang tak cantik & kusam tu ler. Mampu untuk tutup cela macam bintik bintik hitam ke, parut jerawat, pori bla.. bla.. bagai.

DD CREAM (CUSHION)
Fungsi dia sama lebih kurang macam CC Cream. Ada color corrector & mampu menutup cela pada wajah. Lebih kurang macam foundation jugak la DD Cream (Cushion) ni.

TINTED MOISTURIZER
Alah senang hangpa faham moisturizer yang jenis bewarna. Kira 2 in 1 la. Pelembab + foundation. Fungsi dia lebih kurang sama jer.

Kesimpulannya.. semua benda alah ni lebih kurang sama cuma beza samada full coverage atau low coverage je. Tapi BB cream, CC cream & DD cream kebanyakkan tak banyak pilihan code warna so kadang2 susah nak cari yang ngam dengan warna kulit. Bila kita pakai takde la nampak macam terlebih gebu sangat kan?

Tu secara ringkasnya yang boleh saya share. Nak tahu secara detail korang boleh tengok Video review Faiz Firdaus ni. Kalau korang sejenis peminat barang kosmetik & suka makeup elok follow dia. banyak juga tip2 memilih produk kosmetik yang Faiz share dia page dia. Semua tu pun ilmu tak salah pun kita belajar even kita tak guna untuk diri sendiri. Maybe boleh sampaikan kepada orang lain yang memerlukan.


Semoga info ni memberi manafaat kepada semua kaki kaki makeup atau mereka yang baru terjebak dalam arena menconteng arang ke muka sendiri hehehehe. Lepas ni korang tahu la nak cari make up base yang macam mana. Ikut keselesaan & keperluan kulit korang la. Yang penting pilih produk kosmetik yang selamat. Jangan beli produk tiruan, produk rebrand (OEM) yang beracun & elakkan beli produk yang ada bad reputation atau kontroversi. Senang cerita kalau banyak testimoni muka barang lepas guna jenama makeup sekian sekian.. Kau tak payah nak jadikan muka kau tikus makmal produk tersebut. Kat drugstore tu bersepah. Bukan international produk je ada.. Local produk & produk dari orang melayu pun ada contoh simply siti & sendayu tinggi. Tak ada alasan ka beli produk berisiko dengan alasan nak support bisnes bangsa melayu alih2 bangsa kau sendiri klepet jual produk beracun kat kau. Sebab produk beracun ni modal rendah.. almaklum guna ingredient sampah kan tapi kadang2 dia jual dengan harga nirrojim. Mengalahkan harga produk kat drugstore. Berbaloi ke kau bayar produk sampah dengan harga tambang pergi haji? tepuk dada tanya selera beb!

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN. Sekarang orang mula alert dengan masalah depression bila banyak kejadian bunuh diri & membunuh orang lain di sebabkan masalah depression ni. Tapi bukan semua orang faham depression tu apa. Kadang2 kita faham apa kita faham je tapi kita tak tahu apa sebenarnya masalah depression ni. Adakah satu disorder atau penyakit?


Sebenarnya eden pun bukan faham sangat masalah despression. Orang2 macam eden yang faham depression tu adalah masalah kemurungan yang melampau la. Tapi sebab sekarang banyak follow activist medic so dapat la info sikit. Tadi terbaca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang depression. Penjelasan dia bagi saya sangat simple & mudah di fahami orang kebanyakkan macam kita ni. Almaklum kita tak belajar medical katanya. Kenal panadol jer tapi kalau sebut paracetamol memasing dah tak tau pekebenda. Almaklum la diriku hanya insan biasa.. Bukan ada basic bidang perubatan.

Saya tak nak edit apa - apa penjelasan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan saya copy & linkan ke FB beliau sahaja... Takut edit kang salah fakta jadi salah faham pulak kan.

DEPRESSION VS CLINICAL DEPRESSION

Ini cerita pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)

Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.

Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.

Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa(mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah(cth: solat/puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat/puasa. Jika ia masih berakal, maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh dikategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU.

Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.

Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.

Malaysian Suicide Alert - MESRA

Semoga perkongsian ni memberi info tentang masalah depression. Jangan silap ok! Ada depression yang cuma kemurungan ada yang penyakit kemurungan. Penyakit kemurungan tidak boleh hanya di rawat dengan cara spiritual tapi kena di rawat dengan pakar jugak.

Moral of the story.. Kalau lihat orang2 terdekat kita menampakkan ciri ciri depression, bawa la berjumpa doktor. Mungkin di peringkat awal masih boleh di bantu. 

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK. Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan..


So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan pada pengguna yang dia pikiaq (fikir) Masyuk.. Banyak Masyuk.. banyak untung. Neraka? Lambat lagi nak mati.. Dah kaya raya sampai tak tau nak buat apa dengan harta yang ada esok, taubat la. Macam confirm nyawa dia panjang kan?

Benda ni bukan je salah dari segi undang2 malah salah dari segi agama juga tapi sapa yang kesah kan? Jadi kita sebagai pengguna la kena belajar & bijak. Jangan sampai di pijak pijak oleh pengeluar & pengedar produk yang misi depa memang nak kejar syurga dunia. Macam dok kata tadi.. Nak fikir syurga neraka katanya mati lambat lagi. Sempat nak taubat..

Antara penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan adalah..

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat Yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata

Yang paling banyak produk suka claim adalah boleh sembuh kanser, darah tinggi, kencing manis, Asma/lelah & yang claim paling popular dari produk ubat/supplement tradisional macam jamu adalah memulihkan masalah lemah seksual bagai. Kat situ dah terang terang satu kesalahan depa buat cuma kita ja sebagai pengguna atau seller bawahan ni mungkin tak tahu benda tu jadi satu kesalahan undang undang.


Paling penting yang kita kena makesure kalau produk yang bernotifikasi (ada nombor NOT KKM) itu hanya untuk produk kosmetik. So dia tak boleh sama sekali claim produk dia boleh merawat sebarang penyakit. Contoh ada skincare yang berasaskan krim hormon ni. Kalau cuma ber NOT KKM dia claim boleh rawat masalah dalaman bagai tu memang dah overclaim.

Untuk produk ubat macam jamu bagai tu.. Mesti ada no MAL KKM. Tapi tetap tak boleh claim boleh rawat & sembuhkan 20 penyakit kat atas tu yer. Memang boleh jumpa bersepah pengedar produk iklankan produk depa boleh merawat penyakit bagai.. Depa nak overclaim tu depa punya pasai. Kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya. Kalau rasa melampau sangat sila report kat sini http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jadi sama sama kita belajar. Saya pun sebelum serius banyak perkara yang tak tahu. Main review jer. Tapi bila berlaku musibah.. Secara tak sengaja saya banyak belajar tentang perkara ni. So apa saja info yang saya dapat dari mereka, Insya Allah saya akan kongsikan untuk kebaikkan bersama.

Moral of the story.. Syurga dunia memang untuk orang kaya. Ada orang sanggup merisikokan kesihatan orang lain untuk meraih kekayaan maka kita yang tak kaya yang obses nak cantik & sihat la kena lebih bijak. Ubah persepsi.. Miskin tak bererti boleh di buli & di perbodohkan.

CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE

CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE. Biaq betul hang ni lekatlekit Ooi.. hang guna krim yang terang terang pengedar dia dah declare memang ada merkuri. Dah tu tak daftar dengan KKM pulak. Lepas tu claim selamat.. Hang dah ting tong ka?


Insya Allah kami masih sayang buah pinggang & muka kami ni.. Takkan la kami nak tenyeh krim2 macam tu kan? Alkisahnya semalam kami terbaca satu conversation panjang kat satu group ni. Isu tentang 1 cream ni.. cream muka la bukan creamer untuk minuman tu. Amboi sempat dia nak loyar buruk tu... Ni kisah pasal skincare ok! hahahahaha

Banyak yang kata ok & ada juga yang memberi feedback negatif. Apapun krim tu memang tak berdaftar dengan KKM & di akui oleh someone katanya krim muka tu cuma ada 2% je merkuri. Katanya dia guna ok jer.. dia skip pun muka dia tak breakouts ka hapa. So dia claim sebagai krim tu selamat & memberi kesan yang memuaskan pada dia.


Seolah olah macam penggunakan merkuri dalam produk kosmetik ni di benarkan pulak. Yelah cara dia berkomen tu macam cakap alah.. 2% je pun merkuri. apa da hal?? Ok ok.. di sebabkan dia juga la den gigih mencari info berapa dos merkuri yang di benarkan dalam produk kosmetik ni. Apa yang saya dapat adalah...

Penggunaan merkuri di dalam kosmetik untuk pasaran tempatan tidak dibenarkan.

Jumlah kepekatan merkuri yang dibenarkan Agensi Regulatori Farmasi Negara untuk (Solekan mata dan pembersih solekan mata saja); 0.007 peratus saja.
Di ulangi 0.007% untuk untuk produk solekkan mata & pembersih solekkan mata atau senang paham makeup remover sahaja. Jangan salah paham pulak.

Sumber info : Berita Harian

walaupun ada yang pandang remeh dengan produk yang di campurpalsu logam berat merkuri ni tapi sebenarnya kesan merkuri ni bukan sekadar menyebabkan kulit hangpa breakouts ja ok.. antara kesan lain yang lebih menakutkan adalah..

kajian lain yang mendapati merkuri berkenaan terutamanya jenis elemental seperti quicksilver, mampu untuk meruap dan mencemari udara dalam rumah sehingga lapan kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Lebih malang ia berpotensi menyebabkan pendedahan merkuri melalui pernafasan kepada ahli keluarga yang lain kerana kadar penye­rapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%.

Ia juga boleh memasuki sistem penghadaman melalui tangan yang tercemar atau krim yang disapu dekat dengan bibir mulut tetapi hanya 0.01% sahaja yang terserap masuk. Bagi jenis merkuri tak organik yang lain, kadar pe­nyerapan adalah lebih sedikit.

Walaupun kadar penyerapan merkuri ke sistem edaran darah melalui kulit hanya sekitar satu peratus, namun penggunaan krim yang banyak dan keadaan kulit yang kering boleh meningkatkan kadar tersebut. Biasanya tiada tanda atau rasa bagi menunjukkan merkuri ada di dalam krim tersebut. Begitu juga jika terdedah melalui sistem pernafasan.

Bahan merkuri yang memasuki sistem darah akan membentuk kompleks antigen-antibodi lalu me­rosakkan struktur utama buah pinggang. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti penyakit nefrotik. Pesakit akan kehilangan protein dan mengalami bengkak terutamanya pada kaki dan keliling bawah mata.

Merkuri tidak organik ini agak sukar untuk merentasi selaput otak. Tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf.

Merkuri elemental yang mampu meruap didapati boleh menyebabkan masalah mental seperti gangguan kognitif, motor dan sensori tubuh, mahupun perubahan personaliti. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kos­metik. Bagi ibu hamil juga, tidak digalakkan menggunakan sebarang alat kosmetik kerana ditakuti anak di dalam kandungan akan terjejas tumbesaran tubuh dan otaknya.

Sumber Info : Utusan Online

Yang mana rasa its ok ada mercury.. Nak teruskan pakai produk yang terang terang hangpa tahu ada mengandungi merkuri tu teruskanlah yer. Maybe hangpa ada biji benih boleh semai & tumbuh semula buah pinggang kalau berlaku apa apa di kemudian hari. Cuma jangan lupa ambil insuran untuk backup yer.. hehehe

Moral of the story.. golongan kotoran degil ni kau tak payah sental & polish la. Selagi depa rasa sihat, cantik, gebu, putih, mulus... Selagi tu depa rasa yakin apa yang depa guna selamat. Tunggu je memasing dapat side effect yang menakutkan... masa tu baru datang hidayah untuk menukar kepada produk yang lebih selamat.

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN. Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu.


Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim. 

Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang di daftarkan di KKM. Contoh la.. ada seorang pengeluar produk.. Dia nak pasarkan produk dia. Dia pun apply la KKM punya pengesahan.. tak kira la MAL ke, NOT ke hapa ker. Dalam tuntutan tu dia cuma daftar untuk minuman kesihatan bagi mencergaskan badan tapi bila dah lulus & dia iklankan produk dia konon minuman tu boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi bla.. bla.. bagai. Padahal masa daftar tuntutan dia cuma untuk minuman mencergaskan badan je. Atau dia jual produk kecantikkan.. Dia daftar produk untuk penjagaan harian kulit jer tapi dia iklan konon produk dia boleh merawat keradangan kulit, menyembuhkan eczema bagai.. Itulah di namakan overclaim & ia menjadi satu kesalahan ok!

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. 

Satu lagi kalau nak iklankan produk atau perkhidmatan kesihatan.. macam nak jual ubat atau nak buat servis merawat apa apa penyakit kena ada kelulusan juga ok! Termasuk produk kecantikkan. Apa ingat produk kecantikkan tak kena register ke kalau nak iklan. Kau tak boleh semborono je iklankan produk kau ikut sedap tekak je ok.. Contoh paling senang paham produk Jamu, ubat kuat bagai la.. Tu kategori produk kesihatan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain

Kebanyakkan iklan iklan produk kat socmed (social media) ni memang takde kelulusan. Tu dia main claim je apa dia rasa boleh menarik minat pembeli. Cheq dulu pun bangang.. Kalau tulis review tu main sedap je ikut apa yang client bagi. Sebab tak tau benda tu jadi kesalahan kalau overclaim. Tapi tak ada manusia terus pandai tanpa melalui pengalaman belajar & bodoh dulu kan.. Jadi cheq maafkan diri cheq yang jahil itu. hehehehe

Jadi yang mana berangan nak jadi 'Founder' even founder sekadar letak brand atas produk padahal dia sendiri pun tak ada tauliah dalam bidang tersebut cuma ada duit jer.. Make sure la anda mematuhi peraturan yang di tetapkan. Nak jual produk pi la hantar buat lab test ka hapa dulu.. Nak pasarkan pun sila daftar & nak iklankan pun tetap kena daftar. Ia berkaitan dengan rezeki anda yang akan jadi darah daging. Kalau anda jual produk memudaratkan orang lain.. Boleh jadi haram sumber rezeki tu. Mungkin kat dunia terkabur keharamannya di mata manusia tapi di akhirat tak ada apa boleh mengaburkan keharaman yang dah jadi darah daging kita.. Wallahualam

Moral of the story.. Semua orang buat silap & melalui zaman jahil tapi masih ada peluang kita mencari gali ilmu untuk perbaiki kesilapan tu dari masa ke semasa selagi ada nafas di dunia ni.

Sumber : Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'. Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya.


Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan kita.

Untuk segmen khidmat masyarakat kali ni saya nak share kat hangpa apa itu 'Produk Campurpalsu'. Kesian yang dok tertipu selama ni.. Hope lepas ni tak kena klepet berulang kali lah yer.. hehehehe

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

Lazimnya, produk kosmetik dicampurpalsu bertujuan untuk membuktikan keberkesanan produk yang dijual di mana pengguna akan mendapatkan kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat. Contohnya, hydroquinone dan merkuri biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Pengguna yang membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dicampurpalsu akan berasa teruja dengan kesan yang dialami dan seterusnya akan kerap membeli produk tersebut. Cara penjualan produk sebegini adalah suatu tindakan syarikat yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesan mudarat yang mungkin dialami oleh pengguna.

Produk kosmetik yang mengandungi logam berat seperti merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit. Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.
- Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -

Jadi ketahuilah.. Produk yang di banned KKM atau di tarik balik notifikasi bukan semua fake produk atau produk tiruan bila di dapati telah di campurpalsu. Produk campurpalsu tu membawa maksud produk tu dah di campur dengan bahan logam berat seperti merkuri & hydroquinone bukan bermaksud produk tiruan atau fake produk yer. jangan salah faham. So, Perlu ke kita nak tuduh KKM tidak arif dalam menjalankan tugas mereka sampai membuat analisa terhadap produk tiruan lepas tu 'SimplySiti' jer keluarkan laporan yang boleh menjatuhkan reputasi sesuatu jenama produk tersebut?

Yang berkhidmat dalam KKM tu bukan pakar test produk bakar atas sudu.. Dari penguatkuasa yang nak dapatkan sampel sampai la yang nak buat ujian kat makmal tu semua pakar dalam bidang masing masing. Kalau betul KKM memfitnah.. Kenapa sampai sekarang tiada yang berani mengambil 'legal action' terhadap KKM? krik.. krik.. krik...

Moral of the story.. Renung renungkan.. Selamat Hari Malaysia.

BENGKUNG OPAH BOLEH PAKAI TERUS LEPAS BERSALIN TAK KIRA NORMAL ATAU CZER

BENGKUNG OPAH BOLEH PAKAI TERUS LEPAS BERSALIN TAK KIRA NORMAL ATAU CZER. Amalan berbengkung ni adalah amalan sejak dulu kala. Semua orang tahu kebaikkan & keberkesanan berbengkung untuk mendapat bentuk & berat badan yang cantik. Tak caya kau tengok la orang dulu dulu.. Anak sepuluh pun pinggang macam kerengga lagi. hehehehe


Berbengkung ni penting ok terutama untuk ibu ibu yang baru lepas bersalin. Nak tau kenapa perlu berbengkung selepas bersalin?? Bukan sekadar nak mengembalikan bentuk badan size S.. banyak lagi kebaikkan berbengkung selepas bersalin. Antara kebaikkan berbengkung ni adalah..

♥ Membuang angin di dalam badan.

♥ Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan serta menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit perut.

♥ Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelakkan rahim jatuh.

♥ Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

♥ Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.

♥ Mengecutkan rahim selepas bersalin.

♥ Mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.

♥ Mengurangkan berat badan supaya badan kembali ke berat asal sebelum hamil.

♥ Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.

♥ Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.

♥ Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal.

♥ Memecahkan lemak dan selulit.

♥ Menggalakkan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan.

♥ Mencegah daripada makan yang berlebihan.

Tapi kalau cara lama berbekung memang nampak siksa sikit. Tak ada orang sekarang yang masing masing busy mengalahkan bini perdana menteri nak berbengkung style orang dulu dulu. Nak pakai pun sejam baru siap. Dia punya berbelit tu memang sangat rumit.


Untuk memudahkan amalan berbengkung ni di teruskan untuk mendapat bentuk badan yang cantik.. Sekarang bengkung telah di modenkan dengan cara yang mudah pakai tapi keberkesanan dia sama seperti amalan berbengkung cara orang dulu kala juga. 


Macam macam jenis bengkung yang ada dalam pasaran salah satu Bengkung yang mendapat sambutan hangat sampai hangit adalah Bengkung Opah. Nama je Bengkung Opah tapi bukan style2 opah berbengkung masa muda muda dulu yer.. Bengkung Opah ni adalah customade yang di hasilkan oleh bidan yang berpengalaman.



Keistimewaan bengkung opah ni adalah

Praktikal - Boleh dipakai ketika berpantang oleh ibu yang bersalin normal, pembedahan (caesarian) dan juga wanita yang ingin badan yang langsing

Berkualiti - Kualiti material yang terbaik dengan 3 panel yang kemas menutup keseluruhan bahagian perut dari bawah dada sehingga ke pinggul

Elastic - Ikatan bengkung yang kemas dan sempurna. Menggunakan velcro yg berkualiti, kuat dan tak berbulu

Efektif : Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin dalam masa yg singkat. Menyokong dari atas pinggang hingga bawah perut dan membuang lemak punggung dan shape Up. Labuh bengkung membantu mengecilkan pinggul

Selesa - Sangat selesa dan tidak panas walau dipakai dalam jangkamasa yang lama

Mudah - Hanya perlu lilit & tampal. Tidak perlu susah payah ikat dan pakai bengkung menjela-jela. Hanya perlu lilit dan tampal sahaja

Murah - Harga sangat berpatutan. Paling penting tahan lama dan mudah dibawa kemana-mana


Boleh tengok kat video ni cara nak pakai bekung opah

BENGKUNG OPAH ialah bengkung moden customade yang direka khas untuk ibu-ibu yang bersalin melalui kaedah normal atau pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin . Berfungsi sebagai sokongan kepada perut selepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.




Tapi yang nak pakai untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik even tak bersalin pun tak ada masalah. Pakai je dik Non.. Mak tak marah ok! hehehe


Harga Sebenar: RM180 (Bengkung Sahaja tidak termasuk GIFT dan Postage)

TAPI

Harga Promosi - RM150
ANDA JIMAT - RM30
ANDA DAPAT :-
1x Bengkung Moden Custom Made.
1x Gift (selagi stok masih ada)

Free Postage (Semenanjung Malaysia)]

Kalau minat nak dapat bengkung Opah ni boleh hubungi

Call/Whatsapp : 019 217 2162 (Hanny)

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI. Perempuan & koleksi pinggan mangkuk, tupperware memang dah sinonim cuma saya je belum lagi terjebak dalam minat yang macam tu. Sebab tu kalau tengok saya dok buat food photography ni takde koleksi pinggan mangkuk yang cecantik & sering bertukar.. Pi mai pi mai itu je la pinggan mangkuknya. Tu la yang dok guna hari hari pun..


Baru - baru ni viral orang jual pinggan mangkuk bercorak cecantik memurah je kat FB. maka macam semua nampak gula la memasing terutama kaum wanita ni. Tapi terbaca dari kperkongsian di Page Public Health Malaysia berkaitan isu tu.. Terkejut juga bila perkara tu di katakan bahaya..

Nak senang hangpa baca sumber berita di bawah tanpa edit ok.. Edit edit ni kang jadi salah info susah pulak kan tuan punya blog hehehehe


[INFO] BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Sumber Malay Mail Online

 Kalau rasa nak buat koleksi perhiasan je takde masalah cuma dengan penggunaan yang kerap mungkin memberi kesan pada kesihatan dalam jangkamasa panjang nanti. So marilah kita guna pinggan mangkuk yang plaint color jer hehehehe.. Plain color pun kenyang juga alas makan tu. Tak pun nak senang alas dengan daun pisang. Aroma daun pisang tu pun dah sedap.. Lepas makan tak payah basuh dah. Jimat masa, tenaga & bil air hehehehe.

Moral of the story.. Apa yang di isytiharkan bahaya tu terima je tak perlu nak mempertikaikan bila pakar mengesahkannya. Buat apa memperjudikan kesihatan diri semata mata kerana untuk kepuasan duniawi je kan.. Peace Yo!


TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU

LELAKI NI BUAT PENDEDAHAN SELEPAS GUNA PRODUK DARI DRUGSTORE UNTUK RAWAT JERAWAT BATU. Aku ni pun antara pengguna skincare atau cosmetic yang di beli dari drugstore. Seperti yang hangpa sedia maklum.. kami ni shopping skincare memang kebanyakkan kat guardian ja. Kami ni seorang yang tidak setia pada satu jenama produk.. Kami suka cuba untuk lihat kesannya. Alhamdulillah setakat ni walau dok tukar - tukar produk yang di jual kat guardian tu.. Takde la kesan sampingan, muka jadi berjerawat batu, bernanah bagai. Rasanya lebih sihat kulit kami berbanding masa jadi pengguna local skincare dulu..


Produk dari drugstore ni memang kau takkan cantik dalam masa 7 hari patah lagi jerawat hilang dalam masa 3 hari. Mustahil sangat. Rasanya aku terjebak dengan produk dari drugstore dah bertahun tahun.. Dulu gila produk bio essence.. abis semua aku nak cuba. Lepas tu rasa macam bosan aku tukar la.. Sekarang aku guna Cleanser dari Garden of eden, moisturize, bio essence& ada satu whitening cream aku malas pakai brand nano white. Makeup remover aku guna brand bio essence.. Sekarang ni memang tengah mood malas nak membelai muka sangat katanya.. so memang tak berapa macam macam sangat la skincare aku ada. Tunggu mood rajin tu datang esok.. penuh balik koleksi skincare aku. hehehehe

Cerita pasal skincare tadi terbaca satu perkongsian kat media sosial seorang mamat ni share produk yang dia guna untuk rawat masalah jerawat batu yang agak serius la kat muka dia. Semua produk tu dia beli dekat drugstore ok! Dia sendiri mengaku guna produk drugstore ni memang hangpa tak payah feeling sangat la muka hangpa gebu gebas dalam masa seminggu. Kesan dia paling awal pun kalau aku guna boleh nampak dalam 2 minggu.. tu pun bukan terus lawa. Nampak la kesan pemulihan tu. Kira ada beza jugak la sebelum & selepas.

Lelaki ni kata dah setahun la dia guna produk ni untuk rawat masalah jerawat batu dia.. So far memang nampak perubahan ketara sangat. Produk yang di guna adalah cleanser dia guna brand Cetaphil, untuk rawat masalah jerawat dia guna DalacinT, untuk hilangkan parut dia guna produk mederma & untuk siang katanya dia pakai Moisturizer dari produk Cetaphil. Kalau hangpa ada masalah jerawat try la guna produk2 tu.. Dia ni pun spesis macam aku memang suka campur brand produk tapi kalau beli dari drugstore ni, Insya Allah kalau kena dengan keperluan kulit tak ada masalah campur brand produk. Yang penting hangpa kena tau apa masalah kulit, keperluan kulit hangpa ja.


Akhirnya.. selepas istiqomah merawat muka dia yang penuh jerawat batu dengan produk dari drugstore ni.. Inilah hasilnya..


So, kenapa perlu pilih produk yang tiada bukti di ujikaji, tak tau kat mana kilang pemprosesannya sedangkan ada je jual produk yang tidak berisiko & terjamin keselamatannya  yang mudah di dapati kat luar sana. Cash & carry jer.. Alah sekarang ni kalau kata kat tempat hangpa susah nak jumpa farmasi macam guardian & watson tu. Guardian & watson pun ada jual secara online.. Kat website lazada pun ada jual produk2 yang di jual kat guardian. Memang seller dia dari guardian. Aku pernah try beli sekali haritu.. So far so good. Beli kat lazada ni kalau berlaku apa2 terhadap barang kita beli tu at least mereka ada fast action & bertanggungjawab. Senang nak tuntut gantirugi atas kerosakkan atau kehilangan semasa proses penghantaran tu. Sebab tu aku rekemen beli dengan lazada hehehehe.

Moral of the story.. Semua orang nak cantik termasuk aku. Tapi.. Sayangilah diri anda. Jangan obses nak cantik sampai abaikan kesihatan diri. Pilihlah produk yang selamat.

CUCKOO.. PENAPIS AIR & UDARA YANG PERLU ADA DI RUMAH ANDA

CUCKOO.. PENAPIS AIR & UDARA YANG PERLU ADA DI RUMAH ANDA. Air adalah keperluan hidup setiap hidupan dalam dunia ni. Tak ada hidupan boleh hidup tanpa air ok! Itu fakta bukan spekulasi.. Kita ni kadang2 bab pemakanan memang jaga sangat tapi bab air asal buka paip keluar air putih jernih tu kita dah anggap bersih, ye dak? Termasuk la saya sendiri.. Kita bila tengok air nampak bersih memang kita claim bersih je la kan.. Air ni kadang2 macam manusia.. Nampak elok, baik,suci, putih,jernih bagai belum tentu hati dia pun macam. Begitu juga dengan air yer.


Menurut sumber yang aku baca sumber air kita ni mempunyai 7K. 7K tu bukan 7 ribu tapi

1 karat
2 kuman
3 klorin
4 keledak
5 kimia
6 keroh
7 kotoran dari bahan terbuang dalam sungai.

Tu dia 7K dia.. Bila dengar pun kita rasa seram, geli geleman bagai kan. Sebab tu la kenapa kita perlukan penapis air. Penapis air bukan macam penapis teh tu ok! Satgi ada yang lurus bendul dok tapis air paip rumah dia guna penapis teh pulak.


Kalau nak beli penapis air ni.. Kita kena tahu juga la serba sedikit tentang kelebihan & kekurangan selain kualiti, harga & jenama. Tak boleh la.. asal nak beli je jumpa terus beli. Penting untuk kita study dulu. Sebab kena study dulu sebelum membeli apa2 jenama penapis air.. Meh study 1 Jenama penapis air ni. Manatau menepati keperluan, bajet & citarasa korang kan.


Cuckoo. Antara jenama penapis air yang ada dalam pasaran tempatan. Kelebihan penapis air Cukcoo ni adalah ia berupaya menghasilkan air minuman yang bersih, sejajar dengan piawaian WHO seperti berikut:

Bebas dari logam berat
Bebas dari bakteria, kuman dan virus.
Beralkali ringan
Kaya dengan mineral


Memang penapis air Cuckoo ni menepati semua ciri di atas. Selain tu ia memudahkan urusan bila kita memiliki penapis air ni kerana

௧ Tak perlu nak masak air
௨ Bagi yang ada anak kecil yang masih menyusu, memudahkan anda untuk menyediakan susu
௩ Memudahkan setiap kali nak buat air berperisa macam kopi, teh & sebagainya
௪ Auto Refill.. Bermakna tak payah nak susah payah isi air kalau air dalam tu habis. Dia auto buat sendiri
௫ Meringankan bebab anda sebab tak payah nak angkut air masuk ke dalam mesin
௬ Di sedikan air panas atau sejuk. So tak payah la bila nak minum air sejuk terpaksa di sejukkan tu. Tekan2 butang pilihan anda sejuk atau panas je

Kalau setakat tu je kelebihan Penapis air Cuckoo ni takde la best sangat kan? Betul kalau setakat tu memang biasa jer penapis air jenama lain pun ada fungsi & kelebihan macam tu TAPI.. kenapa perlu setiap rumah ada penapis air ni adalah..

1. Selain air dia yang lebih sedap rasanya, ia terjamin bersih lagi menyihatkan & mempunyai sijil halal JAKIM untuk semua jenis penapis.

2. Tak perlu risau untuk memastikan kebersihan penapis air Cuckoo ni sebab dengan pembelian penapis air ni siap pakej servis berjadual dengan percuma. Sampai masa nanti dorang datang servis untuk anda.

Selain design dia cantik.. yuran bulanan dia pun murah, serendah RM60 sebulan.


Selain penapis air ada jugak penapis udara. Ni satgi ada pulak yang tanya.. Perlu ke penapis udara kat rumah. Selama hidup ni elok je tak guna penapis udara ni. Zaman dah berubah Nyah.. Dulu udara kurang pencemaran.. Banyak pokok. Sekarang dapat tengok pokok lalang pun dah syukur dik.. At least ada la lagi proses fotosintesis tu kan? Pokok besar2 & hutan tebal memang susah nak jumpa kat kawasan bandar. Habis kena tebang & bukit bukau pun banyak kena tarah. Projek pembangunan sana sini.. Sekaligus menjadi penyumbang kepada pencemaran udara.. tu tak termasuk asap kenderaan bagai..



Selain tu korang juga kena tahu kenapa penting pasang penapis udara dalam rumah.. Ini adalah kerana udara dalam rumah lebih kotor & banyak bakteria berbanding di luar. Udara dalam rumah boleh mengandungi pelbagai pencemaran dan bahan pencemar termasuk..

• spora kulat
• debunga
• bakteria
• hama habuk
• asbestos
• hasil reputan radon
• partikel dan kotoran lain yang boleh dan tidak boleh dilihat

Kualiti udara yang tercemar di dalam rumah boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung dan tekak, sakit kepala, pening, dan kelesuan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pencemaran udara dalam rumah adalah faktor risiko kelapan paling penting dan bertanggungjawab ke atas 2.7% daripada beban penyakit global, seperti pneumonia, penyakit pernafasan kronik, kanser paru-paru dan lain lain. Setiap tahun, pencemaran udara dalam rumah menjadi penyebab ke atas kematian 1.6 juta orang (iaitu satu kematian setiap 20 saat).
Jadi disebabkan itulah penting jugak penapis udara di rumah supaya udara yang kita sedut itu bersih & mengurangkan risiko terkena penyakit dari pencemaran udara


Bagi yang ada bela kucing atau tinggal kat kawasan yang banyak habuk.. elok juga pasang penapis udara Bmodel dari Cuckoo ni sebab ia akan menapis udara yang masuk kerumah korang & korang akan rasa bersih & nyaman sangat. Kebanyakkan feedback dari orang yang pasal penapis udara ni kat rumah.. rumah dorang dah tak berhabuk & bau2 yang kurang menyenangkan pun dah tak ada. So kalau tetamu datang rumah pun rasa selesa nak bertandang lama lama. Takde la Jemah nak bawa mulut kesana sini sangat kan pasal rumah kita. Mungkin dia jaja cerita rumah kita bersih, segar je la... kekekee. 95% pengguna memang berpuas hati dengan penapis udara ni.

Korang boleh tengok banyak lagi testimoni pengguna kat sini http://bit.ly/testimoni_AP

Penapis udara B-Model ni berfungsi untuk membunuh bakteria, menyahkan bau & menyingkirkan virus pada udara. Selain tu membantu menapis bulu bulu yang berterbangan dan debu serta hama yang menganggu & memudaratkan kesihatan

Antara kelebihan penapis Udara B-Model ni

⇛8 peringkat penapisan + plasma ionizer
⇛Stylish design.
⇛Ada voice control dan smart timer
⇛3 way dust indication. Boleh tahu tahap habuk dlm udara. Dengan 4 lampu yg berbeza
⇛Jimat tenaga. Pasang 24 jam pon elektrik tak melambung. kurang RM10 je sebulan
⇛Menggunakan filter yang berkualiti
⇛Filter yang 1.5 kali lebih luas dari filter biasa. Maksudnya lagi bagus penapisan. Lagi segar dan bersih udara
⇛Mempunyai duo sensor (gas & fine dust)
⇛Ada voice (English/Mandarin/Korea)
⇛Mendapat pengiktirafan Clean Air Mark dari Korea Cleaning Association

Perbezaan penapis udara B-Model dengan yang lain adalah..

⇗Tempoh sewabeli paling singkat dipasaran
⇗Kos penukaran filter yang lebih rendah selepas tempoh sewabeli
⇗Jadual penukaran filter yang lebih kerap
⇗Semua filter ditukar baru dalam tempoh setahun
⇗Servis dan penukaran filter diberikan. Tak perlu pening nak cari filter dan bayar dengan harga yang jauh lebih mahal
⇗Technician mereka akan datang ke rumah untuk servis dan tukar filter. Cuma perlu tunggu dirumah sahaja.
⇗Menggunakan teknologi plasma ionizer yang agrresive (in & out) udara kotor disedut dan udara bersih dihembuskan bersama ion plasma untuk membunuh kuman diudara. Hebat kan!


Kalau yang nak buat bayaran secara sewa beli.. Tempoh masa sewa beli hanya 120 bulan sahaja. Bulan pertama hanya perlu bayar sewa bulan pertama. Tak payah deposit & tiada caj pemasangan. so, jangan risau, ok!

Boleh jer buat tempahan secara online. Jangan risau nak beli tak payah payslip, bank statement atau EPF statement bagai... Yang best lagi ada yang percuma jugak ok. Yang percuma tu adalah..

PERCUMA servis 4 bulan sekali
PERCUMA penukaran filter setiap 4 bulan
☝PERCUMA repair dan spareparts

Bestkan. Dah la tak ada yuran pendaftaran, lepas tu hanya RM120 je sebulan. Nak beli pun mudah tak payah payslip, bank statement bagai.. Dapat lagi pemasangan & service selama 4 bulan dengan percuma termasuk untuk sabah & sarawak. Dapat lagi free repair & spare parts. Tempoh sewa beli dia pun tak panjang.

Dan ni info paling penting korang kena tahu.. Kenapa korang kena beli Cuckoo ni sekarang. Sebab..

TIADA – CAJ PENDAFTARAN (JIMAT RM 265)
TIADA – CAJ PENGHANTARAN
TIADA – CAJ PEMASANGAN
TIADA – CAJ TERSEMBUNYI
TIADA – DEPOSIT

PERCUMA – Penghantaran SELURUH Malaysia
PERCUMA – Pemasangan SELURUH Malaysia
PERCUMA – Penyelenggaraan dan servis
PERCUMA – Servis berjadual pensterilan berstim setiap 4 bulan sekali
PERCUMA – Tukar filter setiap 4 bulan sekali
PERCUMA – Tukar alat gantian
PERCUMA – Kos berpindah lokasi penapis air
PERCUMA – Khidmat nasihat dari CUCKOO
PERCUMA – Full Warranty

Satgi ada yang kata dia kerja sendiri.. boleh ke nak sewa beli? Apa pulak tak boleh.. semua golongan kat bawah ni boleh beli ..

☺Surirumah
☺Kerja sendiri
☺Peniaga online
☺Pelajar
☺Tersenarai di CTOS/CCRIS
☺Blacklisted
☺Penduduk tetap

Dokumen yang di perlukan untuk memohon cuma

✔ Salinan kad pengenalan
✔ No akaun bank ATAU no kad kredit (VISA/MASTER)

Yang paling penting tak perlu penjamin. Kalau nak buat pembelian tunai pun boleh melalui direct debit, kad kredit Easy-Payment-Plan, sewa beli - auto debit.

Kalau korang tak ada masa nak keluar survey penapis air ni.. Boleh je membuat pembelian secara online di Cuckoo2u untuk mengelakkan anda tertipu dengan ejen palsu atau scammer. Mereka merupakan ejen sah & berdaftar dengan Cuckoo Hq (Cuckoo International (MAL)) & bersedia untuk menguruskan permohonan, pemasangan, khidmat nasihat di seluruh Malaysia termasuk singapura & Brunei. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi mereka terus Cuckoo Hq dia

Website : Cuckoo2u
Whatsapp : www.wasap.my/60123299823 (0123299823)

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK. Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni.


Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pun tak hilang.

Punca parut jerawat jadi berlubang macam tu.. Salah satu sebab kita suka picit & garu tempat berjerawat semasa jerawat tengah aktif di muka. Sapa2 yang pernah jadi jurujerawat faham la.. Tengok jerawat tu macam geram je kan.. Dia tak boleh tengok.. mula picit lepas tu jadi ketagih & asyik nak picit... kesudahnya bila jerawat tu dah kecut akan meninggalkan kesan parut yang berlubang & berlobak kat muka. Aku kalau muka naik jerawat sekarang untuk elak dari picit aku tempek bedak sejuk.. Tak tau kenapa kalau tempek bedak sejuk, tangan aku jadi auto tak picit jerawat mungkin sayang takut bedak sejuk tu terhakis kalau dok garu2 kot. hahahaha

Kalau hangpa mengalami masalah parut jerawat berlubang ni.. Tapi takut nak rawat guna sebarang produk.. ada petua menggunakan bahan2 semula jadi anda boleh amalkan. antaranya..

1. Masker Tomato
Seperti yang kita sedia maklum.. Tomato memang sangat baik untuk kulit sebab tomato Tomato mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh mengecutkan liang, jadi ia mampu menutup parut jerawat berlubang. Tomato boleh membaiki kerosakan kulit ke tahap selular. Jadi Tomato sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat berlubang dengan lebih cepat cuma kena consistent la amalkan benda ni.

caranya
Hiris buah tomato nipis nipis, kemudian letakkan kepingan tomato yang di hiris ke bahagian kulit anda yang berparut. Boleh jugak hancurkan tomato kemudian sapu di bahagian parut macam pakai mask. Biar lebih kurang 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan sekali sehari, Insya Allah parut jerawat yang berlubang akan semakin pudar & rata.

2. Timun
Timun pun antara bahan yang sangat berkesan merawat parut jerawat berlubang ni sebab khasiat dia lebih kurang sama macam tomato jugak. Timun ni mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, membuang sel sel kulit mati, membersihkan habuk & kotoran & membersih sisa sisa makeup. Selain tu timun juga mampu menegangkan kulit & menanggalkan sel sel kulit mati.. so dia mampu memudarkan jerawat & parut.

caranya :
Potong timun nipis nipis kemudian letak kepingan timun di bahagian parut. Biar sehingga 15 - 20 minit selepas tu baru cuci dengan air. Untuk kesan yang cepat lakukan sehari sekali sehingga parut jerawat hilang

Sebenarnya tak susah cuma yang jadi susah tu sebab tak rajin je. Macam aku dulu rajin jugak buat ikut petua orang dulu dulu guna bahan semulajadi ni.. Memang berkesan tapi lama2 jadi malas. Macam nak cerahkan kulit,licinkan kulit & pudarkan parut jerawat ni boleh juga guna beras yang di sangai kemudian di blend halus.. Campur dengan telur putih & sapu kat muka macam masker. Amalkan setiap hari serius tak sampai sebulan boleh nampak hasil. Malah kesan drastik pun boleh rasa selepas pakai masker beras & telur ni tau. Rasa kulit hangpa macam kulit telur gitu. Licin baq hang!! hehehehe

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada orang lain. Yang mana rajin cuba la kan.. Guna bahan2 semulajadi ni tak ada risiko kalau pun mungkin kesan dia lambat. Nak cepat memang kena guna produk tapi kena hati hati la pilih produk jangan sampai hangpa tenyeh racun kat muka sudah.

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN. Zaman sekarang memang boleh kira sebelah jari tangan je berapa kerat yang masih pakaikan anak dengan lampin kain tu.. Jangan terkejut kalau ada ibu ibu zaman sekarang yang tak pandai pun nak lipat lampin kain.. Tapi aku masih reti ok! Cuma sejak jadi mak mak ni memang anak sendiri pun tak pakaikan lampin kain. Semua pakai lampin pakai buang jer. Almaklum.. tak berapa rajin nak memberus lampin kain nak2 lagi kalau baby yang baru lahir tu. Najis kuning dia tu melekat ok kat kain. Susah tanggal pulak tu. Jadi memang solution dia lampin pakai buang la lebih senang & mudah katanya hehehe.


Kat pasaran memang macam2 jenama lampin pakai buang ni.. Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang berkualiti anti bocor, ada yang setakat boleh menampung sekali kencing jer.. ada hampeh jugak. Sekali kencing pun banjir terus macam musim tengkujuh kat pantai timur. . Sebab tu penting untuk kita pilih lampin pakai buang yang sesuai & baik untuk anak anak kita supaya pelaburan kita tu berbaloi. Jangan tak tahu ada jenis lampin pakai buang ni jadi penyebab ruam & jangkitan kulit pada baby juga. Atau material dia yang kasar pun boleh menyebabkan jadi macam line merah kat sekitar celah kangkang tu. Aku cakap base dari pengalaman sendiri dulu. Jadi memang bab lampin pakai buang ni aku memilih jugak la...

Jadi sukacitanya aku nak rekemen pada korang 1 brand diapers ni yang bagi aku kualiti dia bagus, material dia lembut & selesa, design dia pun comel memang di sukai anak anak kecil ni.. Pernah dengan brand Goo.N? Tak pernah takpe meh sini aku nak perkenalkan..


Goo.N diapers ni produk yang berkualiti Jepun. Kita sedia maklum kalau qualiti standard jepun ni memang berkualiti. Dia mempunyai fungsi mengurangkan risiko ruam.. Baby atau kanak kanak kecil ni memang mudah terkena jangkitan ruam jadi Goo.N diapers membantu mengurangkan gejala ruam terutama di bahagian tertutup tu.


Goo.N diapers ni jugak tak panas sebab dah di intergrasikan dengan lapisan kelembapan & wap boleh keluar menebusi lapisan lampin dengan mudah. So ada ruang2 udara yang boleh menyahkan wap panas tu keluar la. Penting juga benda tu.. Kalau berkuap kat dalam tu yang menyebabkan ruam  atau jangkitan kulit bagai. Nak nak lagi anak anak kecil ni.. Paling mudah nak kena gatal2, eczema bagai kan.

Ni paling semua parents sangat cerewet bila memilih diapers untuk anak anak.. Kuasa serapan untuk elak kebocoran... Goo.N ni dia perbuatan daripada bahan yang memang mampu menyerap dengan baik & tidak basah sebab material dia menyerapkan & menyimpan cecair tu di bahagian bawah dengan sangat baik tanpa menyebabkan kebocoron. bukan apa.. beberapa tahun dulu la.. aku pernah guna satu brand diapers ni.. Pergi pulak melancong ke Thailand. Kebetulan memang baru try 1 brand ni.. Tak tau jenis bocor tak ingat.. kau bayangkan.. lencun laki aku yang dukung anak aku masa tu bila anak aku kencing. Sampai 2 3 kali bocor beb..setiap kali kencing bocor. So, better korang cari diapers yang memang boleh menyerap dengan baik supaya tidak menghadapi pengalaman macam aku ni. Try la Goo.N hehehehe


Yang jenis pants jangan risau sebab jenis elastik yang lembut tidak menyebabkan pinggang anak kita terjerut sehingga meninggalkan kesan garisan merah tapi tetap dia melekat elok tak terlondeh even menampung berat air di bawah.

Selain tu sekarang design dia sangat comel ok! Ada watak2 animasi doremon gitu. Tak terlalu tebal & tak terlalu nipis diapers dia. Bila pakai nampak ngam - ngam & comel jer. Size macam biasa dari new born sehinggalah size XXXL.


selain diapers Goo.N juga ada baby wipe. Alah tisu basah tu.. Yang best Goo.N baby wipes ni dia 99% adalah air tulen.. memang aku dah try. Betul2 air.. tak ada rasa melekit atau berbau pewangi. Sebab yang jenis ada pewangi & bila kita guna rasa kesan macam melekit tu kadang2 kulit yang ada masalah alergik boleh menyebabkan kesan tak berapa elok jugak. Tapi Goo.N baby wipes ni.. nak lap kat muka pun tak ada masalah sebab dia berasaskan air. Selain tu sangat lembut.. sesuai untuk bayi.


Selain boleh beli kat luar korang boleh jugak beli produk Goo.N ni secara online di lazada kat sini >> Goo.N <<. Lagi senang & kadang2 boleh dapat harga lebih murah kalau ada promotion atau sale. Harga dia tak la mahal mana.. Harga2 mampu milik macam diapers lain jugak.


Jadi kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa yang tengah dok prepare kelengkapan untuk sambut kelahiran baru tu boleh la try Goo.N diapers ni. Selain berkualiti, design dia pun sangat cantik. Comel je kalau pakaikan untuk anak korang. hehehehe

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com