CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE
Insya Allah kami masih sayang buah pinggang & muka kami ni.. Takkan la kami nak tenyeh krim2 macam tu kan? Alkisahnya semalam kami terbaca satu conversation panjang kat satu group ni. Isu tentang 1 cream ni.. cream muka la bukan creamer untuk minuman tu. Amboi sempat dia nak loyar buruk tu... Ni kisah pasal skincare ok! hahahahaha
Banyak yang kata ok & ada juga yang memberi feedback negatif. Apapun krim tu memang tak berdaftar dengan KKM & di akui oleh someone katanya krim muka tu cuma ada 2% je merkuri. Katanya dia guna ok jer.. dia skip pun muka dia tak breakouts ka hapa. So dia claim sebagai krim tu selamat & memberi kesan yang memuaskan pada dia.
Seolah olah macam penggunakan merkuri dalam produk kosmetik ni di benarkan pulak. Yelah cara dia berkomen tu macam cakap alah.. 2% je pun merkuri. apa da hal?? Ok ok.. di sebabkan dia juga la den gigih mencari info berapa dos merkuri yang di benarkan dalam produk kosmetik ni. Apa yang saya dapat adalah...
➠ Penggunaan merkuri di dalam kosmetik untuk pasaran tempatan tidak dibenarkan.
➠Jumlah kepekatan merkuri yang dibenarkan Agensi Regulatori Farmasi Negara untuk (Solekan mata dan pembersih solekan mata saja); 0.007 peratus saja.
Di ulangi 0.007% untuk untuk produk solekkan mata & pembersih solekkan mata atau senang paham makeup remover sahaja. Jangan salah paham pulak.
Lebih malang ia berpotensi menyebabkan pendedahan merkuri melalui pernafasan kepada ahli keluarga yang lain kerana kadar penyerapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%.
Ia juga boleh memasuki sistem penghadaman melalui tangan yang tercemar atau krim yang disapu dekat dengan bibir mulut tetapi hanya 0.01% sahaja yang terserap masuk. Bagi jenis merkuri tak organik yang lain, kadar penyerapan adalah lebih sedikit.
Merkuri tidak organik ini agak sukar untuk merentasi selaput otak. Tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf.
Merkuri elemental yang mampu meruap didapati boleh menyebabkan masalah mental seperti gangguan kognitif, motor dan sensori tubuh, mahupun perubahan personaliti. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kosmetik. Bagi ibu hamil juga, tidak digalakkan menggunakan sebarang alat kosmetik kerana ditakuti anak di dalam kandungan akan terjejas tumbesaran tubuh dan otaknya.
Dapat side effect comfirm tobat lahum tk buat dah
ReplyDeleteBahaya merkuri ni tapi ada je yg kata okay. Dah sakit nanti baru tau erti penyesalan.
ReplyDeletenasib baiklah saya lelaki tak perlu pening nak pikir barang-barang makeup ni. Tapi isteri la pulak yang kita risaukan
ReplyDeleteSkrg blambak komestik kt negara kita ni.. lg2 nk putih cepat.. dah bg mcm2 kesedaran tp org tetap pakai jugak..
ReplyDelete