Showing posts with label produk kosmetik. Show all posts

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN

HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN. Ada ke yang mula benci saya asyik tulis berkaitan produk ni? bukan review tapi entri yang berbentuk pendedahan & kesedaran tentang produk beracun. Yelah.. saya faham blogger blogger yang rasa menyampah tu mesti sebab depa tak nak stop ambil review produk produk macam tu atau overclaim kan? So buat buat la macam tak tahu.. Selamat sikit. Nanti boleh guna alasan tak tahu kan.. kekekeke. Alolo.. marah ke? Gurau je la..


Kalau ikut basic yang paling mudah.. Menjual sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain memang la berdosa & haram kan.. Tapi sejenis 'Ponder' ni suka la buat buat macam depa ni naif & tak tahu apa apa. Seolah olah macam tak pernah belajar agama tapi kalau bab menunggang agama depa la paling 'Jaguh'. Tapi tang bab hukum pasal menjual produk beracun terus jadi blur & blank. Macam terencat pula memasing kan. Yelah.. kita sedia maklum la kan.. Produk beracun terutama kosmetik ni memang agak laris di pasaran. Sebabnya mampu memberi kesan kecantikan yang cepat walau selepas tu muka kau akan jadi umpama 'singapura di langgar todak'.

Yang kesian agent agent & seller seller ni.. Of course la founder tak kan mengaku memang produk dia beracun even KKM dah menyenaraikan produk depa dalam senarai produk beracun. Dia akan manipulasi laporan KKM dengan alasan 'Fake product'. Yang bangang bangang sikit ni pun percaya la.. Maka para agent & seller secara berjemaah la menyebarkan dakyah kononnya produk depa yang KKM sahkan beracun tu adalah fake produk. Konon kena sabotaj oleh pesaing bla.. bla.. blah.. bagai. Alasan tu di ulang semula bila sekali lagi kena banned dengan KKM.. walau berkali kali kena banned pun alasan yang sama di gunakan pakai & yang pelik masih ada yang percaya.

Betul ke seller seller ni tak tahu atau buat tak tahu? Yelah produk laku keras katanya.. Bila jual untung banyak. Rewards dari HQ pun selalu dapat. Nak cari rezeki suap kat anak anak katanya.. terpaksa jual.

Bagi yang rasa tak salah nak jual produk produk yang memang dah di sahkan beracun ni.. Terutama yang beragama Islam la. Kena tahu apa hukum nya menjual produk produk macam tu. Even urusan jual beli tu sah tapi masih ada penipuan & penganiayaan kat situ. Boleh baca penjelasan dari Ustaz Farid Rashidi setelah di ajukan soalan berkaitan ni.. Baca pada screenshot di bawah

Hukumnya jika dah tahu beracun, memudharatkan orang tapi tetap menjual ia dikira perbuatan yang berdosa dan haram kerana beberapa sebab:

1. Menipu ketika jual beli.
2. Mudharatkan diri dan orang lain.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).”

[Hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi]

Menipu dengan mengatakan produk tu masih selamat di gunakan & menganiaya orang yang beli guna yang mungkin mendapat kesan kemudaratan pada diri mereka. Tak rasa bersalah & berdosa ke wahai founder? Ye ye.. memang depa tak rasa bersalah jauh sekali rasa berdosa sebab depa jual produk tu & memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Lepas tu keuntungan depa guna juga untuk bayar zakat & bersedekah kepada golongan miskin. Yelah.. yelah... Kalau macam tu kita pun boleh jual dadah. Untung cepat sikit. Lepas tu kita cari anak anak buah untuk jadi runner tukang hantar dadah, ambil dropship untuk cari pembeli dadah. Untung nanti kita bayar la zakat & buat sedekah yer.. Paham ke idak??? Benda tu memudaratkan... Takkan nak di halalkan hanya kerana alasan nak bantu orang lain sedangkan masih banyak pilihan yang lebih baik boleh buat?

entri ni sebagai peringatan sesama kita.. Rasa nak ambil sebagai panduan.. ambil la. Tak nak itu pilihan anda. Saya cuma menyampaikan secubit ilmu dari perkongsian orang yang lebih berilmu berbanding saya. Tidak berniat menjatuhkan mana mana pihak sekadar berpesan pesan sesama kita.

Moral of the story.. Tepuk dada tanya Iman. Jual dari hati.. Jual with Iman.. erkkk... tetiba. kekekeke

AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID

AWAS! KULIT PUTIH PINK MUNGKIN PETANDA ANDA GUNA KOSMETIK MENGANDUNGI STEROID. Takkan dan takkan pernah serik untuk saya terus menyampaikan kesedaran tentang produk produk berisiko & bahaya yang banyak di jual kat malaysia ni biarpun ada yang sinis, ada yang kata menyibuk & tak kurang juga yang cakap tak serik dengan apa yang berlaku. Kalau semua orang takut menyampaikan kebenaran.. Maka yang lemah, bodoh, kurang ilmu akan terus di tipu & di tindas oleh pengeluar produk tak bertanggungjawab. Kalau kau pernah berada dalam golongan di perbodohkan kau akan rasa betapa bermaknanya orang orang yang tak jemu terus bagi awareness ni. Bukan nak cakap den ni bermanafaat.. tapi den pun pernah berada dalam golongan bani bangang yang terguna produk kosmetik beracun sebab waktu tu kurang pendedahan.

Selain merkuri, hidrokinon & tretinion yang selalu di kesan di campurpalsu dalam produk kosmetik.. Steroid juga adalah bahan terlarang yang di gunakan dalam sesetengah produk kosmetik. Sebab kesan penggunaan steroid ni boleh mencerahkan kulit dalam masa 2 minggu dengan cara menipiskan kulit. Bila kulit menipis ia menyebabkan bahagian bawah kulit yang mempunyai salur dan kapilari darah lebih terdedah. Benda tu yang menyebabkan kulit nampak pinkish ala ala oink oink walau tanpa makeup. So kalau hangpa pakai produk sampah, produk tak berdaftar, produk tak ada RnD, produk tak ada labtest, tak ada dermatology test bagai.. hati hati la yer kalau muka hangpa yang macam tempe basi lepas guna sesuatu produk tu tak sampai sebulan muka dah pinkish like oink oink tu.


Nampak macam cantik la kulit pinkish ala ala oink oink tapi sebenarnya ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kesihatan yang serius. Bila kulit makin menipis ia lebih senang steroid untuk menyerap masuk ke dalam badan & memberi kesan jangkamasa panjang kepada kesihatan hangpa. Tapi biasa la kan.. Jenis manusia yang asalkan lawa.. masih sihat.. dia rasa semua ok. Orang habaq bahaya pun dia tetap menafikan sebab dia kata dia pakai ok. Esok esok dah sakit menanti malaikat Izrail datang memanggil.. Masa tu baru rasa apa dia dok guna selama ni bahaya.

Kalau nak tahu produk kosmetik hangpa guna mengandungi steroid atau tak.. Lets check it out! Kalau anda kesan kesan macam di bawah.. Berkemungkinan produk anda mengandungi steroid..

☠ Kesan pencerahan yang ketara seawal 2 minggu

☠ Kulit muka menjadi nipis (Yang ni jangan cakap tak perasan sebab boleh nampak ok kulit menipis tu. terkena kuku sikit pun boleh berdarah)

☠ Muka merah pink 'Flushing'

☠ Kulit menjadi sensitif bila kena cahaya matahari

☠ Kulit mudah alergik alergik, kering & berjerawat


Ada orang rasa ok bila dia guna dah lama tapi masih sihat walepatliat. Tak mati mati pun katanya.. Tapi tahukah hangpa. Dengan penggunaan berterusan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah endokrin, Osteoporasis dan banyak lagi. Bila dah tua tua kena osteoporasis dia cari pulak supplement overclaim telan. Sedang elok la sepanjang hidup dok bebankan organ dalaman dengan produk berisiko & bahaya. Kalau terus mati ok la kan.. kalau sebelum mati dok sakit lama di sebabkan kebebalan sendiri ambil produk bukan bukan.. tak ke menyusahkan orang.

Cantik tu tak semestinya putih, pinkish.. Cantik tu hangpa kena paham bila kulit & badan sihat. Benda tu akan menyerlahkan kecantikan kita tanpa perlu menukar warna kulit pun. Kalau hanya orang berkulit putih je cantik.. habis bangsa yang memang sejak azali berkulit hitam tu semua hodoh la yer???

Moral of the story.. orang dah hidang informasi untuk bantu hangpa kalau tetap tak nak terima, mereput pi la. Jadilah pengguna bijak, anda mampu mengubahnya.

Sumber : Facebook Public health Malaysia 

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI.  Nama khairul Yoi menjadi fenomena di social media kerana kelantangan dia mendedahkan produk produk bahaya yang berleluasa sekarang ni. Memang sangat di geruni ramai pengeluar produk terutama yang produce produk bahaya, beracun, overclaim la. Yang keluarkan produk berkualiti, selamat & cukup kriteria tu mesti happy sebab kalau nasib baik dapat free review dari Khairul Yoi sebab Misi dia adalah mengajak pengguna untuk memilih produk yang selamat.

Saya antara individu yang pernah di kaitkan dengan Khairul yoi padahal den ni Khairul Yoi pun tak pernah jumpa. Cuma saya salah seorang followers dia je sebab kan dia selalu berkongsi info tentang produk produk. So dari situ kita ceduk sikit ilmu dia untuk rujukan. Sebab saya kan blogger yang membuat review produk. Kalau dulu main review sekarang dah ada kesedaran untuk memilih produk produk yang selamat sahaja. Dah tahu apa kriteria perlu ada pada sesuatu produk untuk membuktikan ia selamat di gunakan. Walaupun di  tuduh sebagai individu yang menggunakan identiti Khairul Yoi hanya sebab den kena saman dengan ponder produk tapi hakikatnya.. Saya bukan dia. Sapa masih percaya tu.. Kesian hangpa. Kalau saya Khairul Yoi tak ada nya sampai kena saman juta juta lemon kan?? kalau saya Khairul Yoi tak la struggle nak collect derma bayar kos guaman.

Sekarang ni memang nampak kalau produk yang Khairul Yoi review memang lebih mendapat kepercayaan dari pengguna berbanding dapat Notifikasi KKM. Kita sedia maklum la Notifikasi KKM (NOT KKM) pada produk kosmetik ni bukan jaminan selamat pun. Nak apply NOT tak sesusah kriteria yang Khairul Yoi tetapkan untuk dia review produk hangpa ok! Tak cukup dokumen yang di perlukan & bukti sokongan produk hangpa tu berkualiti & selamat.. Mimpi la dia nak review. Sebab dia bukan buat review berbayar atau buat servis pengiklanan. Dia tetap dengan prinsip dia menyampaikan kesedaran kepada pengguna terutama berkaitan produk kecantikkan ni. Jadi memang tak simply nak dapat review dari Khairul Yoi selain dia juga membuat kerja kerja khidmat masyarakat yang lain. Tak la 100% pasal produk jer.. Isu isu semasa lain pun dia ada bagi khidmat percuma juga.

Semalam terkejut tengok kat Header Group TPOM (The Power Of Makeup) terpampang banner iklan produk korean skincare Beauarti. Yang rasa macam kelakar tu sebab dia siap mention Approved by Khairul Yoi. Allahu.. Besar pengaruh Budak Yoi ni kan sampai orang lebih yakin kalau Yoi yang bagi kelulusan dari KKM. Tapi tak pelik la.. Produk kosmetik di Malaysia ni macam di katakan la.. Apply NOT KKM je dah lepas boleh jual. Lepas tu kalau KKM dapat aduan sesuatu produk yang bernotifikasi dia akan ambil sampel buat labtest kalau di kesan mengandungi bahan terlarang & notifikasi di batalkan lepas tu just denda RM25K di mana denda yang tak buat founder2 tak bertauliah & bertanggungjawab ni serik pun. Sebab depa dah kaya.. Bayar denda, tukar packaging produk & claim sebagai produk baru, apply balik NOT KKM, buat iklan dengan claim formulasi baru then jual balik settle. Kena lagi ulang2 buat benda yang sama sampai Minah & DO mati katanya... rasanya KKM kena naikkan denda RM1juta keatas juga untuk mengawal pengeluaran produk beracun di pasaran.


Sebab tu NOT KKM dah macam tak ada fungsi bagi kebanyakkan pengguna sekarang. Cuma antara kriteria yang di perlukan sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik iatu perlu Bernotifikasi KKM selain yang di titik beratkan adalah, RnD, dermatalogy test, labtest, clinical approval bla.. bla.. yang mana produk produk yang ada kriteria macam ni banyak di jual di drugstore.

Atas sebab sebab macam tu.. Khairul Yoi yang mencetuskan fenomena luar biasa sebagai aktivis anonymous yang paling berpengaruh menjadi kepercayaan kebanyakkan pengguna. Yelah.. Siapa sanggup buat perkara perkara berisiko macam ni. Tak ramai. Den sendiri pun dah kena saman beb! Ni pun struggle cari dana  nak habiskan kes den. So sesapa yang nak membantu boleh rujuk posting di bawah yer...


Walaupun bahasa Khairul Yoi menjadi pertikaian tapi posting dia la paling sampai kepada masyarakat & kesedaran yang di sampaikan pendek kata memang banyak menyedarkan pengguna tentang produk produk beracun & bahaya di pasaran. Banyak pengakuan pengguna yang mendapat petunjuk & hidayah selepas follow Khairul Yoi & berhijrah menggunakan produk yang selamat. Tu tak termasuk seller produk yang berhenti dari terus menjual produk2 berisiko kepada pengguna. Yelah dulu depa pun tak tahu sebab kurang pendedahan.. Bila dah tahu yang mana ada rasa tanggungjawab tu of course la tak sanggup lagi nak teruskan, ye dak. Ia berkaitan dengan soal halal, haram & keberkatan rezeki yang kita dapat juga.

Apapun.. Yang baik kita ambil sebagai panduan, yang buruk jadikan sempadan. Bahasa Khairul Yoi memang lantang, kejam & keras so kalau rasa tak boleh terima just ambil input & info yang dia sampaikan. Ilmu ni.. jangan tengok siapa yang menyampaikan tapi apa yang di sampaikan. Simple.

Moral of the story.. Nampaknya Khairul Yoi kena ada satu cop mohor.. Untuk Approve lagi banyak produk produk lepas hahahahaha. Just Joke!

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA?

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA? Isu pasal produk kosmetik/kecantikkan yang di campurpalsu dengan bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bukan lagi isu baru. Rasanya dah bertahun isu ni menjadi isu hangat tapi seolah olah tiada solusi untuk membentaras atau mengurangkan populasi pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab macam ni.


Biarpun Bahagian penguatkuasa KKM melakukan rampas & membuat laporan media jika sesuatu produk di kesan mempunya racun berjadual atau bahan merbahaya tapi nampak semakin hari semakin bertambah pulak produk produk beracun di pasaran. Ada yang berdaftar dengan KKM & ada yang tidak berdaftar. Ada jenama produk yang berkali kali di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) tetap masih menjual produk beracun. Taktik mereka kebanyakkan sama.. Bila produk di rampas & di tarik balik NOT KKM.. tukar nama item pada produk, tukar packaging & apply balik NOT KKM.. lepas tu jual balik. Claim sebagai produk baru & formulasi baru. Settle. Kena lagi.. buat lagi perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka berduit. Denda yang pihak KKM kenakan tidak membebankan pihak pengeluar. Mereka boleh bayar & terus jual produk beracun tanpa rasa berdosa jauh sekali rasa bersalah. Sebab produk produk macam ni selalunya sentiasa ada permintaan. Yelah manusia ni memang sukakan kecantikkan lebih lebih kalau ada produk tu mampu memberi kesan cantik dalam masa yang singkat.. bersusun orang minta PM di iklan produk tu.


Ni pendapat saya sebagai orang awam/netizen/pengguna/rakyat marhen.. Hukuman & denda yang di kenakan pada pengeluar & pengasas produk beracun ni memang tak setimpal. Serius tak setimpal langsung sebab tak mampu membuatkan mereka serik atau insaf pun. Tak mampu mengurangkan populasi pengeluar produk beracun. Rasanya kena gubal semula undang undang supaya denda boleh di naikkan sehingga RM1juta atau lebih banyak lagi. Ia melibatkan keselamatan & kesihatan pengguna. Ia perkara serius. Itu pendapat saya la..


Pengguna ni selagi boleh di jual selagi di jual mereka akan percaya pada penjual/pengasas/pengeluar. Seolah olah KKM tiada kredibiliti dalam isu berkaitan bila mereka lebih percaya dengan pengasas produk yang kebanyakkan menggunakan alasan produk mereka di sabotaj, di fake (tiruan) & sampel produk yang di ambil dah tercemar bla.. bla..  Sedangkan KKM yang sememangnya mempunyai kakitangan di kalangan mereka2 yang berkelayakan untuk melakukan tugas mereka sebelum sesuatu produk di umumkan beracun. Tapi mentaliti pengguna.. masih percaya kepada orang yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut sebab tu masih ramai yang tertipu.

Pakar Farmakologi dan Toksilogi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Rohi A Ghazali, berkata krim kulit beracun dikenali melalui warnanya kelihatan bersinar, terang atau kusam serta berbau.“Apabila disapu pada kulit, pengguna mengalami kesan panas terbakar.“Sel lapisan kulit paling atas atau luar rosak kesan terhakis, menjadikan kulit licin seakan telur rebus dikupas.

Saya juga pernah melalui pengalaman kulit breakouts sebab produk beracun.. Buat review dulu pun saya just refer pada pendaftaran KKM yang waktu saya pun macam orang lain rasa nombor pendaftaran (NOT KKM) tu adalah bukti produk tu selamat di gunakan sedang NOT KKM bukan kelulusan atau jaminan. Ia cuma pendaftaran untuk memasarkan produk sahaja. Sebab permohonan NOT KKM tidak melalui ujian makmal.. Pihak pengeluar yang perlu notify (istytihar) pada KKM yang produk mereka selamat & bebas dari bahan terlarang melalui dokumentasi sahaja untuk mendapatkan nombor NOT KKM. Sebab tu kita boleh tengok banyak produk bernotifikasi (NOT KKM) yang di tarik balik selepas kkm membuat rampasan & labtest terhadap sampel produk. Boleh rujuk di website NPRA produk produk yang di tarik balik NOT & di haramkan di jual ➥ Senarai Produk Kosmetik Beracun (NPRA)

Moral of the story.. Seorang founder sebelum memasarkan produk ia akan memastikan formula & bahan di dalam produk dia selamat di gunakan, berkualiti & berkesan. Tapi kalau yang acah acah ponder.. dia cuma mantapkan ilmu marketing, cari kilang OEM atau cari stok untuk buat produk jenama sendiri.. kemudian jual je. Jadilah pengguna bijak.. Sayangi diri anda. Cantik bukan berapa putih kulit anda tapi bergantung sejauh mana sihatnya kulit anda. Kulit yang sihat tak semestinya putih gebu sampai nampak urat hijau, berkilat macam cermin atau putih macam kain kafan. So ubah mentaliti anda.. Putih itu cantik. Sebenarnya sihat itu cantik.

Sumber berita : BH online

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA. Kembali memeriah karipapusing blog melekit dengan pendedahan produk produk beracun. Kali ni nak share 113 Produk kosmetik beracun yang baru baru ni kena banned di Indonesia Oleh Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM). Ia termasuk produk produk terkenal dari Malaysia.

Produk produk tempatan ni kebanyakkan memang kat Malaysia, Brunei & singapore memang dah kena banned.. So tak pelik Indonesia pun banned jugak. Kalau ada masih yang menggunakan mohon berhenti la. Bukan apa mungkin kesan kemudaratan tu tak nampak di masa sekarang.. Tapi di masa akan datang.


Dari Posting Public Health Malaysia di Laman Facebook mereka

Produk Jenama Terkenal Antara 113 Produk Kosmetik Disahkan Mengandungi BAHAN BERBAHAYA

Fast Fact

➧ Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM) Indonesia telah mengeluarkan senarai produk yang telah dikesan mengandungi racun
➧ Produk kosmestik tersebut telah dikesan mengandungi RACUN seperti hydroquinone, tretinion, merkuri dan lain-lain.
➧ Peniaga di minta menghentikan jualan produk.
➧ Pengguna di sarankan untuk menghentikan penggunaan.
➧ Dapatkan pemeriksaan lanjut.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

HYDROQUINONE
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

- Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

- Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

TRETINION
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

MERKURI
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

- Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

- Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

- Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

- Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Selain itu pastikan juga menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakkannya. Korang boleh semak semua 113 produk yang di kesan beracun pada gambar di bawah..














Untuk mengikuti info info kesihatan sila follow Public Health Malaysia

Moral Of the story.. Cantik itu bukan putih gebu macam kapas, kulit licin berkilat macam cermin atau putih sampai nampak urat hijau. Cantik itu apabila anda memiliki kulit yang sihat & bebas dari sebarang penyakit bahaya. Tak kisah la apapun warna kulit anda.

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK

BEZA ANTARA NATURAL PRODUK, ORGANIC PRODUK & KIMIA SINTETIK PRODUK. Sekarang ni produk produk kecantikkan memang bersepah. Masing masing mengaku produk depa natural & oranic. ramai elak mengaku produk depa sebenarnya base dari kimia sentetik sebab mentaliti masyarakat sekarang kimia tu bahaya sedangkan bukan semua produk yang ada kimia tu bahaya. Selagi dalam dos yang di benarkan & dalam kawalan.. Tak jadi bahaya. Sebab dalam kehidupan kita memang sentiasa berkaitan dengan kimia pun...


Ramai yang salah faham dalam membezakan antara natural produk, organik produk & kimia sintetik produk. Dia main hentam je claim produk dia natural la.. organic la.. Dia bukan tau pun sebenarnya produk dia tu kimia sintetik. Ada yang tau produk dia bukan natural pun.. Tapi biasa la marketing. Cakap natural je berpusu pusu orang beli. Konon kalau natural ni selamat.

Hari ni saya nak share hasil pembacaan saya tentang perbezaan antara natural produk, organic produk & kimia sintetik produk.

NATURAL PRODUK

Produk yang dikategorikan sebagai semulajadi (Natural) dirumus menggunakan bahan-bahan semulajadi atau berasaskan tumbuh-tumbuhan misalnya minyak zaitun (olive oil), pati minyak lavender (lavender essential oil), shea butter, aloe vera, dan lain-lain.

Contoh label bahan produk Natural :

aqua, caprylic/capric triglyceride (coconut derived), stearic acid (vegetable derived), dicaprylyl ether (vegetable derived), Helianthus annuus (sunflower) seed oil, Eucalyptus globules (eucalyptus) essential oil, sorbitan stearate (vegetable derived), menthol, isostearyl hydroxystearate (vegetable derived), tapioca starch, Origanum vulgare (oregano) leaf extract, menthe viridis (spearmint) extract, Melissa officinalis (Lemon balm), xanthan gum, glyceryl caprylate (coconut, palm and glycerine derived), Anisic acid (anise seed derived), phytic acid (rice bran derived), farnesol, linalool.

PRODUK ORGANIK

Produk yang dikategorikan sebagai organik (Organic) dirumus menggunakan bahan-bahan yang diiktiraf organik misalnya minyak zaitun organik (organic olive oil), pati minyak lavender organik (organic lavender essential oil), aloe vera organik (organic Aloe Barbadensis), dan sebagainya. Biasanya produk sebegini telah mendapat pengiktirafan organik oleh badan antarabangsa (contohnya USDA Organic atau Australian Organic Certification) dan lambang badan pengiktirafan tersebut dicetak pada label produk.

Contoh label pada produk krim tangan organik :

Certified Organic Butyrospermum Parkii (Shea) Fruit Butter, Certified Organic Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Leaf Juice, Aqua, Certified Organic Ethanol (Sugar Cane Alcohol), Non-Gmo Lecithin, Sclerotium Rolfsii, Citrus Aurantium Amara (Bitter Orange) Fruit Extract, Certified Organic Pelargonium Graveolens (Geranium) Essential Oil, Certified Organic Olea Europaea (Olive) Juice Extract, Certified Organic Rosa Damascena (Rose) Essential Oil.

PRODUK KIMIA SINTETIK

Manakala produk penjagaan kulit konvensional pula biasanya dirumus menggunakan pelbagai bahan kimia sintetik.

Contoh label krim tangan produk berasaskan kimia sintetik :

Water, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Stearic Acid, Sodium Cetearyl Sulfate, Methylparaben, Propylparaben, Dilauryl Thiodipropionate, Sodium Sulfate, Fragrance


Pengalaman saya menggunakan natural produk dari jenama Garden Of eden.. Natural produk ni memang tak ada bau wangi (perfume). Bau dia memang natural.. Macam tak ada bau sangat. Cleanser dia pun tak berbuih.. Kalau ada yang claim produk dia natural tapi bau maha pontianak harum sundal malam (wangi) saya akan jadi curiga hahahaha. Dah nama natural so bau dia confirm la natural je. Kalau dah wangi macam perfume.kalau bau bunga.. dia tak sama macam pewangi ni. hehehe. Natural ke? . Entah la.. kekekeke

Apapun semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua. Kalau ada salah silap mohon betulkan yer..

Moral of the story.. Jika anda seorang pengeluar, penjual atau pengedar sesuatu produk.. sila bersikap jujur. Jangan menipu ingredient produk semata mata untuk melariskan jualan. Walau produk anda bebas bahan terlarang sekalipun kalau ada unsur penipuan seperti overclaim.. Pun di kira menipu jugak ok! Apa??? Tipu sunat? takde istilah tipu sunat.. sunat kang baru tau!!!

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU

MAKSUD DRUGSTORE YANG RAMAI RUPANYA MASIH TAK TAHU. Terpanggil makcik lekat lekit nak menulis pasal ni. Bukan apa makcik kan sangat prihatin dengan pengguna di Malaysia katanya. So, makcik memang suka la menulis entri entri khidmat masyarakat. Sebab makcik masih lagi berpegang dengan pendapat.. "Apa yang remeh bagi kita, belum tentu sesuatu yang remeh bagi orang lain" Maksudnya yang kita rasa benda tu macam kacang je atau alah.. semua orang tahu benda tu.. Tapi tak mustahil ada yang masih tak tahu & tercari cari jawapannya.


Contoh macam satu perkataan yang macam trending orang sebut sekarang 'Drugstore'. Kita dok sebut nak beli apa2 produk skincare/kosmetik, ubat ke hapa better beli kat drugstore lebih selamat. Masing masing pulun dok suggest drugstore sana drugstore sini.. Tapi kita lupa nak explain apa itu drugstore pada mereka yang mungkin tak tahu menatang apa drugstore. Kedai macam mana tu drugstore ni?

Sebenarnya kan.. Saya sendiri pernah di tanya.. drugstore tu apa? Kedai apa? Tapi cuma masa tu tak dapat petunjuk & hidayah pulak nak tulis kat blog. Just explain terus pada yang bertanya. Di sebabkan baru baru ni ada hamba hamba Allah yang mula terpesong pemahamannya tentang drugstore & cuba memanipulasikan fakta tentang drugstore so adalah lebih baik Ahkak menulis kat blog ni. At least kalau orang google jumpa jugak la info pasal drugstore.

Ada yang cuba translate drugstore tu sebagai tempat penyimpanan dadah. Katanya Drug bermaksud dadah & store tempan simpan barang so dia simpulkan drugstore sebagai tempat simpan dadah. Maka katanya produk yang di jual di drugstore ni jadi belum tentu selamat maybe mengandungi dadah atau kimia yang merbahaya jugak. Tak sure statement ni datang dari seller produk ke sapa.. Cuma terbaca info dari geng #SkuadPenggunaBijak jer..

Bagi yang tak faham & tak tahu apa itu drugstore.. Drugstore ni kalau di translate ke bahasa melayu bermaksud kedai ubat tapi selalu kita sebut farmasi la. Contoh macam farmasi farmasi yang ada kat luar sana.. termasuk guardian, watson bla.. bla.. bagai. Bukan kedai ubat atau booth2 jamu tu yer. Ni farmasi yang di iktiraf di mana untuk memasarkan sebarang produk kat dalam tu mestinya produk yang telah menjalani ujian makmal. Ketat juga la nak letak produk kat farmasi ni.. Tak berapa banyak info apa yang prosudernya tapi bukan simply2 kau nak letak produk yang cuma berdaftar dengan KKM tanpa ada bukti sokongan lain yang menyatakan produk ekau tu solamat yo milah.

Drugstore bukan tempat simpan dadah yer anak anak sekalian.. Jangan pergi drugstore kau minta nak beli dadah sepaket pulak. Senang paham macam ni la drugstore tu = Farmasi. Simple. hang tak payah nak berbelit sangat pikiaq drugstore kedai dadah bagai. Kalau dah farmasi tu Insya Allah.. Majoriti produk atau ubat yang di jual selamat. Bukan kata 100% produk drugstore ni guna bahan semulajadi even ada chemical pun di dalam dos yang di benarkan & di luluskan untuk di pasarkan.

Jadi.. Para pengguna sekali, moga dengan info santai ala ala membawang ni memberi manafaat kepada semua. yang mana salah faham tu moga lebih faham. Nak lebih info merujuk la kepada yang lebih pakar.

Moral of the story.. Bak kata pepatah, 'Malu bertanya sesat jalan'. So kalau hangpa jenis malu atau sombong nak bertanya.. maka dapat la kemaluan kembali. Kalau ada salah info dalam entri ni mohon betulkan di ruangan komen yer.

SENARAI PRODUK 'LOCAL SKINCARE' YANG SELAMAT DI GUNAKAN

SENARAI PRODUK 'LOCAL SKINCARE' YANG SELAMAT DI GUNAKAN. Bila den buat keputusan untuk menapis produk skincare/kosmetik & supplement terutama local skincare untuk slot review .. Ada yang mula mencebik & muncung. Katanya.. den pilih bulu. Bukan pilih bulu.. Setiap kali orang minta den review produk depa tak pernah den tanya dia bulu pendek ke panjang, perang ke hitam..


Kita sedia maklum lambakkan produk skicare/kosmetik di pasaran tumbuh bagai cendawan atas taik lembu. Membiak bagaikan di baja baja katanya. Kalau nak di nilai dari NOT KKM (Notifikasi) kebanyakkan produk memang ada NOT tapi tu la bagi yang masih tak faham faham.. NOT KKM bukan bukti sesuatu produk tu terjamin selamat dari mengandungi bahan terlarang. NOT cuma kelulusan untuk di pasarkan & di bawah pemantauan KKM sahaja. Tiada ujian Lab di buat terhadap produk yang di beri NOT tu. Senang Faham KKM memang tak buat apa2 ujian makmal sebelum meluluskan permohonan Notifikasi tu & ia bukan bukti kelulusan apa apa. Sekadar berdaftar dengan KKM sahaja.  Ia cuma declare melalui dokumen di mana kita sedia maklum.. Kalau pengeluar produk tu tak jujur dia boleh menipu Ingredient produk dia untuk mendapatkan Notifikasi.

Hadam yang ni. NOT KKM sekadar bukti produk itu berdaftar dengan kkm. Sekiranya berlaku apa2 kemudaratan pada pengguna ia memudahkan KKM untuk mengambil tindakkan sebab semua detail pengeluar ada dengan KKM. Senang KKM nak suruh tarik balik di pasaran. Kalau ingkar mereka akan di kenakan tindakkan undang undang.

Yang dok kantoi & NOT KKM di tarik balik tu selepas KKM mendapat aduan pengguna & KKM ambil sampel produk tu membuat ujian makmal. Time tu la baru kantoi ada merkuri, hidrokinon, Tretinion bagai.. Bagi yang tak faham & asyik mempertikai kalau produk tu beracun kenapa KKM bagi kelulusan, moga boleh hadam lah yer. Den sampaikan dengan bahasa paling 'bawang' dah ni. Kang guna bahasa2 formal dengan istilah saintifik bukan je hangpa.. sekali dengan den pulak tak faham nanti. hehehehehe. Sebab tu penting pilih produk yang dah di RND.. ada produk di buat kajian bertahun tahun baru di keluarkan & di pasarkan. Untuk memastikan ia benar benar selamat.

Walaupun bukan semua local brand skincare bermasalah tapi sekarang lebih banyak yang bermasalah dari yang selamat. Pun macam tu masih ada local brand skincare ni yang terjamin selamat. Antaranya produk

1. Safi
2. Dermags
3. Bluebell
4. Garden of Eden
5. Savee
6. Azanis
7. Simplysiti
8. Sendayu Tinggi
9. Dermalene
10. Mary Jardin
11. Dr. Norman
12. Good Virtues
13. Cosmoderm
14. Secretleaf
15. Elhajj
17. Annona
18. Alaisyah
19. Glorenze

Tu antara local skincare/kosmetik yang selamat di gunakan & melalui RND. Tapi nak di ingatkan jugak produk yang berkualiti & selamat pun bukan semua sesuai dengan semua jenis kulit & orang. Sebab tu penting untuk tahu masalah & keperluan kulit sebelum membeli apa apa produk. Hang jangan main tenyeh ja ok.. tenyeh2 jadi dayang senandung semalam satgi.. Jangan dok teriak tepi cermin pulak tuduh produk tu bermasalah padahal ia tak sesuai dengan kulit hang. kalau semua produk sesuai dengan semua orang.. Dalam dunia ni tak perlu ada banyak brand la kan? 

Tip memilih skincare yang selamat.. Selalunya krim dia tidak berwarna warni, tiada bau yang terlalu wangi, testur krim produk yang selamat tidak melekit, tidak memberi kesan kecantikkan seawal 3 - 7 hari. Pada packaging tertulis alamat pengilang, Ingredient produk, cara penggunaan. Boleh rujuk pada gambar di bawah.


Sebelum membeli apa2 produk skincare pastikan pada packaging ada semua label ini

Dan satu lagi nak pesan.. Produk yang di iklankan di TV & Radio sekarang ni pun tak semua selamat. Stesen TV & radio kau bayar.. Boleh jer Iklan apatah lagi kat signboard tepi jalan, tepi highway semua tu. Kita kena bijak memilih produk jangan terpengaruh dengan iklan. Semua tu marketing strategi jer. Den guna produk Garden Of Eden pun bukan base on iklan atau testimoni tau. Beli kat Guardian & try.. Alhamdulillah membantu masalah kulit den ni. So, tak semestinya produk yang banyak testimoni berjaya tu sesuai dengan kulit kita ok. testimoni tidak boleh di jadikan bukti sesuatu produk tu selamat juga sebab testimoni kadang2 boleh di reka.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada anda semua. Jadilah pengguna bijak.. Sayang diri, sayangi kulit jangan obses nak putih melepak macam tepung gomak. Belajar bersyukur dengan warna kulit asal anda.

Moral of the story... Senarai produk kat atas kalau nak saya review boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. peace Yo!

CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE

CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE. Biaq betul hang ni lekatlekit Ooi.. hang guna krim yang terang terang pengedar dia dah declare memang ada merkuri. Dah tu tak daftar dengan KKM pulak. Lepas tu claim selamat.. Hang dah ting tong ka?


Insya Allah kami masih sayang buah pinggang & muka kami ni.. Takkan la kami nak tenyeh krim2 macam tu kan? Alkisahnya semalam kami terbaca satu conversation panjang kat satu group ni. Isu tentang 1 cream ni.. cream muka la bukan creamer untuk minuman tu. Amboi sempat dia nak loyar buruk tu... Ni kisah pasal skincare ok! hahahahaha

Banyak yang kata ok & ada juga yang memberi feedback negatif. Apapun krim tu memang tak berdaftar dengan KKM & di akui oleh someone katanya krim muka tu cuma ada 2% je merkuri. Katanya dia guna ok jer.. dia skip pun muka dia tak breakouts ka hapa. So dia claim sebagai krim tu selamat & memberi kesan yang memuaskan pada dia.


Seolah olah macam penggunakan merkuri dalam produk kosmetik ni di benarkan pulak. Yelah cara dia berkomen tu macam cakap alah.. 2% je pun merkuri. apa da hal?? Ok ok.. di sebabkan dia juga la den gigih mencari info berapa dos merkuri yang di benarkan dalam produk kosmetik ni. Apa yang saya dapat adalah...

Penggunaan merkuri di dalam kosmetik untuk pasaran tempatan tidak dibenarkan.

Jumlah kepekatan merkuri yang dibenarkan Agensi Regulatori Farmasi Negara untuk (Solekan mata dan pembersih solekan mata saja); 0.007 peratus saja.
Di ulangi 0.007% untuk untuk produk solekkan mata & pembersih solekkan mata atau senang paham makeup remover sahaja. Jangan salah paham pulak.

Sumber info : Berita Harian

walaupun ada yang pandang remeh dengan produk yang di campurpalsu logam berat merkuri ni tapi sebenarnya kesan merkuri ni bukan sekadar menyebabkan kulit hangpa breakouts ja ok.. antara kesan lain yang lebih menakutkan adalah..

kajian lain yang mendapati merkuri berkenaan terutamanya jenis elemental seperti quicksilver, mampu untuk meruap dan mencemari udara dalam rumah sehingga lapan kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Lebih malang ia berpotensi menyebabkan pendedahan merkuri melalui pernafasan kepada ahli keluarga yang lain kerana kadar penye­rapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%.

Ia juga boleh memasuki sistem penghadaman melalui tangan yang tercemar atau krim yang disapu dekat dengan bibir mulut tetapi hanya 0.01% sahaja yang terserap masuk. Bagi jenis merkuri tak organik yang lain, kadar pe­nyerapan adalah lebih sedikit.

Walaupun kadar penyerapan merkuri ke sistem edaran darah melalui kulit hanya sekitar satu peratus, namun penggunaan krim yang banyak dan keadaan kulit yang kering boleh meningkatkan kadar tersebut. Biasanya tiada tanda atau rasa bagi menunjukkan merkuri ada di dalam krim tersebut. Begitu juga jika terdedah melalui sistem pernafasan.

Bahan merkuri yang memasuki sistem darah akan membentuk kompleks antigen-antibodi lalu me­rosakkan struktur utama buah pinggang. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti penyakit nefrotik. Pesakit akan kehilangan protein dan mengalami bengkak terutamanya pada kaki dan keliling bawah mata.

Merkuri tidak organik ini agak sukar untuk merentasi selaput otak. Tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf.

Merkuri elemental yang mampu meruap didapati boleh menyebabkan masalah mental seperti gangguan kognitif, motor dan sensori tubuh, mahupun perubahan personaliti. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kos­metik. Bagi ibu hamil juga, tidak digalakkan menggunakan sebarang alat kosmetik kerana ditakuti anak di dalam kandungan akan terjejas tumbesaran tubuh dan otaknya.

Sumber Info : Utusan Online

Yang mana rasa its ok ada mercury.. Nak teruskan pakai produk yang terang terang hangpa tahu ada mengandungi merkuri tu teruskanlah yer. Maybe hangpa ada biji benih boleh semai & tumbuh semula buah pinggang kalau berlaku apa apa di kemudian hari. Cuma jangan lupa ambil insuran untuk backup yer.. hehehe

Moral of the story.. golongan kotoran degil ni kau tak payah sental & polish la. Selagi depa rasa sihat, cantik, gebu, putih, mulus... Selagi tu depa rasa yakin apa yang depa guna selamat. Tunggu je memasing dapat side effect yang menakutkan... masa tu baru datang hidayah untuk menukar kepada produk yang lebih selamat.

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'. Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya.


Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan kita.

Untuk segmen khidmat masyarakat kali ni saya nak share kat hangpa apa itu 'Produk Campurpalsu'. Kesian yang dok tertipu selama ni.. Hope lepas ni tak kena klepet berulang kali lah yer.. hehehehe

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

Lazimnya, produk kosmetik dicampurpalsu bertujuan untuk membuktikan keberkesanan produk yang dijual di mana pengguna akan mendapatkan kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat. Contohnya, hydroquinone dan merkuri biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Pengguna yang membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dicampurpalsu akan berasa teruja dengan kesan yang dialami dan seterusnya akan kerap membeli produk tersebut. Cara penjualan produk sebegini adalah suatu tindakan syarikat yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesan mudarat yang mungkin dialami oleh pengguna.

Produk kosmetik yang mengandungi logam berat seperti merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit. Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.
- Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -

Jadi ketahuilah.. Produk yang di banned KKM atau di tarik balik notifikasi bukan semua fake produk atau produk tiruan bila di dapati telah di campurpalsu. Produk campurpalsu tu membawa maksud produk tu dah di campur dengan bahan logam berat seperti merkuri & hydroquinone bukan bermaksud produk tiruan atau fake produk yer. jangan salah faham. So, Perlu ke kita nak tuduh KKM tidak arif dalam menjalankan tugas mereka sampai membuat analisa terhadap produk tiruan lepas tu 'SimplySiti' jer keluarkan laporan yang boleh menjatuhkan reputasi sesuatu jenama produk tersebut?

Yang berkhidmat dalam KKM tu bukan pakar test produk bakar atas sudu.. Dari penguatkuasa yang nak dapatkan sampel sampai la yang nak buat ujian kat makmal tu semua pakar dalam bidang masing masing. Kalau betul KKM memfitnah.. Kenapa sampai sekarang tiada yang berani mengambil 'legal action' terhadap KKM? krik.. krik.. krik...

Moral of the story.. Renung renungkan.. Selamat Hari Malaysia.

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK

AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK. Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak.


Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu.

Apa yang saya baca.. 

Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Disebabkan alasan ini juga, kita kena hati hati ketika memakaikan produk kosmetik kepada anak-anak. Ini kerana, produk kosmetik dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak yang boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan pada kesihatan.
Menurut Pakar Estetik, Dr. Riza Hartini Razali, komponen-komponen yang terkandung dalam produk kosmetik dewasa boleh mengakibatkan dan menimbulkan pelbagai simptom alergi dan alahan pada kanak-kanak. ini kerana terdapat pelbagai jenis campuran yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut termasuklah pelbagai jenis bahan pewarna.
Anak-anak kecil sebenarnya tidak sesuai untuk dipakaikan produk kosmetik kerana kadar metabolisme mereka tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Disebabkan inilah sekiranya mereka dipakaikan produk kosmetik, kadar penyerapan lebih cepat, tinggi, dan akan menyerap terus ke dalam sistem badan.
Untuk pengetahuan, kulit kanak-kanak akan menyerap hampir 100 peratus bahan-bahan ini (bahan kimia) kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Jadi badan anak-anak ini akan mendapat kesan serta merta
kulit kanak-kanak sebenarnya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa kerana kulit kanak-kanak lebih nipis. Jadi sekiranya kulit orang dewasa juga boleh mengalami pelbagai masalah apabila memakai produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut, bayangkan apa akan terjadi pada kulit kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kosmetik juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah alahan atau iritasi, penyakit kulit seperti ekzema, kerengsaan saluran pernafasan dan mata, keracunan dan tidak ketinggalan masalah pada sistem penghadaman.
Sesetengah kosmetik dewasa turut mengandungi hormon-hormon yang boleh mengganggu kematangan seksual kanak-kanak dan agen perosak hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hormon di dalam badan. Kanak-kanak masih berada dalam fasa pertumbuhan, iaitu badan mereka masih lagi dalam proses tumbesaran.
Sekiranya kulit mereka didedahkan terlalu awal dengan bahan-bahan ini (bahan kimia), akan mengganggu pertumbuhan dari segi fizikal dan otak. 
Memang tidak ada kajian khusus yang membuktikan bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser atau pelbagai lagi penyakit berbahaya, tetapi jika dilihat kepada pesakit-pesakit kanser yang sedia ada, lazimnya kandungan darah mereka mengandungi bahan-bahan kimia ini.
Antara kandungan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dewasa ialah merkuri, paraben, dan hidrokuinon. Oleh demikian, langkah yang terbaik adalah jangan sesekali membenarkan anak-anak menggunakan kosmetik dewasa.
Sekiranya masih mahu menggunakannya, ibu harus lebih peka dalam memilih produk–produk yang mesra kanak-kanak, semula jadi dan selamat. Untuk lebih selamat, hari ini ibu-ibu boleh menguji produk kosmetik dengan penguji merkuri mudah alih bagi mengetahui tahap kandungan merkuri yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.

Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.

Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com