USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK
USTAZ KAZIM ELIAS TERIMA PINGAT DARJAH DATO PADUKA MAHKOTA PERAK. Tahniah kepada Dato Paduka Ustaz Kazim Mohd Elias Atas kurniaan Darjah kebesaran dari Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Murah rezeki Ustaz Kazim.. Dari Ustaz dapat Dato dari Dato dapat dato Paduka. gamaknya kalau aku tulis blog dengan bersungguh2 boleh dapat Dato tak? hahahahatak payah berangan la lekatlekit Ooi.. Melekat la kau kat situ di tepian blog katanya. Bukan kata tak boleh berangan.. Berangan pun orang kata salah satu langkah pertama untuk menuju kejayaan. Langkah pertama jer.. Bukan dah berjaya ok. Kalau setakat kau berangan tapi seinci pun tak gerak masih dok terbongkang atas katil layan angan angan.. Mereput la kau kat situ sampai kiamat. Apapun semua kena di sertakan dengan usaha, doa & tawakal. Yang paling penting kurang merungut & merintih.. Lebihkan tindakkan & usaha.
Ustaz Kazim Elias ni... erkk. dato Paduka Ustaz Kazim Elias ni dulu mula2 nak popular kat youtube je. Tapi tu la.. Sebab dia memang sangat berbakat dengan dakwah yang mampu menarik minat ramai orang maka setapak demi setapak dia melangkah ke level sekarang. Walaupun macam2 kontroversi dia hadapi sepanjang karier dia sebagai pendakwah sampai katanya pernah nak berhenti berceramah. tapi tak sure sekarang dia masih berceramah ke tidak. Apapun.. Dia juga salah seorang contoh yang baik. Sebab dia di lahirkan sebagai seorang anak yatim yang menempuhi hidup yang susah. Kalau korang pernah baca entri aku pasal kisah sedih spender ustaz kazim.. korang dapat bayangkan betapa susahnya hidup dia masa tu. Tapi tu la.. bak kata pepatah arab.. Man Jadda Wa Jadda. Siapa berusaha pasti berjaya. Dengan usaha beliau.. dia berhak menikmati apa yang dia dapat sekarang.
Moral of the story.. Aku dok tunggu sapa gamaknya blogger pertama yang mampu meraih gelaran Dato sebab penulisan blog. Tak mustahil pun kan? Orang berenang pun boleh dapat dato.. inikan orang menulis.