Pagi ni dah mula baca 2 3 status kat FB berkaitan budak yang hilang di Villa Nabila Johor tu. Berita gembira katanya sorang budak yang hilang tu dah di temui tapi yang tak bestnya bukan di kawasan Villa Nabila yang di kaitkan dengan berbagai kisah misteri & seram selama ni.
Katanya budak tu ada sedang bersembunyi kat rumah kawan dia. Motif dia buat macam tu tak di kenalpasti. Kena tunggu laopran berita yang lebih rasmi la kot. Berita ni pun cuma den baca kat blog & fb . Sejauh mana kebenaran den sendiri tak dapat pastikan cuma den share kan info terkini ni sebab nak kaitkan dengan satu kisah misteri yang pernah berlaku tak lama dulu.
Sumber fuh.my
Kalau korang ikuti blog melekit ni dari dulu lagi mesti korang ingat kisah anak dara bernama Siti Balqis dari kuala terengganu yang mengemparkan rakyat Malaysia dengan kisah misteri dia selalu hilang di tengah malam.. bila orang jumpa dia mesti kat kawasan pelik2.. macam kubur hutan bagai. Yang best.. ramai bomoh datang kononnya nak menghulurkan bantuan bagi meleraikan kemisterian yang berlaku. Ada bomoh cakap.. banyak jin di samping dia la.. ada bomoh ngaku tangkap jin tu letak dalam botol.. macam2 lagi bomoh2 yang merawat dia tu membuat spekualasi yang semuanya berkaitan dengan jin.
Last cerita budak Siti Balqis dia hilang lagi & kononnya di larikan jin ke gunung jerai kedah sana nu.. Jauh sungguh jin bawak di jalan2. Alih2.. misteri kisah siti balqis ni takde bomoh dapat selesaikan tapi polis jugak yang berjaya menyelesaikan. Hasil siasatan polis dapati dia pergi ke rumah seorang kakak angkat katanya di kedah dengan menaiki bas sebab polis jumpa tiket bas dalam beg dia.. sebelum2 ni dia yang di katakan selalu hilang lewat malam.. ada jiran pernah nampak dia keluar rumah & ada kereta yang tunggu dia. Yang pelik sepanjang dia hilang dia sempat bawak hp tu.. boleh mesej mak dia bagitau dia kat kubur la.. hutan la..
Bila dengar budak yang katanya hilang di Villa Nabila tapi di jumpai di rumah kawan dia.. memang kisah siti Balqis ni la yang terus den ingat. Sama la macam budak tu.. menyusahkan orang. Tapi kisah Siti Balqis lebih dahsyat sebab dia mampu mengarang cerita misteri untuk cover salah dia suka keluar lewat malam. Kau pernah terfikir macam dia?? hahahahaha
Kisah2 siti balqis di blog melekit ni korang boleh baca kat sini -
JIN BURUK SIKU -
JIN KENA FITNAH -
KISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN.. -
DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI -
Apapun.. kewujudan jin & makhluk ghaib/makhluk halus ni dalam Al-Quran pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi kepercayaan kita tu jangan la sampai termelakukan amalan2 khurafat & syirik. Tak payah dok buat kerja takde pekdah nak cari hantu bagai.. Biar dia dengan dunianya selagi dia tak ganggu kita. Takpayah nak cari yang susah nak nampak dengan mata kasar.. hantu2 yang boleh nampak dengan mata pun berlambak kat dalam dunia ni. Macam pesen & macam2 jenis.. tak puas lagi ke tengok. Nak jugak cari yang malu2 nak tunjuk rupa tu.
Update terkini
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang
selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah
ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.
"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.-
Sumber harian metro -
Dah guna alasan lupa jalan balik rumah pulak. Tadi kata jumpa umah gepren. aduhai.. penuh misteri sungguh