Showing posts with label kongsi. Show all posts

SERAM! KEJADIAN RASUK DALAM BAS PEKERJA SEBUAH PASARAYA DI IPOH

SERAM! KEJADIAN RASUK DALAM BAS PEKERJA SEBUAH PASARAYA DI IPOH. Macam biasa walau dah lama cuti memburu kisah kisah seram tak bermakna blog lekatlekit dah resign dari menulis cerita cerita seram ok! Ada lagi tapi orang kata.. sekali sekala tu lebih besar impaknya dari setiap hari kan? Nanti feel seram tu hilang macam aku ni kalau dah kerap sangat baca & tengok cerita seram. Stress ok bila tengok filem seram yang orang lain rasa dah cukup rasa seram dia tapi kau rasa.. Seram ke? Matilamak nak Ooi.. gamaknya kena tengok hantu real baru kau tahu seram ke tidak. hahahahahaha


Untuk segmen seram serik lekatlekit malam ni.. Den bawakan sebuah kisah yang berlaku nun di perak sana. Berlaku dalam sebuah bas pekerja sebuah pasaraya di Ipoh. Kejadian berlaku masa depa dalam perjalanan nak pi kerja katanya. Pagi - pagi hari nak Ooi.. Benda ni jadi. Pukul 9 pagi.. Hantu ni tak reti rehat ke. Patut matahari dah terbit dia kena terbenam dah.. Ni dia pun sedang elok jer nak juga menyakat manusia siang siang hari.

Alkisahnya.. 27 orang pekerja yang ada dalam bas tu terkejut bila 6 daripada mereka tiba tiba histeria. Dalam bas kot.. mana tak cuak.. satgi ada yang terjun bas ke hapa risau jugak kan. Menurut apa yang aku baca.. kejadian histeria tu bermula ketika bas tu berada di kawasan bukit gantang lagi. Pada mulanya sorang je la yang menjerit2 lepas kerasukkan. Start dari situ la sorang demi sorang berjangkit. Bayangkan.. keadaan yang masa tu.. yang terjerit, yang terpekik, yang dengan aksi2 pelik.. dengan muka yang menyeramkan. Anda dalam bas sedang bergerak terpaksa hadap situasi macam tu. Bukan takat meremang boleh tercabut akar bulu roma, wei!

Ceritanya.. Sebelum berlaku kejadian histeria dalam bas tu salah seorang dalam bas tu dia masa dia sorang2 dalam bas tunggu kawan2 lain naik tiba tiba dia ternampak satu lembaga hitam naik bas. Masa tu kat kamunting katanya. Tapi dia ingat dia salah pandang ke hapa.. so dia tak anggap apa dia nampak tu betul. Mungkin dia anggap macam mainan perasaan dia je kot. Tapi bila dah jadi histeria macam tu baru dia terfikir benda tu mungkin ada kaitan.

Yang jadi punca histeria pulak..  ada sorang mangsa ni dia gatai mulut dok pi cerita kisah seram kat seorang kawan dia yang memang ada pengalaman kena histeria. Mungkin feel la kot dengar cerita tu, almaklum la kalau orang jenis penakut ni memang cepat sangat la feel seram tu meresap sampai ke hati & otak dia. Habis je cerita tu.. tiba2 kawan dia jegil mata & pandang dia. lepas tu dia mula meracau la. Korang bayangkan korang yang berhadapan dengan situasi macam tu. Orang kena histeria ni pandangan mata dia lain macam tau seram. Muka dia pun akan berubah sikit nampak garang & menakutkan. Memang air muka dia takkan sama bila dia dalam keadaan sedar.

Mulalah sorang demi sorang kerasukkan. Ada yang menari.. ada yang berlari.. Menjerit semua la. So yang lelaki dalam bas tu la terpaksa mengawal. Tarik yang sinun.. capai yang sinin.. pegang yang situ.. Keluar jugak la peluh jantan. Orang kerasukkan ni energy dia bukan calang calang walau perempun pun. Dia jadi luar biasa kuat ok! Sebab kalau kita tengok orang yang merawat orang kena histeria sampai 3 - 4 orang lelaki pegang walau pesakit tu seorang gadis yang lemah lembut jer. Penat jugak la handle orang kena histeria ni.. Bergantung pada energy makhluk tu jugak. Kalau jenis makan telur macam hantu raya ni maybe kuat sikit la kot. hehehehe

Mula2 pemandu bas tu ingat nak berhenti ja tepi highway bila keadaan makin teruk & jadi kacau bilau tapi bila dia fikir lagi bahaya kalau berhenti tepi highway. Buatnya ada yang lari ke tengah highway satgi.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun pulak. Jadi dia teruskan perjalanan sampai ke kat RNR sungai perak.. yang histeria tu di bawa turun dari bas bagi menenangkan mereka & mendapatka n bantuan dari mereka yang lebih arif pasal tu.

Kejadian ni katanya berlaku pada tahun 2014. Lama tak lama... baru pun tak baru sangat la kan. Bila berlaku histeria beramai ramai dalam bas ni.. Kalau aku dalam bas tu gamaknya sekali dengan aku pun histeria jugak kot. Dalam keadaan yang sana menjerit, sini berlari yang tak histeria pun terpekik pekik sebab keadaan cemas kan.. Otak pun susah nak fikir & boleh jam. Sebab nak minta tolong orang lain tak boleh.. Bas pulak sedang bergerak atas highway.. Dia punya suspend maybe macam filem Train To Buhsan juga la sementara nak tunggu tempat yang betul2 boleh berhenti & minta pertolongan dari orang lain.

Apapun.. Jin & syaitan ni kat mana2 pun ada. Kadang2 tempat yang kita sendiri tak jangka jadi sebagai umat Islam mohonlah pertolongan dari Allah. Amalkan doa2 pendinding yang ada dalam Al Quran bukan dok hafal mentera semerah padi atau bawa tangkal benang hitam ikat kat pinggang ok! Yang tu bukan kau buat pendinding malah kau bawa bala.

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT. Masa mula2 tulis blog serius tak terlintas dalam hati aku akan di kenali dengan blog cerita seram ni. Sebab masa mula2 tulis blog lebih kepada personal & kisah2 berkisarkan aktiviti aku dengan online radio jer.. Almaklum la time tu sibuk dok bercinta katanya hahahaha.. Lepas tu aktif ber DJ kat radio online. So, kisah2 hidup cheq ja jadi inspirasi cheq menulis. Masa bujang pergerakkan tak terbatas.. Masa banyak habis kat luar dari dalam rumah berbanding sekarang masa banyak habis kat rumah berbanding di luar. Jadi aku terpaksa lebih kreatif untuk mengisi kekosongan di blog katanya.. hehehehehe


Dulu aku banyak mengupas kupis isu2 semasa.. isu2 yang berlaku di media sosial.. Lepas ada anak aku tak dapat lagi nak tengok wayang so aku mula berjinak jinak jadi collector dvd filem seram sebab aku memang suka tengok filem seram berbanding genre lain. Contoh filem yang aku tak minat nak tonton, filem2 macam ni >> 4 Benda Pelik Yang Buat Orang Tertanya-Tanya Pasal Wolverine Baru Ini<< aku Kurang minat sikit la walau ramai orang suka. sebab cerita2 aksi & fiksyen macam ni.. bukan selera aku sangat. Aku suka filem2 seram yang natural. Cerita pontianak.. hantu raya... saka bla.. bla.. bagai macam tu. Tapi kalau filem Resident Evil tu aku suka la pulak. Maybe sebab ada zombie. Yang mula2 la.. Yang baru2 ni.. tak tau la taste ke tidak. hahahahaha

Dari situ timbul idea nak berkongsi review filem seram, kisah seram bagai kat blog. Tercetus ni bukan dari inspirasi sesiapa la.. Tapi dari minat aku sendiri & aku manafaatkan benda tu dalam blog. Walaupun dah ramai blogger buat blog cerita seram ni. Aku bukan pencetusnya tapi tetap apa yang aku buat bukan ter inspirasi dari mana mana blog, ok!

Sedar tak sedar blog lekatlekit sekarang dah terkenal dengan cerita seram. Walaupun blog aku bukan sekadar kongsi kisah seram je. Macam2 aku sumbat dalam blog ni. Segala review produk skincare, kosmetik, service, isu semasa,gosip,hiburan,review drama & filem.. pendek kata baca blog lekatlekit ni dah macam surat khabar. Macam macam ada. Astro pun jatuh ranking no 2 ok! hahahahaha. Memang rojak habis la kan.. Cuma sebab mungkin bila semakin banyak kisah seram dalam blog ni dia jadi macam satu trademark pulak untuk blog lekatlekit. Lagipun penulisan aku memang dah berpuaka kalau tak tulis cerita seram pun. Tu ramai haters hahahaha...

Semalam perasan satu entri kisah seram dari blog aku tetiba dapat view yang agak banyak. Tak tau siapa yang share.. Cuma pagi ni perasan Page Jangan Tutup Lampu SuriaFM mention aku kat post share entri tu. Maybe Page Jangan Tutup Lampu yang menyumbangkan traffic ke blog lekatlekit la kot.. Viral kecil kecilan je la entri tu.. Untuk 1 malam yang tak sampai 24 jam tu.. Cecah 4 angka pageviews jugak la. Ok la kan.. menyumbang traffic di blog lekatlekit katanya. Terima kasih yang berkongsi & sudi baca entri tu yer... rerajin la korang mentelaah cerita2 kat blog ni selalu ok supaya hidup anda di selungi misteri.... hahahahaha

Peminat Cerita Seram Meh Like Ramai Ramai Page ni

Sebenarnya apapun kita nak buat make sure kena istiqomah.. Jangan guna asyik meniru je. kena kreatif dalam penulisan blog ni. Dalam berblog kita kena cari sesuatu yang boleh buat orang kenal blog kita. Tak semestinya hangpa kena tulis cerita seram jugak & belum tentu hangpa tulis cerita seram blog hangpa akan di kenali sebagai blog cerita seram. Tak kira la apa konsep atau genre atau niche yang hangpa nak ketengahkan.. Yang penting create benda tu sampai jadi identiti. Identiti tu la yang membantu blog kita lebih menyerlah.. jangan hangat hangat taik ayam jer.. kalau hangat hangat taik ayam je maka yang kau dapat taik je la. Bila dapat taik jangan sedih yang busuk2 je kau dapat hidu.. hehehehe


Satgi ada pulak dok muncung2 tepi telinga.. Macam la hebat sangat blog lekatlekit tu. Kalau nak kata hebat ada yang lebih hebat tapi biaq pi la aku nak rasa blog aku hebat jugak. Sebab rasa tu kadang2 membantu memberi motivasi kepada diri sendiri ok!. Hahahahaha.. At least tak ada rasa down sangat nak terus berblog kan.. Ni aku belajar dari blogger Kak Diana Rashid. Kita kena angkat blog sendiri.. Istilah blog tepian longkang yang aku suka guna dulu, aku cuba hapuskan dalam diari seorang blogger. Harus sentiasa cakap blog kita hebat.. Sebab kata2 tu pun satu doa. Jadi tiap2 hari buka je blog niat dalam hati.. "Nak update blog paling hebat di dunia." hahahaha... Insya Allah.. dalam banyak2 doa, mana tau ada satu hari Tuhan Makbulkan.. siapa tahu.

Moral of the story.. Tulis la apa yang kita tahu, kita suka, kita minat & kita selesa. Insya Allah benda tu membantu penulisan kita lebih menyerlah & nampak natural. Tak nampak la sangat kau sekadar ikut je apa orang buat padahal kau sebenarnya tak berbakat pun hahahahaha.

P/S : Sesiapa ada kisah seram yang nak di kongskikan di blog lekatlekit boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL

DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL. Walaupun blog aku bukan semata mata share cerita seram tak tau la niche tu lebih menyerlah. Asal suria lekatlekit je orang ingat cerita seram.. Asal ada cerita seram je orang mention atau tag aku. Itulah kesan bila kita menulis sesuatu yang sememangnya kita suka & kita minat bukan sekadar ikut je apa orang buat. Dalam penulisan blog ni.. Kau akan lebih selesa menulis apa kau suka & tahu. Kalau kau sekadar ikut & tiru apa orang buat tu yang membuatkan kau selalu tak ada idea menulis.. Akhirnya blog kau layu di pusara jer.. hehehe


Tu dia mukadimah kan.. Mesti ada segmen mari mengecam sambil menegur katanya. hahaha.. Well.. lekatlekit kan. Ok berbalik cerita pasal yang tertulis kat tajuk tu.. Amboi retisnya blog lekatlekit.com ni sampai ada di kalangan DJ radio pun baca katanya. Harus la retis ok... Ok sila kecam tepi - tepi dulu yer berkenaan pengakuan 'Retis' tu. Aku nak tulis lagi ni.. hahaha

Tadi saja nampak DJ Bob Ringgo.. Dj rock kat SuriaFM buat live video kat fb. Sebab aku selalu jugak ikuti Bob Ringgo kat Facebook. Best dia ni sporting & sangat friendly. Harus la kan.. Dj kena ada sifat friendly tu.. Almaklum la aku ni bekas pendengar radio tegar zaman 90an dulu. Time tu sekolah lagi. panjang jugak bill telefon masa tu sebab selalu call radio & aku pernah terjebak dalam arena online radio satu ketika tu.. Kot mana pun still apa yang berkaitan radio ni masih menarik minat aku walau jarang dengar radio sekarang ni. Tetap aku suka follow & friends dj2 kat facebook. Support ok! tu yang penting. Apa ingat lekatlekit ni reti kecam orang je ke? Tolong la sekali sekala pandang aku dari sudut yang mulia sikit hahahaha

Bila aku join ber chit chat kat komen live video Dj Bob ni.. erkk.. tetiba dia cakap dia selalu juga baca cerita2 seram kat blog aku?? Kelip pop mata kita tau.. sambil senyum kepit2 gitu. Gila kau tak suka! Mesti la suka ada orang baca blog kita.. Habis kau fikir aku tulis blog nak baca sendiri ke? hahahaha


Terharu biru unggu kelabu jugak la bila dengar pengakuan ikhlas tu.. Buat ahkak semakin bersemangat proton waja nak memperbanyakkan koleksi2 seram di blog ahkak ni tau. Ahkak bertekad akan jadi lebih berpuaka niyang rapik lagi lepas ni supaya dapat mengumpul koleksi peminat di kalangan selebriti pulak hahaha.. ha kau! berangan nak jadi lebih retis dari retis la tu kan.. hahahaha

Live video tu tadi ada Abang Bob Ringgo dok share cerita2 seram.. Tapi berhenti seketika untuk bagi laluan kepada solat Jumaat. Akan bersambung semula selepas pukul 2 nanti. Kalau korang nak dengar sila follow Facebook : Bob Ringgo yer. Jangan risau Dj Bob Ringgo sangat ramah tamah orangnya kalau tak ramah mana boleh jadi DJ ok! hahahaha

Kalau korang nak tengok video nama suria lekatlekit di sebut2 tu boleh tengok kat bawah ni hahahaha. Tapi awas! video ni Bob Ringgo share banyak cerita seram..


Siap nak ajak suria lekatlekit pergi studio lagi tu katanya.. Untuk segmen seram. Aduhai.. kita blogger seram biarlah misteri dulu yer. Satgi terlebih popular lupa diri pun susah pulak katanya. hahahaha... Tu dia belum apa2 dah plan nak lupa diri. Ni mohon pijak beramai ramai. hahahaha

Apapun thanks untuk Bob Ringgo SuriaFM sudi membaca blog saya..Insya Allah kalau ada rezeki & jodoh manatau kita bertemu kat konti SuriaFM. Sedang elok la tu Suriafm bertemu Suria lekatlekit katanya. hehehehe

Kalau peminat SuriaFM & Cerita seram jom ramai like Fb page : Jangan Tutup Lampu Suriafm korang boleh share kisah & pengalaman seram kat situ.

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL

TERGAMAK SEORANG IBU SEBARKAN DIARI ANAK DI MEDIA SOSIAL. Mak mak zaman media sosial ni kadang2 aku rasa ada orang terlampau open minded sampai tak boleh beza yang mana satu boleh di kongsi di media sosial & yang tak boleh. Masing2 gila nak jadi attention seeker katanya. Masing2 berharap apa yang depa share tu jadi viral sekaligus menaikkan rating populariti kat media sosial tu masing2 jadi bangang sampai sanggup mengaibkan anak anak sendiri.


Sebelum ni Viral kakak sepupu share diari adik sepupu dia.. Ni Aku ternampak satu viral si mak share diari anak dia yang menulis pasal 2 lelaki yang konon suka dia & tak tau nak pilih siapa. Tak salah mak bapak nak pantau diari anak2 yang masih kecil ni. Bukan apa takut ada perkara tak betul depa buat maybe boleh tahu dari penulisan diari tu tapi bagi aku tetap salah kalau kau menyebarkan perkara yang menjadi privacy anak kau pada orang yang tak sepatutnya. Apa ke bangang mak jenis macam tu kan??

Lepas orang dok komen kutuk2 anak dia yang kononnya kecik2 dah gatal. Spender mak beli lagi bla.. bla.. dot.. com. Boleh pulak tahan dia orang dok mencerca anak dia macam tu. Siap celaka bagai pun ada aku baca. Macam mana aku tak cakap mak budak ni bangang. Memang bangang pun apa yang dia buat. Kalau dia tak share benda ni tak jadi viral kot. Kalau aku.. Memang tak la sanggup nak biar orang cerca anak aku! Jangan sentuh bab anak aku.. Memang pantang sangat la.

Walau budak tu umur 10 tahun kau jangan ingat dia budak kecik yang tak ada rasa malu ok! 10 tahun ada budak perempuan yang dah akil baligh ok! Emosi kanak kanak perempuan dalam usia tu mungkin dah berbeza. Nak2 lagi zaman sekarang ni budak2 lebih advance.. So emosi, perasaan mereka dah lain dari budak2 zaman dulu. Benda tu boleh bagi tekanan emosi juga kalau kawan2 sekolah depa tahu. Apa ingat mustahil budak 10 tahun zaman sekarang ada account facebook. 7 tahun mak bapak dah belikan smartphone kalau 10 tahu dah expert la depa guna smartphone tu.

Memang la dalam usia 10 tahun tu rasanya belum sesuai nak terjebak dengan masalah hati soal cinta 3 segi macam tu.. Just kau tegur anak kau kat dalam bilik sudah la. Perlu ke kau rasa benda tu macam satu hiburan yang perlu di kongsikan dengan semua orang? Aku tak rasa mak dia nak menegah cuma mak budak ni rasa anak dia macam sweet sangat tulis macam tu.. Tu dia share dengan orang lain.

Yang kita semua perlu tahu tak kira berapa usia seorang manusia tu bila dia menulis sesuatu dalam diari nak2 lagi berkaitan dengan perasaan dia.. Ia ada peribadi yang dia tak mahu sesiapapun tahu. Bagi dia kalau benda tu orang tahu akan mengaibkan.. Bila tersebar macam tu benda tu memang akan bagi kesan pada emosi, pada rutin harian & mungkin menganggu kesihatan dia juga. Please la mak bapak.. Tak semua perkara kita boleh rasa lucu & boleh di buat bahan gurau nak2 lagi kat media sosial yang berkaitan anak atau keluarga kita. Jangan sampai anak kau yang 10 tahun tu bunuh diri baru kau nak rasa benda tu sangat kesan pada perasaan & emosi dia.

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG. Sekarang ni tengah di tayangkan drama berepisod, Samudera rindu yang mengisahkan seorang wanita yang terkena penyakit kemurungan atau orang kita faham sebagai meroyan selepas kematian anak pertamanya akibat lemas dalam perut. Lepas melahirkan anak kedua pun meroyan dia tak sembuh sampai la anak dia besar.


Tu kisah drama, hari ni terbaca satu kisah pengalaman seorang anak yang di besarkan ibu yang dia yakin ibu dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang masa bersalin. Sebab katanya waktu tu mak ayah dia kawen muda.. masing2 tak pandai lagi bab pantang bagai. Lepas bersalin mak dia tinggal dengan family sebelah ayah dia. Orang yang jaga mak dia dalam pantang tu tak jaga mak dia betul.. Makan pun ikut dan je. Sampai dalam pantang pun di beri makan mi sup tapi suruh mengaku kalau orang tanya dia jaga pantang. Sebab lapar sangat mak dia ni terpaksa la makan.Sampai berkali kali la mak dia bentan masa dalam pantang ni.

Akibat dari tu katanya mak dia jadi seorang yang panas baran & suka mengamuk. Dia la jadi mangsa. Kadang2 tindakkan mak dia tu diluar kewarasan sampai pernah mak dia letak pisau kat leher dia sebab kesalahan kecil. Dibaling pasu bunga, di maki hamun dengan perkataan kesat. Katanya dia hanya dapat cium pipi mak dia masa raya je. Walaupun mak dia macam tak suka & selalu pukul dia even sebab kesalahan kecil.. tapi dia tak memberontak. Dia tak pernah lari dari rumah atau  buat masalah kat sekolah. Masa tingkatan 4 sebab tak tahan dia mohon sekolah berasrama.


Katanya mereka dah cuba berubat masalah mak dia tu tapi tak sembuh jugak. Mak dia pun seakan akan macam tak boleh tengok muka dia asyik nak mengamuk je. Walaupun macam tu dia yakin mak dia bukan seorang mak yang teruk.. Sebab dia tahu mak dia asalnya seorang yang baik. Dari pembacaan dia.. dia yakin mak dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang & mungkin stress jugak kot dalam pantang bila di abaikan macam tu. Pernah masa mak dia sakit & doktor bagitau mak dia tak dapat sembuh.. Dia jaga mak dia. Waktu tu mak dia cakap mungkin balasan sebab mak dia tak suka kat dia tapi mak dia cakap sebenarnya mak dia sayang sangat kat dia.


 Meroyan ni orang cakap boleh hilang kalau dia mengandung lagi & jaga pantang betul betul.. Tapi sebab mak si gadis ni lepas bersalinkan dia,dia tak mengandung lagi cuma mereka ambil seorang anak angkat je. Mak dia bukan je menderita meroyan malah ada kanser & terkena buatan orang jugak. Bayangkan la.. semua tu di tanggung dalam satu masa.


Tu la pentingnya berpantang dengan betul. Orang2 sekarang konon urban dah tak nak ikut berpantang cara orang dulu2. Dalam pantang kemain ligat berjalan sana sini. Katanya boring duduk rumah. Makan pun tak mau ikut cara orang pantang katanya tak ber zat & tak sedap. Bila sakit.. time tu kau tanggung la azab. Semoden mana pun hidup kita, tetap ada benda yang kita kena ikut pantang larang jugak. Tak semua pantang larang tu amalam kuno yang kita rasa tak sesuai dah nak ikut.

Dalam kes ni bukan dia tak jaga pantang tapi dia sendiri tak tahu & orang yang jaga dia abaikan. Sebab tu support suami sangat penting. Suami pun kena ambil tahu jugak tentang pantang larang orang bersalin walau bukan depa yang beranak. Jangan cuma terer dok buat ayat pickuplines macam ni jer >> 10 Pick Up Line Yang Memang Paling Win Sampai Berdekah Je Baca. Especially #6! <<. Kau kena 'pickup' jugak dengan keperluan bini semasa berpantang Sebab semua tu berkait dengan kesihatan mental & fizikal orang berpantang. Setakat mengayat je reti yang lain tak tahu tak sweet sangat pun. Pendek kata tak kira lelaki atau perempuan kena tahu jugak apa yang boleh & tidak untuk orang berpantang ni.

Tapi kan.. orang sekarang ramai yang kena meroyan sebab terlebih pantang.. Contoh ayat orang mula nak meroyan.. 'Pantang aku kalau orang... dot..dot.. bla.. bla..' Punya berpantang sampai jadi meroyan bila orang langgar pantang dia. hehehehe...

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016. Patut la entri aku tentang atm/debit card maybank tu tetiba dapat views mencanak mengatasi entri cerita Volkswagen kuning yang sejak dua menjak ni meraih views yang tinggi. Rupanya ada viral palsu yang sedang di sebarkan & orang sibuk dok share walau tak tahu hujung pangkal kesahihan berita tersebut.


Ada terbaca satu mesej yang di kongsikan penggunakan media sosial.. mesej dia bertulis macam ni..
Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up. - INI ADALAH VIRAL PALSU -
Amboi suka suka hati jer hangpa nak sebarkan berita palsu yang boleh mengundang kesesakkan di semua cawangan bank kat Malaysia ni. Jangan panik ok! Kad Atm/debit card korang sekarang masih valid sampai 31 dec 2016. Ada masa pergi la tukar kat mana2 cawangan bank yang berdekatan. Kalau korang guna atm/debit card maybank boleh apply & aktifkan melalui maybank2u je. Secara online je tak payah susah2 nak pergi bank. Kalau tak reti nak apply secara online boleh rujuk entri ni. Ada tutorial bergambar memudahkan anda >> CARA UNTUK MOHON KAD ATM/DEBIT & AKTIFKAN SECARA ONLINE <<

Yang dok sebar berita palsu pasa atm/debit card tu.. rentikanlah. Tak pepasal kang bank kena serbu dengan rakyat malaysia. Yelah.. hari ni dah 27 sept.. Lagi 3 hari je nak masuk 30 sept. Confirm la orang panik takut tetiba nak guna kat atm/debit nanti tak boleh.

Gamaknya dah takde kerja sangat la dok buat khabar angin macam tu. Kau fikir dok buat berita palsu & viralkan tu kau boleh jadi manusia yang terkenal macam Si Amigo Mr Potato yang popular seluruh dunia ni & yang sorang rakan duet dia yang terkenal kat smule >> Macam kenal je mamat ni, bukan dia famous kat Smule ke? Kenapa Ada Video Dia Bersama Lelaki Bermisai Tebal Ini? << Mimpi je la nak jadi popular macam ni kalau setakat dok sebar viral palsu.

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL. Teknologi semakin canggih maka sihir pun ikut peredaran zaman jugak. Kalau dulu nak sihirkan orang.. depa guna pakaian, rambut,kukur atau apa2 berkaitan dengan orang yang nak di sihir termasuk gambar sekarang ni dah makin senang sebab mudah je nak dapat gambar sesapa sahaja yang nak di sihir melalui media sosial. Terutama perempuan la makhluk paling ghairah berkongsi gambar kat media sosial katanya. Asal dia nampak cantik, muda, jelita, remaja bagai gambar dia.. Tak sabar nak share nak dapat like & pujian bertalu talu walau caption dia 'aku hanya wanita biasa' padahal dia harap pujian luar biasa tu. hehehehe


Hak masing masing la kan.. Zaman media sosial ni bukan boleh tegur lebih2 satgi keluar statement 'dengki' & tak boleh tengok orang bahagia katanya. Jadi masing2 mula ambil sikap lantak kau la.. Yang terdedah dengan bahaya kau, bukan aku. Yang nak hadap sengsara kalau jadi apa2 pun kau. Berani buat, pandai pandai tanggung la yer...

Tapi aku just nak share satu kisah yang aku baca ni... Katanya seorang isteri tetiba buat perangai lari ikut jantan lain walaupun masa tu rumahtangga dia tak ada apa2 masalah malah masih mesra. Semua tu akibat perbuatan sihir dari kawan di Facebook. Yelah.. nak dapat gambar orang sekarang bukan susah pun,semudah kau clik pada gambar kemudian save lepas tu pergi print dah dapat.


Ada orang ambil gambar selfie muka sendiri salah satu cara dia nak tunjuk bakat dia dalam seni photography katanya.. Jadi dia rasa tak salah la nak tunjuk hasil selfie dia pada orang lain. Konon dia berjiwa seni la padahal orang yang betul2 berjiwa seni adalah orang yang macam ni >> Jika Anda Ada 14 Perkara ni Confirm 100% anda berjiwa seni << Bukan hanya rajin selfie & upload gambar kat media sosial je dah membuktikan jiwa seni anda, ok!

Jadikan peringatan buat mereka2 yang rasa nak ambil perkara tu sebagai langkah keselamatan awal. Bagi yang rasa mungkin mereka kebal dari segala sihir takpe teruskan la apa yang korang rasa bahagia & selesa. Yelah.. bukan semua orang pasti kena sihir kan.. Aku dulu pun selalu upload gambar kat media sosial tapi tak pernah kenal sihir pun. Yelah.. yelah.. cuma tu la mencegah itu lebih baik dari merawati. Takde la sampai penuh darussyifa orang menunggu nanti.. hehehehhe

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK

AKHIRNYA YUSRI & LISA SURIHANI KONGSI GAMBAR ANAK. Sebelum ni jadi kontroversi jugak bila Lisa surihani & Yusri KRU ambil keputusan untuk membesarkan anak mereka seperti kanak kanak biasa. Tak nak dedahkan gambar anak depa kat media. Ada yang mengecam & ada yang menyokong tindakkan mereka. Sampai pernah berlaku satu isu bila ada peminat yang mencuri ambil gambar Lisa & anak dia kat luar kemudian menyebarkan di media sosial. Timbul rasa sedikit tak puas hati lisa dengan perbuatan peminat tu. Tapi semua isu tu dah selesai.


Tup tup hari ni terbaca kat beautifulnara katanya Yusri & lisa akhirnya berkongsi jugak wajah terkini anak kesayangan mereka Yahaira Leanna. Mungkin sekadar nak berkongsi dengan peminat yang teringin sangat nak tengok muka anak depa. Yelah.. bukan semua peminat bertuah terserempak dengan retis kat luar.. Nak2 lagi yang duduk kawasan luar bandar.

Katanya Yusri berkongsi gambar Yahaira Leanna yang dah berusia 9 bulan bersempena hari lahir dia semalam. Mungkin hadiah untuk peminat yang sentiasa menyokong dia selama ni walaupun sebelum ni depa sangat menjaga privacy anak mereka. Alah sekali sekala tunjuk bagi peminat tengok apa salahnya, ye dak? Jangan la show off anak sampai kecik2 lagi dah menang anugerah dalam industri hiburan walaupun anak tu sebenarnya tak ada terlibat dalam apa2 aktiviti seni pun. Lepas dah menang, luah perasaan risau pulak sebab anak dia terpilih sebagai yang paling popular katanya. Yang ko dok tayang serata alam maya gambar anak kau tu apa motif kalau tak sebab nak popularkan anak kau. Tak paham ah kak puaka tau! hahahahaha

Yahaira Leanna 9 Bulan. Comel macam mak bapak dia jugak

Tak salah nak abdikan kenangan dengan gambar & nak upload untuk berkongsi dengan orang lain.. Boleh jer cuma berpada pada. Gambar ni salah satu sebagai medium untuk menyimpan memori. Cuma jangan la share semua gambar dengan orang. Ada gambar boleh share & ada yang tidak. Jadi pandai2 la menapis ayak yang mana gambar sesuai untuk tontonan umum & tidak.

Moral of the story.. jangan biarkan gambar menjatuh maruah anda. Sekian terima kasih. selamat berselfie semua

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR

VIRAL PELAJAR SEKOLAH KONGSI BAJU DENGAN ABANG ADALAH TIDAK BENAR. Memang la depa bukan orang kaya tapi tak ada la sesusah yang di gambarkan dalam Viral yang tengah tersebar sekarang. Mak dia masih mampu sediakan pakaian sekolah untuk setiap anak dia. Bukan macam yang tersebar konon Adik terpaksa lambat daftar masuk tingkatan satu sebab berkongsi uniform sekolah dengan abang dia.


Terkejut mak dia Bila Pusat Zakat Pulau Pinang tiba2 terjah kerumah dia untuk mengetahui sejauh mana kesusahan mereka adakah seperti yang di gambarkan dalam Viral baru baru ni. Ibu tunggal 3 anak yang masih bersekolah ni ada terima bantuan dari pusat Zakat & JKM.. Cuma memang anak dia yang tingkatan 1 tu lambat daftar sekolah sebab katanya baru tahu anak dia dapat sekolah kat situ.

Kita pun nak prihatin jangan la sebar berita palsu. Buat spekulasi hanya dari sekeping gambar. Takkan la size baju sekolah abang dia yang tingkatan 4 sama dengan dia yang tingkatan 1. Siap buat cerita konon datang sekolah pun jiran yang bagi duit. Mak dia setiap bulan terima bantuan zakat RM400 & dari JKM RM300 campur duit kerja dia lagi.. Insya Allah walaupun susah.. mak dia masih mampu sekolahkan anak anak dia. Rumah pun bukan rumah sewa.. Depa dapat Rumah PPR.

Artikel penuh baca kat sini >> AstroAwani <<

Apapun.. walaupun mereka susah hope dengan peluang yang ibu depa bagi untuk belajar depa gunakan sebaik mungkin untuk belajar bersungguh sungguh sampai jadi orang berjaya macam ni >> Kisah Seorang Wanita Pernah Di Anggap Gila Kerana Berhenti Kerja Untuk Lakukan Perkara ni Tapi Hasilnya Sangat Mengejutkan << Boleh keluar dari kepompong kemiskinan. Mungkin bila dah kaya macam Dato Vida nanti depa pulak boleh memanafaatkan kekayaan tu kepada orang2 yang pernah melalui kehidupan susah macam mereka masa kecil dulu.

Moral of the story.. Sebab tu aku jarang nak clik share bila ada sesuatu viral ni. Memang niat kita tu baik tapi takut niat yang baik tu jadi sebaliknya bila apa yang kita share sebenarnya tak betul pun. Tapi tu la zaman media sosial ni kalau tak jadi viral lambat pulak tindakkan dia cuma kita nak turut menyumbang pada aktiviti memviral sesuatu perkara pulak jadi was was sebab yang betul dengan tak betul dah sama banyak.

BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH

BUKAN AKU YANG KENA ROGOL & BUNUH,RILEX SUDAH. Bila baca berita yang jadi viral semalam seorang kerani merangkap seorang isteri & ibu yang di rogol & di bunuh kecam oleh penyamun warga nepal memang bagi kesan jugak la kat aku. almaklum la aku pun perempuan & ada anak. Tinggal di kawasan rumah yang memang ada banyak warga asing dari macam2 negara ni. Cuma level aku duduk ni je majoriti orang tempatan tapi depan rumah aku ni rasanya penyewa baru orang asing jugak. Sebab tu aku kalau duduk dalam rumah pun pintu semua bermangga berkunci. Takde la nak ambil fresh air bagai..


Setiap kali berlaku pembunuh kejam macam tu akan bersepah la orang share tip keselamatan. Bukan tak bagus tapi aku rasa benda tu rasanya semua orang dah tau tapi berapa kerat manusia yang ambil kisah & anggap benda tu sangat penting untuk keselamatan. Sebab tu aku malas nak share. Aku anggap kebanyakkan perempuan sekarang tak takut pun kena rogol & bunuh.Sekadar baca & tak bagi apa2 kesan sebab bukan depa yang mati kena rogol & bunuh tu. Sekadar share sebab orang lain share. Kalau cuak pun masa baca berita tu jer.. Lepas tu dah tak ada rasa apa2 kembali melakukan aktiviti berisiko di media sosial. Jadi lantak depa nak share apapun kat media sosial. Nak share check in kat Pavillion ke.. Nak share alamat rumah ke.. Nak share pasal laki depa outstation & depa kesepian atas katil sorang2 ke.. Memang manusia sekarang lebih risau kalau tak show off semua benda dari risau keselamatan diri. Kita pun terlebih prihatin buat apa.


Kita yang jenis tipikal perempuan yang overprotected ni katanya.. Kita jagalah diri kita  sendiri. Yang rasa memang diri boleh di lunyai oleh penjenayah.. Biar la. Nak tegur atau tegah, siapa kita. Silap2 bukan takat putus silaturrahim boleh putus urat jari bergaduh kat media sosial. Biarlah depa bagitau semua maklumat diri kat media sosial.. Kita bersangka baik kalau depa tak buat macam tu mungkin urat kentut akan terputus & hilang nafsu terhadap suami. Jadi.. nak tak nak depa terpaksa jugak bagitau orang setiap detik & ketika keadaan & lokasi mereka. Kena jugak bagitau perasaan ketika berjauhan dengan pasangan sebab depa cuma reti bagitau cara tu je kat media sosial je.

Moral of the story.. Walau orang selalu cakap, tegur kalau saya silap jangan percaya sangat sebenarnya dia harap puji & sokong saya tak kira betul atau salah. Jadi kesimpulannya siapa rasa sayang diri sendiri tu pepandai la jaga.

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE. Orang kata zaman tak ada apa yang turun kecuali hujan yang lain 2 semua naik.. Maka kos hidup pun semakin tinggi. Zaman dah berubah kalau dulu sesuatu tu dalam kategori kehendak.. era sekarang dah jadi satu keperluan. Macam kereta. Kereta bukan lagi kehendak.. Nak2 lagi yang dah bekeluarga & ada anak. Jadi satu keperluan untuk bergerak. Bila dah ada kereta nak kena isi minyak.. Bukan isi minyak je.. setiap tahun nak fikir bayar roadtax bagai. Bukan Roadtax jer.. nak kena stanby jugak kalau2 kereta meragam. Mustahil la sepanjang hidup guna kereta tak pernah rosak kan. Jadi semua tu perlukan duit. Tu baru kereta.. tak masuk lagi keperluan lain. Jadi kadang2 kita perlu pendapatan tambahan. Kalau pun tak boleh cover nak bayar hutang kereta setiap bulan at least boleh tampung duit minyak kereta pun dah ok.


Zaman hujung jari ni.. Serius bagi aku orang malas je yang kata tak reti nak cari duit secara atas talian ni. Walhal banyak sangat peluang untuk kita cari pendapatan sampingan sambil2 online. Malas ni ada 2 kategori.. Malas belajar & malas usaha. Jadi kalau malas memang sesapa tak boleh tolong. Untuk yang rajin jer meh sini aku nak tunjuk cara paling mudah korang boleh dapat side income secara online. Tak payah nak study teruk2 sangat.. Step dia sangat simple. Kalau korang betul2 rasa minat nak tahu korang boleh tengok kat sini >> 7 cara Paling Mudah Untuk Dapat Pendapatan Tambahan Secara Online <<

Benda ni kita boleh buat sambil santai santai je. Kalau yang tahap profesional punya aku pun tak berani share sebab aku pun bukan antara salah seorang yang dapat income banyak secara online. Boleh la setakat nak menampung belanja shopping tu. Benda2 macam ni setakat nak cover duit makan sebulan atau duit transport sebulan tu lepas la. Tapi kalau di buat secara serius & consistent benda ni tak mustahil boleh dapat banyak.

Moral of the story.. Perumpamaan Ulat dalam batu pun dapat makan bukan nak gambarkan kita tak buat apa2 pun boleh hidup tapi sebenarnya nak gambarkan kat mana2 sahaja kita boleh usaha untuk dapat duit. Kata kunci dia tetap kau kena rajin & kreatif untuk hidup.

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI. Zaman sekarang zaman viral. Bila seseorang buat benda tu jadi viral maka berpusu pusu lagi orang lain cuba buat benda yang sama. baru2 ni jadi viral satu status seorang surirumah berkongsi pengalaman sepanjang dia menjadi surirumah. Aku perasan oh!bulan ada ambil status tu di jadikan artikel kat blog dia. Lepas dari status surirumah tu.. muncul pulak status dari surirumah lain berkongsi pengalaman depa jugak.


Kat sini bukan aku nak mempertikaikan para surirumah yang cuba memberitahu pada semua di luar sana bahawa menjadi seorang surirumah bukan semudah yang orang sangka. Bagus jugak depa buka biji mata kaum lelaki supaya tau bini yang jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya lagi banyak kerja kena buat dari bini yang bekerjaya di luar sana. Tapi hati hati.. nak share pengalaman tak salah untuk di jadikan teladan pada orang lain cuma takut apa yang kita cerita sebagai contoh dari kisah benar yang berlaku tu mengaibkan pasangan kita. Contoh.. dulu laki aku balik rumah jer mesti komplen rumah sepah bagai.. kata aku duduk rumah malas buat kerja. Asyik tidur je. Satu hari dia terpaksa jaga anak.. barulah dia tahu macam mana susahnya menjadi seorang surirumah tangga. Tanpa sedar contoh cerita kita tu dah memberitahu macam mana perangai buruk suami kita. Dah la tak tolong, lepas tu komplen. Sepatutnya kerja rumah tu tanggungjawab suami. Dia tak tau ke? Tu la tak ikut cara Rasulullah.. bla.. bla.. dot com dot my. Kan?? Orang yang geram baca cerita kita pasal suami kita ni kadang2 emo lebih dari kita yang hadapi. Jadi kat situ dah memberi tanggapan buruk kepada suami kita sendiri.


Tu contoh biasa la orang selalu masukkan dalam cerita & teladan kisah surirumah ni.. Tapi ada jugak cerita lebih berat dari situ yang mungkin menjatuhkan maruah walau ending cerita suami dia insaf & sedar perbuatan dia salah. Betul niat kita nak bagi pengajaran tapi tu la.. niat kadang2 tak menghalalkan cara kita. Sebagai isteri kita kena jaga aib suami. Yang buruk pasal suami tu tak patut di cerita secara umum. Sebab tu nak menulis kisah kehidupan rumahtangga kita kena sangat2 berhati hati. Bila kita terlalu terbuka bercakap pasal rumahtangga.. mungkin tanpa sedar kita bukan saja buka aib pasangan malah kita buka aib sendiri jugak. Niat kita mungkin berkongsi pengalaman & pengajaran tapi yang sampai pada orang yang membaca mungkin berbeza sebab persepsi setiap orang tu tak sama.

Moral of the story.. banyak cara kita boleh buat untuk raih perhatian kalau dah kemaruk sangat nak popular tapi tak perlu sampai membuka aib pasangan masing masing. Aib pasangan kita adalah aib kita. Jadi berhati hati. Aku pun seorang surirumah.. suami aku bukan mr perfect 10 sebab dia cuma manusia biasa tapi aku dah pratikkan dari awal tak suka berkongsi cerita rumahtangga secara umum atau dengan sesapa saja kecuali orang yang rapat & aku percaya. Tu pun aku jarang sangat nak share hal rumahtangga aku walau dengan family aku sendiri.

AWAS! 8SHARE SPECIAL TIDAK BOLEH DI KONGSI DALAM BENTUK IKLAN

AWAS! 8SHARE SPECIAL TIDAK BOLEH DI KONGSI DALAM BENTUK IKLAN. Kali kedua cashout aku reject dengan alasan fraud. Memang aku ni ada darah keturunan serikandi kot jenis kalau aku tak puas hati dengan sesuatu tu aku mesti fight lebih2 lagi kalau aku rasa teraniaya. Tetap aku akan minta penjelasan sampai aku puas hati kalau betul2 aku salah. Macam biasa bila dapat email je cashout aku kena reject memang Yuna 8share orang pertama aku serang. Sebab paling cepat nak sent mesej kat talk to us tu..


Alhamdulillah earning aku di kembalikan tapi amboi kemain dia warning. Macam marah bebeno. Lepas ni kalau berlaku kesilapan lagi 8share akak reset semua earning tanpa notis..  Senang la kau nak rompak semua earning orang lepas ni kalau dah tak payah notis. Takpe.. kita berkongsi secara sihat & kita tak perlu risau atau takut.

Ni kes ayat bengang kena asak dengan aku dengan macam2 benda aku pertikai & soal dia. Bila tak boleh nak buktikan kesilapan tu 100% dari blogger terpaksa jugak la akui kelamahan pihak depa tapi cara ego la. Siap warning nak reset earning tanpa notis. hek kau!! Senang kau nak ambil tindakkan tanpa notis
Perkongsian iklan 8share di blog hanya di bolehkan dengan membuat 1 post entri untuk 1 iklan. Tak boleh tumpang post2 lain untuk iklankan special 8share macam yang kebanyakkan blogger pernah buat. Dan tak boleh jugak dalam 1 post kita share lebih dari satu iklan special 8share. Ingat!! 1 Post 1 iklan 8share sahaja!! Tiada pilihan & tiada cara lain di benarkan. Kiranya kalau ada cara lain orang share special 8share ni di kira melanggar syarat 8share & earning mungkin di rampas dengan rakusnya oleh rejim 8share. Ambik kau Yuna! Rejim 8share tu..

Ini kali kedua cashout kena reject lepas gaduh2 dengan Yuna dapat balik earning tu. Kalau kali ketiga berlaku lagi tak boleh rujuk dah kot. Limit cerai pun 3 kali je... aku pun kadang2 fedup jugak dengan 8share. Depa seolah2.. mengambil kesempatan. Tak di beritahu secara jelas bagaimana untuk berkongsi special 8share kat blog.. hanya di beritahu selepas cashout kena reject je. Kalau jenis blogger malas nak cakap banyak memang untung la 8share. Kumpul2 earning banyak2 lepas tu sedekah kat 8share. Macam buat kerja amal jariah je la.

Moral of the story.. Penting kita untuk berani membela diri. Jangan harap orang je nak backup kita, sampai bila. Kita kena berani bersuara jugak untuk tuntut keadilan. Jangan takut kalah.. sebab kemenangan tak pernah berpihak kepada golongan penakut walau yang berani tak semestinya selalu menang.

PENYANYI MAWI PUJI ISRAEL

Buat apa Mawi ke Israel?? mesti ramai yang tanya kan? Berani mawi masuk Israel?? tak takut ke? Maybe tu pun antara keluar dari mulut2 kita. Nak2 lagi baca statement Mawi puji Israel.. Mesti mula mencebik &jari bersedia nak mengkebot warriorkan diri katanya... Apa yang best sangat Israel tu selain terkenal dengan kekejaman dia sampai mawi nak puji??


Katanya Mawi ke Israel untuk pengambaran untuk rancangan dokumentari bertajuk Mawi Di bumi Mikraj. So sempat la dia melawat Palestine & Israel. Kata Mawi Tel Aviv Israel ni bersih macam Singapore. Tapi susah jugak nak masuk ke Tel Aviv ni kena pemeriksaan ketat.


Rupanya puji bersih... Yelah tu pandangan dia kan? Tapi aku pernah jugak ke singapore tak di nafikan antara negara yang bersih sangat cuma rakyatnya je agak sombong. Jangankan nak senyum.. kita kat situ seolah2 macam tak pernah wujud. Kalau nak tanya pun kita jadi serba salah. Yelah.. aku kat singapore jenjalan guna MRT jer kan.

Untung la Mawi kan boleh masuk Israel.. Sebab dalam pasport Malaysia pun Israel di kecualikan. Gamaknya lepas ni artis mana pulak berpeluang melawat Israel??

INI SEBAB ANDA PERLU SHARE KISAH RAYA DI LAMAN SOSIAL

Sapa ada pengalaman raya yang best tak kira sedih ke, suka ker janji kita anda memang menyentuh hati & menarik. Jangan sia2 kenangan raya korang macam tu jer... Manafaatkan dengan peluang yang ada.


Terbaca satu iklan petronas yang mencari kisah pengalaman raya untuk di jadikan filem pendek untuk iklan mereka. Wah just share kisah raya anda dengan hashtag #RayaTreasures korang berpeluang untuk lihat kisah korang dalam filem pendek iklan petronas nanti.

Macam best jer... Yang mana suka mengarang cerita lebih - lebih lagi blogger ni elok la try la karang pengalaman raya korang tu. Manalah tau.. Tuah korang kan. Tak cuba jangan harap tuah bergolek2 macam pocong datang kat hangpa noh.. Tak payah malu bukan suruh hangpa berlakon pun suruh karang cerita ja. Amboi tulis blog kisah sweet like kencing manis dengan partner hangpa tak malu pulak nak tulis kisah pengalaman raya tetiba tersiput siput malu pulak. Aku dah join. Alah senang jer.. karang entri kat FB/twitter/Instagram/Google.. post & hashtag jer...

 
Aku rasa macam best jer tu yang aku share dengan hangpa semua. Jadi kalau hangpa minat nak try boleh tengok syarat & peraturan contest ni & macam mana nak submit kisah pengalaman raya korang melalui media sosial macam FB,IG, Google & Twitter kat sini >> Biar betul! PETRONAS nak jadikan pengalaman Raya korang filem pendek untuk iklan mereka? <<

Moral of the story... semua kisah adalah menarik jika kita pandai mengolah dengan baik. Percayalah..


8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian.

Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir apa yang kita buat tu mungkin boleh mengundang bahaya bukan jer pada diri kita malah ahli keluarga kita sendiri.


Kadang2 apa yang kita kongsi maybe meletakkan diri kita dalam target penjenayah, penipu & risiko yang mungkin kita di kenakan tindakkan undang undang tapi sebab ketaksuban kita berkongsi sampai kita tak sedar benda tu sebenarnya boleh menyusahkan kita balik. Banyak antara kita kongsi 8 perkara ni di laman sosial tanpa rasa benda tu adalah berisiko cuma nasib kita selama ni masih baik jadi kita rasa takde apa yang memudaratkan.

Moral of the story.. berkongsi tak salah yang jadi salah bila kita berkongsi dengan cara yang salah, di tempat yang salah & perkara yang salah. So, hati hati ada yang memerhati.


CARA SELAMAT BERKONGSI IKLAN 8SHARE DI BLOG

Aku tengok ramai blogger yang mendaftar dengan 8share berkongsi iklan cara aku yang dulu jugak. Harap yang mana berkongsi link iklan 8share secara berderet kat gadget blog tu segeralah buang sebelum pihak security 8share dapat mengesan link iklan 8share korang. Bukan apa kang penat kumpul time nak cashout kena reject lepas earning semua di rampas balik korang juga melopong.


Entri lepas aku tak bagitau secara detail sangat cara berkongsi iklan 8share dengan betul di blog. Pertama iklan yang nak di kongsikan di blog mesti ada description yang menjelaskan kenapa iklan tu menarik. Description kena berkaitan dengan iklan bukan cerita dogeng untuk menyedapkan cerita yang buat orang akan clik link tersebut. Kalau descripton menipu atau mengelirukan pun di kira sebagai fraud @ penipuan jugak.


Kedua iklan 8share tak boleh di post secara berderet. Mesti 1 iklan 1 post sahaja. Tak boleh kongsi2 post dengan iklan yang lain. Kalau rajin korang buat la satu iklan 1 entri lagi selamat. Boleh tengok contoh post kat blog ni Dunia Melekit ku

Tu penjelasan dari Yuna 8share

Jadi untuk tidak menyebabkan korang rugi di kemudian hari sila pastikan anda mengubah cara berkongsi iklan 8share di blog bermula dari sekarang. Jangan ambil risiko sebab nasib kita tak tahu. Yang terlepas sebelum ni ok la.. Tak bermakna kita terlepas selama lamanya. Berkongsilah secara betul & yakin rezeki tu dari Allah. Insya Allah kalau rezeki kita dalam mulut dinasour pun tetap ia milik kita.

Moral of the story.. tak tahu mungkin tak salah, dah tahu buat jugak bukan setakat kita menipu dengan 8share malah kita menipu dengan rezeki yang kita dapat jadi fikir fikirkanlah.

P/S : Memang agak songeh 8share tapi nak buat camna 8share jer senang nak cashout tak payah tunggu cek berbulan. hahahaha

8SHARE AKUI KELEMAHAN PULANGKAN EARNING YANG DI TARIK

Akibat dari perangai aku yang jenis fighthing kalau aku rasa tak salah, maka kadang2 memberi kebaikan jugak pada diri aku & kadang2 membawa keburukkan sebab aku jenis memang suka fighthing kalau aku rasa teraniaya. Bukan jenis duduk & tadah jer kepala. Itu bukan aku yer...

 Sebenarnya panjang conversation aku dengan Yuna 8share kat talk to us tapi aku ambil yang penting je la yer..

Entri lepas aku ada cerita pasal earning 8share aku di tarik balik oleh pihak 8share dengan alasan aku berkongsi iklan 8share dengan cara yang salah.(Boleh rujuk entri AWAS! JANGAN SHARE IKLAN 8SHARE DI BLOG KALAU TAKNAK RUGI )

Sebab aku tak puas hati pihak 8share tak bagi penjelasan yang jelas cara berkongsi iklan 8share di blog aku pertikaikan tindakkan mereka yang menarik balik earning 8share. Dah tu dorang akan bagitau lepas korang request untuk cashout. Sebab bukan aku orang pertama & bukan aku sorang je kena. Ramai yang tak faham cara yang betul berkongsi iklan 8share di blog. Tak boleh letak link iklan jer. Kena ada description kenapa iklan tu menarik di baca atau di tengok. Dah macam kena buat 1 entri untuk satu iklan kalau ikut contoh yang Yuna 8share bagi. Bukan setakat berkongsi tajuk iklan yang dah di link kan ke iklan tu tau. Tu salah. Selama ni kita tak faham sebab takde penjelasan yang terperinci. Sekarang mana dok susun link iklan 8share tu sila buang & pastikan korang share iklan di blog dengan cara yang di benarkan macam kat bawah ni.

 Ni cara yang betul berkongsi iklan 8share di blog. Kena ada descrition baru boleh share link. Bukan setakat share tajuk iklan yang dah di link. Kalau rajin setiap iklan korang buat la satu entri. Baru betul kekdahnya.. hahahhaa

Akibat dari kesilapan 8share sendiri yang tak pernah bagi penjelasan secara terperinci & mudah di fahami maka earning 8share aku di kembalikan & aku kira dalam pemerhatian pihak 8share la sekarang untuk memastikan aku tak buat kesilapan yang sama. Tak kisah la janji penat lelah aku dapat balik. Ingat senang ke nak dapat clik untuk iklan 8share ni. Tak rajin mustahil la mampu maintain cashout tiap2 bulan. Apapun semua kena kerja keras.

 Yer 8share bila dah jelas macam ni sonang la sikit kojo den. Terima kasih Yuna sebab sudi layan den yang selagi ekau tak bagi penjelasan yang memuaskan hati den selagi tu den tokan2 ekau sampai den dapat jawapan yang den pueh hati katonyo.. hahahaha

Moral of the story.. Jangan diam bila kita rasa kita perlu bangun & membela diri. Kadang2 kesilapan kita adalah di sebabkan dari kesalahan orang lain. Contoh macam kes ni.. Mana aku tahu tak boleh. 8share pun tak pernah bagi penjelasan pasal hal. Tup tup suka2 je nak tarik balik earning lepas dah banyak aku kumpul. Apapun 8share mengaku kelemahan mereka & akan memberi tahu 8sharer tentang cara berkongsi iklan dengan betul di blog.

Kesimpulannya... kisah cinta ni happy ending. hahahaha


BILA BERSUAMIKAN FACEBOOK

Tu dia macam mana berlaki kan Facebook tu.. Rasanya masa akad nikah dulu dengan orang lain kot tetiba laki ku facebook katanya.. Cerita apa ni laki ku facebook bagai ni.. Tajuk drama adaptasi baru baru ka? hakcipta terpelihara ok! Ni bukan adaptasi mana2 drama, novel atau filem.. Ni original.. segar dari otak lekat lekit ok!


Apa yang aku nak cerita pasal.. "Bila bersuamikan facebook ni?" macam biasa perkara yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita terutama kaum perempuan. Sekarang ni zaman facebook kadang2 aku nampak kaum perempuan kebanyakkan.. macam bersuamikan facebook.. Dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 masalah peribadi semua nak cerita kat facebook.. Yang tak patut atau tak perlu share pun still nak share. Semua nak ngadu kat dinding facebook tu.. Tak kira la yang berlaki mahupun tak? Nak loving2 dengan laki pun tetap la dinding facebook jugak di conteng.

Tengok fenomena ni bagaikan virus yang takde penawar.. sampai jadi memudaratkan pulak. Sebab terlalu suka menconteng semua perkara kat dinding facebook kadang2 sebab benda kecil akibat salah faham.. jadi masalah besar. Gamaknya spesis semua nak update kat FB ni hidup dia kurang perhatian & kasih sayang kot. Rasanya kalau cukup kasih sayang dalam kehidupan di luar alam maya takde la teruk sangat tulis kat wall FB tu.. Aku tak rasa orang jarang cerita hal peribadi kat FB tu takde life tapi aku rasa orang yang setiap masa nak update rutin harian dia kat FB tu macam takde life.

Satu lagi spesis perempuan yang manjang nak cerita semua benda dia buat dengan suami atau suami buat untuk dia.. Kadang2 rasa Ya Allah.. kau je ke berlaki dik/akak/makcik? kadang2 kita compare rasanya laki kita lagi sweet like kencing manis tapi takde la teruk sangat aku nak cerita kat semua orang. Sikit2 sudah la.. kalau setiap masa dah tak sweet sangat kot... dah macam laki kau tu facebook bukan manusia. Yelah.. nak minta laki beli makan, beli barang atau beli apapun tulis kat wall. watdehek??!!.. semua kau nak share & mengadu kat facebook mengalahkan laki kau tak pernah balik rumah pulak.

Satgi ada pulak pompuan rasa diskriminasi.. macam la orang laki tak dak perangai macam ni. Ye.. ada tapi kebanyakkan perempuan so aku lebih suka cakap majoriti bukan yang segelintir. Sebab perempuan lagi banyak mengadu domba kat dinding facebook maka entri ni lebih highlight kepada kaum perempuan.

Moral of the story.. Bukan kata tak boleh langsung nak share kebahagian.. kesusahan.. Masalah atau aktiviti harian kita tapi berpada pada. Bersosial di laman sosial ni kena ada privacy jugak bukan semua benda kita boleh share. Macam kita tahu.. benda baik pun kalau kita terlalu obses akan jadi kemudaratan balik pada kita. Jadi pandai2 la beza kan apa yang boleh, apa yang tak boleh & apa yang tak perlu kita tulis di dinding facebook.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com