GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG
Tu kisah drama, hari ni terbaca satu kisah pengalaman seorang anak yang di besarkan ibu yang dia yakin ibu dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang masa bersalin. Sebab katanya waktu tu mak ayah dia kawen muda.. masing2 tak pandai lagi bab pantang bagai. Lepas bersalin mak dia tinggal dengan family sebelah ayah dia. Orang yang jaga mak dia dalam pantang tu tak jaga mak dia betul.. Makan pun ikut dan je. Sampai dalam pantang pun di beri makan mi sup tapi suruh mengaku kalau orang tanya dia jaga pantang. Sebab lapar sangat mak dia ni terpaksa la makan.Sampai berkali kali la mak dia bentan masa dalam pantang ni.
Akibat dari tu katanya mak dia jadi seorang yang panas baran & suka mengamuk. Dia la jadi mangsa. Kadang2 tindakkan mak dia tu diluar kewarasan sampai pernah mak dia letak pisau kat leher dia sebab kesalahan kecil. Dibaling pasu bunga, di maki hamun dengan perkataan kesat. Katanya dia hanya dapat cium pipi mak dia masa raya je. Walaupun mak dia macam tak suka & selalu pukul dia even sebab kesalahan kecil.. tapi dia tak memberontak. Dia tak pernah lari dari rumah atau buat masalah kat sekolah. Masa tingkatan 4 sebab tak tahan dia mohon sekolah berasrama.
Katanya mereka dah cuba berubat masalah mak dia tu tapi tak sembuh jugak. Mak dia pun seakan akan macam tak boleh tengok muka dia asyik nak mengamuk je. Walaupun macam tu dia yakin mak dia bukan seorang mak yang teruk.. Sebab dia tahu mak dia asalnya seorang yang baik. Dari pembacaan dia.. dia yakin mak dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang & mungkin stress jugak kot dalam pantang bila di abaikan macam tu. Pernah masa mak dia sakit & doktor bagitau mak dia tak dapat sembuh.. Dia jaga mak dia. Waktu tu mak dia cakap mungkin balasan sebab mak dia tak suka kat dia tapi mak dia cakap sebenarnya mak dia sayang sangat kat dia.
Tu la pentingnya berpantang dengan betul. Orang2 sekarang konon urban dah tak nak ikut berpantang cara orang dulu2. Dalam pantang kemain ligat berjalan sana sini. Katanya boring duduk rumah. Makan pun tak mau ikut cara orang pantang katanya tak ber zat & tak sedap. Bila sakit.. time tu kau tanggung la azab. Semoden mana pun hidup kita, tetap ada benda yang kita kena ikut pantang larang jugak. Tak semua pantang larang tu amalam kuno yang kita rasa tak sesuai dah nak ikut.
Dalam kes ni bukan dia tak jaga pantang tapi dia sendiri tak tahu & orang yang jaga dia abaikan. Sebab tu support suami sangat penting. Suami pun kena ambil tahu jugak tentang pantang larang orang bersalin walau bukan depa yang beranak. Jangan cuma terer dok buat ayat pickuplines macam ni jer >> 10 Pick Up Line Yang Memang Paling Win Sampai Berdekah Je Baca. Especially #6! <<. Kau kena 'pickup' jugak dengan keperluan bini semasa berpantang Sebab semua tu berkait dengan kesihatan mental & fizikal orang berpantang. Setakat mengayat je reti yang lain tak tahu tak sweet sangat pun. Pendek kata tak kira lelaki atau perempuan kena tahu jugak apa yang boleh & tidak untuk orang berpantang ni.
Tapi kan.. orang sekarang ramai yang kena meroyan sebab terlebih pantang.. Contoh ayat orang mula nak meroyan.. 'Pantang aku kalau orang... dot..dot.. bla.. bla..' Punya berpantang sampai jadi meroyan bila orang langgar pantang dia. hehehehe...
Omputeh pun kalau tak jaga depa meroyan jugak tapi dipanggil postpartum depression...
ReplyDeleteNak wat pick up line dengan kak suria boleh tak?
ReplyDelete