Showing posts with label kemurungan. Show all posts

MENTAL.. PEMBUNUH UPAHAN YANG SUKA MAKAN MC D

MENTAL.. PEMBUNUH UPAHAN YANG SUKA MAKAN MC D. Hang ni kalau buat tajuk entri boleh dak kalau tak kontroversi sangat? Kekekekeke... Alahai, biar la janji den buat tajuk tak lari dari fakta ok. Cuma tajuk mesti catchy ok baru orang ada rasa nak baca apa yang kita tulis. Tajuk entri tak boleh skema sangat..

Gambar sekadar hiasan

Hang nak cerita apa sebenarnya ni lekatlekit Ooi.. Sejak bila hang berkawan dengan pembunuh pulak ni tau dia suka makan mc D bagai? Mana ada kami kawan dengan pembunuh.. Kalau ada pun kawan2 kami pembunuh nyamuk, lipas & makhluk perosak je. Bunuh2 orang ni rasanya orang orang tengah sawah pun depa tak sanggup bunuh apatah lagi orang bernyawa ni.

Ni ha.. Nak cerita & share dengan hangpa satu kisah seorang pembunuh upahan yang target mangsa untuk di bunuh semuanya dari media social. Tu dia.. hangpa yang suka share sangat maklumat macam lokasi & suka buat live update kat FB tu hati hati ok.. Kita tak tau sapa yang memerhatikan kita. Kalau setakat kiah propa dia perati.. paling2 dia bergosip jer.. Kalau spesis kejam macam ni, bahaya Ooo...


Alkisah tersebutlah kisah... Seorang lelaki yang menghadapi kemurungan kerana tekanan hidup bertukar menjadi seorang pembunuh yang kejam menghukum mereka2 yang di rasakan bersalah. Dia seolah olah seperti di upah seseorang yang tidak tahu siapa orang yang mengupahnya untuk membunuh. Cara hukuman yang bakal di berikan seolah olah telah di tetapkan oleh seseorang yang tidak tahu siapa & dari mana. Hukum yang di kenakan pada mereka2 ini memang sangat kejam.. mereka akan di seksa & di biar mati dengan siksaan yang di lakukan.

Setiap kali dia perlu melakukan pembunuhan.. Dia akan dapat Sekeping cakra padat yang di muat turun lagu yang telah di ubah dari lirik asal yang mengambarkan dosa dosa mangsa yang bakal di siksa & di bunuh dengan kejam. Sebelum melakukan pembunuhan dia akan menghafal & menyanyikan lagu lagu tersebut berulang kali sehingga membuak rasa benci kepada mangsa seterusnya hilang rasa simpati & kasihan pada mangsanya supaya mudah untuk di melakukan penyiksaan sehingga mangsa mangsanya mati.

Antara siksaan yang di gunakan adalah dengan cara memotong jari, merobek keluar organ dalam (hati), mulut di jahit, tangan di celup dalam minyak panas & banyak lagi siksaan yang di buat. Mangsa mangsanya terdiri dari kaum wanita yang melakukan kesalahan seperti menyebarkan fitnah di social media, menipu & pecah amanah.

Modus operandi dia adalah mengesan mangsa melalui social media untuk mendapatkan maklumat tentang diri mangsa, kemudian dia akan mengekori mangsa tanpa mangsa itu sedar bila semuanya dah di rancang dia akan menculik mangsa tanpa meninggalkan sebarang bukti. Selepas di siksa sehingga mati dia akan membuang mayat mangsa sambil meninggalkan sekeping nota di dalam mulut mangsa yang menulis pengakuan mangsa atas kesalahan yang di lakukan. Dia akan pastikan mayat mangsa tersebut di buang di tempat yang senang untuk di temui supaya mesejnya sampai kepada orang awam untuk di jadikan pengajaran.

Tiada seorang pun dapat mengesan pembunuh tersebut termasuk pihak berkuasa. maka muncullah seorang keyboard warrior seolah olah mencabar pembunuh yang di gelarkannya sebagai tukang jahit sebab setiap kali dia melakukan pembunuh.. dah jadi macam trademark mulut mangsa akan di jahit.


Sehinggalah pada satu hari.. kemarahan dia memuncak terhadap seorang keyboard warrior tersebut yang banyak menulis tentang kes pembunuhan yang di lakukannya membuatkan dia mencabar keyboard warrior tersebut untuk bersemuka dengannya. Disitulah.. Dia mula sedar apa yang sedang berlaku pada dirinya.. Dan akhirnya kisah kejam itu bertukar menjadi satu kisah sedih.. Seorang pembunuh yang melalui satu episod kehidupan yang sangat teruji sehingga dia sendiri hilang dalam dirinya sendiri.

Siapa pembunuh tersebut & siapa keyboard warrior tersebut serius memang hangpa takkan dapat teka. Memang penuh kejutan kisah pembunuh upahan yang sebenarnya.. Siapa yang mengupahnya untuk melakukan pembunuhan yang di buat pun korang sendiri takkan sangka sama sekali.

Memang best baca novel Mental ni wei.. sebab hangpa takkan dapat teka ending dia. Sehingga hangpa baca sampai habis. Yang pasti dalam novel Mental ni banyak tulis babak babak dia pergi ke Mc D untuk makan atau minum kopi. Aku syak penulis buku ni memang suka makan Mc D tapi jangan pulak hangpa anggap penulis buku ni seorang pembunuh pulak. Dia cuma pembunuh dalam watak yang di tulis jer.. Satgi ada dok pi report polis haru biru unggu kelabu pulak.

Banyak pengajaran dalam novel Mental ni.. Antaranya kau jangan suka suka nak memfitnah orang semata mata nak meraih populariti di social media.. jangan seronok sangat dok upload gambar mangsa kemalangan dalam keadaan ngeri atau menyedihkan.. Mungkin perkara tu membuatkan ada ahli keluarga mereka menyimpan dendam terhadap anda atau jangan nak suka pecah amanah walau hang yakin benda tu akan selamat. Mungkin mangsa hang tu akan simpan dendam sampai mati. Den pun jadi mangsa orang pecah amanah jugak.. tahu rasanya macam mana. tapi biarlah Allah yang membalasnya sebab Allah tu lebih tahu apa balasan yang sepatutnya manusia macam tu dapat.

Antara novel terbaik yang pernah saya baca selepas novel cemburu seorang perempuan. bagi peminat novel ni memang rekemen baca novel ni. Sekali sekala ubah citarasa baca novel Thriller & psycho ni pun best juga. Asyik dok baca novel cinta jer.. Tu yang selalu jadi masalah dengan pasangan bila dok expect pasangan jadi seromantik macam kisah dalam novel. Bila baca novel mental ni at least.. kita akan terfikir & berfikir apa yang kita nak buat bila bersosial di social media. Seolah olah memberi peringatan pada diri kita.. Tak mustahil ada yang memerhatikan kita dengan penuh dendam. Tobat.. Insof Wei!!

Babak babak yang di tulis dalam novel ni pun memang akan buat kita terbayang setiap situasi tu terutama part dia menyiksa semua mangsa.. Rasa ngeri, nyilu, pedih, sakit, marah, takut semua ada. Serious wei! Tak tipu.. Baca novel ni den sendiri tenggelaman dalam watak pembunuh & mangsa yang di siksa tu.


Cerita gedebung gedebang.. Ni nak beli kat mana novel mental yang best di muka bumi ni? Amboi tak sabaq dah tu nak dapatkan novel ni.. Jangan risau, den paham zaman sekarang kalau nak menapak keluar semua kos kan? Minyak kat Malaysia ni dah kategori benda mahal.. Tak campur penat, haus, lapar lagi bila keluar. Jangan susah hati kalau rasa malas nak ke kedai buku boleh beli direct dengan penulis buku ni. Contact dia kat bawah

 Facebook Tajul Zulkarnain 

Boleh beli single atau nak beli kombo set dengan novel bertarung dengan syaitan pun boleh. Bertarung dengan syaitan ni base on kisah benar juga. Bukan semata mata kisah seram tapi banyak juga panduan & amalan secara islamik yang di kongsikan dalam buku ni bila menghadapi masalah gangguan makhluk halus. So, Better korang dapatkan set Kombo, 2 buah buku. Mental & bertarung dengan syaitan.


BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

BEZA ANTARA MOOD DEPRESSION DAN CLINICAL DEPRESSION - DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN. Sekarang orang mula alert dengan masalah depression bila banyak kejadian bunuh diri & membunuh orang lain di sebabkan masalah depression ni. Tapi bukan semua orang faham depression tu apa. Kadang2 kita faham apa kita faham je tapi kita tak tahu apa sebenarnya masalah depression ni. Adakah satu disorder atau penyakit?


Sebenarnya eden pun bukan faham sangat masalah despression. Orang2 macam eden yang faham depression tu adalah masalah kemurungan yang melampau la. Tapi sebab sekarang banyak follow activist medic so dapat la info sikit. Tadi terbaca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang depression. Penjelasan dia bagi saya sangat simple & mudah di fahami orang kebanyakkan macam kita ni. Almaklum kita tak belajar medical katanya. Kenal panadol jer tapi kalau sebut paracetamol memasing dah tak tau pekebenda. Almaklum la diriku hanya insan biasa.. Bukan ada basic bidang perubatan.

Saya tak nak edit apa - apa penjelasan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan saya copy & linkan ke FB beliau sahaja... Takut edit kang salah fakta jadi salah faham pulak kan.

DEPRESSION VS CLINICAL DEPRESSION

Ini cerita pasal fahaman asas tentang kemurungan (depression). Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression)

Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.

Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.

Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti kemurungan biasa(mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Kemurungan klinikal tiada kaitan dengan lemah pegangan agama dan iman, kerana akal yang telah terjejas tidak boleh berfikir dengan dengan waras. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Jika kita lihat, antara syarat wajib ibadah(cth: solat/puasa) adalah BERAKAL.

Tidaklah saya kata, semua orang yang murung klinikal tidak wajib solat/puasa. Jika ia masih berakal, maka perlulah dia tunaikan tanggungjawab itu. Apa saya maksudkan, kadangkala kemurungan klinikal sungguh parah hingga boleh dikategori hilang akal dan boleh didaftar sebagai OKU.

Tidak wajar juga penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tidak pasti di saat dia tamatkan nyawanya itu, adakah dia berakal atau tidak. Urusan Tuhan tentukan tempat mereka di mana.

Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Jika anda murung, berjumpalah doktor. Jika ada individu sekitar anda yang murung, bawalah mereka bertemu doktor.

Malaysian Suicide Alert - MESRA

Semoga perkongsian ni memberi info tentang masalah depression. Jangan silap ok! Ada depression yang cuma kemurungan ada yang penyakit kemurungan. Penyakit kemurungan tidak boleh hanya di rawat dengan cara spiritual tapi kena di rawat dengan pakar jugak.

Moral of the story.. Kalau lihat orang2 terdekat kita menampakkan ciri ciri depression, bawa la berjumpa doktor. Mungkin di peringkat awal masih boleh di bantu. 

MEROYAN MITOS MASYARAKAT SAHAJA?

MEROYAN MITOS MASYARAKAT SAHAJA? Baru baru ni menjadi viral & berita utama kes seorang ibu mengelar leher bayi dia yang berusia 2 bulan. Katanya dia terdengar bisikan yang suruh dia buat macam tu. Bisikan tu bagitau dia yang baby tu bukan anak dia tapi anak syaitan. Jadi.. atas sebab tu dia mengelar bayi dia sendiri.


Lepas tu aku terbaca satu posting kat fcebook yang mengulas pasal isu tu sambil menyindir. Katanya setan di jadikan alasan. Tak tau la dia tak pernah tau pasal meroyan ke tidak tapi yang tak sedap ada dua tiga komen dari lelaki & perempuan yang menidakkan penyakit meroyan ni. Baca komen2 depa tu.. Nampak macam educated, urban & very kotaraya sangat tapi tetap bodoh tu ada. Sebab depa tak tahu pasal meroyan & menolak kewujudan penyakit meroyan. Kat situ memang nampak kurang ilmu & kebijaksanaan. hehehehe. Depa anggap yang percaya pasal meroyan ni kolot la kot..

Ada jugak manusia yang tidak percaya kepada penyakit meroyan ni, kan?. Dengan yakin berkata Meroyan Cuma budaya masyarakat yang terlalu taksub dengan mitos, mistik bagai ni. Tu dia.. punya nak tunjuk urban sampai menolak kewujudan penyakit meroyan yang biasanya berlaku kepada ibu ibu yang baru melahirkan anak. Ada jugak yang anggap benda tu cuma alasan untuk menyelamatkan diri bila si ibu buat sesuatu yang berunsur jenayah seperti mencedera & membunuh bayi sendiri. Kesian kan.. kepada ibu2 yang terkena meroyan di tuduh saja guna alasan nak membunuh anak sendiri.

Kalau kata nak mengelak dari di kenakan tindakkan undang undang atas tuduhan membunuh guna alasan meroyan ingat statement pakai air liur macam tu je ke mahkamah nak jatuhkan hukuman tidak bersalah. Confirm la si ibu akan di hantar untuk check up memastikan dia benar2 hadapi masalah tu atau tidak sebab dalam bidang medical pun memang membuktikan penyakit ni wujud tapi dalam bidang perubatan tak guna istilah meroyan tapi penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Kalau dalam bidang perubatan pun dah sahkan memang wujud penyakit tu.. Yang dok anggap mitos masyarakat yang terlalu taksub dengan perkara mistik sampai percaya ada penyakit meroyan ni aku rasa depa ni pun sakit juga. hahahaha

Antara tanda tanda meroyan ni adalah.. bila seorang ibu tu rasa terlalu tertekan, sering menangis, letih,gelisah & sentiasa muram. Bila semua rasa tu ada.. tu yang tetiba depa berhalusinasi. Dengar suara halus la.. apa la.. Dalam keadaan tertekan ni tak bersalin pun boleh jadi macam tu jugak ok! Tu yang tak mustahil mereka bertindak di luar kewarasan.

Jadi Kalau nampak simtom2 macam tu ada kat bini2 hangpa ka, adik beradik hangpa ka.. Sila bertindak segera sebelum perkara tu jadi lebih parah. Sebab ibu yang baru melahirkan anak ni.. Memang tak boleh tertekan jadi sentiasa bahagiakan mereka yer untuk mengelakkan mereka jadi meroyan. Perempuan ni bukan susah pun nak bagi depa seronok.. Hadiah benda ni je >> Hadiah Yang Buat Perempuan Jadi Awet Muda << confirm dia suka & happy. Yang tak percaya pasal meroyan tu lantak la. Tunggu kena batang hidung sendiri baru depa rasa.

Yang penting meroyan ni memang takkan sembuh secara semulajadi.. Tetap perlu di rawat. Jangan ingat.. biaq pi la.. esok2 dia tenang ok la tu. Tidak sama sekali ok! Meroyan ni boleh berlarutan sehingga bertahun atau berpuluh tahun atau sampai mati jika tiada rawatan di beri. Jadi jangan ambil mudah dengan penyakit meroyan sebab ia melibatkan gangguan perasaan (psychology).

Moral of the story.. Nak komen biar ada fakta bukan apa.. Bila keluar komen2 yang menunjukkan kebodohan sendiri siapa yang malu? Kemaluan berpihak pada anda juga. hehehehe

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG

GADIS KONGSIKAN PENGALAMAN PERIT DI BESARKAN IBU MEROYAN AKIBAT TIDAK DI JAGA DENGAN BAIK SEMASA BERPANTANG. Sekarang ni tengah di tayangkan drama berepisod, Samudera rindu yang mengisahkan seorang wanita yang terkena penyakit kemurungan atau orang kita faham sebagai meroyan selepas kematian anak pertamanya akibat lemas dalam perut. Lepas melahirkan anak kedua pun meroyan dia tak sembuh sampai la anak dia besar.


Tu kisah drama, hari ni terbaca satu kisah pengalaman seorang anak yang di besarkan ibu yang dia yakin ibu dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang masa bersalin. Sebab katanya waktu tu mak ayah dia kawen muda.. masing2 tak pandai lagi bab pantang bagai. Lepas bersalin mak dia tinggal dengan family sebelah ayah dia. Orang yang jaga mak dia dalam pantang tu tak jaga mak dia betul.. Makan pun ikut dan je. Sampai dalam pantang pun di beri makan mi sup tapi suruh mengaku kalau orang tanya dia jaga pantang. Sebab lapar sangat mak dia ni terpaksa la makan.Sampai berkali kali la mak dia bentan masa dalam pantang ni.

Akibat dari tu katanya mak dia jadi seorang yang panas baran & suka mengamuk. Dia la jadi mangsa. Kadang2 tindakkan mak dia tu diluar kewarasan sampai pernah mak dia letak pisau kat leher dia sebab kesalahan kecil. Dibaling pasu bunga, di maki hamun dengan perkataan kesat. Katanya dia hanya dapat cium pipi mak dia masa raya je. Walaupun mak dia macam tak suka & selalu pukul dia even sebab kesalahan kecil.. tapi dia tak memberontak. Dia tak pernah lari dari rumah atau  buat masalah kat sekolah. Masa tingkatan 4 sebab tak tahan dia mohon sekolah berasrama.


Katanya mereka dah cuba berubat masalah mak dia tu tapi tak sembuh jugak. Mak dia pun seakan akan macam tak boleh tengok muka dia asyik nak mengamuk je. Walaupun macam tu dia yakin mak dia bukan seorang mak yang teruk.. Sebab dia tahu mak dia asalnya seorang yang baik. Dari pembacaan dia.. dia yakin mak dia terkena penyakit meroyan akibat tak jaga pantang & mungkin stress jugak kot dalam pantang bila di abaikan macam tu. Pernah masa mak dia sakit & doktor bagitau mak dia tak dapat sembuh.. Dia jaga mak dia. Waktu tu mak dia cakap mungkin balasan sebab mak dia tak suka kat dia tapi mak dia cakap sebenarnya mak dia sayang sangat kat dia.


 Meroyan ni orang cakap boleh hilang kalau dia mengandung lagi & jaga pantang betul betul.. Tapi sebab mak si gadis ni lepas bersalinkan dia,dia tak mengandung lagi cuma mereka ambil seorang anak angkat je. Mak dia bukan je menderita meroyan malah ada kanser & terkena buatan orang jugak. Bayangkan la.. semua tu di tanggung dalam satu masa.


Tu la pentingnya berpantang dengan betul. Orang2 sekarang konon urban dah tak nak ikut berpantang cara orang dulu2. Dalam pantang kemain ligat berjalan sana sini. Katanya boring duduk rumah. Makan pun tak mau ikut cara orang pantang katanya tak ber zat & tak sedap. Bila sakit.. time tu kau tanggung la azab. Semoden mana pun hidup kita, tetap ada benda yang kita kena ikut pantang larang jugak. Tak semua pantang larang tu amalam kuno yang kita rasa tak sesuai dah nak ikut.

Dalam kes ni bukan dia tak jaga pantang tapi dia sendiri tak tahu & orang yang jaga dia abaikan. Sebab tu support suami sangat penting. Suami pun kena ambil tahu jugak tentang pantang larang orang bersalin walau bukan depa yang beranak. Jangan cuma terer dok buat ayat pickuplines macam ni jer >> 10 Pick Up Line Yang Memang Paling Win Sampai Berdekah Je Baca. Especially #6! <<. Kau kena 'pickup' jugak dengan keperluan bini semasa berpantang Sebab semua tu berkait dengan kesihatan mental & fizikal orang berpantang. Setakat mengayat je reti yang lain tak tahu tak sweet sangat pun. Pendek kata tak kira lelaki atau perempuan kena tahu jugak apa yang boleh & tidak untuk orang berpantang ni.

Tapi kan.. orang sekarang ramai yang kena meroyan sebab terlebih pantang.. Contoh ayat orang mula nak meroyan.. 'Pantang aku kalau orang... dot..dot.. bla.. bla..' Punya berpantang sampai jadi meroyan bila orang langgar pantang dia. hehehehe...

MAKAN PETAI BOLEH JADI PANDAI

Petai! Sapa suka makan petai? Yang pasti ramai suka makan petai berbanding yang tak suka. Tapi kakak & adik aku memang ada yang jangankan makan, bau pun depa tak suka. Adik beradik aku ni ada jenis makan very selected Uolls... Nak buat macam mana bukan di buat buat.. tapi aku yang membesar dengan depa tau la.. memang depa dari kecik macam tu. Tapi aku takde la memilih sangat bab makan ni. Semestinya aku pemakan petai... hahahaha

Sumber Google

Ramai yang tak tahu sebenarnya selain petai ni sejenis makanan yang berbau kuat nak2 lagi kalau dia dah jadi sisa kumuhan silap buang boleh jadi perfume haruman petai satu toilet Uolls.. Tapi Banyak khasiatnya. antara khasiat yang aku google adalah...

Meningkatkan mood:
Anda mengalami penurunan mood, dan selalu merasa susah dan bersedih?. Menurut kajian yang dilakukan kepada orang yang mengalami kesedihan, lebih banyak dari mereka yang kembali pulih setelah makan petai. Ini di sebabkan petai mengandungi tryptophan, aitu sejenis protein yang menghasilkan hormon serotonin, yang telah dikenalpasti dapat menjadikan seseorang itu lebih rilex, mengembalikan mood, dan menjadi gembira.

Sindrom senggugut (PMS):
Lupakan lah ubat-ubatan kimia untuk mengatasi sindrom pra haid, dan beralihlah dengan makan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai mampu meneutralkan glukosa dalam darah, yang juga akan meningkatkan mood.

Anemia:
Petai mengandungi Zat besi yang tinggi, sehingga akan merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah. dengan demikian, makanlah petai jika anda mengalami gejala kurang darah atau anemia.

Tekanan darah tinggi:
Buah tropika yang satu ini juga mengandungi kalium, tetapi rendah garam. dengan demikian, petai sangat baik untuk dimakan oleh pesakit tekanan darah tinggi. US Food and Drug Administration telah setuju,petai adalah buah yang dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke.

Otak:
200 pelajar di sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan kajian dengan makan petai waktu  sarapan dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kemampuan otak mereka. Hasil ppenyelidikan ini telah menunjukkan bahawa kalium yang banyak terdapat dalam petai yang membantu para pelajar menjadi lebih peka.


Sembelit:
Petai Tinggi serat, dapat membantu sistem pencernaan. Serat sangat diperlukan usus untuk membantu proses makanan, sehingga lebih cepat dikeluarkan dari tubuh. dengan itu dapat mengatasi masalah sembelit

Keletihan:
Kerana petai mengandung 3 jenis gula seperti yang telah disebutkan diatas, maka ia juga dapat membantu mengatasi rasa keletihan ketika kita sedang bekerja, atau beraktiviti.

Menenangkan Saraf:
Petai tinggi mengandungi vitamin B, aitu yang dapat membantu menenangkan sistem saraf. Dengan demikian, perasaan rilek boleh segera anda rasakan sehabis melakukan tugas rutin kerja anda.


Gastrik:
Petai juga dapat digunakan sebagai makanan untuk pengidap gastrik. Petai adalah satu-satunya buah yang boleh dimakan mentah oleh pengidap gastrik kronik. Buah ini mampu meneutralkan asam, dan akan mengurangkan iritasi dengan memberi lapisan dinding lambung.

Mengurangi kesan buruk Merokok:
Petai juga akan boleh membantu orang yang berniat untuk berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai akan membantu memulihkan paru-paru akibat kesan buruk zat nikotin.

Depresi/kemurungan:
Kalium merupakan elektrolit penting bagi kesihatan, kerana membantu menormalkan degupan jantung, membekalkan oksigen ke otak, serta seimbangkan kadar air dalam tubuh. Apabila kita kemurungan, maka kadar metabolisme kita akan meningkat dan akan mengurangkan kadar kalium dalam darah. Petai tinggi kalium, baik untuk membantu sistem metabolisme dan mengatasi kemurungan

Stroke:
Menurut ulasan “The New England Journal of Medicine” , makan petai sebagai dengan diet teratur dapat mengurangi risiko kematian akibat strok hingga 40%.

Awet muda:
Petai tinggi mengandungi protein yang berguna untuk menjana semula kulit, sehingga akan membantu kita agar awet muda. Bahkan petai diimport, dan menurut maklumat akan dijadikan sebagai bahan kosmetik disana.

Cacingan:
Mungkin kerana kandungan belerang dan tanin didalam petai,buah ini merupakan makanan yang berkesan untuk mengatasi masalah cacingan. Cacing perut seperti cacing kremi dan lain2 akan mati atau akan keluar dari perut kita.

Menambah Selera Makan:
Jika Anda mengalami kurang selera makan, maka petai mungkin dapat membantu Anda. Banyak orang telah membuktikan, selera makan mereka meningkat jika makan bersama petai dalam banyak cara.

Tu dia busuk2 pun banyak khasiat Uolls. Busuk bukan sebarang busuk.. Si busuk sedap di makan jugak baik untuk kesihatan. Entri ni entri draf... aku dah tak ingat sumber asal tapi aku bukan copypaste fakta dia bulat2.. Gigih aku translate ke bahasa melayu sebab bahasa asal artikel bahasa Indonesia. Thanks Google Translate, tak banyak sedikit membantu jugak. Memula aku tak tau apa benda la Maag tu rupanya Gastrik. Tu pun aku baca kat Wikipedia. Hahahahaha... Nak berblog bukan senang beb.. Kena usaha, tak gitu. Bukan main copypaste lepas tu claim macam hak sendiri. Apa kelas jadi blogger murahan camtu, kan??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com