Showing posts with label fizikal. Show all posts

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS

INI SEBAB KANAK KANAK PINTAR CERDAS JUGA DI KATEGORI SEBAGAI GOLONGAN KEPERLUAN KHAS. Normally kita biasa dengar budak2 pintar cerdas ni budak genius la kan.. Yang kategori keperluan khas selalunya yang ada masalah fizikal,mental, kelakuan & pembelajaran sebab kita dok nampak yang kat kelas pendidikkan khas ni kebanyakkan kanak kanak macam tu jer. Mana ada budak2 terlebih pintar duduk di kelas pendidikkan khas. Tapi tu la.. Bila seseorang kanak kanak tu mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tidak sama dengan kanak kanak normal atau tipikal ni kategori keperluan khas la sebab keperluan mereka tidak sama seperti rakan sebaya so menyukarkan mereka untuk mengikuti aktiviti pembelajaran dalam satu kelas yang sama.


Tadi tertengok rancangan wanita hari ini membincangkan isu pendidikkan kepada kanak kanak keperluan khas ni. terdengar Panel jemputan seorang pakar psychologist kanak - kanak tu cakap.. Bukan kanak - kanak yang bermasalah pembelajaran, fizikal & mental je di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas tapi kanak kanak yang kategori pintar cerdas juga di letakkan bawah kategori keperluan khas juga. Kerana golongan kanak kanak macam ni tahap pemikiran & kepandaian mereka terlebih advance so kemahiran kognitif mereka tidak sama dengan kanak kanak normal @ tipikal. Jadi mereka perlukan sesuatu yang lebih mencabar untuk mereka belajar.. Jadi mereka jugak tidak sesuai di tempatkan di kelas yang sama dengan rakan sebaya. Di sebabkan itu mereka di kategorikan sebagai kanak kanak keperluan khas juga.

Antara Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi
• Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau obses dalam hal tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

Ingatan yang tinggi
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah

• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka

• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Walaupun golongan kanak kanak pintar cerdas ni bijak tapi tetap ada kekurangan mereka sendiri.. Jadi ibu bapa, guru & orang sekeliling perlu tahu cara untuk mendidik mereka yang dari golongan ini

Antara Permasalah dari segi perkembangan tidak selaras dengan usia mereka

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menangani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka jadi bimbang dengan masa depan, kematian ,seksualiti & isu isu yang kurang sesuai di fikirkan dalam usia mereka.

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan melakukan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan.

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara sekalipun. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan didikan & disiplin yang betul walaupun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa perlu lebih prihatin  supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap yang suka pada kesempurnaan boleh menyebabkan mereka jadi takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini boleh menyebabkan mereka akan mengalami menjadi pendiam  ‘introverted’ dan mungkin boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tak kira anak kita kategori normal, masalah pembelajaran atau genius sekalipun mereka tetap seorang kanak kanak yang masih perlukan perhatian & bimbingan dari ibu bapa & orang yang lebih dewasa. Jangan ingat anak genius ni sudah dewasa untuk membentuk kehidupan sendiri. Mereka mungkin bijak dalam sesetengah perkara namun masih ada sudut mereka belum matang untuk membuat keputusan terhadap diri sendiri.

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.

Ni contoh meme yang di buat dengan tujuan bergurau guna wajah orang lain. Sungguh biadap. Ni version english yang version melayu pun semalam aku tengok bersepah friendlist kat facebook aku share sambil tag nama kawan2 mereka yang berkenaan.

Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.

Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.

Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.

Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.

Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.

AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

AWAS! RASA LETIH SANGAT BAHAYA & BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. Dalam kehidupan seharian kita ni mana orang hidup dia tak pernah rasa letih langsung. Orang tak buat apa2 pun boleh rasa letih. Letih tak melibatkan aktiviti fizikal je. Malah mental pun boleh menyebabkan keletihan bila terlampau banyak fikir. Benda yang ada perkataan 'Melampau' 'terlampau' ni memang boleh mendatangkan kemudaratan kalau tidak di kawal dari peringkat awal.


Jangan biar diri korang sentiasa rasa letih sebab akan memberi kesan kepada kesihatan anda & tak mustahil boleh menyebabkan kematian mengejut atau penyakit merbahaya. Walau banyak kerja atau banyak masalah yang perlu kita fikir sekalipun.. Kita kena ada jugak ruang untuk berehat. Tak kira la berehat dari bekerja atau memikirkan soal kerja & masalah. Sebab tu orang kata habis kerja jangan bawa balik kerja kat rumah. Tak kira la kerja tu melibatkan kerja berfikir atau kerja melalui perbuatan. Kerja ni selagi hidup memang tak pernah habis. Arwah Ayah aku dulu pun meninggal dunia pada hari dia bekerja jugak. Balik kerja lepas solat isyak.. dia meninggal. Memang sampai akhir hayat dia bekerja.

Jadi kalau korang rasa korang nak berehat lepas semua kerja settle sememangnya takkan ada waktu untuk korang berehat. Jangan biar badan korang sentiasa letih ia boleh menyebabkan korang jadi lemah ingatan & pelupa. Jangan muda2 lagi dah nyanyuk sudah. Keletihan yang melampau jugak boleh membahayakan diri anda & orang sekeliling anda. Nak tau kesan dari terlalu letih meh baca kat sini >> Awas! Ini sebab Keletihan Boleh menyebabkan kematian mengejut & merbahayakan orang sekeliling <<

Jadi pada yang hardworking tu ambil la masa untuk berehat. Cari duit ni memang takkan pernah cukup sampai mati. KIta dapat banyak kita nak lagi banyak. Dapat lagi banyak nak lebih banyak.. Alih2 mati macam tu je tak merasa pun enjoy dengan hasil penat lelah selama ni. Sebab tu kita perlukan masa untuk berehat dari sebarang kerja.. Termasuk la kerja rumah bagi surirumah tangga macam aku. Aku pun ada hari aku malas masak jadi makan nasi bungkus je. Sebab aku nak merehatkan otak dari fikir nak masak apa hari ni katanya. Kalau hari2 kena perah otak fikir nak masak apa pun letih jugak. Ni pun kejab lagi kena fikir nak masak apa hari ni. Hahahaha

INILAH UBAT UNTUK ORANG YANG SELALU RASA STRESS

INILAH UBAT UNTUK ORANG YANG SELALU RASA STRESS. Aku tengok dari laman sosial ramai orang Malaysia yang ada penyakit stress sepanjang tahun. Hari2 stress..Hari2 ada je benda dia tak puas hati, tak senang hati & tak tenang diri. Asal update jer mesti dengan rintihan yang tak berkesudahan. Kesian kan.. Hidup dia memang hari2 tak bahagia kot. Asyik ada je benda yang buat dia stress.

Kadang2 aku tak faham.. adakah orang yang sentiasa rasa tak puas hati dalam hidup mereka mengharap sepanjang hayat mereka hanya ada keseronokkan & kebahagian jer. Yelah.. kadang2 aku tengok benda remeh je pun kau nak stress separuh nyawa. Tapi tu la kan.. tak boleh nak judge jugak sebab level kental & ketahanan setiap orang hadapi stress tu tak sama. Remeh bagi kita mungkin besar bagi mereka. Sebenarnya tak elok jugak selalu stress sebab boleh bagi kesan pada mental & fizikal. Sebab stress ni la punca dok datang macam2 bisikan misteri suruh buat benda2 tak elok. Bisikan misteri tu kadang2 bukan sebab ada gangguan makhluk ghaib tapi sebab terlalu stress otak dah tak mampu berfikir secara waras maka berlakulah halusinasi.

Stress yang berpanjangan dalam tempoh yang agak lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Stress yang kronik menganggu hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizikal (dalaman & luaran) akibat sistem badan tidak di regulasi secara normal.

Jadi kalau korang jenis yang benda kecik pun boleh jadi stress yang melampau elok la cepat2 cari ubat untuk melegakan stress tu. Antara ubat yang mujarab untuk stress ni adalah ubat ni. Cuma perlu tengok jer lukisan ni, Insya Allah mampu menyembuhkan & membantu anda menghilangkan stress >> Ubat Untuk Mereka Yang Selalu Stress & confirm anda akan tersenyum <<

Dengan cara ambil ubat tu mungkin buat anda kembali tersenyum & rasa ceria. Jangan risau tiada penyakit yang tiada ubat kecuali mati termasuk stress. Stress boleh di atasi & di kawal cuma perlu kerjasama dari diri sendiri jer. Kalau kau sendiri memang enjoy layan stress tu memang takkan ada ubat selain mati jer baru stress ko pun turut mati. hehehe peace!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com