Showing posts with label laksa. Show all posts

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI. Semalam terbaca satu artikel yang di kongsikan satu page ni pasal.. Kuah laksa yang di campur dengan darah khinzir @ babi bagai menyedapkan rasa. Kedai tu milik bukan muslim & tiada status halal. So, suka hati dianak letak bahan haram bagi umat Islam makan pun Agama dia tak haram pun nak makan. Dia pun tak mention halal kot. Hangpa gigih makan buat apa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa mereka memang tidak mempunyai sijil Halal.

Tapi tu la yang pelik.. Kebanyakkan orang luar yang datang ke Penang ni.. rata rata suka sangat makan di kedai/gerai non muslim. Aku sampai jadi pelik jugak kadang kadang bila tengok perkongsian di media sosial ataupun rancangan kat tv depa ni main makan jer.. Sebab saya ni dari kecik memang penang tu macam tempat bermain. Selalu mak ayah bawa jenjalan kat sana bila cuti sekolah atau ada bajet lebih. Almaklum la kulim dengan penang tak la jauh mana. Sebagai orang kampung yang bukan kaya raya nak berjalan jauh masa kecik kecik.. Dengan adik beradik yang berderet macam keretapi ni. Penang salah satu destinasi kami sekeluarga berjalan jalan. Tak ada transport naik bas je balik hari. Pergi pagi petang balik la.


Tapi tu.. Tak pernah terfikir atau terdetik sampai la sekarang even dah berhijrah ke negeri orang & dah jarang dapat pergi penang berbanding masa kecik2 & remaja dulu, Nak makan di kedai atau gerai non muslim di penang. Sebab penang masih banyak pilihan makanan yang halal kot. Ada masakan melayu & ada masakan mamak. Kenapa masakan non muslim yang tiada pengiktirafan halal juga hangpa nak makan. Jakun lahai.. Datang penang macam pelancong luar negara. Rembat apa je yang jual. Macam semua makanan tu bebas bahan haram untuk umat Islam.

Nak salahlah peniaga non muslim dalam hal ni pun tak boleh. Hangpa yang nak makan bukan depa paksa hangpa makan. Setakat laksa bersepah orang melayu juai kat penang sana nu.. Yang hang gigih nak makan laksa cina sangat dah kenapa? Awat anak cacing dalam perut tu meronta ronta sangat ka minta makan? Darurat sangat ka sampai tak boleh cari kedai @ gerai muslim kat penang sana nu..

Ni Malaysia kot tak susah pun nak cari makanan halal & kedai/gerai/restoran orang Islam kat memana pun. Dari perlis sampai la ke sabah.. kita semua sudah merdeka! Ops ternyanyi pulak. Acah acah macam pi america pulak hangpa nak main terjah je tempat makan non muslim. Orang pi america pun seboleh bolehnya cari makanan halal atau bawa bekalan makanan kering sendiri. Tak dak nak main serkap.. telan je makanan tak halal apalah sangat setakat penang tu.

Moral of the story.. Bab makanan ni tak perlu la open minded sangat. Tang makan hangpa tak mau support bisnes sesama agama & bangsa tang produk beracun.. Kemain guna alasan nak support perniagaan orang melayu. Tak kira makanan atau produk.. Pilihlah yang selamat, bersih & halal.

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU

ASAL USUL LAKSA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH TAHU. Kat Malaysia ni memang ramai penggemar laksa lebih2 lagi orang utara macam aku. Bukan saja orang utara pandai masak laksa (statement yang minta kena pijak ramai ramai).. malah orang utara antara pemakan laksa yang tegar terutama di kalangan orang orang melayu la.. Hari ni aku pun masak laksa. Sebab nak buat entri resepi laksa dah pernah tulis dulu. Resepi tak ada berubah apa - apa so takkan nak tulis resepi yang sama ye dak..

Maaf kalau menggugat keimanan penggemar laksa sekalian. Ni air tangan lekatlekit katanya. hahaha

Jadi aku google la nak tahu laksa ni sebenarnya berasal dari mana. Bukan apa.. benda ni pun sekarang boleh jadi perebutan. Dulu pasal makanan pun negara seberang tu nak jugak di iktiraf makanan tu adalah hak milik depa.. Beriya sungguh tu. hehehehehe. Jadi penting jugak untuk kita tahu asal usul sesuatu makanan tu..

Dari apa yang aku baca.. Laksa ni bukan la makanan orang melayu. So orang melayu jangan nak claim laksa ni berasal dari Tanah melayu ok! Ia sebenarnya berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan). Perkataan laksa tu berasal dari bahasa sunskrit, Laksha yang membawa maksud banyak merujuk kepada bahan/rempah yang di gunakan tu banyak.

Ada macam macam jenis laksa & rasanya mengikut negeri.. Antaranya

Laksa Penang (asam Laksa)
Laksa Johor
Laksa Kuala Perlis
Laksa Kedah
Laksa Kelantan
Laksa Sarawak
Laksa Terengganu
Laksa Ipoh
Kari Laksa
Laksam

Laksa kedah & kuala perlis ni tak jauh beza tapi laksa lain lain tu memang berbeza cara masak jugak rasanya. Aku dulu masa baru2 nak cuba laksa johor dok bayangkan macam laksa kedah jugak. Tapi sekali order yang sampai depan mata aku jauh beza dari laksa kedah. dia guna mee terus kena kejutan budaya & tak habis makan. Al maklum la tekak orang utara katakan.. Bukan pasal tak sedap cuma tak kena dengan selera je. hehehehe

Walaupun kat Malaysia ni ramai penggemar laksa tapi bukan semua orang suka makan laksa. Yelah.. tekak dia tak taste sangat dengan local food ni.. Dia punya taste semua western gitu. 

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN. Bagi adik adik yang baru belajar memasak tu mungkin ingat ikan sardin dalam tin selain masak dengan sos yang ada dengan ikan sardin, buat sambal sardin atau guna sardin untuk buat sandwich dah tak boleh di pelbagaikan dengan menu lain dah. Tak payah tipikal sangat la menu ikan sardin tu. Sebenarnya ikan sardin ni tak kira apa brand sekalipun boleh di masak dengan pelbagai cara & menu cuma mungkin sebab tak pernah tahu jadi korang masak sardin macam biasa je.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ikan sardin ni sebenarnya boleh buat masak kari, masak lemak, asam pedas. Tu antara menu lauk menggunakan ikan sardin kalau hangpa nak tau! Selain menu lauk ikan sardin tin ni boleh di buat menu untuk minum petang. Menu makanan berkuah macam laksa sardin. Nak buat laksa sardin ni lebih senang berbanding buat kuah laksa guna ikan mentah. Kalau ikan mentah ni kita kena rebus.. asingkan isi & tulang lepas tu nak blender lagi. Tapi kalau guna ikan sardin tin ni just ambil ikan tu lenyekkan dengan sudu & masak kuah laksa tu macam biasa je. Kalau malas tu la cara paling senang buat kuah laksa.

Tadi kebetulan nak kemas peti ais.. ada la semangkuk ikan sardin yang dah masa tak habis makan. Rasanya dua hari lepas kot. Kalau dah nak panaskan makan dengan nasi mustahil la.. Dah takde selera nak telan. Nak buang sayang. Sebab benda tu masih elok. Tak basi atau rosak kat mana mana pun. Nak buat sandwich nampak banyak sangat ikan tu maka.. Terhasilah menu recycle laksa sardin. Walaupun kejadian laksa ni ala kadar je. Bahan pun apa yang ada dalam rumah jer sebab malas nak pergi kedai.. Ok la. Rasa kuah laksa tu still ada & boleh lagi hadap bermangkuk mangkuk katanya. Kalau boleh hadap lebih dari semangkuk tak azab sangat la rasanya walau guna ikan sardin recycle. hehehe

Ni laksa sardin ala kadar je. Timun pun takde. Guna apa yang ada dalam rumah jer. Ok la dari terbuang isi ikan sardin tu kan..
Cara nak masak kuah laksa sardin ni pun senang
Bahan bahan dia
Ikan sardin. Ambil ikan je sos dia tak payah. Kemudian lenyekkan sampai hancur
kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi. Agak cili dah masak masukkan ikan sardin
Tambah air. Kalau ada daun kesom masukkan. Kalau tak ada boleh je skip
Masukkan asam keping.
Masak sampai naik bau & masukkan garam secukup rasa. dah siap.

Senang kan? Yang lain2 tu rebus laksa kalau korang guna laksa kering. Bahan ulam ulaman dia timun, daun salad, bawang, cili pada (bagi yang suka pedas) & telur rebus. Yang tu ikut citarasa korang. Setengah rang suka makan laksa kosong je. Ulam ulaman dia skip.

Dari di buang makanan yang elok katanya.. Transformasi kan je la jadi menu yang kita jadi berselera nak makan. Aku minggu ni memang tak selera nak makan nasi jadi sedang elok sangat la masak benda benda macam ni. Esok hari minggu maka bercuti la dapur lekatlekit ku itu. Makan kat luar je... Nak makan kat luar kena jugak tahu kat mana tempat2 makan yang best.

Mungkin sebelum ni korang tak terfikir nak jadikan ikan sardin yang dah korang masak sebagai kuah laksa jadi dengan entri ni moga menjadi inspirasi kepada korang di samping menjadikan kita seorang yang tidak membazir. Rakyat Malaysia antara manusia yang paling banyak buang makanan. So, sila jangan jadi sebahagian dari spesis tu,ok! Kurang populasi spesis suka membazir & tingkatkan kreativiti untuk menghasilkan menu recycle yang sedap.

Moral of the story.. membazir amalam syaiton. Jadi jangan geng dengan syaiton.

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA. Tu dia bila orang utara masak masakan orang pantai timur. Kot mana pun dia nak bagi rasa utara tu ada jugak katanya. Almaklum la kita kan satu Malaysia.. Selera tekak bukan semua sama kan. Jadi resepi ni kalau nak derhaka sikit2 tak masuk neraka. So, tak payah takut sangat la nak derhaka apa2 resepi ikut selera sendiri. Yang nak hadap nanti kita jugak. Jadi elok la kita masa ikut citarasa sendiri.


Tak tahu la sejak bila.. Tapi aku perasan setahun dua ni laki aku macam suka makan laksam. Selalu dia beli. Nak2 lagi sekarang dia memang pantang makan pedas. Bila aku buat laksa utara dia macam teringin je. Walau aku cuba kurangkan pedas tapi sebab masukkan cili jugak dia macam tak confident nak makan. Jadi sebagai isteri contoh yang baik budi pekerti katanya.. Aku gigih jugak try masak laksa lemak @ laksam ni buat pertama kalinya. Satu sebab laki aku suka makan kedua sebab kuah dia tak masuk cili. Harus la kena belajar kalau dah suami kita suka makan. Suami aku bukan orang kelantan.. Tapi masakan kelantan nan satu ni dia suka pulak.

Rupanya nak masak laksa lemak @ laksam ni takde la sampai kena hentak2 kepala dengan lesung batu. Senang je.. Mula2 nak masak tu risau jugak takut tak jadi ke hapa. Almaklum la.. kita biasa makan laksa utara tak campur santan. Kang tersilap sukatan rasa jadi pelik ke hapa tak ke membazir namanya. Tapi alhamdulillah.. menjadi jugak la laksa lemak @ laksam ni. Bahan2 dia pun tak jauh beza dari nak masak laksa utara cuma kuah dia guna isi ikan je. Laksa utara ni.. guna air tulang ikan yang di blend. Tu nampak gelap sikit. Jadi marilah Kita tengok apa bahan2 yang di perlukan untuk masak sebelum entri ni jadi lebih panjang lagi...

Bahan bahan nak buat kuah
Ikan (aku guna ikan sardin 5 ekor sebab aku masak untuk 2 orang makan je)
Bawang besar sebiji (resepi asal guna bawang merah. Sebab stok bawang merah tak ada belasah je la janji bawang)
Bawang putih 2 ulas
Halia
Asam keping
Serai
Serbuk lada hitam

Macam biasa ikan rebus..  asingkan isi dia. kemudian blend (kisar) isi ikan
Bawang besar, bawang putih,halia pun blend jugak.
Dah blend semua masukkan dalam periuk.
Masukkan santan. Ikut suka korang nak lemak macam mana. Aku memang lemak2 sangat aku mual. Rasa lemak sikit2 pun dah cukup. Sikit pun jangan sampai tak rasa lemak langsung pulak.
Masukkan asam keping.
Serbuk lada hitam sikit.
Ketuk serai, campak je dalam periuk tu tak payah belai belai sangat.
Biar la dia rebus kat situ sampai masak.
Jangan lupa letak garam. Aku tak suka manis so aku skip gula. Orang kelantan memang akan masukkan gula.

Untuk bahan ulam ulaman dia
kacang panjang
Timun
Bawang besar
Kobis
Bunga kantan

Yang tu semua korang potong je. Potong ulam ulaman tu pun kena ajar ke? pandai2 sendiri la. Asal muat masuk mulut korang ok la tu hahaha.

Bahan untuk buat cili
Cili padi
Cuka makan
Belacan
garam
Gula

Semua tu blend jer. Ada orang tak letak belacan tapi aku letak. dah nama pun resepi derhaka kan. Memang derhaka la cara membuatnya. Hahaha.

Dah siap semua rebus je laksa. Laksa aku guna laksa beras. Sebab aku google resepi katanya boleh guna laksa beras kalau malas nak buat mee laksam dia tu. Almaklum la tak berapa rajin nak membuat. Semua nak instant je. Hahahah

Dah siap semua.. humban semua perkara tadi dalam satu mangkuk. Makan la sampai tergolek. Op's.. tu amalan syaiton. Makan & berhenti sebelum kenyang katanya. Jangan gelojoh 1 hari ada 24 jam korang boleh repeat makan sampai kering periuk. hahahaha

Ulam ulaman tu sepatutnya ada daun kesom tapi tak ada pulak nak beli tadi. Jadi kira cincai je. Apa yang ada sudah. Pun macam tu setakat ni dah 3 mangkuk kot aku bedal. Sedap sangat katanya air tangan sendiri. hahahaha

Maka siaplah laksa lemak @ laksam versi orang utara. Orang kelantan jangan marah noh.. Orang utara masak memang lagu ni katanya. Almaklum la.. kita tak suka manis2 takut kudung kaki. hahahaha

Laksa lemak ni bagi aku lebih senang nak masak dari laksa utara. Cepat pun cepat. Puas hati boleh makan. Almaklum la masak sendiri di rumah senang nak buat ikut citarasa sendiri.. Kalau kat luar ni aku jarang nak makan makanan macam ni sangat.

Moral of the story.. kalau rajin ni semua benda jadi senang nak buat ye dak? Kalau malas goreng telur mata pun rasa macam susah sangat tau. hahaha

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE?

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE? Dua tiga hari ni laksa dalam tempurung ni memang jadi Viral.. Lokasi katanya di Kulim kedah.. Amboi dekat dengan kampung halaman cheq tu. Keywords blog aku pun penuh dengan orang cari lokasi kedai laksa dalam tempurung ni. Mentang2 la ada dua tiga entri aku tulis pasal laksa kan termasuk resepi laksa sotong aku tu... Tak tau la apa yang best selain keunikkannya adalah di hidang laksa tu dalam tempurung. Sebab ramai sangat dok google pasal laksa tempurung ni terpaksa jugak aku tulis kat blog... hahahaha terpaksa la sangat. Sebenarnya lebih kepada mengambil kesempatan je.


Nak review pasal laksa dalam tempurung aku pun tak pernah sampai kedai dia apatah lagi merasa sejauh manasedap rasa dia. Adakah se gah orang dok viral tu. Tapi kalau sesapa yang teringin nak mencuba laksa dalam tempurung ni korang boleh la pergi ke lokasi seperti tercatat kat gambar di bawah


Macam - macam orang buat untuk menarik pelanggan ke kedai/gerai/restoran mereka. Padahal kalau letak dalam mangkuk macam biasa pun rasa dia sama je tapi sebab dia letak dalam tempurung tu yang mencipta keunikkan & kelainan untuk orang datang mencuba. Tapi unik hidangannya hope tak unik & pelik sangat la rasa dia sampai tak boleh terima tekak orang melayu. heheheh... Apapun inilah dinamakan kreatif,hokay! meniaga sekarang banyak persaingan so kita kena kreatif mencipta kelainan. Setakat laksa bersepah orang jual tapi maybe laksa tempurung setakat ni satu satunya kedainya kat situ je. Laksa tempurung ni memang nampak identiti utaranya.. sebab nampak macam ada sambal sotong kat situ. Kedai dia pun kat kedah kan... Tapi bila ada udang & makanan laut yang lain.. Laksa tempurung ni lebih tepat macam laksa seafood yang kawan aku jual kat kulim jugak cuma dia tak letak dalam tempurung la. Laksa Seafood IejaZol. Google je mesti jumpa.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di Fanpage Laksa Tumis Seafood IejaZol

Apapun setakat ni aku baca komen2 kat Fanpage Laksa Tempurung Kulim ni.. Alhamdulillah semua cakap sedap. So takde la pelanggan rasa tertipu sangat kan.. Tengok gambar cantik, menawan,menyelerakan.. Bila rasa indah khabar dari rupa. Nak meniaga makanan ni pastikan anda betul2 ada skill memasak masakan yang anda nak jual tu bukan pandai deco makanan tu nampak cantik & unik je

Lain orang lain selera.. Nak tau rasa dia sedap ke tak kena rasa sendiri, ye dak??

macam macam jenis laksa yang ada dalam Malaysia ni.. Laksa sotong la.. laksa seafood IejaZol la.. Laksa tempurung la... Tu laksa utara tak campur lagi laksa2 dari negeri lain. Nama laksa tapi takde rupa laksa. Mesti ada yang antara korang tak pernah tahu kan?

Moral of the story.. Rasa macam nak try jugak la laksa tempurung ni balik kampung nanti. Jaga2 laksa tempurung.. kalau tak kena dengan tekak kedah cheq abis la cheq bagi komen ikhlas kat blog hahahaha.

INI YANG MUNGKIN RAKYAT MALAYSIA TAK TAHU PASAL LAKSA

INI YANG MUNGKIN RAKYAT MALAYSIA TAK TAHU PASAL LAKSA. kat Malaysia ni ramai penggemar laksa. Aku pun suka jugak tapi tak suka la nak makan kerap2 sangat nanti jadi jemu. Masak laksa pun boleh la.. Bukan susah sangat nak masak laksa ye dak?? Tapi bagi yang tak reti masak tetap jadi susah jugak. kalau dah rasa susah sangat nak masak laksa meh la tengok resepi laksa aku kat sini >> RESEPI LAKSA <<

Gambar Laksa Tempurung Simpang Empat Keladi,Kulim ni sekadar hiasan je

Laksa ni ada macam2 jenis.. tiap negeri tu walau menu dia nama laksa tapi tetap tak sama jenis, rasa,masakan & laksa dia. Macam laksa johor dia guna macam mee kuning tapi tetap panggil menu tu sebagai laksa jugak kan? laksa kedah & laksa penang nampak sama tapi rasa dia lain sikit.

Kadang kita ni hanya tau makan laksa je sebenarnya kita tak tahu banyak perkara tentang laksa. Jangan hanya tau makan jer.. Perlu tahu jugak banyak perkara tentang apa yang kita makan tu. Zaman sekarang bahaya jugak main makan tak selidik dulu ye dak??

hakikatnya.. Ramai orang hanya suka makan laksa tapi tak semua orang tahu pasal laksa. Yang dia tahu laksa yang dia suka makan & dia selalu makan jer.

Moral of the story.. Info sekarang semua semudah 1 clik jadi tiada alasan kita tidak tahu kalau kita rajin ambil tahu. ye dak??

RESEPI LAKSA SOTONG JANGAN SENTAP

Tu dia.. laksa sotong jangan sentap katanya... Bukan apa kena habaq awai awai jangan sentap sebab haritu aku buat entri pasal laksa utara ada pulak minah sentap bila aku kata laksa yang di jual sekitar KL/Selangor ni tak menepati piawaian tekak utara aku. Laksa sotong ni pun kategori laksa utara jugak cuma tambah sotong. Actually setakat ni aku tak jumpa lagi orang jual laksa sotong kat sini maybe aku bukan laksa hunter kot so aku kurang ambil tahu pasal peniaga laksa kat area sini. Tapi kat area padang serai kedah nak makan laksa sotong boleh try kat kampung permatang durian.. gerai tepi jalan besar bawah pokok buluh katanya... tu resepi turun temurun dari tok nenek ke anak cucu. Insya Allah sedap.

Actually bukan la nak tukar jadi blogger masak masak caras populariti cik mat gebu.. Takde la even aku tukar niche blog masak2 pun belum tentu mampu se mahsyur cik mat gebu. Cuma ada orang tak pernah tahu pasal laksa sotong ni.. so minta share resepi. Aku ni kan hati tisu.. mudah tersentuh & bersimpati.. maka atas rasa simpati tanpa sempadan... maka aku tulis jugak entri bertajuk "Resepi" ni... 

Nak buat laksa sotong ni.. Kuah laksa sama je macam aku buat haritu cuma untuk laksa sotong ni aku tumiskan bahan2 kisar macam bawang,cili kering,belacan. Yang sebelum ni aku tak tumis.. aku rebus jer... So kalau nak resepi kuah laksa tu boleh tengok kat sini >> Resepi Laksa Utara <<

Masak sambil dok jerit dengan anak.. isi ikan terlebih blend jadi halus sikit. Nampak kuah macam cair tapi tak cair pun sebenarnya cuma isi ikan kebawah hahaha

Untuk laksa sotong.. lebih matching & sedap guna laksa beras. Tapi kalau takde laksa beras hentam sajalah laksa apapun janji laksa cukup. Sotong tu masak macam masak sambal tumis sotong jugak cuma guna sotong kering & cili serbuk. Kalau yang tak reti nak masak sambal tumis sotong ni meh la makcik nak bagi resepi

cili serbuk
Sotong kering
bawang besar
bawang putih
sedikit belacan
kunyit hidup (kalau takde skip je)

Cara nak masak
Rendam sotong kering sampai lembut dengan air panas
Sotong dah lembut potong kecik2 
Bancuh cili serbuk dengan air
Blend bawang besar,bawang putih,belacan,kunyit hidup
Panaskan minyak
tumiskan bahan blend/kisar tadi
masukkan cili serbuk
Biar sampai pecah minyak @ masak
masukkan sotong
sedikit garam & gula (untuk sambal sotong laksa ni aku tak guna air asam jawa yer)
Masak sehingga masak kalau tak masak sakit perut pulak

So sesapa yang rasa nak try laksa sotong boleh la try buat. Sedap bila laksa di makan dengan sambal sotong kering ni. Bila masak sendiri ni even tak sedap kat tekak orang at least sedap kat tekak sendiri.. Selain mengasah pisau potong sayur boleh jugak mengasah bakat memasak katanya... Almaklum la bila jadi bini & mak orang ni.. mana nak dapat air tangan bini/mak kalau tak reti masak. Kau fikir air tangan tu main renjis2 je jadi sedap hahahaha....

P/S : Blog tengah renovate.. masih under construction. Saja bagitau sebelum ada yang tanya hahahaha
 

PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com