MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Ikan sardin ni sebenarnya boleh buat masak kari, masak lemak, asam pedas. Tu antara menu lauk menggunakan ikan sardin kalau hangpa nak tau! Selain menu lauk ikan sardin tin ni boleh di buat menu untuk minum petang. Menu makanan berkuah macam laksa sardin. Nak buat laksa sardin ni lebih senang berbanding buat kuah laksa guna ikan mentah. Kalau ikan mentah ni kita kena rebus.. asingkan isi & tulang lepas tu nak blender lagi. Tapi kalau guna ikan sardin tin ni just ambil ikan tu lenyekkan dengan sudu & masak kuah laksa tu macam biasa je. Kalau malas tu la cara paling senang buat kuah laksa.
Tadi kebetulan nak kemas peti ais.. ada la semangkuk ikan sardin yang dah masa tak habis makan. Rasanya dua hari lepas kot. Kalau dah nak panaskan makan dengan nasi mustahil la.. Dah takde selera nak telan. Nak buang sayang. Sebab benda tu masih elok. Tak basi atau rosak kat mana mana pun. Nak buat sandwich nampak banyak sangat ikan tu maka.. Terhasilah menu recycle laksa sardin. Walaupun kejadian laksa ni ala kadar je. Bahan pun apa yang ada dalam rumah jer sebab malas nak pergi kedai.. Ok la. Rasa kuah laksa tu still ada & boleh lagi hadap bermangkuk mangkuk katanya. Kalau boleh hadap lebih dari semangkuk tak azab sangat la rasanya walau guna ikan sardin recycle. hehehe
Ni laksa sardin ala kadar je. Timun pun takde. Guna apa yang ada dalam rumah jer. Ok la dari terbuang isi ikan sardin tu kan.. |
Mungkin sebelum ni korang tak terfikir nak jadikan ikan sardin yang dah korang masak sebagai kuah laksa jadi dengan entri ni moga menjadi inspirasi kepada korang di samping menjadikan kita seorang yang tidak membazir. Rakyat Malaysia antara manusia yang paling banyak buang makanan. So, sila jangan jadi sebahagian dari spesis tu,ok! Kurang populasi spesis suka membazir & tingkatkan kreativiti untuk menghasilkan menu recycle yang sedap.
Moral of the story.. membazir amalam syaiton. Jadi jangan geng dengan syaiton.
Bagus jugak idea ni. Kebetulan hari ni masak sardin
ReplyDeletedari membazir baik godek2 jadi menu yg sedap gini kan...kreatif tau ko ni dik..kalau makan tak oldtown pon diorng guna ikan sardin je dalam kuah laksa..sedap gak bole tahan
ReplyDelete