Showing posts with label masak. Show all posts

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest)

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest). Minggu ni minggu menghitung hari detik demi detik.. Masa ku nanti apa kan ada. Tu dia tetiba lagu kriss Modenas dah keluar hahahaha. Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al Mubarak katanya. Bulan penuh keberkatan & makanan jugak. Tapi harus di ingat dalam mencari keberkatan ramadhan ni jangan sampai kita melakukan pembaziran takut hilang keberkatan dosa pula kita dapat.


Memang la bulan puasa ni kita terpaksa menahan lapar & dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari so bila nampak makanan macam singa nampak kijang. Semua kita rasa nak makan & semua kita rasa boleh makan. Walhal kadang2 masa berbuka kita cuma minum air & makan sepinggan nasi berlauk je. Lepas tu kenyang, betul tak? Jadi untuk elakkan pembaziran kena juga mengelak mengunjungi bazar ramadhan. Yang lebih Afdal adalah memasak sendiri kat rumah. Bukan banyak pun nak makan. Tak sampai sekawah pun nak kena masak, ye dak.

Bulan puasa ni kita sedia maklum orang berpuasa kadang2 makanan yang di beli kat luar ni ada yang kurang rasa & ada terlebih pulak rasanya. Sebab tu kena masak sendiri kat rumah. Antara menu yang boleh masak adalah Kari Ikan Salmon. Yer.. Ikan salmon ni bukan ikan yang menjadi makanan rutin orang melayu kat Malaysia ni. Tapi tak salah sekali sekala kita masak menu special sikit guna ikan yang special macam salmon. Kari ikan ni antara lauk kegemaran saya juga yer tuan tuan & puan puan. Dapat semangkuk kari & sepinggan nasi panas panas.. Tambah kicap sikit, Memang nikmat dia 5 star ok! Cukup la hidangan kari ikan yang menjadi menu berbuka puasa. Tak payah lauk pauk lain lagi.

Susah ke nak masak kari ni? Sapa kata susah.. Tak susah pun. Macam masak kari ikan lain jugak. Ada banyak versi.. Versi baru belajar dengan versi expert. Tapi takpe la saya share resepi masak kari yang paling basic supaya yang baru belajar tu tak rasa stress sangat nak belajar masak ye dak. Maybe boleh jadi menu berbuka puasa hari pertama anda nanti.

Untuk resepi kari ikan salmon ni, bahan bahan yang di gunakan adalah..

1. Ikan salmon. Ambil la bahagian mana mana pun semua boleh di karikan
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Daun kari
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halba campur
7. Air asam jawa
8. Santan
9. Terung/Bendi/Tomato (Pilih la yang mana anda suka. Nak masuk ketiga tiga pun boleh)
10. Minyak masak
11. garam sebagai perasa

* Kalau tak ada masa nak beli serbuk perasa macam rempah kari semua anda boleh beli secara online jugak di lazada Ramadan Bazar

Cara untuk memasak

1. Bancuhkan rempah kari sehingga menjadi pes & letak di tepi
2. Cuci ikan, sayur sayuran (Terung/Bendi/Tomato) & letak tepi
3. Potong bawang merah & bawang putih
4. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, halba campur sehingga naik bau
5. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
6. Masukkan ikan salmon & biar masak sekejab
7. Masukkan Terung/Bendi
8. Masukkan santan & air asam jawa (Tambah air sekiranya pekat)
9. Biar masak sekejab & sekiranya ada tomato masukkan tomato.
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Jika semua bahan dah masak tutup api.

* Nak masak menu berkuah macam kari ikan ni elok gunakan periuk yang jenis dalam sikit macam Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid. Sebab senang bahan bahan macam ikan & sayuran dia nak terendam dalam kuah bagi memastikan rasa di serap dalam ikan/daging atau sayuran tersebut. Jangan guna kuali jenis leper tak sesuai ok untuk masak kari. Periuk Tefal ni kelebihan dia boleh memasak makanan tu dengan baik & tahan karat.


Ni kira cara memasak kari ikan paling basic la. Kalau versi expert sikit ada kelainan cara penyediaan bahan termasuk cara nak masak rempah kari tu. Tak susah kan? Anda boleh cuba memasak sendiri kari ikan salmon ni di rumah nanti. Jangan takut tak menjadi.. Kena cuba dulu baru boleh belajar, ok!

Kari Ikan Salmon

Alang alang dah cerita pasal masak memasak ni, saja la nak bagitau korang kalau korang nak membeli belah peralatan memasak macam kuali periuk atau apa saja korang boleh membeli sekarang di lazada malaysia sebab sekarang lazada tengah mengadakan Marhaban Ya Ramadhan & Riang Raya Sale. Diskaun sehingga 90% bermula 19 mei - 30 jun 2017. Sedang elok la bagi korang nak membeli peralatan dapur  Bagi memudahkan aktiviti memasak anda sepanjang ramadhan & hari raya nanti.

Apapun selamat mencuba resepi kari ikan salmon. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL

DHAL KACANG HIJAU PALING MUDAH & CEPAT UNTUK MASAK KUAH DHAL. Satu masalah paling besar nak masak dhal ni adalah nak tunggu kacang dhal hancur & empuk. Memang menguji kesabaran katanya. Aku pernah nak masak kuah dhal ni.. Sampai habis gas la punya dok rebus kacang dhal. Sebelum ni kalau suami request suruh masak kuah dhal.. Serius dalam hati tu dah merungut tapi tak terkeluar la kat mulut. Dia tak tau ka letih nak tunggu kacang dhal empuk.. bukan sejam dua.. Tu pun dah rendam semalaman dalam air tu.


Di sebabkan perkara tu memang kebanyakkan orang lebih suka beli je yang dah siap masak.. Nak makan roti canai beli je kat mamak. Masalah laki aku dengan aku2 sekali memang tak makan restoran mamak dah lama sangat. Pepaham je la banyak sangat kontroversi pasal restoran mamak ni. Kadang2 kembang setaman dalam tekak ni. Bila sang suami nak makan roti canai dia beli yang frozen balik goreng je atas kuali.. Yang tu ok la. Kuah dhal.. aku jugak la yang nak kena masak.

Tapi sekarang aku dah tak mengeluh kalau laki suruh masak kuah dhal. Sejak berkenalan dengan Dhal kacang hijau ni.. Serius anytime laki nak makan kuah dhal boleh je masak.

Kacang dhal ni ada 2 jenis tau.

1. Dhal kacang kuda - Yang ni la aku rasa paling banyak pahala kalau masak dengan penuh kesabaran, keikhlasan & penuh kasih sayang. Sebab jenis dhal kacang kuda ni paling menguji keimanan seorang manusia macam aku. 3 - 4 jam pun kadang2 tak empuk rasa macam nak hempuk je.

Ada perbezaan dari segi size & harga dua jenis kacang dhal ni. Yang kecil tu lebih mahal even harga tak ada GST katanya hahahaha

2. Dhal kacang hijau - Yang ni membuatkan para isteri tersenyum ketika memasak. Sebab dhal kacang hijau ni senang empuk & tak perlu masa yang lama. Yang paling penting tak payah rendam semalaman pun. Nak masak.. boleh terus masak. Dalam setengah jam macam tu kacang dhal dah empuk. So pilihan aku memang Dhal kacang hijau.

Rasa dhal kacang kuda & dhal kacang hijau ni bagi aku takde la beza mana pun. Kalau sedap kau masak, maka sedap la rasanya. So, dari segi rasa tu bagi aku masih sedap sebab aku pandai masak kan.. well.. u know me. Ok ok.. jangan ludah tepi skrin. hahahaha

Alahai.. nak resepi jugak ke? Ok ok lah.. memandang aku chef di hati suami ku memang aku reti la jugak masak kuah dhal cara aku.. Cara aku masak kuah kari dhal ni..

Bahan - bahan

1. Dhal kacang hijau (rendam 5 minit dalam air panas)
2. Rempah kari ikan atau daging. Mana2 pun boleh
3. Daun kari
4. Jintan manis
5. Biji sawi
6. Terung
7. Ubi Kentang
8. Lobak merah
9. Bawang merah
10. Bawang putih
11. Kulit kayu manis
12. Bunga lawang
13. Minyak masak

* Kalau terung, ubi kentang & lobak merah tak ada pun tak apa sebenarnya

Cara memasak 

1. Potong bawang merah, bawang putih.
2. Potong dadu terung, ubi kentang,lobak merah. cuci & biarkan dulu
3. Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih,daun kari,,jintan manis, kulit kayu manis,bunga lawang sampai layu & naik bau.
3. Masukkan rempah kari & kacau. Kemudian tambah sedikit air & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan kacang dhal & tambah air biar masak sampai hancur/empuk
5. Kacang dhal dah empuk & hancur baru masukkan lobak merah & ubi kentang
6. Masukkan terung
7. Biar sehingga semua bahan masak baru masukkan biji sawi.
8. biar masak sekejab perasakan dengan garam atau boleh juga kalau nak masukkan sedikit kiub pati ayam.
9. Dah semua sebati tutup la api. Membazir gas je masak lama lama. hehehehe

Dah siap kuah kari dhal. Ada orang buat kuah dhal tak letak rempah kari. Pun boleh tak ada masalah. Tapi aku suka kari dhal.. Tak susah sebenarnya masak kuah dhal yang susah sebab lama nak tunggu kacang dhal empuk je. Jadi kalau nak cepat stanby ke dhal kacang hijau. Settle masalah rumahtangga katanya hehehehe.

Dah siap kuah kari dhal ni. Boleh la di makan dengan roti canai frozen. Feeling macam lepak kat mamak hahaha

Apapun semoga info ni membantu orang lain memerlukan & selamat mencuba resepi kuah kari dhal by lekatlekit ni. Pasti anda lebih di sayangi lepas ni. hehehehehe

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH. Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi.


Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. antaranya boleh juga di masak kari dengan ikan sardin tin ni.. Tak tau macam mana nak masak kari ikan sardin tin ni meh nak ajar...

Bahan bahan nak memasak kena tahu dulu.. Jadi semak je bahan yang di gunakan..

1. Ikan sardin tin (Tin besar ke kecik tu terpulang kepada jumlah orang nak makan)
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Bawang besar (boleh juga guna bawang merah)
4. Bawang putih
5. Halia
6. Daun kari
7. Jintan manis
8. Air asam jawa
9. Santan
10. Minyak masak
11. Garam

Cara memasak

1. Asingkan ikan sardin dari sos. Atau buang je kuah sos dia sebab memang tak di gunakan.
2. Bancuh rempah kari dengan air jadi macam pes
3. Potong bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia
4. Panaskan minyak masak
5. Tumiskan bawang besar @ bawang merah,bawang putih,halia, daun kari & jintan manis sehingga naik bau
6. Masukkan serbuk rempah kari yang dah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan santan
8. Masukkan air asam jawa
9. Masukkan ikan sardin & masak sekejab, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Dah siap menu istimewa yang mudah dengan menggunakan ikan sardin dalam tin. Sapa kata ikan sardin tin tak boleh buat menu2 sedap. Boleh je bergantung pada kreativiti sendiri la. Nak buat masak lemak pun boleh ok! Cuma ikan tu perlu masuk paling akhir sebab ikan sardin tin ni tak perlu & tak boleh masak lama2 nanti hancur berkecai sehancur hatimu di tinggalkan kekasih hati katanya. hahahaha...

Kari ikan sardin tin air tangan lekatlekit katanya

Menu ni pun sesuai untuk makhluk2 di rumah bujang. Almaklum la antara menu2 rumah bujang ni sardin tin & telur dadar kan. Jadi kalau jemu masak sardin dengan sos dia tu boleh try masak kari. Manatau time jamu kawan2 makan kari sardin tetiba jodoh sampai kerana kari sardin tu sapa tahu. hahahaha.. Apapun selamat mencuba

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL

RESEPI KARI TELUR SAMBIL MEMBEBEL. Almaklum la bila masuk zon mak mak ni kan.. Salah satu perangai tipikal adalah membebel. Normally aku sorang2 kat rumah memang tak berbunyi la suara.. Tetiba hari ni ada tetamu nun dari kedah sana mai sini.. Alah, adik aku ja. Mai sini atas urusan kerja dia.. So, awal sikit la hari ni dapur berasap. Sebab ada tetamu kan.. Jadi bila ada regu nak berbual tu tak berhenti pulak mulut aku ni bercerita tu ni...  Sambil membebel tu sambil la memasak. Tetiba siap jer kari telur katanya... Tu yang di namakan kari telur sambil membebel. hahahaha. Memang tajuk menu tu drama sangat. Tu memang style aku.. Orang yang tiru tu.. dia klon hahaha.


Mesti ada muncung2 mulut.. jejauh tetamu datang kau jamu telur je jah. Pepagi tadi dah turun kekedai.. Bahan mentah belum sampai kekedai.. Tu yang cuma mampu masak kari telur je. Takpe.. adik aku bab makan tak demand. Asalkan ada makan sudah.. Makan sekadar alasan perut sebab dia nak keluar shopping. Jadi terlanjur memasak awal pagi hari ni boleh la share resepi kat blog...

Antara bahan bahan untuk memasak kari telur ni

1. Telur Ayam (aku guna 5 biji)
2. Rempah kari ikan & daging. (aku mix sebab rasa lebih sedap di tekak aku)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. ubi kentang
7. daun kari
8. bunga lawang
9. Kulit kayu manis
10. Buah pelaga
11. Santan
12. garam
13. Minyak masak

Cara memasak

Langkah pertama

1. Rebus telur sehingga masak. Angkat & kupas kulit
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia
3. bancuh rempah kari (ikan&daging) sampai jadi macam pes
4. Kupas ubi kentang, cuci & potong 4.

Langkah kedua

1. Hiris bawang.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang, bunga lawang, kulit kayu manis, daun kari & buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah yang telah di bancuh & masak sehingga pecah minyak
4. Masukkan bahah kisar & masak sehingga naik bau.
5. Masukkan ubi kentang, telur yang dah di rebus tadi & masak sekejab.
6. Masukkan santan mengikut berapa lemak yang korang rasa nak. Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air
7. Masak sehingga ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa & tutup api.

Dah masak jemput la tetamu makan. Sebab tetamu aku ni tetamu yang buat macam rumah sendiri.. So tak payah susah nak layan sangat. Dia pandai cedok sendiri. hahahaha. Senang kerja ahkak hang ni katanya. hahahaha

Siap letak dalam "Tapauware" (bukan Tupperware) katanya sebab nak di terbangkan sikit untuk mak mertua

Moral of the story.. Kalau tak tau nak masak apa hari Jumaat ni.. Boleh la cuba masak kari telur. Sekali sekala makan pun sodap katanya hahahaha

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT. Maaf yer kalau ada yang mula mengerut dahi baca tajuk entri tu.. Lepas tu cuba membayangkan macam mana rupa sup kaki yang yang melekat lekit.. Pekat macam tepung kanji ke.. Ke pekat macam mushroom soup? Kesian kat hangpa kan.. Sampai jadi satu masalah punya fikir macam mana sup kaki ayam yang melekat lekit..


Ni tak payah fikir banyak sangat la.. Aku memang drama queen.. so tajuk entri aku memang penuh drama. Melekat lekit tu macam tagline aku jer.. Yang betulnya nak share resepi sup kaki ayam style aku ja kan.. Mungkin tak sama dengan cara korang masak.. Mungkin cara aku masak lebih sedap ke kan.. hikhikhik..

Di sebabkan sejak semalam hidung dah bagi signal akan kedatangan selsema so hari ni harus la masak.. masakan berkhasiat supaya demam selsema ni tak berpanjangan. Maka hari ni ke dapur sekangkang kera cik minat gebu katanya memasak sup kaki ayam. Pun macam tu sebab laki aku tak makan kaki ayam ni..  Aku campur jugak la dengan isi ayam

Nak masak jenis sup2 ni bukan susah bebenor... Sonang jo Milah Ooi..  Rebus2 jo kekdahnyo. Tapi kalau yang tak reti tetap la susah bagi mereka maka meh la kita tengok apa bahan - bahan & cara nak memasaknya..

Bahan Bahan

Kaki/Ayam
Ubi kentang/ lobak merah (yang ni tak wajib)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Buah pelaga
Daun sup
Rempah sup (yang ni pun tak wajib)
Minyak masak
Garam (sebagai Perasa)

Bahan kisar

Bawang besar
bawang putih
Halia
bunga lawang
Jintan manis

Bahan tumis

Bawang yang dah di hiris
Sedikit halia di ketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang

Cara memasak

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis tadi. Goreng sekejab sehingga layu
2. Masukkan serbuk rempah sup & kacau. Biar sekejab sampai naik bau
3. Masukkan bahan kisar. Biar dia masak sekejab.
4. Masukkan kaki ayam/isi ayam.. masak sekejab biar dia sebati dengan bahan2 rempah tadi.
5. Tambah air biar sup tadi mereneh.
6. Masukkan kentang/lobak merah
7. Masak sehingga ayam empuk & kentang/lobak merah lembut.
8. Ambil batang daun sup potong & masukkan ke dalam sup. Biar dia mereneh sekejab lagi
9. Masukkan garam secukup rasa
10. Dah masak tutup api hidangkan bersama hirisan daun sup.

Boleh jugak kalau nak guna daging atau nak masak bihun sup boleh juga guna cara yang sama cuma nak lebih sedap bihun sup tu cuma tambah sup bunjut jer.

 
Nak dengar saya berceloteh pasal sup ceker ayam meh la dengar kat vblog cheq ni. Jangan lupa subcribe channel Surialekatlekitgurl tau

Senang kan nak masak sup kaki ayam versi lekat lekit ni? Jadi musim2 hujan sejuk beku ni kalau tak tau nak makan menu apa untuk panaskan badan boleh la cuba masak sup kaki ayam ni. Hirup panas panas.. Confirm mata hitam keatas.. tangan di bahu katanya. hahahaha

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA. Ni antara kuih yang tengah viral & In-trend sekarang. Masing2 sanggup berbaris berejam lamanya nak merasa kuih keria yang tengah viral alih2 bila service kurang memuaskan mula meroyan kat media sosial.. Nak makan kuih keria pun macam nak cari harta karun punya la susah..


Takpe kalau rasa susah sangat nak beli kuih keria.. Kita boleh cuba buat sendiri kat rumah.. Bukan susah pun. Yang susah tu sebenarnya sebab 'Malas'. Kalau rajin Insya Allah semua jadi mudah.. Gagal sekali tak bermakna untuk sekian kali akan gagal jugak. Biasa dalam mencuba sesuatu yang baru kadang2 kita takkan berjaya untuk kali pertama.. Kadang2 dua tiga kali buat baru mendapat hasil yang gempak.

Kuih keria.. Bagi orang yang tak pernah cuba buat mungkin dia membayangkan nak buat tu macam susah. Sebenarnya tak adalah susah mana pun.. Kalau tengok dari resepi kuih keria gula melaka memang simple sangat step nak membuatnya.. Lagi mudah sebab dia tunjuk tutorial dengan video. Kalau bagi resepi bertulis kadang2 orang yang tak pernah masuk dapur ni akan tertanya tanya jugak la.. macam mana nak adun ni.. nak gentel.. nak bla.. bla.. dot com. Jadi dengan adanya tutuorial melalui video memudahkan anda untuk mencuba buat sendiri di rumah. Jadi kalau korang nak tengok video & resepi kuih keria gula melaka boleh tengok kat sini >> VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka <<

Tapi sebab ada yang mungkin tak memerlukan tutorial dari video takpe aku bagi jugak resepi secara bertulis kat sini..

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!

Senang kan nak buat kuih keria gula melaka ni. Pada penggemar kuih keria boleh la cuba buat. Elok sangat la kan hari ni hari minggu hehehehe.

Moral of the story.. Kalau rajin merasa nikmat sedap.. kalau malas mereput la kat situ merasa nikmat dalam mimpi je. Tu pun kalau muncul dalam mimpi. hahahaha

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA. Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya.

Megi kari 

Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..

Antara bahan nak masak megi kari ni..

Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *

Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.

Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh


Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)

1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...

Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng.

Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!

Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe

RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP

RESEPI AYAM GORENG KICAP YANG MUDAH & SEDAP. Hari raya korban makan ayam goreng kicap je ke cik Akak Ooi.. Orang lain meriah dok up menu2 dari daging korban. Sup gear box la, sup turpedo, gulai kawah bagai.. Kau dok makan ayam goreng kicap je. Kesian...


Yer I makan Ayam goreng kicap je katanya. Suami I bukan jenis manusia pemakan daging tak kira daging lembu ke kambing ke harimau ke gajah ke hapa.. Dia cuma makan daging ayam tu pun bahagian dada jer. Jadi I takde la menu dari daging korban melainkan ada orang buat korban guna ayam. Tapi mustahil la kan.. Mana ada ibadah korban guna ayam.

Walaupun masih raya tapi kami makan biasa biasa je. Nak merendang rendang ayam suami ku pantang pedas. Kang aku masak aku sengsorang je hadap sampai muntah pulak. Sebab kat sini memang tak ada istilah raya. Raya bagi aku kalau aku balik kampung aku nun di kedah jer.. Jadi tak perlu beriya sangat nak memasak. Sebab tu la terhasilah menu ayam goreng kicap ni.

Ayam goreng kicap ni pun antara menu simple & senang nak membuatnya.. Tapi kalau makan confirm la bertambah tambah nasi tu. Jadi tak payah membebel sampai jadi bebal maka meh kita tengok apa bahan bahan nak membuat Ayam goreng kicap ni..

Ayam (di potong ikut size korang suka)
Garam
Kunyit
Bawang besar
Bawang Putih
Jintan manis
Kicap (suka hati nak guna kicap manis ke masin tapi aku guna kicap masin)
halia.
Serbuk rempah masak kicap mak siti (Kalau takde pun takpe tapi better ada lagi sedap)

Cara nak memasak
Mula2 gaulkan ayam yang dah siap di potong & di basuh dengan garam & kunyit kemudian goreng sampai garing atau masak ikut selera korang la.
Bila ayam dah siap goreng letak tepi dulu.
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar, bawang putih, halia & jintan manis sampai naik bau.
Lepas tu masukkan serbuk rempah masak kicap mak siti. Goreng biar naik bau sekejab.
Lepas semua bahan2 berbau harum semerbak baru masukkan kicap & ayam yang dah goreng tadi.
Gaul sebati ayam dengan bahan2 tadi kemudian masukkan bawang besar yang di potong bulat.
Dah siap di hidang...

Senang & sedap ayam goreng kicap

Susah ke? Kalau rasa ayam masak kicap ni susah sangat nak masak better kau makan kat kedai mamak je la. Tu bukan soal tak reti tapi kau memang pemalas. hahaha. Jadi selamat mencuba buat semua manusia2 yang baru nak belajar memasak.

RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN BERSAMA TERUNG

RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN BERSAMA TERUNG. Maaf la blog aku ni kalau share resepi takde sangat la yang western berkeju bagai. Almaklum la aku bukan reti sangat masak masakan mat saleh ni. Menu2 kampung ni reti la aku. Almaklum la orang kampung katanya. Membesar dengan makanan kampung jadi aku share pun menu2 kampung je lah yer..


Macam biasa la aku suka share resepi yang mudah, cepat di masak & sedap di makan. Bukan masak mee segera ok! Sebab ada yang terliur dengan menu aku yang ala kadar je maka aku berhak untuk berkongsi resepinya dengan orang lain. Masak asam ni memang kalau orang biasa buat kerja2 dapur ni antara menu yang orang kata campak2 jer... Tapi kalau yang jenis yang baru nak mengenal sudip, senduk, kuali bagai aku rasa cakap masak asam pun dia tak terbayang macam mana nak masak.

Jangan stress yer.. Nak masak menu simple ni bahan bahan dia pun simple & murah je. Antara bahan yang aku guna adalah..

Ikan Duri Masin (sebab dia lebih murah dari ikan talang kering hahaha)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Air Asam Jawa (Perah je asam jawa tu buat jus)
Cili Merah
Halia
Terung

Bahan Kisar
Bawang besar
Bawang Putih
Halia.

Cara nak memasak
Mula2 kisar bahan2 kisar tadi. Letak tepi dulu. Goreng ikan masin dah siap ketepi kan sekejab. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar. Masukkan serai yang dah di ketuk kepalanya sehingga pening. Hehhee... ketuk je. Kang pening pulak yang tak reti masak nak fikir macam mana nak ketuk serai sampai pening. Biar sampai naik bau. Masukkan air asam jawa. Biar mendidih baru masukkan terung yang telah di potong serong. Kemudian masukkan ikan masin yang dah di goreng tadi.. Masukkan bawang besar yang di potong bulat & cili merah yang di potong serong. Biar seminit dua tutup api & hidangkan.

Masak Asam Ikan Masin Bersama Terung

Dah siap Masak Asam ikan masin bersama terung katanya. Kalau tak suka terung tak payah letak pun takpe. Tapi kalau yang suka makan terung kalau letak memang lebih sedap rasanya. Makan bersama nasi panas, sambal belacan & ulam ulaman. Kat situ korang akan rasa betapa nikmat jadi orang melayu pemakan nasi. hehehe

CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE

CARA PALING MUDAH NAK BUAT PIZZA MEGI INDOMIE. Sapa kat sini hari minggu masih melukut dalam rumah tak pergi mana2. Aku sebab dua tiga minggu ni suami bekerja di hari minggu maka bersosial la aku kat media sosial sampai muka pun dah sama bentuk dengan skrin pc katanya hahaha. Selain layan anak.. layan jugak la resepi2 yang maybe nak di jadikan idea memasak katanya. Almaklum la surirumah.. sinonim la dengan kerja masak memasak.

Pizza Indomie

Selama aku dok dengar orang buat murtabak megi jer.. Tapi ni kali pertama dengar orang buat pizza megi. Megi indomie pulak tu. Sedia maklum megi indomie ni dari seberang so resepi ni pun di reka oleh teman kita di seberang sana. Tapi not bad... nampak sedap pulak.

Bahan bahan nak masak dia pun simple sangat. Cuma guna megi indomie,telur,sos pasta,keju,sosej,daging cincang & minyak masak je. Simple kan bahan nak buat dia. Kalau bahan dah simple sangat nak buat pun double simple jugak la. Korang boleh tengok resepi & video cara nak memasa Pizza indomi ni kat sini >> Video & Resepi Cara Masak Pizza Indomie Yang Sangat Mudah Senang Tapi Sedap <<

Apa tunggu lagi dari dok melukut depan skrin sampai muka jadi petak moh ler ke dapur kita memasak Pizza Indomie yang sedap lagi menyelerakan dari muka sendiri. hahahaha

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN. Bagi adik adik yang baru belajar memasak tu mungkin ingat ikan sardin dalam tin selain masak dengan sos yang ada dengan ikan sardin, buat sambal sardin atau guna sardin untuk buat sandwich dah tak boleh di pelbagaikan dengan menu lain dah. Tak payah tipikal sangat la menu ikan sardin tu. Sebenarnya ikan sardin ni tak kira apa brand sekalipun boleh di masak dengan pelbagai cara & menu cuma mungkin sebab tak pernah tahu jadi korang masak sardin macam biasa je.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ikan sardin ni sebenarnya boleh buat masak kari, masak lemak, asam pedas. Tu antara menu lauk menggunakan ikan sardin kalau hangpa nak tau! Selain menu lauk ikan sardin tin ni boleh di buat menu untuk minum petang. Menu makanan berkuah macam laksa sardin. Nak buat laksa sardin ni lebih senang berbanding buat kuah laksa guna ikan mentah. Kalau ikan mentah ni kita kena rebus.. asingkan isi & tulang lepas tu nak blender lagi. Tapi kalau guna ikan sardin tin ni just ambil ikan tu lenyekkan dengan sudu & masak kuah laksa tu macam biasa je. Kalau malas tu la cara paling senang buat kuah laksa.

Tadi kebetulan nak kemas peti ais.. ada la semangkuk ikan sardin yang dah masa tak habis makan. Rasanya dua hari lepas kot. Kalau dah nak panaskan makan dengan nasi mustahil la.. Dah takde selera nak telan. Nak buang sayang. Sebab benda tu masih elok. Tak basi atau rosak kat mana mana pun. Nak buat sandwich nampak banyak sangat ikan tu maka.. Terhasilah menu recycle laksa sardin. Walaupun kejadian laksa ni ala kadar je. Bahan pun apa yang ada dalam rumah jer sebab malas nak pergi kedai.. Ok la. Rasa kuah laksa tu still ada & boleh lagi hadap bermangkuk mangkuk katanya. Kalau boleh hadap lebih dari semangkuk tak azab sangat la rasanya walau guna ikan sardin recycle. hehehe

Ni laksa sardin ala kadar je. Timun pun takde. Guna apa yang ada dalam rumah jer. Ok la dari terbuang isi ikan sardin tu kan..
Cara nak masak kuah laksa sardin ni pun senang
Bahan bahan dia
Ikan sardin. Ambil ikan je sos dia tak payah. Kemudian lenyekkan sampai hancur
kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi. Agak cili dah masak masukkan ikan sardin
Tambah air. Kalau ada daun kesom masukkan. Kalau tak ada boleh je skip
Masukkan asam keping.
Masak sampai naik bau & masukkan garam secukup rasa. dah siap.

Senang kan? Yang lain2 tu rebus laksa kalau korang guna laksa kering. Bahan ulam ulaman dia timun, daun salad, bawang, cili pada (bagi yang suka pedas) & telur rebus. Yang tu ikut citarasa korang. Setengah rang suka makan laksa kosong je. Ulam ulaman dia skip.

Dari di buang makanan yang elok katanya.. Transformasi kan je la jadi menu yang kita jadi berselera nak makan. Aku minggu ni memang tak selera nak makan nasi jadi sedang elok sangat la masak benda benda macam ni. Esok hari minggu maka bercuti la dapur lekatlekit ku itu. Makan kat luar je... Nak makan kat luar kena jugak tahu kat mana tempat2 makan yang best.

Mungkin sebelum ni korang tak terfikir nak jadikan ikan sardin yang dah korang masak sebagai kuah laksa jadi dengan entri ni moga menjadi inspirasi kepada korang di samping menjadikan kita seorang yang tidak membazir. Rakyat Malaysia antara manusia yang paling banyak buang makanan. So, sila jangan jadi sebahagian dari spesis tu,ok! Kurang populasi spesis suka membazir & tingkatkan kreativiti untuk menghasilkan menu recycle yang sedap.

Moral of the story.. membazir amalam syaiton. Jadi jangan geng dengan syaiton.

VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM

VIDEO & RESEPI CARA MEMASAK RENDANG AYAM. Tinggal lebih kurang 2 hari lagi je kita nak berpuasa. Hari ni pun dah 28 Ramadan. Ramai yang sampai kampung halaman masing masing kecuali aku jer.. masih setia menghadap kota metropolitan ni. Biasa la.. setiap tahun pun memang kami balik kampung last minute. Tak kisah la janji balik kampung ye dak.


Bila dah nak dekat raya ni mesti anak anak dara yang tahun ni mungkin bakal suami & bakal mertua nak datang rumah baru kelam kabut nak belajar masak katanya. Hari raya kat Malaysia antara menu wajib yang mesti ada adalah rendang. Sebab rendang ni di makan bersama ketupat, lemang atau nasi himpit. Rumah aku pun wajib ada rendang ayam jugak. Tahun lepas aku tolong masak tahun ni kalau sempat aku masak la. Almaklum la sejak jadi bini & mak orang ni bertapa kat dapur je kerja aku so reti la masak makanan berat tu sikit sikit.

Tapi bagi yang tak reti & baru nak belajar masak ni mungkin rasa susah sikit kalau hanya berpandukan resepi. Lagi bagus & mudah kalau ada tutorial dengan video sekali. Jangan risau sekarang ni memang ada tutorial memasak dengan video. Kalau korang nak tengok boleh tengok kat sini >> Video & resepi cara masak Rendang Ayam Paling Sedap <<

Sebenarnya masak rendang ni bukan susah sangat pun. Semua main kisar kemudian masak jer sebenarnya. Cuma kalau tak tahu memang rasa macam susah. Tapi kalau dah tahu sambil pejam mata pun boleh masak. 

Apapun di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin buat semua pembaca blog lekatlekit.com

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT. Aku memang suka share resepi mudah & simple sebabnya aku target budak2 yang baru reti masuk dapur nak belajar masak. Nak belajar masak menu berat2 sila ke blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan yer.. Dia kategori chef blogger. Aku ni cuma blogger rojak yang ikut suka aku jer nak share apapun.


Jadi di bulan ramadan yang mulia ni.. Mungkin ada anak anak dara & teruna yang baru mendapat hidayah nak pegang senduk, sudip bagai.. Mesti nak test menu menu simple macam masak kicap ni. Jangan pandang hujung mata ok menu2 simple macam ni. Sedap mengalahkan makan kat hotel 5 stars katanya. Tapi kena tahu macam mana nak menyedapkan menu simple macam sotong masak kicap ni.

Tanpa membebel bebal panjang lebar jom la kita ke dapur lekatlekit. Sebelum nak panaskan kuali kena la tau bahan bahan nak masak dulu. Kang kuali dah panas bahan2 baru nak google memang ada yang kena lempang dengan senduk jugak. Bahan bahan untuk masak sotong masak kicap ni..

Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
kicap masin
sos tiram
sos tomato

Bahan kisar
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 ulas
halia

Kisar bahan bahan tadi. Lepas dah kisar. Panaskan minyak & masukkan bunga lawang & kulit kayu manis. Lepas tu simbah je bahan kisar tadi dalam minyak panas. Masak sampai naik bau sikit.. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Biar sebati sekejab masukkan sotong yang telah di cuci & di potong. Masak sehingga air sotong tu kering sikit supaya kuah tidak terlalu cair. Yang sedang sedang sahaja. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar yang di potong bulat. Kalau suka cili masukkan hirisan cili merah. Masak sekejab kemudian boleh hidang.

Macam ni la rupa sotong masak kicap lekat lekit. Hitam pekat melekat katanya.

Tu dia punya simple. budak 8 tahun pun boleh masak katanya inikan kalau dah 18 tahun ke atas. Maaflah kalau entri ni di baca ketika di waktu tengahari di bulan ramadan yang mulia ni. Mungkin buat korang telan air liur yang tak berapa ada tu. Bukan niat nak gugat keimanan korang menahan lapar & dahaga sekadar berkongsi resepi mudah jer. Anggaplah dugaan di bulan ramadan.

Moral of the story.. Pada adik2 yang baru belajar masak tu selamat mencuba resepi mudah sotong masak kicap lekatlekit ni. Jangan trauma nak masak setakat terkena percikan minyak panas sesungguhnya perkara biasa bagi orang yang rajin memasak macam aku. hehehe

RESEPI IKAN GORENG KARI YANG PEKAT MELEKAT

RESEPI IKAN GORENG KARI YANG PEKAT MELEKAT. Tak lama lagi dah nak masuk ramadan. Bila dah masuk bulan ramadan maka wajib la kita berpuasa bagi yang berkemampuan. Yer yer.. yang ada saka gastrik tu tiba ramadan je saka gastrik dia tetiba akan menyerang jadi memang setiap tahun dia akan skip puasa. Bulan tak puasa takde pulak gastrik. Nak buat macam mana dia gastrik bila ramadan ni. Mungkin sakit keturunan kot. Kita berbaik sangka. hahahaha


Bulan ramadan ni bagi sesetengah orang bulan meriah dengan makanan tapi bagi aku takde lah macam tu. Makan still macam biasa cuma beza waktu makan jer. Jadi aku prefer masak kat rumah macam biasa jugak. Menu pun macam biasa je cuma sahur tu kalau boleh nak cari yang simple2 je la. Almaklum la makan awal pagi ni.. Walau simple nak kena menu yang membuka selera. Salah satu lauk yang boleh buka selera awal pagi masa sahur Ikan goreng kari. Tak pernah dengar menu ikan goreng kari? Takpe sekarang dah tahu kan.. Jadi meh aku bagitau cara2 nak memasak pulak..

Mula2 kena tahu bahan bahan dia dulu..

Ikan goreng. Suka hati nak nak guna ikan spesis apapun.Kalau ada ikan goreng lebih semalam lagi bagus. Senang kerja. Sebab aku pun guna ikan lebihan semalam jugak. Yelah nak makan ikan goreng semalam dah lemau mana sedap. So inilah masa melakukan transformasi menyedapkan kembali ikan tu.

bahan bahan nak buat kuah dia..

Serbuk kari
Serbuk cili
Daun kari
jintan manis
bawang merah
bawang putih
halia
asam jawa

Mula2 hiris bawang putih, bawang merah, halia. Bancuh serbuk kari & serbuk cili jadikan macam pes. perah air asam jawa.

Kemudian panaskan minyak tumiskan bahan hirisan tadi bersama daun kari & jintan manis sekali. Dah naik bau masukkan bancuhan rempah kari & serbuk cili. Masak sampai pecah minyak. Masukkan air asal jawa. Agak pekat kuah dia masukkan ikan goreng. Masak sekejab & tambah garam secukup rasa kemudian hidang je.

Inilah rupa menu ikan goreng kari secara jelas. So kalau korang nak masak boleh la agak macam mana nak masak sampai pekat. Memang pekat melekat ok kuah kari dia. hehehe

Ikan goreng kari ni memang kuah dia pekat ok. Tak macam masak kari biasa. Sebab guna ikan goreng tak sesuai nak masak kuah cair2 ni. Yang penting lebih mudah & cepat di masak.

Senang kan? Jadi boleh la korang yang jenis penggemar tegar kari tu mesti cuba resepi ni. Almaklum orang obses dengan kari ni ada ada tabiat luar biasa berkaitan dengan kari. Jadi dia kena makan kari jugak hari hari. Kalau tak makan maybe boleh jadi kemurungan. So, elok jugak di pelbagaikan menu berasaskan kari ni supaya anda tidak di label makan menu yang sama hari2. hehehehe.

Jadi jangan malas malas masuk dapur yer kalau teringin nak makan ikan goreng kari ni sebab kat luar susah nak dapat menu ni. Sebab menu ni kategori aku mereka cipta sendiri jer. Tak tau la sebelum ni dah ada orang buat, maybe kebetulan sama la kot. hahahaha

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL

YANG SUKA MAKAN KETAM CEPAT TENGOK SEBELUM MENYESAL. Suami aku antara manusia yang suka makan ketam. Aku ni bukan kata tak makan ketam cuma kurang minat sebab haiwan bercengkerang & kulit keras macam ketam memang aku tak suka sangat makan. Aku menyampah nak kopek kulit dia. Jenis2 haiwan laut macam ketam ni kalau makan dengan nasi memang buat sakit hati je. Walaupun aku masih boleh terima rasa isi ketam kadang2 sebab tak suka bersusah payah masa nak makan, aku skip je ketam walau ada depan mata.

Ketam

Bagi aku isi ketam ni takde la tersedap sangat di tekak aku sebab tu aku tak kisah sangat kalau tak makan ketam. Selalunya aku masak je ketam untuk asben aku tapi aku cuma makan kuah ketam je. Kalau tengok asben aku makan ketam.. dia punya selera terus ke high level tu. Penuh perasaan mengadap ketam. Makan ketam ni memang akan buat korang tak sempat nak toleh kiri kanan dah. Mana tak nya nak menikmati isi dia bukan main susah lagi. Jadi kebanyakkan orang kalau makan ketam memang tumpuan dia hanya pada ketam.

Aku kalau tengok menu ketam ni memang tak menitik air liur pun tapi kalau orang yang memang suka makan ketam macam asben aku tengok ketam kat pasar pun dia dah telan air liur. Masak je ketam terus makan je takde nak tunggu2 dah. Jadi sebagai seorang yang tidak gemarkan ketam sangat ni maka aku tak heran sangat la pasal ni >> Penggemar Ketam Kalau terlepas Pandang Benda Ni Confirm Korang Menyesal Punya. Jadi Meh tengok Cepat <

Jadi penggemar ketam lepas tengok artikel terpulang la pada korang nak makan ke tidak ketam tu. Buat la pilihan bijak.. Aku cuma menyampaikan je. Selebihnya keputusan di tangan korang sendiri. hehehe

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA

RESEPI LAKSA LEMAK @ LAKSAM VERSI ORANG UTARA. Tu dia bila orang utara masak masakan orang pantai timur. Kot mana pun dia nak bagi rasa utara tu ada jugak katanya. Almaklum la kita kan satu Malaysia.. Selera tekak bukan semua sama kan. Jadi resepi ni kalau nak derhaka sikit2 tak masuk neraka. So, tak payah takut sangat la nak derhaka apa2 resepi ikut selera sendiri. Yang nak hadap nanti kita jugak. Jadi elok la kita masa ikut citarasa sendiri.


Tak tahu la sejak bila.. Tapi aku perasan setahun dua ni laki aku macam suka makan laksam. Selalu dia beli. Nak2 lagi sekarang dia memang pantang makan pedas. Bila aku buat laksa utara dia macam teringin je. Walau aku cuba kurangkan pedas tapi sebab masukkan cili jugak dia macam tak confident nak makan. Jadi sebagai isteri contoh yang baik budi pekerti katanya.. Aku gigih jugak try masak laksa lemak @ laksam ni buat pertama kalinya. Satu sebab laki aku suka makan kedua sebab kuah dia tak masuk cili. Harus la kena belajar kalau dah suami kita suka makan. Suami aku bukan orang kelantan.. Tapi masakan kelantan nan satu ni dia suka pulak.

Rupanya nak masak laksa lemak @ laksam ni takde la sampai kena hentak2 kepala dengan lesung batu. Senang je.. Mula2 nak masak tu risau jugak takut tak jadi ke hapa. Almaklum la.. kita biasa makan laksa utara tak campur santan. Kang tersilap sukatan rasa jadi pelik ke hapa tak ke membazir namanya. Tapi alhamdulillah.. menjadi jugak la laksa lemak @ laksam ni. Bahan2 dia pun tak jauh beza dari nak masak laksa utara cuma kuah dia guna isi ikan je. Laksa utara ni.. guna air tulang ikan yang di blend. Tu nampak gelap sikit. Jadi marilah Kita tengok apa bahan2 yang di perlukan untuk masak sebelum entri ni jadi lebih panjang lagi...

Bahan bahan nak buat kuah
Ikan (aku guna ikan sardin 5 ekor sebab aku masak untuk 2 orang makan je)
Bawang besar sebiji (resepi asal guna bawang merah. Sebab stok bawang merah tak ada belasah je la janji bawang)
Bawang putih 2 ulas
Halia
Asam keping
Serai
Serbuk lada hitam

Macam biasa ikan rebus..  asingkan isi dia. kemudian blend (kisar) isi ikan
Bawang besar, bawang putih,halia pun blend jugak.
Dah blend semua masukkan dalam periuk.
Masukkan santan. Ikut suka korang nak lemak macam mana. Aku memang lemak2 sangat aku mual. Rasa lemak sikit2 pun dah cukup. Sikit pun jangan sampai tak rasa lemak langsung pulak.
Masukkan asam keping.
Serbuk lada hitam sikit.
Ketuk serai, campak je dalam periuk tu tak payah belai belai sangat.
Biar la dia rebus kat situ sampai masak.
Jangan lupa letak garam. Aku tak suka manis so aku skip gula. Orang kelantan memang akan masukkan gula.

Untuk bahan ulam ulaman dia
kacang panjang
Timun
Bawang besar
Kobis
Bunga kantan

Yang tu semua korang potong je. Potong ulam ulaman tu pun kena ajar ke? pandai2 sendiri la. Asal muat masuk mulut korang ok la tu hahaha.

Bahan untuk buat cili
Cili padi
Cuka makan
Belacan
garam
Gula

Semua tu blend jer. Ada orang tak letak belacan tapi aku letak. dah nama pun resepi derhaka kan. Memang derhaka la cara membuatnya. Hahaha.

Dah siap semua rebus je laksa. Laksa aku guna laksa beras. Sebab aku google resepi katanya boleh guna laksa beras kalau malas nak buat mee laksam dia tu. Almaklum la tak berapa rajin nak membuat. Semua nak instant je. Hahahah

Dah siap semua.. humban semua perkara tadi dalam satu mangkuk. Makan la sampai tergolek. Op's.. tu amalan syaiton. Makan & berhenti sebelum kenyang katanya. Jangan gelojoh 1 hari ada 24 jam korang boleh repeat makan sampai kering periuk. hahahaha

Ulam ulaman tu sepatutnya ada daun kesom tapi tak ada pulak nak beli tadi. Jadi kira cincai je. Apa yang ada sudah. Pun macam tu setakat ni dah 3 mangkuk kot aku bedal. Sedap sangat katanya air tangan sendiri. hahahaha

Maka siaplah laksa lemak @ laksam versi orang utara. Orang kelantan jangan marah noh.. Orang utara masak memang lagu ni katanya. Almaklum la.. kita tak suka manis2 takut kudung kaki. hahahaha

Laksa lemak ni bagi aku lebih senang nak masak dari laksa utara. Cepat pun cepat. Puas hati boleh makan. Almaklum la masak sendiri di rumah senang nak buat ikut citarasa sendiri.. Kalau kat luar ni aku jarang nak makan makanan macam ni sangat.

Moral of the story.. kalau rajin ni semua benda jadi senang nak buat ye dak? Kalau malas goreng telur mata pun rasa macam susah sangat tau. hahaha

AWAS! KALAU BELI PETAI YANG DAH SIAP KOPEK INI PERLU ANDA BUAT

AWAS! KALAU BELI PETAI YANG DAH SIAP KOPEK INI PERLU ANDA BUAT. Petai adalah makan kegemaran ramai rakyat Malaysia walaupun masih ada segelintir yang tak makan petai. Mungkin tak kena dengan taste kot. Adik beradik aku kat kampung sana pun ramai tak makan petai. Jangan kata petai.. durian pun tak makan. Malah banyak ulam2 kampung ni memang depa tak makan walau lahir & besar kat kampung. Apa ingat asal orang kampung je mesti makan semua tu ke? Adik & kakak aku ni tak tau la.. ada tekak western.. ada tekak cina.. ada tekak india. hahaha

Sumber gambar carian google

Aku suka makan petai.. tapi orang kedah punya style makan petai ni sekali dengan kulit. Tapi orang key el ni makan petai semua siap kopek. Kulit depa buang licin. Nak2 lagi jual kat pasaraya ni. Aku ni bukan kata high class sangat asyik beli barang basah kat supermarket je tapi tu je selalu sempat. Jadi kalau teringin nak makan petai.. terpaksa jugak hadap petai yang dah siap kopek ni. Tapi beli petai yang dah siap kopek ni kena hati2 tau. Bahaya balik cuci terus masak macam tu je. Almaklum la dah siap kopek katanya. Kalau beli yang fresh dengan kulit2 pun tetap tak selamat jugak ok! Sebab benda tu berasal dari petai atas pokok lagi.

Tapi memandangkan aku orang kedah aku memang rasa pelik nak masak petai sebiji2 macam tu. Yelah... Orang kedah masak petai selalunya kita hiris kecik2 sekali dengan kulit kan. Nak2 sambal petai tu. So bila dah biasa makan petai di hiris nipis.. walaupun beli dalam pack yang dah siap kopek aku tetap la balik rumah aku potong @ belah dua jugak. Rupanya ada hikmah di sebalik kerajinan aku ni. Banyak dah aku jumpa dalam petai tu ada ulat. Ulat tu hidup pulak tu. Memang nasib baik la aku tak pernah masak petai yang dah siap kopek tanpa potong dulu. Kalau tak termakan extra lauk la dalam tu... hehehe

Petai Goreng cili api bersama ikan bilis namanya.

Bukan sebiji dua la petai yang ada ulat ni dalam sebungkus petai yang di jual kat supermarket. Banyak jugak yang berpenghuni misteri dalam tu. Harap lepas hangpa baca entri ni.. amalkan masak petai kedah style ok! Tak potong kecik2 pun at least belah dua. Tak boleh bayang korang kunyah2 ulat.. hahahahaha

Nak makan apa benda pun walau terjamin halal macam petai ni.. tapi kalau termakan makhluk yang berumahtangga dalam petai tu tetap kita rasa nak muntah ye dak.. Inikan nak makan apa2 haiwan di luar negara yang bukan Islam.. Walaupun haiwan yang tak buat kita muntah tapi kena jugak check status kehalalannya. Yang haram tak semestinya babi je kan.. Jadi kalau nak korea nak tahu musim apa paling senang korang nak dapat makanan best yang tak berapa meragukan meh tengok kat sini >> Inilah Musim Paling Sesuai Melawat Korea << Pastikan korang pergi korea musim ni ok! senang nak cari makanan yang fresh.

Moral of the story.. Nak makan apapun pastikan bersih, halal & bebas ulat hahahaha...

KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI

KERJA RUMAH BUKAN TANGGUNGJAWAB SUAMI CUMA PROVOKASI. Bila orang masih mood bulan madu budget berlagak pandai macam dia ada pengalaman berkahwin dah berpuluh tahun bagi pendapat maka yang kedengaran memang agak menyakitkan hati la bagi mereka2 yang dah berkahwin berpuluh tahun & beranak pinak berderet2 macam gerabak keretapi. Begitulah yang berlaku kepada seorang manusia berwajah cantik ni. Aku pun tak kenal tapi orang kata dia ada di kenali di media sosial. Menurut kengkawan online katanya baru kawen...


Muka cantik, akal cetek pun kadang2 nampak tak ada fungsi jugak. Yang aku tahu tanggungjawab membuat kerja2 rumah macam masak,cuci baju, kemas rumah asalnya menjadi tanggungjawab seorang suami. Sebab dalam Islam pun dah ajar menyediakan tempat tinggal, makan minum & pakaian adalah tugas & tanggungjawab seorang suami. Ia termasuk la.. memasak, mengemas rumah & cuci pakaian. Ada pulak setazah moden kata ia cuma provakasi.. Mungkin dia salah faham.. amalan turun temurun yang selama ni kita warisi tok nenek kita dulu kala cuma sekadar meringankan tugas suami. Bukan tanggungjawab hakiki seorang isteri. Kesian kan.. asalnya budak pandai tapi sebab confident terlebih terus nampak bodoh.


Katanya.. Rasa bersalah tengok laki pegang penyapu. Kau mood honeymoon lagi boleh la kau rasa semua benda kau boleh settle sendiri. Kau rasa setakat kerja menyapu tu small matter. Tunggu kau beranak pinak dulu dik Ooi.. Masa tu takut2 makan minum laki kau pun bibik yang buat kot. Yelah.. kau pun nampak macam orang kaya kan? Mesti dah ramai anak nanti kau pasang bibik. Masa tu baru kau tahu apa rasa bila sekali sekala laki kau pegang penyapu. Samada kau still rasa bersalah atau kau rasa bersyukur yang amat sangat.

Tunggu kau kat Fasa ni dulu cik atenn Ooi.. baru kau cakap rasa bersalah ke tidak tengok laki kau pegang penyapu.

Tak payah nak sebarkan fakta sesat sangat la dik.. Bukan soal ego ke hapa. Aku pun kat rumah kerja rumahtangga ni memang aku yang buat. Tak tunggu laki balik kerja nak buat semua sebab aku pun ada perikemanusiaan. Tapi takde la sampai nak cakap guna hukum akal sendiri. Dah memang itu termaktub sebagai tanggungjawab seorang suami.. kau nak labelkan dia provokasi dah kenapa. Betul la kita sebagai bini jangan jadi pemalas sangat. Kalau kau cakap jangan gunakan alasan kerja rumah tu tanggungjawab suami sebagai alasan 24 jam kau terkangkang online FB jer sampai rumah pun dah macam rumah tinggal aku accept la jugak. Ni macam kau nak cakap kalau suami pegang penyapu pun mengambarkan betapa berdosanya seorang isteri tu. memang pun suami kena tolong isteri meringankan kerja2 rumahtangga sebab sepatutnya tu tanggungjawab mereka tapi sebab belas ihsan & kasih sayang seorang isteri mereka rela ambil tugas tu. Tak pernah aku dengar satu dosa isteri tak buat kerja rumahtangga.. Yang berdosa kalau derhaka kat suami je.

Sumber e-fatwa (Portal Rasmi JAKIM) Sila baca yer Cik Atenn.. Maybe Cik Atenn tak tahu lagi sebelum ni
Kalau nak jadi supermom sangat tak payah nak buat status kurang bijak sebelum kau beranak pinak. Sekarang Tak payah nak cakap besar sangat rasa bersalah tengok laki pegang penyapu bagai. Kau lalui dulu rutin2 seorang isteri bergelar ibu.. Time tu baru kau cakap rasa bersalah ke tidak.

Apapun simpati aku kat minah ni.. Mula2 dia rasa macam seorang isteri muda yang paling bijak dah la masa tulis & post status ni alih2 penerimaan orang sangat menyedihkan sebab status kau ni memang macam minta kena tunjal dahi.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com