Showing posts with label juruwang. Show all posts

CASHIER SILAP SCAN HARGA,PAKSA PELANGGAN MEMBELI

Minggu ni weekend kami jadi hari isnin maka baru semalam la kami 3 beranak baru sempat beraktiviti mingguan bawak si kecik jenjalan area KL jer.. Bawak dia gi petrosains.. suka dia. Even mula2 macam dah mengantuk masuk je kat dalam, terus bagai di charge energy. Balik dari KLCC tu singgah la selayang. Macam perkara wajib pulak kan.. lepas Pergi selayang Mall... dan berlaku lah peristiwa ini...

Lepas jelajah selayang Mall & sembat rembat satu dvd seram Thailand.. Maka keluar la kami 3 beranak dari tempat berpuaka itu. Hahahaha.. Puaka untuk aku je sebenarnya. Sebelum ke parking sempat singgah kedai serbaneka depan selayang Mall tu. Ada barang nak cari.. Yelah kalau masuk motif satu barang, keluar dua tiga barang. Almaklum la tuntutan nafsu serakah katanya. Hahahahaha.. masa berbaris nak bayar ni datang satu akak tengah membebel kat cashier si gadis cantik manis ni.

Memang jelas la aku dengar bebelan akak ni.. Dia beli barang kat situ tapi budak cashier ni terlebih scan RM10 kot kalau tak silap jadi dia pun jadi terlebih bayar. Bila dah check ada yang terlebih bayar dia datang tuntut balik la. Yang si cashier mula2 memang taknak refund balik la dengan alasan dia dah scan.. kalau refund memang masalah kat dia.. tak tally la account depa nanti. Pi mai Pi mai dia yang kena ganti. Dia suruh akak tu beli apa2 barang yang harga RM10 jugak. dia kata nak tak nak akak tu kena jugak buat camtu sebab dia tak boleh refund.

Akak tu bebel la.. mana boleh. Salah dia bukan salah akak tu dia yang kena bertanggungjawab kenapa akak tu pulak yang nak kena tanggung. Bila customer ramai.. dia jadi segan kot, dia cakap dengan akak tu cara tak puas hati dia nak ganti kejab lagi. Dia sound balik akak tu hal kecik pun katanya bising2.. Akak tu bidas dia.. hak dia, dia kena pertahankan, Budak tu jawab balik.. semua orang pun ada hak. Akak tu terus bebel2.. bla.. bla..

Aku yang dok dengar sampai cashier tu refund satu je aku nampak.. Budak tu dari awal langsung tak minta maaf. Tak tunjuk rasa bersalah. Dok suruh orang pulak betulkan salah dia buat. Macam mana akak tu nak simpati & ambil langkah bertimbang rasa pada dia kalau dia sendiri yang tunjuk kerek. Try minta maaf & cakap baik2 minta tolong akak tu beli apa2 barangan yang harga sama dengan barang tu,maybe dengan rayuan tu buat orang simpati. Ni tak, dok paksa akak tu beli lepas tu marah pulak akak tu membebel. Kau tak nak refund duit dia.. bebel la dia. Lepas ko refund senang je dia blah.

Sekadar hiasan. Sumber google

Moral of the story.. Kalau dah salah tu minta maaf jer la. Dok bising2 pun terang2 salah kau. RM1 pun duit orang kalau kau salah scan tetap kau kena ganti.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com