MISTERI BUKIT TOK KERAMAT
Bukit tok keramat.. dulu zaman aku budak budak agak menyeramkan la kalau nak pergi kat situ. Yelah.. di momokkan dengan cerita2 mistik, misteri & seram berkaitan bukit tu. Almaklum la budak.. Otak masih fresh mudah percaya dengan momokkan orang tua2 dengan kisah2 hantu.
Sekadar hiasan. Carian Google
Tapi pernah jugak dulu hiking kat lereng bukit tok keramat. Masa join aktiviti pengakap sekolah rendah dulu. Pengakap Uolls... kenit2 aku pun kemain pengakap katanya. Padahal sesi latihan pengakap mingguan jarang sangat aku nak pergi. Lencana orang bersusun aku ada la satu dua sebab banyak aktiviti aku tak join. Yelah.. aku ada aktiviti lagi best kat rumah dengan geng kampung aku. Kami pun selalu hiking kat satu bukit yang kami panggil bukit rohana. Sebab dekat dengan rumah seorang kawan bernama Rohana. hahahaha
Bukit tok keramat ni sekarang aku tak sure jadi apa.. Terletak kat kampung aku jer. Hujung kampung la. Dah lama tak menjenguk kesitu. Dulu pun bukan rajin sangat dok pi sana. Orang tua2 tak bagi pi. Katanya ada rimau.. banyak binatang berbisa. Almaklum hutan bukit bukau ni kan.. Yang misterinya sampai sekarang aku tak tau siapa Tok keramat tu & apa yang keramat nya bukit tu. Masih berkeramatlah lagi kah?? Dan siapa bagi nama bukit Tok Keramat??
Tapi tu la kawasan berbukit & hutan ni kalau orang yang minat aktiviti hiking (mendaki) memang sesuai la.. Alah takat mendaki bukit yang tak mencabar sangat tak thrill la kan?? Kalau korang nak mendaki bukit tok keramat ni jauh sangat. Kat kedah..
Moral of the story.. Sekarang ni tak susah nak mendaki tak payah cari bukit bukai bagai.. Banyak tempat tinggi boleh di daki. Macam rumah aku ni pun kalau lift rosak kena mendaki jugak. Mendaki tangga kejayaan katanya...