Showing posts with label saman fitnah. Show all posts

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR. Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan.. Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya. Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni. Putus asa? Belum lagi.. Selagi bernyawa selagi tu peluang sentiasa ada.

Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah.

Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung?

1. Saya adalah penerima sumbangan yang mewakili ramai pengguna & netizen yang nak saya terus fight & membela nasib mereka. Jadi mereka menyumbang untuk saya harap saya teruskan kes ni sampai habis. Itu tujuan mereka memberi sumbangan selain untuk meringankan beban yang saya tanggung.

2.  Semasa perbicaraan dah berlangsung.. Saya dah bayar berpuluh ribu kepada firma guaman yang mewakili saya. Adalah sangat tidak adil.. saya terima tawaran penyelesaian & mengaku bersalah sedangkan perbicaraan masih berlangsung ketika itu & belum terbukti saya bersalah. Kos saya keluarkan akan lebur & usaha saya selama ni akan jadi sia sia. Sumbangan yang saya terima dari pengguna & netizen juga jadi membazir. Sumbangan adalah amanah besar yang perlu saya pegang & gunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang saya minta.

3. Andai ada tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa saya tak mampu nak ambil lawyer & tiada bantuan dari mana2 pihak masa mula mula dulu.. Berbaloi saya terima. Waktu tu saya hampir hampir kalah tanpa perbicaraan & hampir hampir di mufliskan sebanyak RM3juta kerana tidak mampu mengambil peguam & hadir ke mahkamah atas faktor lokasi yang jauh dari tempat tinggal saya iatu di Kota bahru kelantan sedangkan saya di selangor.  Tapi waktu tu tiada tawaran penyelesaian pada saya. Tawaran hanya di beri selepas saya berjaya dapatkan lawyer yang sanggup mewakili saya yang pada waktu itu tiada kewangan yang cukup. Selepas dapat lawyer baru saya buat kutipan sumbangan.

Jadi.. saya teruskan juga walau di tawarkan penyelesaian luar mahkamah. Memikirkan yang saya bayar lawyer dengan duit sumbangan dari mereka yang mahu saya teruskan perbicaraan di mahkamah bukan nak saya tarik diri bila dah sampai peringkat perbicaraan. Jumlah bukan sedikit. Amanah mereka saya jaga & harapan mereka saya bawa sehingga selesai. Mereka tidak salahkan saya walau saya tak mampu menang secara keseluruhan tapi penulisan saya terhadap produk tersebut kebanyakkan berpandukan fakta yang sahih & benar. Saya dah buktikan di mahkamah. Itu sudah cukup bagi mereka. Saya dah membuktikan apa yang saya tulis bukan semuanya fitnah.

Saya tidak boleh menjelaskan apa2 sepanjang kes sedang berlangsung sebab saya terikat dengan injuksi iatu satu perintah mahkamah yang di failkan oleh pihak plantif menghalang saya update sebarang perkara melibatkan kes saman saya dengan mereka. Waktu tu untuk melawan & membatalkan injuksi terhadap saya.. saya tak cukup kewangan. Terpaksa saya terima & ikut sahaja injuksi. Semua orang tahu kekangan saya adalah masalah kewangan. Apa saja yang boleh menjimatkan kos waktu tu saya terpaksa akur & terima.

Istilah kalah.. Yer saya kalah 3 posting dari 11 Pertuduhan fitnah yang di failkan kepada saya. Secara jujur artikel & posting saya banyak menulis tentang produk tersebut bukan kebanyakkan menjurus kepada founder produk tersebut cuma penulisan saya tidak formal & lantang jadi ada ayat ayat sarcasm yang keras menyebabkan saya kalah di mahkamah. Lagi 8 artikel/posting saya berkaitan produk tersebut berjaya dalam pembelaan Justifikasi atau mudah faham saya memang secara majoriti (8 artikel) di mahkamah & kalah kepada 3 posting yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah.

Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163

Walaupun menang majoriti.. sebagai pihak yang di saman sememangnya pihak plantif (Yang menyaman) boleh memfailkan tuntutan gantirugi kepada saya terhadap 3 posting yang saya kalah tu. Cuma yang akan putuskan berapa perlu saya bayar adalah mahkamah.

Pada 20 febuari 2019.. mahkamah memberi peluang kepada pihak plantif untuk membuat tawaran penyelesaian tanpa melalui bicara tafsiran di mahkamah tapi pihak plantif menuntut jumlah pampasan seperti di dalam saman & atas nasihat peguam saya.. Perlu teruskan bicara tafsiran kerana tuntutan mereka memang tidak logik sama sekali.

Mahkamah menetapkan 20 march 2019 sebagai tarikh mula perbicaraan tafsiran tuntutan pampasan gantirugi. Untuk meneruskan bicara tafsiran ni memang saya perlu membayar kos guaman untuk terus di wakili peguam. Boleh rujuk Quotation di bawah



Saya memang tak mampu untuk sediakan kos sebanyak tu.. Jadi andai anda masih percaya & menyokong perjuangan saya bantulah saya melalui 2 cara ni..

Bagi menyediakan bayaran untuk menjalani bicara tafsiran.. Saya membuka peluang anda membantu dengan mengambil slot review di blog saya

Atau ingin menyumbang tak kira RM1, RM5 atau RM10 atau berapa sahaja bergantung pada keikhlasan anda.. boleh salurkan ke 


Maybank account

514392522914

Nursuria

Selain itu saya harap ramai terus share entri ni & posting di FB untuk misi mencari dana kedua saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman bicara tafsiran. Sekurang kurangnya sekarang (bulan ni march 2019) saya perlu bayar dulu RM2K untuk membolehkan saya meneruskan bicara tafsiran ni. Anggaran masa untuk bicara tafsiran ni antara 6 - 9 bulan untuk selesai.

Sebagai manusia saya cuma mampu berusaha selebihnya hanya doa & tawakal kepada Allah. Saya yakin perjalanannya dah tertulis & Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya walau mungkin yang terbaik itu sangat pahit pada awalnya. Saya mohon doa dari semua semoga di permudahkan segalanya.. Di turunkan bantuan yang maha hebat. Semoga saya dapat melahirkan cahaya mata kedua (lebih kurang 7 minggu lagi) dengan selamat & sihat walau masih di himpit dengan masalah berkaitan kes saman ni.

Terima kasih atas bantuan & sokongan semua. Sesungguhnya ia juga menjadi sumber kekuatan saya untuk teruskan usaha ni & terus memberi kesedaran pada orang awam tentang produk produk bahaya yang bersepah di jual secara online. Tiada apa yang perlu di kesalkan.. Cuma apa yang salah saya perbaiki & yang baik untuk kepentingan masyarakat saya teruskan. Kenapa takut untuk buat sesuatu yang memberi kebaikkan kepada orang lain??? Perjuangan & prinsip kita mungkin berbeza tapi setiap manusia ada amanah & tanggungjawab mereka.

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI. Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini.


Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu.

Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu..

Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blog lekatlekit kalau di ikutkan bukan level blog popular macam beautifulnara, OhBulan bagai tu.. Mana nak cari RM3 juta tu nak Ooi.. Mati hidup semula 10 kali pun belum tentu dapat. Income dari blog pun cukup2 untuk beli keperluan sendiri jer.. Bukan macam income blog beautifulnara atau OhBulan..

Risiko jika saya tak membela diri adalah.. saya akan berhutang RM3 juta selain di mufliskan.. Tapi kalau cuba membela diri menang atau kalah, Memang takkan dapat la tuntutan sebanyak 3 juta tu. Semua tu mahkamah yang akan tentukan mengikut apa yang selayaknya sahaja. Sebab tu la saya terpaksa mohon bantuan & sumbangan dari semua.. At least dapat bayar kos guaman sampai untuk permohonan tukar mahkamah yang berhampiran dengan saya pun dah OK.. Sekurang kurangnya dapat hadir & membela diri. Di wakili peguam atau tak.. At least datang mahkamah & di bicarakan dulu sebelum di jatuhi hukuman bersalah atau tak. Kalau saya tak hadir ke mahkamah.. risikonya saya akan di kenakan perintah ingkar & pihak menyaman akan menang tuntutan mereka termasuk gantirugi sebanyak RM3 juta tu tanpa perbicaraan.

Bagilah peluang saya yang tidak berkemampuan ini membela diri. Saman di Failkan di mahkamah nun jauh di sebuah negeri pantai timur. Nak ulang alik kesana memerlukan kos yang banyak di samping saya ni bukan la bekerja. Hanya surirumah & penulis blog. Nak2 lagi ada seorang anak Mild Autisme yang masih menjalani terapi & bersekolah. Benda tu menyukarkan saya untuk hadirkan diri ke mahkamah nun jauh di pantai timur.

Di sebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa memohon bantuan & sumbangan dari orang lain biarpun ada yang menyindir, menghina & bertepuk tangan dengan apa yang sedang berlaku pada diri saya tapi saya relakan & izinkan semua tu untuk sesiapa rasa nak bersorak gembira. Insya Allah.. Saya tak simpan dendam untuk anda.. Saya cuma nak cari penyelesaian & mencari bantuan.

Atau nak bantu dengan cara mengambil review di blog saya. Saya tidak mengenakan bayaran yang tinggi, Insya Allah walau saya memerlukan kewangan yang banyak sekarang ni. Jika berminat boleh whatsapp di 0172429610.

Saya terpaksa merayu bantuan dari orang lain atau kalau anda nak menganggap saya mengemis sumbangan pun saya tak kisah. Sememangnya saya benar benar memerlukan bantuan dari semua pihak, Tak kisah la sumbangan anda banyak atau sikit At least mampu membantu saya sampai ke stage boleh mohon tukar mahkamah. Moga jasa baik & keikhlasan semua membantu saya Allah membalas dengan seribu kebaikkan & rezeki yang melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering.

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG. Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak.


Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuatan dia. Mungkin dia tak tau kot mendedahkan data peribadi orang lain tanpa persetujuan juga boleh menjadi satu kesalahan.

Kisahnya.. dia datang minta aku review produk dia dengan bayaran. Seperti biasa... bila review produk & ada free produk untuk aku cuba mestilah aku bagi nama & alamat aku untuk proses penghantaran. Tak terdetik di hati aku benda tu adalah permulaan kepada musibah yang aku terima sekarang. Dari penampilan, rupa & imej yang di tonjolkan kat media sosial sememangnya siapa takkan sangka dia tergamak untuk aniaya orang lain. Sangat baik.. Tak pernah nampak post2 yang berunsur negatif di account media sosial dia. Memang jauh beza la dengan aku kan.. Tapi orang kata manusia memang tak boleh di nilai dari apa yang kita nampak dengan mata kasar. Yer! Itulah pengajaran yang aku dapat. Dah terbukti pun yang nampak gud gud macam malaikat kadang2 jelmaan syaiton nirrojim jugak. Tapi terbalik pulak yang lantang macam nak pecah speaker.. Tu pulak yang baik. Menghulurkan bantuan bila aku dalam kesempitan even tak pernah kenal sebelum ni. Yang tu nanti aku story...

Jadi berhati hati la buat blogger yang menulis & mengulas isu2 semasa, gosip artis, cerita artis, kisah viral bagai tu. Kadang2 kita menulis benda yang ada fakta & bukti namun ulasan kita mungkin boleh buat kita di dakwa. Saman sivil ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.. so tak perlu la bertepuk tangan sangat kalau orang lain kena. Saman sivil sapa2 pun boleh buat.. tuduhan berasas ke tidak tetap boleh di failkan. Itu yang aku belajar la dari lawyer2 yang pernah aku merujuk sebelum ni. Memang sesiapa sahaja berhak mengambil tindakkan undang undang kepada individu yang dia rasa bersalah pada dia cuma yang menentukan salah atau betul adalah bila proses perbicaraan di jalankan. Kita sedia maklum ia bergantung juga dengan kepakaran peguam yang ambil kes tu. Nak ambil peguam bukan pakai modal air liur jer.. Kalau takde duit bekepok kepok mimpi je la kan. Kalau takde peguam, Memang tawakal je la. Nak2 lagi yang kena saman orang yang tak berkemampuan. Dengar kos lawyer pun rasa macam kering air liur nak telan. Maka ber huhuhu je la.

Tapi awas pada orang yang dedahkan data peribadi orang lain tu macam nama, alamat, no ic,pasport bagai tu.. Adalah menjadi satu kesalahan undang undang jugak ok!

Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya - sumber DISINI -
P/S : Kalau anda rasa maklumat peribadi anda di dedahkan kepada orang lain tanpa persetujuan anda.. anda boleh membuat laporan polis.

Cuma satu je aku nak tanya pada orang yang aniaya & dedahkan data peribadi aku pada orang lain... Aku cuma aku nak tanya kat dia.. apa salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Apapun niat dia buat macam tu.. Tetap niat tidak menghalalkan cara. Pecah amanah dah satu kesalahan.. mendedahkan data peribadi orang lain dah jadi dua kesalahan. Serius.. Untuk maafkan sipolan tu.. memang tak terdetik langsung di hati aku. Biar la dia merangkak ke.. menjulur ke.. meniarap ke hapa cari aku kat padang masyar nanti. Nak2 lagi dia langsung tak pernah rasa bersalah atau datang minta maaf pada aku. Tapi tak tau la kan.. Manatau akan datang aku dapat petunjuk & hidayah.. Aku ikhlaskan semuanya.. boleh maafkan dia. Rezeki dia la tu.. Tapi buat masa ni, Mustahil la. Kecuali berlaku sesuatu.. Mungkin la aku boleh maafkan. hehehehe

Apapun buat semua blogger.. Apa yang berlaku kat aku ni jadikan la pengajaran. Tak salah kita nak menyebarkan apa2 fakta yang sahih untuk didedahkan pada orang lain, tapi menulis & mengulas secara selamat je. Better copy paste laporan akhbar je selamat hehehehe. Biarlah Allah jadikan aku sebagai peringatan pada orang lain. Allah pilih aku mungkin sebab bersesuaian dengan kemampuan aku memikulnya walau aku tak ada kemampuan dari sudut harta benda & duit berkepok kepok. Tapi mungkin kekuatan dalaman tu lebih besar dari size badan aku.. siapa tahu. Allah maha mengetahui segalanya.. Wallahualam.

Moral of the story.. Selepas 25 hari aku hadap Ujian ni apa yang dapat aku katakan. Aku redha & aku tahu semua ni berlaku adalah kerana Allah ingin menegur aku. Mungkin aku lalai.. aku lupa.. Allah sayangkan aku. Sebab tu dia jentik aku supaya tidak jauh tersesat. Dia uji dengan musibah sebab dia nak aku dekatkan diri dengan dia macam sekarang. Kalau dia uji aku dengan kenikmatan.. dengan kekayaan dunia.. mungkin aku akan jadi sombong, bongkak & rasa berkuasa dengan harta dunia yang aku miliki sedangkan yang memberi rezeki itu pun Allah. Kalau dia nak tarik balik dalam masa sesaat pun boleh kita kehilangan segalanya. Dia jadikan aku tidak mampu dari segi harta benda sebab dia nak aku meminta minta dengan Dia. Allah suka pada hamba yang meminta minta kepadaNya. Bayangkan kalau aku berkemampuan.. Mungkin aku rasa tak perlu meminta minta lagi dengan Dia. Bersangka baik dengan Ujian Allah.. Insya Allah yang datang nanti adalah lebih baik. Even bukan sekarang.. Insya Allah.. Dia tahu bila masa terbaik untuk memberi kita seribu ganjaran dari kesabaran kita tu.

P/S : jangan tanya aku siapa dia.. Biarlah aku & Allah jer tahu. Biarlah Allah je yang membalasnya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com