KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR
Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah.
Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung?
1. Saya adalah penerima sumbangan yang mewakili ramai pengguna & netizen yang nak saya terus fight & membela nasib mereka. Jadi mereka menyumbang untuk saya harap saya teruskan kes ni sampai habis. Itu tujuan mereka memberi sumbangan selain untuk meringankan beban yang saya tanggung.
2. Semasa perbicaraan dah berlangsung.. Saya dah bayar berpuluh ribu kepada firma guaman yang mewakili saya. Adalah sangat tidak adil.. saya terima tawaran penyelesaian & mengaku bersalah sedangkan perbicaraan masih berlangsung ketika itu & belum terbukti saya bersalah. Kos saya keluarkan akan lebur & usaha saya selama ni akan jadi sia sia. Sumbangan yang saya terima dari pengguna & netizen juga jadi membazir. Sumbangan adalah amanah besar yang perlu saya pegang & gunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang saya minta.
3. Andai ada tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa saya tak mampu nak ambil lawyer & tiada bantuan dari mana2 pihak masa mula mula dulu.. Berbaloi saya terima. Waktu tu saya hampir hampir kalah tanpa perbicaraan & hampir hampir di mufliskan sebanyak RM3juta kerana tidak mampu mengambil peguam & hadir ke mahkamah atas faktor lokasi yang jauh dari tempat tinggal saya iatu di Kota bahru kelantan sedangkan saya di selangor. Tapi waktu tu tiada tawaran penyelesaian pada saya. Tawaran hanya di beri selepas saya berjaya dapatkan lawyer yang sanggup mewakili saya yang pada waktu itu tiada kewangan yang cukup. Selepas dapat lawyer baru saya buat kutipan sumbangan.
Jadi.. saya teruskan juga walau di tawarkan penyelesaian luar mahkamah. Memikirkan yang saya bayar lawyer dengan duit sumbangan dari mereka yang mahu saya teruskan perbicaraan di mahkamah bukan nak saya tarik diri bila dah sampai peringkat perbicaraan. Jumlah bukan sedikit. Amanah mereka saya jaga & harapan mereka saya bawa sehingga selesai. Mereka tidak salahkan saya walau saya tak mampu menang secara keseluruhan tapi penulisan saya terhadap produk tersebut kebanyakkan berpandukan fakta yang sahih & benar. Saya dah buktikan di mahkamah. Itu sudah cukup bagi mereka. Saya dah membuktikan apa yang saya tulis bukan semuanya fitnah.
Saya tidak boleh menjelaskan apa2 sepanjang kes sedang berlangsung sebab saya terikat dengan injuksi iatu satu perintah mahkamah yang di failkan oleh pihak plantif menghalang saya update sebarang perkara melibatkan kes saman saya dengan mereka. Waktu tu untuk melawan & membatalkan injuksi terhadap saya.. saya tak cukup kewangan. Terpaksa saya terima & ikut sahaja injuksi. Semua orang tahu kekangan saya adalah masalah kewangan. Apa saja yang boleh menjimatkan kos waktu tu saya terpaksa akur & terima.
Istilah kalah.. Yer saya kalah 3 posting dari 11 Pertuduhan fitnah yang di failkan kepada saya. Secara jujur artikel & posting saya banyak menulis tentang produk tersebut bukan kebanyakkan menjurus kepada founder produk tersebut cuma penulisan saya tidak formal & lantang jadi ada ayat ayat sarcasm yang keras menyebabkan saya kalah di mahkamah. Lagi 8 artikel/posting saya berkaitan produk tersebut berjaya dalam pembelaan Justifikasi atau mudah faham saya memang secara majoriti (8 artikel) di mahkamah & kalah kepada 3 posting yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah.
Antara statement yang saya kalah adalah.
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! "
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163
Bagi menyediakan bayaran untuk menjalani bicara tafsiran.. Saya membuka peluang anda membantu dengan mengambil slot review di blog saya
Atau ingin menyumbang tak kira RM1, RM5 atau RM10 atau berapa sahaja bergantung pada keikhlasan anda.. boleh salurkan ke
Maybank account
514392522914
Nursuria
Moga urusan melahiran dipermudahkan.
ReplyDeleteMoga urusan lainnya juga Allah lancarkan.
Bantuan SENTIASA ada selagi mana niat yang baik itu dijaga.Aamiin.
Usaha selagi mampu. Berani kerana benar, takut kerana salah.
ReplyDeleteAllah sentiasa bersama dengan orang yang sabar.
www.maisarahsidi.com