Showing posts with label blogger kena saman. Show all posts

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR. Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan.. Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya. Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni. Putus asa? Belum lagi.. Selagi bernyawa selagi tu peluang sentiasa ada.

Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah.

Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung?

1. Saya adalah penerima sumbangan yang mewakili ramai pengguna & netizen yang nak saya terus fight & membela nasib mereka. Jadi mereka menyumbang untuk saya harap saya teruskan kes ni sampai habis. Itu tujuan mereka memberi sumbangan selain untuk meringankan beban yang saya tanggung.

2.  Semasa perbicaraan dah berlangsung.. Saya dah bayar berpuluh ribu kepada firma guaman yang mewakili saya. Adalah sangat tidak adil.. saya terima tawaran penyelesaian & mengaku bersalah sedangkan perbicaraan masih berlangsung ketika itu & belum terbukti saya bersalah. Kos saya keluarkan akan lebur & usaha saya selama ni akan jadi sia sia. Sumbangan yang saya terima dari pengguna & netizen juga jadi membazir. Sumbangan adalah amanah besar yang perlu saya pegang & gunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang saya minta.

3. Andai ada tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa saya tak mampu nak ambil lawyer & tiada bantuan dari mana2 pihak masa mula mula dulu.. Berbaloi saya terima. Waktu tu saya hampir hampir kalah tanpa perbicaraan & hampir hampir di mufliskan sebanyak RM3juta kerana tidak mampu mengambil peguam & hadir ke mahkamah atas faktor lokasi yang jauh dari tempat tinggal saya iatu di Kota bahru kelantan sedangkan saya di selangor.  Tapi waktu tu tiada tawaran penyelesaian pada saya. Tawaran hanya di beri selepas saya berjaya dapatkan lawyer yang sanggup mewakili saya yang pada waktu itu tiada kewangan yang cukup. Selepas dapat lawyer baru saya buat kutipan sumbangan.

Jadi.. saya teruskan juga walau di tawarkan penyelesaian luar mahkamah. Memikirkan yang saya bayar lawyer dengan duit sumbangan dari mereka yang mahu saya teruskan perbicaraan di mahkamah bukan nak saya tarik diri bila dah sampai peringkat perbicaraan. Jumlah bukan sedikit. Amanah mereka saya jaga & harapan mereka saya bawa sehingga selesai. Mereka tidak salahkan saya walau saya tak mampu menang secara keseluruhan tapi penulisan saya terhadap produk tersebut kebanyakkan berpandukan fakta yang sahih & benar. Saya dah buktikan di mahkamah. Itu sudah cukup bagi mereka. Saya dah membuktikan apa yang saya tulis bukan semuanya fitnah.

Saya tidak boleh menjelaskan apa2 sepanjang kes sedang berlangsung sebab saya terikat dengan injuksi iatu satu perintah mahkamah yang di failkan oleh pihak plantif menghalang saya update sebarang perkara melibatkan kes saman saya dengan mereka. Waktu tu untuk melawan & membatalkan injuksi terhadap saya.. saya tak cukup kewangan. Terpaksa saya terima & ikut sahaja injuksi. Semua orang tahu kekangan saya adalah masalah kewangan. Apa saja yang boleh menjimatkan kos waktu tu saya terpaksa akur & terima.

Istilah kalah.. Yer saya kalah 3 posting dari 11 Pertuduhan fitnah yang di failkan kepada saya. Secara jujur artikel & posting saya banyak menulis tentang produk tersebut bukan kebanyakkan menjurus kepada founder produk tersebut cuma penulisan saya tidak formal & lantang jadi ada ayat ayat sarcasm yang keras menyebabkan saya kalah di mahkamah. Lagi 8 artikel/posting saya berkaitan produk tersebut berjaya dalam pembelaan Justifikasi atau mudah faham saya memang secara majoriti (8 artikel) di mahkamah & kalah kepada 3 posting yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah.

Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163

Walaupun menang majoriti.. sebagai pihak yang di saman sememangnya pihak plantif (Yang menyaman) boleh memfailkan tuntutan gantirugi kepada saya terhadap 3 posting yang saya kalah tu. Cuma yang akan putuskan berapa perlu saya bayar adalah mahkamah.

Pada 20 febuari 2019.. mahkamah memberi peluang kepada pihak plantif untuk membuat tawaran penyelesaian tanpa melalui bicara tafsiran di mahkamah tapi pihak plantif menuntut jumlah pampasan seperti di dalam saman & atas nasihat peguam saya.. Perlu teruskan bicara tafsiran kerana tuntutan mereka memang tidak logik sama sekali.

Mahkamah menetapkan 20 march 2019 sebagai tarikh mula perbicaraan tafsiran tuntutan pampasan gantirugi. Untuk meneruskan bicara tafsiran ni memang saya perlu membayar kos guaman untuk terus di wakili peguam. Boleh rujuk Quotation di bawah



Saya memang tak mampu untuk sediakan kos sebanyak tu.. Jadi andai anda masih percaya & menyokong perjuangan saya bantulah saya melalui 2 cara ni..

Bagi menyediakan bayaran untuk menjalani bicara tafsiran.. Saya membuka peluang anda membantu dengan mengambil slot review di blog saya

Atau ingin menyumbang tak kira RM1, RM5 atau RM10 atau berapa sahaja bergantung pada keikhlasan anda.. boleh salurkan ke 


Maybank account

514392522914

Nursuria

Selain itu saya harap ramai terus share entri ni & posting di FB untuk misi mencari dana kedua saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman bicara tafsiran. Sekurang kurangnya sekarang (bulan ni march 2019) saya perlu bayar dulu RM2K untuk membolehkan saya meneruskan bicara tafsiran ni. Anggaran masa untuk bicara tafsiran ni antara 6 - 9 bulan untuk selesai.

Sebagai manusia saya cuma mampu berusaha selebihnya hanya doa & tawakal kepada Allah. Saya yakin perjalanannya dah tertulis & Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya walau mungkin yang terbaik itu sangat pahit pada awalnya. Saya mohon doa dari semua semoga di permudahkan segalanya.. Di turunkan bantuan yang maha hebat. Semoga saya dapat melahirkan cahaya mata kedua (lebih kurang 7 minggu lagi) dengan selamat & sihat walau masih di himpit dengan masalah berkaitan kes saman ni.

Terima kasih atas bantuan & sokongan semua. Sesungguhnya ia juga menjadi sumber kekuatan saya untuk teruskan usaha ni & terus memberi kesedaran pada orang awam tentang produk produk bahaya yang bersepah di jual secara online. Tiada apa yang perlu di kesalkan.. Cuma apa yang salah saya perbaiki & yang baik untuk kepentingan masyarakat saya teruskan. Kenapa takut untuk buat sesuatu yang memberi kebaikkan kepada orang lain??? Perjuangan & prinsip kita mungkin berbeza tapi setiap manusia ada amanah & tanggungjawab mereka.

MENJAWAB SEGALA SPEKULASI, TUDUHAN & PERTANYAAN TENTANG KEPUTUSAN KES SAMAN SAYA

MENJAWAB SEGALA SPEKULASI, TUDUHAN & PERTANYAAN TENTANG KEPUTUSAN KES SAMAN SAYA. Alhamdulillah setelah hampir dua tahun berlangsungnya kes saman terhadap saya di mahkamah tinggi Kota Baharu, Kelantan (Saya bukan orang kelantan atau tinggal di kelantan yer), akhirnya berpenghujung juga. Tak tau nak gambarkan betapa bersyukurnya semua dah berakhir. Apapun keputusan saya terima dengan redha sebab saya sentiasa percaya apa yang Allah aturkan untuk saya sebenarnya itulah yang terbaik.

Bila di ingat balik.. Masa saya terima writt saman.. saya sendiri tak tahu nak buat apa. Blur & blank.  Dengan faktor kewangan yang tak cukup.. Tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi saya usaha juga bertanya kawan2 dia social media yang ada pengalaman dengan kes kes mahkamah. Dari situ saya mula mendapat bantuan & Allah mula membuka jalan.

Sebenarnya.. Masa saya nak bela diri & ambil peguam saya memang tawakal jer.. Terfikir juga macam mana kalau tak dapat bayar lawyer. Tapi tu la kan.. Memang dah perangai saya. Yang penting cuba & usaha dulu. Alhamdulillah.. Allah tak pernah kejam. Di hadirkan ramai orang membantu saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman yang sememangnya terlalu tinggi & di luar kemampuan saya.

Ingatkan dah habis.. maka tiada lagi fitnah, tuduhan & spekulasi.. Tapi masih ada. Saya sendiri mula2 tak tahu macam mana nak jelaskan pada semua orang bila ramai mula bertanya. Atas nasihat & cadangan pihak peguam saya.. Saya di nasihatkan untuk berkongsi kenyataan ni bagi menjawab semua pertanyaan, tuduhan & spekulasi tentang keputusan kes saman terhadap saya.


Assalammualaikum
Bagi menjawab semua spekulasi, tuduhan & pertanyaan tentang keputusan kes saman terhadap saya
Atas cadangan & nasihat dari pihak peguam saya

Disini saya jelaskan apa yang berlaku.
Banyak posting yang saya buat
Tidak semua di dapati berunsur fitnah
Kerana saya banyak mengulas isu produk

Hanya post ini yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah
Iatu :

1. Statement dalam salah satu artikel saya menyebut 
"hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! "

2. Dan satu lagi Statement saya yang menyebut produk tersebut sebagai produk timbang kilo.

Selain daripada kenyataan kenyataan tersebut semua posting saya telah berjaya dalam pembelaan justifikasi dan
komen berpatutan terhadap kesemua posting-posting yang lain yang mana saya telah berjaya membuktikan secara justifikasi bahawa segala penulisan saya tentang produk tersebut adalah berdasarkan satu kenyataan dan sumber sahih, dan penulisan saya tentang produk tersebut juga adalah satu bentuk komen daripada fakta yang
benar.

Kat sini saya lampirkan kenyataan dari pihak peguam saya. Mungkin screenshot kurang jelas saya copy semula

-MAKLUMAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
Perkaradi atas dan Keputusan pada 22/11/2018 adalah dirujuk.

Setelah sesi perbicaraan penuh selesai dan setelah menganalisa keseluruhan posting-posting
serta mendengar keterangan kesemua saksi-saksi Plaintif-Plaintif dan saksi-saksi Defendan,
maka Mahkamah secara lisan telah memutuskan seperti berikut:-

1. Daripada 11 posting yang didakwa bersifat fitnah terhadap Plaintif-Plaintif yang telah
diterbitkan oleh Defendan, Mahkamah mendapati dan memutuskan hanya terdapat 3 posting sahaja yang bersifat fitnah iaitu posting pada blog/facebook bertarikh 10/4/2017 (ekshibit P9), 11/4/2017 (ekshibit P10) dan 12/4/2017 (ekshibit P14) yang mana Mahkamah dalam keputusan lisannya menyatakan kenyataan fitnah itu adalah setakat dan merujuk kepada kandungan penulisan blog/facebook oleh Defendan tentang kenyataan bahawa “Plaintif-

"Plaintif pergi ke Mekah menunaikan umrah hasil daripada merosakkan kulit orang” dan juga
penulisan di blog/facebook yang menyatakan produk Plaintif-Plaintif itu adalah “timbang kilo”.

2. Selain daripada 3 posting tersebut, Defendan telah berjaya dalam pembelaan justifikasi dan komen berpatutan terhadap kesemua posting-posting yang lain yang mana Defendan telah
berjaya membuktikan secara justifikasi bahawa segala penulisan Defendan tentang produk Tati Skincare tersebut adalah berdasarkan satu kenyataan dan sumber sahih, dan penulisan Defendan tentang produk tersebut juga adalah satu bentuk komen daripada fakta yang
benar.

3. Berhubung dengan jumlah gantirugi yang telah dituntut oleh Plaintif-Plaintif, Mahkamah telah mengarahkan untuk ditaksirkan melalui Bicara Taksiran bagi menentukan jumlah pampasan wajar terhadap 3 posting yang diputuskan sebagai bersifat fitnah tersebut.

4. Mahkamah juga mengarahkan untuk Kos yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif- Plaintif untuk ditaksirkan bersekali semasa Bicara Taksiran tersebut.

5. Mahkamah juga mengarahkan untuk pihak-pihak tidak lagi menulis dan/atau menerbitkan sebarang posting dan/atau sebarang artikel berkaitan dengan tindakan ini dan/atau yang berkaitan antara satu sama lain sama ada secara personal dan/atau perniagaan dan/atau
pada mana-mana media termasuk dan tidak terhad kepada facebook dan blog.

Sekian harap maklum.

Harap tidak timbul lagi sebarang spekulasi & tuduhan tidak berasas terhadap saya. Yang salah & benar sudah di jelaskan oleh pihak peguam saya.

Apapun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya dalam mencukupkan dana bagi membayar kos guaman saya sepanjangn kes saya berlangsung di mahkamah. Terima kepada saksi saksi yang sanggup hadir ke mahkamah.. Kawan2 yang terus memberi saya sokongan moral sehingga kini. Saya doakan Allah permudahkan urusan anda semua & limpahkan anda rezeki yang tidak putus putus.

Akhir kata apa yang baik ambilah sebagai teladan yang buruk jadikan pengajaran.



Harap semua jelas yer.. Apapun saya dah redha. Selepas ni saya akan menjalani hidup macam biasa & terus tulis blog macam biasa juga. Apa yang jadi saya ambil sebagai pengajaran untuk masa akan datang. Tapi untuk berhenti berkongsi info kesedaran tentang produk2 bahaya di pasaran belum terfikir lagi cuma saya semakin tahu apa yang berisiko & tidak dalam penulisan. Insya Allah benda tu saya akan jadikan panduan.

SIBUK NAK BERSEDEKAH SEDANGKAN DIA SENDIRI PUN KENA MINTA SEDEKAH

SIBUK NAK BERSEDEKAH SEDANGKAN DIA SENDIRI PUN KENA MINTA SEDEKAH. Kasarnya tajuk entri tu kan.. Dasar lekatlekit kalau tak mencerca orang tak sah katanya. Padan muka dia kena saman.


Amboi hangpa sampai lagu tu sekali na.. marah kat kami. Sampai tak bagi peluang dah kami nak explain apa yang kami nak habaq kat hangpa di sebalik tajuk entri tu. Bagi mereka yang dah lama ikuti blog lekatlekit confirm tak judge dari tajuk sebab depa tau style lekatlekit memang tajuk berapi tapi isi kandungan dia ada taman astakona katanya. hehehehe

Sejak kami kena saman ni.. Banyak yang mengubah diri saya secara tak langsung. Sampai kadang kadang tak rasa apa yang saya terima sekarang ni satu musibah tapi rasa macam satu hidayah dari Allah. Biasa la manusia.. Bila di beri nikmat dia lupa diri.. Kadang2 nama sendiri pun dah tak ingat. Tu yang Imah jadi Emy... Jemah jadi Jemmy bagai. Lupa diri sungguh kan hahahaha.. Tapi bila Allah jentik sikit dengan musibah dia baru jumpa sejadah. Kalau sebelum ni sejadah depan mata pun dia tak nampak..

Dulu.. Kita takkan rasa sedekah tu satu harapan kepada yang memerlukan tapi bila kita sendiri kena 'Minta Sedekah' sebab ketidakmampuan kepada sesuatu. Macam saya sekarang.. Perlu stanby lebih kurang RM35K untuk memastikan saya boleh membela diri dengan di wakili peguam di Mahkamah nanti. Nasib baik lawyer bagi kelonggaran boleh bayar dari masa kesemasa. Alhamdulillah untuk permulaan ni dah cukup dana nak bayar.. Tu pun hasil sumbangan dari orang ramai termasuk sumbangan melalui paid review di blog saya. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Untuk membayar prosiding seterusnya.. Saya masih tengah kumpul lagi. Insya Allah.. Moga di permudahkan.

Kalau sebelum ni mungkin saya tak rasa apa yang orang lain terutama orang susah yang memerlukan sumbangan untuk meneruskan kelangsungan hidup tapi bila saya sendiri berada dalam situasi memerlukan sumbangan dari orang.. Serius benda tu buat keinginan nak bantu menyumbang untuk orang lain tu lahir dari dalam hati.

Dalam keadaan sekarang memang saya tak mampu nak buat sumbangan yang banyak.. Tapi saya cuba amalkan bersedekah walau hanya RM10. Hanya 10% dari hasil setiap 1 paid review yang saya dapat.

Kami sama sama senasib kena saman sivil sebab penulisan di media sosial. Hamba Allah ni jugak kerana membuat pendedahan untuk masyarakat & dia di saman.. Sama la macam saya. Saya di saman kerana menulis satu pendedahan di blog. Pendedahan untuk di sebarkan kepada masyarakat. Dan akhirnya saya di saman hehehe

Ada yang tanya kenapa awak nak susahkan diri awak menyumbang untuk orang lain sedangkan awak sendiri pun perlukan sumbangan dari orang lain. Saya yakin.. Saya percaya.. Sedekah itu pembuka pintu rezeki. Sedekah takkan buat saya susah atau jatuh miskin. Sedekah yang paling baik adalah ketika kita sendiri memerlukannya. Tak perlu kita jadi kaya raya dulu untuk bersedekah. Tapi untuk jadi kaya.. Amalkan sedekah. Kaya tak semestinya harta.. Kaya banyak cabangnya. Macam rezeki tak semestinya duit.. Ada duit hati tak tenang tak membawa apa apa makna pun. Hati yang tenang juga salah satu bentuk rezeki. Alhamdulillah.. saya rasa tenang jer walau di beban dengan kes saman ni & memerlukan duit banyak banyak untuk membela diri.

Sebab tu la.. walau saya masih mencari sumbangan bagi menampung kos guaman, Saya sedekah la 10% dari paid review saya dapat kalau ada sesapa yang susah memerlukan sumbangan. Tak banyak pun dalam RM10 macam tu je. Sebagai motivasi untuk orang lain bersedekah. Sebab sesetengah orang dia malu nak sedekah dalam amount yang kecil.. Jadi kita tunjukkan kita pun bersedekah dengan nilai yang kecil tapi kalau ramai yang buat benda tu akan jadi banyak. Dah boleh membantu orang orang yang memerlukan. Jangan tunggu kita ada berjuta ringgit dalam account baru nak sedekah.

Satgi ada mai mulut mulut bawang cakap plak.. "sedekah pun nak habaq kat orang. Nak menunjuk baik la tu.." Dak aihhh.. Benda ni nak bagi motivasi kat orang lain yang tak mampu nak sedekah ribu riban boleh je nak buat sedekah. Bila kita habaq kita sedekah RM10 ja.. so depa pun tak dak la segan sangat nak sedekah dalam amount yang kecil sebab ada orang buat benda yang sama. Benda ni nak menggalakkan kita membantu sesama manusia jugak. Jangan la berotak bawang sangat ok.. hehehehe

Hangpa jangan tak tau selama kami melancarkan kempen misi mencari dana untuk kos guaman kami RM1 pun ada yang sumbang tau.. Benda tu bagi saya tetap pertolongan yang besar sebab keinginan orang yang nak bantu saya. Kalau orang tak ada keinginan nak bantu jangankan RM1.. 1 sen pun dia tak hingin nak bagi. So, kita kena berterima kasih tak kira la jumlah tu banyak atau sikit. Sebab orang concern pasal kita.. Nak tolong kita. Tu pun salah satu bentuk rezeki yang Allah bagi jugak.

Jadi kalau ada la yang nak bersedekah pada saya di hari Jumaat penuh keberkatan ni.. Boleh menyumbang melalui account maybank : 
Atau nak bersedekah denga mengambil review di blog saya boleh email : lekatlekitgurl@yahoo. com atau whatsapp : 0172429610
Atau berminat nak ambil servis iklan viral untuk memviralkan produk/servis/jualan anda melalui pakej dari crew viral pun boleh whatsapp di nombor yang sama.

Ataupun nak sedekah doa.. Doakan semoga kes saman saya berjalan lancar di mahkamah, Di permudahkan & Cepat selesai. Doakan Allah memberi saya rezeki melimpah ruah & ketenangan hati untuk hadapi ujian berat ini.

SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI

SAYA TERPAKSA MENGEMIS UNTUK MEMBELA DIRI. Menghadapi saman sivil sekarang saya tahu apa yang paling susah yang kebanyakkan orang biasa tak mampu hadapi iatu masalah kos yang tinggi. Bagi orang macam saya memang anggaran kos yang di beri tu di luar kemampuan la.. Tapi saya sendiri kadang2 tak percaya juga dengan apa yang saya sedang lalui sekarang ni. Terus terang pada permulaannya masa mula mula saya cari bantuan guaman kesana sini.. Saya rasa saya memang tak ada peluang nak membela diri. Sebab nak bela diri saya perlukan peguam.


Ramai yang masih tak tahu saman sivil tiada bantuan guaman dari Biro Bantuan Guaman kerajaan. Mereka cuma boleh bagi khidmat nasihat jer bukan bantuan peguam untuk mewakili kita di mahkamah. Kos untuk guaman bagi saman sivil ni memang takde spesifik.. Kos - kos yang tak di duga pun boleh tetiba ada. Kos pulak mengikut berapa lama kes tu berjalan. Mungkin boleh sampai bertahun tahun. Memang kena bersedia la.. Benda ni sebab berlaku kat saya.. Kalau tak, saya sendiri tak tahu macam2 kos boleh orang minta kita bayar. Kadang2 takde pilihan memang terpaksa bayar jugak la.

Tapi saya mampu sampai ke step sekarang memang satu keajaiban.. Kalau ikut kos memang bukan kemampuan saya nak sediakan tapi tu la kita kena percaya tiada kuasa yang lebih besar dalam dunia ni selain kuasa Allah. Apa saja boleh berlaku dengan kehendak & keizinanNya. Kadang2 kita manusia lebih takut dengan kuasa yang manusia lain ada.. Kita lupa yang menguasi alam ni adalah Allah. Sebab tu kita kadang2 lebih meletakkan harapan pada sesama manusia sedangkan Allah sentiasa bersedia menunggu kita untuk memohon pertolongan dari Nya.

Tapi tu la.. Untuk bertahan sehingga sekarang ni kadang kadang rasa dah macam pengemis.. Minta tolong sana sini. Mujur la saya berada di zaman media sosial.. Benda tu memudahkan sedikit usaha saya untuk mencari bantuan sebab saya ada keterbatasan pergerakkan. Tapi tetap benda ni memerlukan kerja keras. Dengan duduk & menaip rintihan je takkan mengubah apa apa.. Kita boleh mohon simpati tapi dalam pada masa yang sama kita kena tunjuk juga kita berusaha keras untuk mencari penyelesaian.

Sampai sekarang saya masih tak mahu berputus asa & sentiasa berdoa agar Allah jangan biarkan terdetik rasa putus asa dalam hati saya. Saya yakin ada jalan penyelesaiannya selagi saya berusaha.. Cuma saya masih perlu bantuan & sumbangan dari semua.

Jadi Dengan rendah diri saya harap lebih ramai tampil untuk membantu saya dengan apa cara sekalipun..

boleh juga menyumbang dengan mengambil paid review di blog saya

Boleh email : lekatlekitgurl@yahoo.com

Bagi yang mungkin tak tahu saya menghadapi satu kes saman sivil kerana penulisan saya terhadap satu produk. Setakat tu sahaja saya boleh explain untuk mengelakkan saya di kenakan tindakkan lain. Disini bukan saya nak bercakap tentang siapa atau apa - apa saya cuma ingin mencari sumbangan agar saya dapat membela diri dengan di wakili peguam.

Saya tahu ada di antara kawan kawan di media sosial yang macam takut je kalau saya post mohon sumbangan. Jangankan nak like atau share.. Nak komen pun dia tak nak. Jangan risau saya tak paksa untuk sesiapa sahaja bantu bagi sumbangan berbentuk kewangan ni. Sapa rasa ikhlas untuk membantu silakan.. Yang rasa tak boleh bantu, sikit pun saya tak kecil hati. Saya faham ini masalah saya.. Saya tak boleh bebankan pada orang yang tak sudi untuk berkongsi masalah dengan saya.

Saya harap masih ramai yang akan membantu. Tak perlu menderma dalam amount yang banyak kalau tak mampu.. ada yang menderma RM5 pun saya rasa syukur sebab kita tak tahu mungkin asbab dari sedekah anda tu memberi sinar harapan yang besar pada saya.

Jasa baik anda moga Allah balas dengan seribu kebaikkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com