Showing posts with label 18sx. Show all posts

PRODUK YANG BUAT SUAMI SAMPAI SESAK NAFAS DI RANJANG

Aku malas nak berkias2 bahasa sangat. Aku nak bagitau awal - awal ni aku nak cakap pasal produk kesihatan dalaman wanita. Ya Allah kenapalah pengedar2 produk2 kecantikkan & kesihatan dalaman wanita semakin hari semakin tak semegah aku tengok depa punya tagline..

Yang ni aku terserempak kat News feed Fb aku kat suggest page. Ingat produk apalah dengan tagline suamiku sampai sesak nafas. Lepas tu siap ada Uhhh.. Ahhh... kekonon bunyi effect ghairah la. elok la tu sapa2 yang ada laki kaya, dah tua.. tengok pun dah tak selera guna produk ni untung2 cepat jadi janda kaya.(Ayat sarcasm.. kena bagitau kot2 ada yang tak paham). Sampai sesak nafas tu bukan dah nak membahagiakan laki kau.. tu namanya nak membunuh. Gila! tak beragak nak letak tagline pun.


Gamaknya cepat la menjanda kalau guna produk ni

Tu yang sesak nafas... yang kemut ajaib ni. Aduhai perlu ke sampai macam tu sekali kau nak melariskan produk. Dengan muka lelaki yang dah macam.. aduhai tak tau nak describe la. Yang penting korang paham la.

Ni pun mampu buat laki kau mati awal jugak

Aku rasa la kan.. sebab semakin hari pengedar produk2 ketat metat semakin hilang kemaluan tak mustahil kalau tak di bendung.. testimoni adegan di ranjang secara bergambar atau video pun boleh depa share. Sekarang ni.. kalau cerita tak payah cakap testimoni.. setiap adegan ranjang tu kadang2 cerita detail detail yang amat sampai kita baca pun boleh bayang keadaan tu semata mata nak bagi tau produk tu sangat berkesan & terbaik padahal kalau dia bagitau light2 jer pun orang paham dah kot. Dah kawen & dewasa takkan tahap pemahaman skema macam budak sekolah rendah lagi kot.

Ni contoh kategori melampau light2 lagi la tagline ada lagi melampau pun ada. Ada aku pernah up kat entri aku dulu.

Pada yang jual produk kesihatan dalaman wanita.. untuk ketat tegang panjang montok bagai ni. Please la... yang jadi pengedar majoriti kaum wanita. Tolong rasa malu untuk kami yang termalu baca tagline & testimoni yang korang share even korang memang tahap kemaluan tu dah rasa takde produk boleh pulihkan..Perlu ke kelucahan dalam melariskan produk. Produk D'herbs yang tagline terlajak laris tu pun boleh laris tanpa perlu nak melucah bagai takkan korang tak mampu nak melariskan produk dengan cara yang lebih mulia sikit.. Pesanan ni buat semua pengedar produk kesihatan & kecantikkan dalaman wanita yer.

P/S : Pada penggemar produk ketat, panjang montok bagai ni hati2 sebelum membeli & menggunakan. Pastikan ada pengesahan halal & KKM yang sah supaya tak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan setelah guna. Bahaya beb kalau organ dalaman kita effect.


TESTIMONI 18SX TERLAMPAU!! SEMPIT DAN KETAT KATA LAKI DIA

Memang ramai sangat pengedar2 & penjual2 jamu.. produk kesihatan.. produk kekuatan zahir batin secara online. Tak kisah la.. mereka berhak mempromosi & mengedar produk mereka dengan apa cara sekalipun. Tapi amatlah menyedihkan bila produk2 berasaskan Jamu/herba/produk kesihatan dalaman ni berkongsi testimoni dari pengguna mereka. Rasa agak memalukan..

Pengedar & pengjual ni dah tau.. Selagi ada point nak lariskan produk depa depa tak lepas nak menayang la sebagai testimoni. Yang kongsi testimoni dari pengalaman sendiri tu pun tak mau kalah. Selagi boleh cerita sampai ke dalm **tut** tu selagi tu nak cerita. Ya Allah kadang2 kita yang membaca tumpang malu untuk golongan macam ni.

Kalau cakap.. Bagus la produk ni. Baru 3 kali je ambil dah nampak kesan yang drastik & positif. Husband saya pun nampak bahagia setiap kali bersama dengan saya. Atau.. husband saya puji.. saya boleh layan dia macam malam pertama dulu. Cukup la.. tak perlu la kau cerita sampai camni.. (rujuk gambar di bawah)

Walaupun orang tak tau identiti yang share testimoni ni tapi ko tak rasa malu ke tulis macam tu untuk bagitau orang. Kalau aku la.. nak taip camtu pun aku malu apatah lagi nak share bagi orang baca

Betul.. banyak persaingan & kita nak produk kita lebih menonjol & menyerlah tapi jangan sampai hilang rasa malu & semua rahsia atas katil dengan suami di jadikan testimoni untuk semua orang baca & bayangkan keadaan kita semasa bersama suami. Berpada padalah.. Jangan nak jual produk yang setakat boleh beli baju selai dua... kita nampak macam tak bermaruah sangat.

daku pun pernah buat review untuk produk kesihatan dalaman ni.. Setakat perkataan ketat, rapat & tegang tu bagi den tak melampau sangat tapi sampai semua yang berlaku atas katil nak share buat testimoni ada lagi bagus kau snap gambar kemudian upload buat testimoni. Baru senang orang tengok takat mana punya sempit tu! Confirm meletup produk tu sampai tak cukup stok orang beli. Alang2 dah takde rasa malu kan...

So, nasihat pada peniaga2 produk kesihatan tak kira berasaskan jamu/herba atau cara moden sekalipun.. Jangan melampau sangat nak share testimoni. Kalau korang tak rasa malu.. hormatilah kami yang termalu bila terbaca ni. Kalau korang tak malu tak semestinya orang lain pun tak reti malu macam korang.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com