Showing posts with label sunsilk. Show all posts

PONTIANAK MESTI SUKA PRODUK NI

PONTIANAK MESTI SUKA PRODUK NI. Ha kau! Tajuk entri paling tak menahan katanya. Pontianak pun suka produk ni.. Produk apa? Sat2 la cheq nak cerita la ni. Almaklum la.. pontianak selalu di gambarkan dengan rambut panjang & kusut masai. Jarang la nak tengok dalam cerita atau filem seram pontianak rambut lurus ala2 rebonding gitu kecuali la dia cuba menyamar jadi perempuan cantik tapi bila dia bertukar jadi pontianak automatik rambut dia kalau semut masuk pun boleh sesat seumur hidup dalam tu. hehehe


Jadi korang yang hadapi rambut kusut, rambut kering, rambut gugur, rambut putus putus sampai bila sikat tu berdiri rambut2 yang pendek. Memang nampak tak rapi langsung kalau ada masalah rambut macam ni. Yelah.. even yang berhijab sekalipun tak bermakna kesihatan & kecantikkan rambut kena abaikan.. ye dak?? Kalau rambut rosak, kulit kepala gatal gatal.. memang jadi tak selesa. Rambut gugur pun masalah jugak. Bukan je menyepahkan lantai rumah.. malah kadang2 boleh menyebabkan rambut tu masuk dalam masakan kita. tak best la pulak tetiba orang nak makan terjumpa rambut dalam makanan kita masak. Silap haribulan orang ingat kita nak menyihir dia pulak.

Aku pun ada masalah rambut sejak dua menjak ni.. Rambut jadi putus2,kering,gugur & jadi kusut jugak. Sebelum ni dah try satu jenama ni.. siap conditioner bagai pun tak jalan. Jumaat lepas aku beli Serum rambut Ginvera Anti Frizz repair serum & Syampu Sunsilk damage reconstruction.. Memang aku jenis suka campur jenama produk. Bila pakai set selalunya memang tak berkesan.


Alhamdulillah gabungan 2 produk ni.. Bila mandi dah kurang rambut gugur.. 50% jugak la kesannya. Dengan penggunaan Ginvera hair serum pulak rambut tak kusut & kering. Sebab dia ada fungsi menyuburkan jugak.. Aku syak dia jugak membantu rambut aku jadi kuat & tak gugur & Syampoo Sunsilk damage reconstruction semestinya memulihkan rambut aku yang rosak.

Serum rambut Ginvera. Bau pun wangi

So, yang ada masalah rambut kering,kusut & gugur boleh try 2 produk ni. Manatau dapat membantu masalah rambut anda tanpa perlu pergi ke yu nam kan.. Harga pun tak mahal sangat. Ginvera Hair serum dalam RM23++ & Sunsilk tu maybe RM11++ kot lupa pulak aku. Nak beli pun senang. Ni aku beli kat guardian je. Yang penting produk ni selamat di gunakan bukan kategori dalam senarai produk haram yer.

Dengan sekali cucian anda boleh rasa rambut jadi lembut. Kali kedua cucian anda boleh nampak rambut gugur mula kurang

Ni kalau pontianak baca entri ni confirm lepas ni pontianak semua tak menyeramkan lagi. Mesti jadi macam pontianak dalam drama keluarga pontimau.. Pontinak cantik berambut panjang bersinar & rapi. hahahahaha

TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA

TENUN GUNA RAMBUT UNTUK BANTU MANUSIA KE SYURGA. Kreativiti manusia ni memang kadang2 tiada batasan. Rambut pun boleh jadi benang tenunan untuk menjadikan hasil dia unik, kreatif & rare. Tuan punya rambut rasanya dah lama mereput dalam tanah atau jadi abu kena bakar tapi rambut dia masih hitam menawan sampai sekarang. Sebab rambut dia gunakan untuk menenum satu gambar budha.

Hasil tenunan guna rambut yang berusia lebih dari 300 tahun Sumber Japanese Station

Terbaca satu artikel pasal satu hasil tenunan rakyat jepun menggunakan rambut manusia pada satu gambar bertemakan budha. Hasil tenunan yang di buat katanya bagi tujuan membantu mereka untuk ke syurga. Kalau kita orang Islam cuma di ajar pasal titian Siratul Mustaqim yang sekecil rambut di belah tujuh yang akan di lalui untuk ke syurga, tak sangka orang jepun percaya menenun guna rambut boleh bantu orang ke syurga. Tak boleh nak kutuk dah kepercayaan dia macam tu kan. Walau aku dok cari jugak macam relevannya rambut yang di tenun pada lukisan budha membantu mereka ke syurga. Maybe sebab budha tu objek yang mereka guna untuk ritual keagamaan la kot kan.

Karya seni tenunan rambut ini dibuat oleh seorang pendeta Budha pada tahun 1678. Pada masa perjalanannya mengelilingi Jepun, dia kumpulkan rambut dari orang-orang yang percaya bahawa dia mampu memberikan syurga kepada mereka & rambut itu di gunakan untuk dia menjahit pada karya seninya. Aku rasa kepercayaan tu saja di reka reka kot sebab dia nak orang bagi rambut kat dia. hahahaha

Macam2  sungguh kepercayaan pasal rambut yang ada dalam dunia ni pasal rambut termasuk la kepercayaan pasal rambut lurus ni. Konon senang di urus, jimat masa & sentiasa nampak cantik la. Tapi kadang2 aku tengok orang yang gigih nak nampak cantik dengan rambut lurus pergi rebonding alih2 muka jadi macam pau sebab rambut bila rebonding dia nampak nipis & melekat kat muka. Orang yang muka dia bulat & tembam memang tak sesuai sangat nak rebonding rambut sebab rebonding rambut Tak jadi lurus macam semulajadi. Tapi sebab artikel ni aku rasa lepas ni ramai mungkin nak luruskan rambut. Nak tau kenapa meh baca kat sini >> Kelebihan berambut lurus pada wanita bekerjaya <<

Apapun.. tak payah la kita nak simpan rambut orang dah mati ni. Biarlah rambut dia di kuburkan bersama jasadnya. Satgi ada pulak yang kreatif dok guna untuk aktiviti syirik & khurafat atau mula la muncul cerita2 seram pasal rambut tu nak2 lagi rambut yang berusia beratus tahun.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com