Showing posts with label 18 tahun. Show all posts

PENGANTIN BUDAK 12 TAHUN AKHIRNYA MENJANDA TAK SAMPAI SETAHUN KAWEN

Korang still ingat dengan pasangan pengantin yang budak perempuan umur 12 tahun & lelaki kalau tak silap masa tu baru 18 tahun. Kalau dah lupa boleh rujuk enri ni 12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI

Tup tup hari ni tengok member FB upload ketaran akhbar pasal dorang bercerai talak 3 walau tak sampai pun setahun berkahwin. Masa kawen keluar paper pemes kejab.. dah bercerai pun keluar paper confirm kecoh la kampung den sekejab. Yelah.. budak laki tu budak kampung den jugak.


Masa nak kawen pun memalukan mak bapak jugak... dah bercerai pun still mak bapak dapat malu.Dugaan pada mak bapak depa la kan, semua orang ada bahagian masing2. Kita tak di uji dengan kesusahan.. di uji dengan anak2 pulak. Semoga mak bapak budak2 ni tabah lah yer

 Dalam usia yang tak matang memilih untuk kawen memang la syarak membenarkan tapi kematangan depa tu tak berapa sesuai untuk pikul tanggungjawab besar sebagai laki bini. Tanggungjawab laki bini ni bukan atas katil jer dik Ooi... Bila tak paham tanggungjawab, maka inilah yang terjadi. Bukan satu dua.. talak.. TIGA terus tu. Aduhai.. inilah padahnya bila si budak di kahwinkan dalam usia yang terlalu mentah. Orang dah tua pun kadang2 tak berapa nak matang.. penuh fail makhkamah dengan kes cerai berai.. apatah lagi budak hingus camni kan??

Apapun jodoh pertemuan semua kuasa Allah.. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang Allah nak tunjuk pada kita dari peristiwa/ kejadian yang berlaku pada orang lain. Sama2 lah kita mengambil iktibar & pengajaran.



“Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.
“Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.
Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.
“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.


Sumber harian metro

Relate : BUDAK 12 TAHUN TU DI KAWEN KAN SEBAB DI PERKOSA


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com