Showing posts with label status potong anu. Show all posts

NAK POPULAR BUAT JE STATUS POTONG ANU & BERBOGEL KAT FB

Tu dia budaya & trend terbaru adik2 hingusan nak dapat like, share & kutuk & kritik yang banyak kat Facebook. Bila ada bola je.. mula memperlekehkan kemampuan pemain tempatan dengan status 'kalau Malaysia menang aku potong anu aku'.. Kalau malaysia menang aku bogel depan pavillion'.

Jadinya ko rela  menyunatkan diri ko untuk kali kedua la yer.. hahahaha

Lepas tu.. ada pulak orang mensensasikan isu budak2 mentah dengan status2 mengarut. printscreen lepas tu sebar.. Lepas tu banyak la tukang like & tukang share. Maka berpusu pusu la orang pulun dok add budak hingus tak kering tu nak join membahan dia.

tetiba lepas Malaysia menang account kena hack.. kan??

Benda ni sebab ada sorang yang buat secara tak sengaja lepas tu dapat perhatian yang di luar jangkaan dia. Maybe masa dia up status tu sebab dia tak yakin dengan kemampuan pasukan tu untuk menang. Dia sebenarnya nak bagitau yang ramalanku benar belaka tapi tup tup status potong anu.. bogel bagai tu dapat liputan meluas kat laman sosial sehingga dia sendiri rasa umpama mimpi dalam mimpi boleh jadi popular kat laman sosial dengan sekelip mata. Dari kesilapan lawak tak berprestij tu maka tuan punya diri mendapat aib setaraf dengan kepopularitinya tak di sangka tu. Maka dia pun menghilangkan diri.

Hilangnya berganti pulak.. Bila budak2 hingus lain tengok cara tu boleh buat depa jadi pemes bak diva facebook dengan sekelip mata, maka muncul sorang dan sorang dan seterusnya berorang2 budak melakukan benda yang sama bagi meraih populariti yang pernah sipolan sorang tu buat. Kita yang jenis manusia suka mensensasikan berita, pun dok layan buat benda yang sama sebar.. share.. like. Budak2 hingus tu pun suka dapat jadi popular.. bila dah dapat perhatian nak coverline konon account kena hack.. kena dajal.. abis dah dapat friends ribu riban.. apa lagi tukar statement cover line la. (Kalau betul yang kena hack memang akak simpati la kat kamu tu.. kalau yang guna alasan tu nak lepas diri pun akak kesian jugak)

Wahai adik adik akak, tak payah la buat benda yang memalukan diri tu, Nampak sangat murahan. Yang tukang dok sebar, share like bagai tu pun cukup2 lah layan budak2 hingus macam tu. Makin layan makin menjadi maka spesis gila glemer kat fb akan muncul bagi cendawan yang tumbuh selepas hujan dengan status2 yang mengarut. Yang laki nak potong Anu.. ko nak jadi apa. Khunsa pun ada alat kelamin tau.. aparah. Yang pompuan nak bogel kat khalayak ramai.. pelacur pun tak bogel tempat awam dik.. takkan ko nak jadi lagi murah dari pelacur.

Tu dia.. sampai nak sedekah dara bagai.. dah tu kat mat bangla lak.. huhuhu..

Entri ni sekadar renungan.. mana yang baik jadikan teladan. Yang buruk bawak2 la berubah.

P/S : Kalau entri ni dapat 1000 like & share aku sanggup berbogel jugak tapi bogel dalam bilik air rumah aku je sorang - sorang. hahahahaha (sekadar sindiran jer.. )

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com