Posts

Showing posts with the label jarum suntikkan

KISAH SEORANG IBU DAN JARUM

Image
Kisah seorang ibu bersama anak kecilnya... Minggu ni minggu sakit tapi alhamdulillah hari ni nampaknya dah sepenuhnya baik. Dah ada selera makan sejak semalam & tak muntah2 lagi. Bila dah boleh terima makanan badan pun rasa ada tenaga sedikit nak uruskan rumahtangga. Lala sihat jer tapi cuma meragam dia yang menjadi jadi minggu ni. Lala pun dah ambil suntikkan pertamanya khamis lepas (walau dah lewat 3 bulan). Mula2 nurse minta nak bagi 2 suntikkan terus sebab dah lambat sangat. Katanya nanti mummy yang susah sebab lambat nak habis suntikkan tapi sang lekit cakap takpe. Buat satu persatu dulu. Risau jugak kang di suntik dua2 sekali 1 masa lala punya siren taknak berhenti. Nurse ikut je apa mummy nak. Alhamdulillah. Carian google Yang lawaknya masa kat klinik.. Dah janji dengan hubby masa nak ambil suntikkan suruh hubby je masuk. Sang lekit tak nak masuk. Sungguh! Fobia pada jarum tetap tak boleh hilang walau masa pregnant dah banyak jarum keluar masuk kat tangan sang lekit ni....