HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA
HELMET KENA KETUK SEBELUM TERSEREMPAK DENGAN LEMBAGA SERBA PUTIH TEPI JALAN SEMASA PERJALANAN BALIK KE SG BUAYA. Di sebabkan malam ni malam Jumaat.. Malam paling afdal katanya memomokkan manusia penakut macam hangpa.. Maka bersiaran la segmen seram serik lekatlekit di blog lekatlekit.com ni. Jarang jarang sekali den membuat kompilasi cerita seram yang pernah di alami geng mat motor ni. Apa ingat lab cecah lutut.. tak ketaq lutut ka jumpa hantu.. Depa memang berani lab lab kat konar tajam tapi nampak hantu semua pecut juga hahahahaSebab ada beberapa cerita dari pengalaman mat motor yang den dapat dari sebuah forum.. tapi den pilih satu cerita je antara cerita2 yang di kongsikan kat situ. Banyak2 satgi ada yang kejung depan blog den pulak lepas baca. Tak pepasal den di persalahkan oleh 7 keturunan hangpa.
Alkisah cerita dia seorang mat motor ni nak balik dari hartamas dengan kawan kawan dia. Of course naik motor.. Takkan la naik angin pulak kan? Kisah mat motor kot.. Masa dia mula sedar diri untuk pulang kepanggal jalan.. erkk.. kerumah time tu dah pukul 11.55 malam. So dia berkonvoi balik dengan 2 orang lagi kawan yang sebab jalan balik tu sehala.
Sampai exit tol rawang salah sorang terus ke tangjung malim katanya.. dua lagi masuk exit tol rawang. Sampai sungai choh kawan dia yang konvoi dengan dia balik rumah maka dia meneruskan perjalanan sendirian menuju ke sg buaya yang katanya lebih kurang 10km dari rumah kawan dia tadi.
Sampai kat satu simpang nak masuk jalan gelap dia stop sat kat tepi jalan.. Tujuan dia nak tunggu kot2 ada kereta lalu boleh la menumpang pulang bersama sama. Bukan tumpang kereta tumpang beriringan sebab dia takut. See... Mat motor pun ada fear factor dia ok. Dia takut sebab jalan gelap katanya... Time tu dah pukul 12.45.. Dah tau takut gelap tetengah malam baru hang ingat rumah sapa suruh. hahahaha
Dok tunggu sebiji kereta pun tak lalu masa tu. Sebab jam pun dah 1 pagi so nak tak nak dia gerak juga sengsorang pelan pelan. Masuk je jalan gelap terus dia pasang high beam pastu tunggang motor maintain 100kmh walau dalam hati tu dah cuak. Risau berlaku apa2 memang mampuih la dia. Sesambil layan konar kiri kanan tetiba ada something ketk helmet dia dua kali. Time tu dia buat tak tau lagi sebab dia syak maybe serangga terlanggar visor helmet dia. So dia teruskan perjalanan ini.. menuju destinasi, berbagai lebuhraya di laluli.. Sorry admin blog ternyanyi pulak. heeehe
Sampai last corner katanya.. Tempat tu memang port bebudak motor maut katanya. Dia tunggang macam biasa memang tak pandang side mirror langsung tengok jalan jer. Katanya ngam ngam kelur corner tetiba.. mak kau hijau! Tu dia terlatah pulak.. Bukan apa dia nampak ada sesuatu berdiri tepi jalan. High beam motor dia pulak ngam ngam sulu kat era menatang tu.. Na'uzubillah.. Nampak la jelas sekujur tubuh serba putih.. (standard uniform makhluk tu) dok park elok.. baik punya tepi jalan.
Apa hangpa ingat mat motor tu nak bagi tumpang bonceng kat belakang. Sorry ok! Dia pecut sampai redline sambil terkumat kamit la membaca apa je dia inga. Sampai rumah tak turun buka gate dah.. main langgar je. Tak sempat off motor terus ketuk pintu panggi mak dia.. Time tu memang meremang segala bulu yang ada. Bila mak dia buka jer pintu terus menerpa masuk tak buka kasut. Bayangkan la macam mana takutnya mat motor tu. Sampai mak dia tak tanya pun tak jawab sepatah. Terus masuk mandi, ambil wuduk & solat Isya sebab dia belum solat katanya.
Moral of the story.. Tak kira kau mat motor, konar baring cecah lutut ada rekod cium tar jalan setiap tahun tapi masih tak pernah serik bawa motor.. tetap jangan sesuka balik lewat malam. Baru acah acah possing tepi jalan.. hang dah pecut sampai kecut.. Belum dia tumpang seat belakang.. Gamaknya putus urat kentut. hehehehe